Firman Allah SWT :
1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah,
4. yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,
5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-‘alaq : 1-5)
Surah ini disepakati turun di Mekah sebelum Nabi berhijrah ke Madinah, bahkan hampir semua ulama sepakat bahawa wahyu al-Qur’an pertama yang diterima Nabi Muhammad SAW adalah lima ayat pertama surat al-‘Alaq. Thabathaba’i menulis bahawa dari konteks uraian ayat-ayatnya tidak mustahil bahawa keseluruhan ayat-ayat surat ini turun sekaligus. Sedang Thahir Ibn ‘Asyur menyatakan bahawa lima ayatnya yang pertama turun pada tanggal tujuh belas Ramadhan. Pendapat ini dianuti oleh banyak ulama.
ASBABUN NUZUL :
Untuk lima ayat wahyu pertama ini, kami telah berusaha untuk mendapatkan asbabun nuzulnya, namun kerana terbatasnya literatur, kami tidak menemui asbabun nuzulnya.
TAFSIR MUFRADAT :
1. Kata iqra’ yang terambil dari kata qara’a pada mulanya bererti “menghimpun”. Apabila seseorang merangkai huruf atau kata kemudian seseorang itu mengucapkan rangkaian tersebut, seseorang tersebut telah menghimpunnya atau, dalam bahasa Al-Quran, qara’tahu qiratan. Erti asal kata ini menunjukan bahawa iqra’, yang diterjemahkan dengan “bacalah”. Di dalam kamus-kamus bahasa, beraneka ragam erti dari kata tersebut antara lain menyampaikan, menelaah, membaca, mendalami, meneliti, mengetahui cirri-cirinya, dan sebagainya, yang kesemuanya dapat dikembalikan kepada hakikat “menghimpun” yang merupakan erti akar tersebut.
2. Iqra’ bismi Rabbik, huruf ba’ pada kata bismi dapat difahami berfungsi penyertaan atau mulabasah sehingga dengan demikian ayat tersebut bererti “bacalah disertai dengan nama Tuhanmu”. Dengan kalimat tersebut, Alqur’an tidak sekadar memerintahkan untuk membaca, tetapi membaca adalah lambang dari segala apa yang dilakukan oleh manusia, baik yang sifatnya aktif mahu pun pasif.
3. Kata al-insan bererti manusia, kata ini menggambarkan manusia dengan berbagai keragaman sifatnya. Kata ini berbeza dengan kata basyar yang juga diterjemahkan dengan manusia, tetapi mengandung makna yang lebih banyak iaitu mengacu kepada manusia dari segi fizik serta nalurinya yang tidak berbeza antara seseorang manusia dengan manusia lain.
4. Kata ‘alaq, dalam kamus bahasa Arab diertikan sebagai segumpal darah, tetapi ada juga yang memahaminya dalam erti sesuatu yang tergantung di dinding rahim. Dari erti yang ini kata ‘alaq difahami sebagai berbicara tentang sifat manusia sebagai makhluk sosial yang tidak dapat hidup sendiri tetapi selalu bergantung dengan yang lain.
5. Kata al-akram, bisa diterjemahkan dengan yang mahal, paling pemurah atau semulia-mulia. Kata ini terambil dari kata karama yang antara lain bererti : memberikan dengan mudah dan tanpa perlu dibalasi, bernilai tinggi, terhormat, mulia, setia dan sifat kebangsawanan.
6. Kata al-qalam terambil dari kata kerja qalama yang bererti memotong ujung sesuatu. Kata qalam di sini dapat bererti hasil dari penggunaan alat yang berupa pena, iaitu tulisan.
TAFSIR AYAT :
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dinyatakan bahkan Nabi SAW. datang ke gua Hira’, suatu gua yang terletak di atas sebuah bukit di pinggir kota Mekah untuk berkhalwat beberapa malam. Kemudian sekembali beliau pulang mengambil bekal dari rumah isteri beliau, Khadijah, datanglah jibril kepada beliau dan menyuruhnya membaca.
Nabi menjawab: “Aku tidak bisa membaca” Jibril merangkulnya sehingga Nabi merasa sesak nafas. Jibril melepaskannya; sambil berkata: “Bacalah”. Nabi menjawab: “Aku tidak bisa membaca”. Lalu. dirangkulnya lagi dan dilepaskannya sambil berkata: “Bacalah”. Nabi menjawab: “Aku tidak bisa membaca”, sehingga Nabi merasa payah, maka Jibril membacakan ayat 1 sampai ayat 5 surah Al `Alaq.
Lalu Nabi SAW. dengan gemetar dan ketakutan pulang menemui isteri beliau dan mengatakan: “Selimutilah aku! Selimutilah aku!”. Nabi terus diselimuti sehingga hilanglah kegelisahannya. Lalu beliau menceritakan kepada Khadijah apa yang terjadi dan beliau menambahkan: “Aku sangat khuatir apa yang akan terjadi atas diriku” Khadijah berkata: “Tak usah khuatir; malah seharusnya engkau gembira; demi Allah, sekali-kali Tuhan tidak akan menyusahkanmu. Engkau menghubungkan silaturrahmi, berbicara benar, membantu orang-orang yang tidak mampu, menghormati tamu dan meringankan kesulitan-kesulitan penderita”.
Kemudian Khadijah membawa Nabi SAW. menemui Waraqah bin Naufal (anak paman Khadijah). Waraqah bin Naufal adalah seorang beragama Nasrani. Ia banyak menulis buku yang berbahasa Arab dan bahasa Ibrani yang berasal dari Injil. Ia adalah seorang tua lagi buta.
Khadijah berkata kepadanya: “Wahai anak pamanku, dengarlah cerita dari anak saudaramu ini!”. Lalu Waraqah bertanya: “Apakah yang ingin engkau ketahui wahai anak saudaraku?”. Lalu Nabi SAW. menceritakan kepadanya apa yang telah terjadi di gua Hira’. Kemudian Waraqah berkata: “Itu adalah Jibril yang pernah datang menemui Isa A.S.; sekiranya saya ini seorang pemuda yang tangkas dan kiranya saya masih hidup ketika kaummu mengusirmu”, maka Nabi bertanya: “Apakah mereka akan mengusir aku?”. Jawab Waraqah: “Ya! hanya sedikit yang mengemban apa yang engkau bawa ini dan banyak yang memusuhinya, maka jika aku masih kuat hidup di waktu itu pasti aku akan membantumu sekuat-kuatnya”. Tidak lama sesudah itu Waraqah pun meninggal dunia. (HR. Imam Bukhari dan Muslim).
Berdasarkan hadis tersebut jelaslah bahawa lima ayat pertama surah Al `Alaq ini adalah ayat-ayat Al-Quran yang pertama kali diturunkan sebagai rahmat dan panggilan Allah yang pertama kali yang dihadapkan kepada Nabi SAW. Allah menyuruh Nabi agar membaca sedang beliau tidak pandai membaca dan menulis, maka dengan kekuasaan Allah ini beliau dapat mengikuti ucapan Jibril. Dan Allah akan menurunkan kepadanya suatu Kitab yang akan menjadi petunjuk bagi manusia. Maksudnya, bahawa Allah yang menjadikan dan menciptakan seluruh makhluk Nya dari tidak ada kepada ada, sanggup menjadikan Nabi-Nya pandai membaca tanpa belajar.
Iqra’ atau perintah membaca, adalah kata pertama dari wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad saw. Kata ini sedemikian pentingnya sehingga diulang dua kali dalam rangkaian wahyu pertama. Mungkin menghairankan bahawa perintah tersebut ditujukan pertama kali kepada seseorang yang tidak pernah membaca suatu kitab sebelum turunnya Al-Quran, bahkan seorang yang tidak pandai membaca suatu tulisan sampai akhir hayatnya, sebagaimana firman Allah :
“dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (Al Quran) sesuatu Kitabpun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu kitab dengan tangan kananmu; andaikata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang mengingkari (mu). (QS 29:48),
Namun, kehairanan ini akan sirna jika disedari erti iqra’ dan disedari pula bahawa perintah ini tidak hanya ditujukan kepada peribadi Nabi Muhammad saw semata-mata, tetapi juga untuk ummat manusia sepanjang sejarah kemanusiaan, kerana realisasi perintah tersebut merupakan kunci pembuka jalan kebahagiaan hidup duniawi dan ukhrawi.
Iqra’ demikian perintah Tuhan yang disampaikan oleh Jibril. Tetapi apa yang harus dibacanya? “Ma aqra?” demikian pertanyaan Nabi- dalam suatu riwayat- setelah berulang-ulang kali Jibril menyampaikan perintah tersebut sambil merangkul beliau, sebagaimana cerita dalam hadith di atas.
Kita tidak menemui penjelasan tentang objek perintah membaca tersebut dari redaksi wahyu pertama ini, dan kerana itu ditemukan beraneka ragam pendapat para ahli tafsir.
Erti kata Qara’a dan pentingnya Membaca:
Di dalam Al-Quran erti kata Qara’a terulang tiga kali, masing-masing pada:
“Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu”. (Q.S. 17 : 14)
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan” (Q.S. 96 : 1)
“Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah” (Q.S. 96 : 3)
Sedangkan kata jadian dari kata dasar tersebut, dalam berbagai bentuknya, terulang sebanyak 17 kali selain kata Al-Quran yang terulang sebanyak 70 kali.
Jika diamati, objek membaca pada ayat-ayat yang menggunakan kata dasar qara’a ditemukan bahawa ia kadangkala berhubungkait suatu bacaan yang bersumber dari Tuhan (QS 17:45 dan 10:94) dan terkadang juga objeknya adalah suatu kitab yang merupakan himpunan karya manusia atau dengan kata lain bukan bersumber dari Allah (QS 17:14).
Di sini, terdapat perbezaan antara membaca yang menggunakan kata dasar qara’a dengan membaca yang menggunakan kata dasar tala tilawatan, di mana kata terakhir ini digunakan untuk bacaan-bacaan yang sifatnya suci dan pasti benar (QS 2: 252 dan 5:27).
Di lain segi, dapat dikemukakan suatu kaedah bahawa suatu kata dalam susunan redaksi yang tidak disebutkan objeknya, maka objek yang dimaksud bersifat umum, mencakup segala sesuatu yang dapat dijangkau oleh kata tersebut. Dari sini dapat disimpulkan bahawa kerana kata qara’a digunakan dalam erti membaca, menelaah, menyampaikan dan sebagainya, dan kerana objeknya tidak disebut sehingga bersifat umum, maka objek kata tersebut mencakup segala yang dapat terjangkau baik bacaan yang suci yang bersumber dari Tuhan mahu pun yang bukan, baik yang menyangkut ayat-ayat yang tertulis mahu pun yang tidak tertulis, sehingga mencakup telaah terhadap alam-raya, masyarakat dan diri sendiri, ayat suci Al-Quran, majalah, surat khabar, dan sebagainya.
Objek qira’at yang sedemikian luas itu, memang dapat sedikit menyempit apabila hanya dilihat dari dirangkaikannya perintah membaca dengan qalam, baik pada ayat ke empat wahyu pertama mahu pun pada ayat ke dua wahyu ke dua yang menggunakan salah satu huruf alpabet (Surah Al-Qalam). Namun, harus diingat bahawa sekian pakar tafsir kontemporari memahami kata qalam sebagai segala macam alat tulis-menulis sehingga kepada mesin-mesin tulis dan cetak yang canggih, dan juga harus diingat bahawa qalam bukan satu-satunya alat atau cara untuk membaca atau memperoleh pengetahuan.
Perintah membaca, menelaah, meneliti, menghimpun, dan sebagainya dikaitkan dengan “bi ismi rabbika” (“dengan nama Tuhanmu”). Perkaitan ini merupakan syarat sehingga menuntut dari si pembaca bukan saja sekadar melakukan bacaan dengan ikhlas, tetapi juga antara lain memilih bahan-bahan bacaan yang tidak membawanya kepada hal-hal yang bertentangan dengan “nama Allah” itu.
Demikianlah, Al-Quran secara dari awal menekankan pentingnya “membaca” dan keharusan adanya keikhlasan serta kepandaian memilih bahan-bahan bacaan yang tepat.
خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ
Dalam ayat ini Allah mengungkapkan cara bagaimana ia menjadikan manusia, iaitu manusia sebagai makhluk yang mulia dijadikan Allah dari sesuatu yang melekat dan diberinya kesanggupan untuk menguasai segala sesuatu yang ada di bumi ini serta menundukkannya untuk keperluan hidupnya dengan ilmu yang diberikan Allah kepadanya. Dan Dia berkuasa pula menjadikan insan kamil di antara manusia, seperti Nabi SAW. yang pandai membaca walaupun tanpa belajar.
اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ
Perintah membaca ke dua ditemukan sekali lagi dalam wahyu pertama. Tetapi kali ini, perintah tersebut dirangkaikan dengan wa rabbuka al-akram. Ayat ini antara lain merupakan dorongan untuk meningkatkan minat baca.
Dalam Al-Quran hanya dua kali ditemukan kata al-akram iaitu pada ayat ke-3 surah Al-A’laq dan pada ayat ke-13 surah Al-Hujarat, iaitu “Inna akramakum ‘ind Allah atqakum”. Kata akram biasanya diterjemahkan dengan “Maha Pemurah” atau “Semulia-mulianya”. Untuk memahami lebih jauh erti yang sebenarnya dari kata akram, sewajarnya kita kembali kepada kata dasarnya iaitu karama yang menurut kamus-kamus bahasa Arab antara lain bererti memberikan dengan mudah dan tanpa pamrih, bernilai tinggi, terhormat, mulia, setia, dan kebangsawanan.
Dalam Al-Quran ditemukan kata karim terulang sebanyak 27 kali. Kata tersebut menyifati 13 hal yang berbeza-beza, seperti qawl (ucapan), rizq (rezeki), zawj (pasangan), malak (malaikat), zhil (naungan), kitab (surat), dan sebagainya. Tentunya, pengertian yang dikandung oleh sifat karim dalam ayat yang berbeza-beza di atas harus disesuaikan dengan subjek yang disifatinya. Kata karim pada qawl mengandung maksud ucapan yang baik, indah terdengar, benar susunan dan kandungannya, mudah difahami serta menggambarkan segala sesuatu yang ingin disampaikan pembicara. Sedangkan kata karim dan akram digunakan oleh Al-Quran untuk menggambarkan segala sesuatu yang terpuji menyangkut subjek yang disifatinya.
Kembali kepada “Rabbuka Al-Akram”, yang disifati di sini adalah “Rabb” Tuhan Pemelihara. Apakah kata akram yang berbentuk superlative ini akan dibatasi pengertiannya dalam suatu hal tertentu? Jawabannya adalah tidak. Apalagi ayat ini adalah satu-satunya ayat di dalam Al-Quran yang menyifati Tuhan dalam bentuk tersebut dari kata karim. “Wa Rabbuka al-akram” mengandung pengertian bahawa Dia (Tuhan) dapat menganugerahkan puncak dari segala yang terpuji bagi segala hambanya yang membaca. Tentunya, kita sebagai mahluk tidak dapat menjangkau betapa besar “Karam” Tuhan. Bagaimanakah mahluk yang terbatas ini dapat menjangkau sifat Tuhan Yang Maha Mutlak dan tidak terbatas itu? Namun demikian, sebagian darinya dapat diungkapkan sebagai berikut:
“Bacalah, Tuhanmu akan menagugerahkan dengan karam-Nya (kemurahan-Nya) pengetahuan tentang apa yang engkau tidak ketahui.”
Bacalah dan ulangi bacaan tersebut walaupun objek bacaan sama, nescaya Tuhanmu dengan karam-Nya akan memberikan pandangan/ pengertian baharu yang tadinya engkau belum peroleh pada bacaan pertama dalam objek tersebut.”
Bacalah dan ulangi bacaan, Tuhanmu akan memberikan kepadamu manfaat yang banyak yang tidak terhingga kerana Dia Akram (memiliki segala macam kesempurnaan).”
Di sini kita dapat melihat perbezaan antara perintah membaca pada ayat ketiga. Yakni, yang pertama menjelaskan syarat yang harus dipenuhi seseorang ketika membaca, sedangkan perintah ke dua menjanjikan manfaat yang diperoleh dari bacaan tersebut.
Allah dalam ayat ketiga ini menjanjikan bahawa pada saat seseorang membaca ”demi kerana Allah”, maka Allah akan menganugerahkan kepadanya ilmu pengetahuan, pemahaman-pemahaman, wawasan-wawasan baharu walaupun yang dibacanya itu-itu juga. Apa yang dijanjikan ini terbukti secara sangat jelas dalam “membaca” ayat Al-Quran iaitu dengan adanya penafsiran-penafsiran baharu atau pengembangan-pengembangan pelbagai pendapat dari yang telah pernah dikemukakan. Hal ini terbukti pula dengan sangat jelasnya dalam “pembacaan” alam raya ini, dengan bermunculannya penemuan-penemuan baharu yang membuka rahasia-rahasia alam.
الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم
Kemudian dengan ayat ini Allah menerangkan bahawa Dia menyediakan kalam sebagai alat untuk menulis, sehingga tulisan itu menjadi penghubung antar manusia walaupun mereka berjauhan tempat. sebagaimana mereka berhubungan dengan perantaraan lisan. Kalam sebagai benda padat yang tidak dapat bergerak dijadikan alat informasi dan komunikasi, maka apakah sulitnya bagi Allah menjadi Nabi-Nya sebagai manusia pilihan-Nya bisa membaca, berorientasi dan dapat pula mengajar.
Allah menyatakan bahawa Dia menjadikan manusia dari ‘Alaq lalu diajarinya berkomunikasi dengan perantaraan kalam. Pernyataan ini menyatakan bahawa manusia diciptakan dari sesuatu bahan hina dengan melalui proses, sampai kepada kesempurnaan sebagai manusia sehingga dapat mengetahui segala rahasia sesuatu, maka seakan-akan dikatakan kepada mereka, “Perhatikanlah hai manusia bahawa engkau telah berubah dari tingkat yang paling rendah hingga tingkat yang paling mulia, hal mana tidak mungkin terjadi kecuali dengan kehendak Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Bijaksana menciptakan segala sesuatu sesuai dengan kehendak-Nya.
عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
Kemudian dalam ayat ini Allah menambahkan keterangan tentang limpahan kurnia-Nya yang tidak terhingga kepada manusia, bahawa Allah yang menjadikan Nabi-Nya yang tidak terhingga kepada manusia, bahawa Allah yang menjadikan Nabi-Nya pandai membaca. Dialah Tuhan yang mengajar manusia bermacam-macam ilmu pengetahuan yang bermanfaat baginya yang menyebabkan dia lebih utama dari pada binatang-binatang, sedangkan manusia pada permulaan hidupnya tidak mengetahui apa-apa. Oleh sebab itu apakah menjadi suatu keanehan bahawa Dia mengajar Nabi-Nya pandai membaca dan mengetahui bermacam-macam ilmu pengetahuan serta Nabi SAW. sanggup menerimanya.
KAJIAN AYAT :
Dari uraian tersebut di atas, terdapat empat pertanyaan yang dapat diajukan sehubungan dengan penurunan surat al-‘alaq ayat 1-5 yang merupakan wahyu pertama kepada Rasulullah SAW.
Pertama, kenapa digunakan lafal iqra’ untuk memerintahkan membaca, padahal di dalam tata bahasa Arab terdapat derivasi lain (seperti utlu/tilawah);
Ke dua, diperintahkan untuk membaca tetapi tidak ditemukan informasi mengenai objek yang akan dijadikan bahan bacaan;
Ketiga, kenapa perintah membaca perlu diulang sebanyak dua kali (ayat 1 dan 3); dan
Keempat, kenapa ajaran Islam diperkenalkan pertama kali dengan iqra’ bukan hal-hal yang langsung tentang ajarannya;
Pertanyaaan pertama, sangat berhubungam dengan khazanah kekayaan satera bahasa Arab sebagai bahasa al-quran. Satu pengertian dalam bahasa Arab sering ditemukan dalam bentukan kata yang berbeza. Masing-masing bentukan itu memiliki makna yang juga berbeza. Hal inilah yang menjadi keunggulan bahasa Arab dari bahasa lainnya. Para ahi satera dan bahasa menyatakan kalau anda akan mengarang dan ingin karya tersebut dibaca oleh masyarakat seratus bahkan seribu tahun lagi maka gunakanlah bahasa Arab. Buktinya, kitab-kitab klasik di berbagai bidang ilmu yang dikarang ratusan tahun yang lalu masih digunakan sebagai referensi oleh para pakar saat ini, disebabkan bahasanya tahan uji dengan perjalanan waktu, tetap kaya makna bila dikaji, menakjubkan!
Perintah membaca pada ayat tersebut menggunakan kata imperatif/amar (iqra’: bacalah olehmu) yang berasal dari kata dasar qara’a. Bila dirujuk berbagai mu’jam/kamus bahasa, kata membaca yang berasal dari qara’a secara etimologi bererti mengumpulkan, kerana proses yang dilakukan adalah mengumpulkan beberapa huruf lalu menjadi beberapa kata dan terangkai dalam untaian kalimat, setelah itu diucapkan. Berdasarkan pengertian mengumpulkan tersebut, perintah iqra mencakup makna yang sangat luas, iaitu: bacalah, fahamilah, telitilah, cermatilah, sampaikanlah, telaah-lah, dalami-lah, renungkanlah yang dilakukan secara tajam dan mendalam. Terjemahan “bacalah” dalam bahasa Malaysia sebenarnya “terlalu kurus” untuk memuat makna luas yang dimiliki kata “iqra’” tersebut.
Dalam pengertian membaca lainnya juga digunakan kata tala-yatlu-tilawah. Pemakaian kata ini di dalam bahasa al-Quran bersifat khusus hanya kepada sesuatu yang sudah pasti, sesuatu yang benar dan bersumber dari Allah SWT. Seperti Q.S al-Baqarah:252, Q.S al-Maidah: 27, menyatakan segala yang dibacakan (dengan kata dasar tala-tilawah) adalah al-haq (informasi yang bersumber dari Allah SWT). Berbeza halnya dengan kata iqra’ digunakan untuk informasi yang bersumber dari Allah, manusia, alam, dan lainnya. Kata tala-tilawah juga digunakan untuk membaca sesuatu yang sudah pasti (kongkrit/teks) sedangkan kata qara’a-qiraah menjangkau pengertian yang sangat luas meliputi segala hal yang kongkrit dan abstrak, tajam dan mendalam dengan sasaran pemahaman terhadap berbagai hal. Di Nusantara dikenal musabaqah tilawatil quran bukan musabaqah qiraatil quran, kerana kata qiraat sasarannya lebih luas dibandingkan tilawah.
Pertanyaan ke dua, ayat tersebut memerintahkan iqra’ yang bererti bacalah, telitilah, fahamilah, cermatilah, dalamilah, akan tetapi tidak dijelaskan apa yang mesti dibaca dan difahami (objek iqra’). Dalam kaedah bahasa apabila suatu rangkaian kalimat tidak disebutkan objeknya, hanya disampaikan secara mutlak, bererti objeknya bersifat umum sejauh jangkauan kemutlakan “kata kunci”nya. Kata kunci yang dimaksud adalah “iqra” yang memiliki cakupan makna luas. Dalam hal ini bisa disimpulkan bahawa objek iqra’ pada ayat tersebut sangat umum dan luas.
Yang dijelaskan di dalam ayat hanya gambaran tentang cara membaca iaitu bismi rabbika (dengan nama Tuhanmu). Ada dua kesimpulan cara membaca dalam hal ini, pertama melakukan kegiatan iqra’ dengan ikhlash ingin menggapai redha Allah kerana hakikat ilmu adalah milik-Nya, dan perkara-perkara berkaitan iqra’ tidak boleh bertentangan dengan aturan dan norma Allah.
Dalam hal objek iqra’ ini, pakar tafsir Muhammad Abduh berpendapat bahawa objek yang harus dibaca adalah ayat-ayat Allah. Ayat-ayat Allah tersebut dapat dikategorikan dalam dua bentuk: pertama, ayat-ayat yang tertulis dan diturunkan yang dikenal dengan ayat munazzalah dan inilah wahyu yang diturunkan kepada Rasul berupa al-Quran dan Sunnah. ke dua, ayat-ayat yang tercipta yang dikenal dengan ayat kauniah (fenomena alam) berupa alam semesta serta segala isinya serta semua peristiwa yang terjadi di dalamnya. Dengan demikian setiap pencarian pemahaman dan penelitian teradap apa saja merupakan manifestasi perintah iqra yang dituju ayat. Tidak disebutkan objek dan batasan iqra’ mengisyaratkan betapa luasnya perkara-perkara berkaitan iqra’ yang sudah dipersiapkan Tuhan bagi manusia untuk dibezah dan digali setiap zaman.
Pertanyaan ketiga, berhubungan dengan perulangan perintah iqra’ sebanyak dua kali ayat pertama dan ketiga yang memiliki keterkaitan yang erat. Pemahaman bahasa memberikan kesimpulan bahawa perulangan kata bererti menegaskan kata yang pertama atau menyatakan pengertian kata yang ke dua berbeza dengan dengan yang pertama. Sehingga ayat ketiga dapat difahami pengertiannya sebagai berikut:
1. Teruslah membaca, nescaya Tuhanmu akan menganugerahkan ilmu pengetahuan yang selama ini belum pernah diketahui manusia;
2. Bacalah, dan ulangilah membaca bacaan tersebut (walaupun objeknya sama), nescaya Tuhanmu akan memberikan anugerah-Nya dengan memberikan pemahaman yang baharu yang belum diperoleh pada kegiatan iqra’ pertama.
Pertanyaan keempat, berhubungan dengan perkenalan Islam terhadap umatnya diawali dengan perintah iqra’ (telitilah, bacalah, fahamilah, dan lainnya) bukan dengan prinsip atau pun ajaran-ajaran dogmatis. Tujuannya tidak lain adalah untuk menyentuh potensi-potensi yang dimilik oleh manusia seperti akal, kalbu, hawas (media indrawi) agar menemui ayat-ayat Allah bila dan dimanapun. Sehingga dengan penemuan pemahaman yang benar terhadap objek iqra’ tersebut akan menjadikan manusia mencari iman dan menerima Islam secara logis, argumentatif, kuat dan mendasar. Hal inilah yang dikhuatirkan oleh para pemikir di luar Islam bahawa apabila peradaban manusia makin maju maka konsep ajaran Islam akan semakin bersinar dan terbukti kebenarannya. Beberapa tokoh cendikiawan abad moden ini telah menemui pemahaman ayat-ayat Allah melalaui proses iqra’ tersebut, seperti Dr. Rosyad Khalifah, seorang doktor biokimia Mesir yang menetap di Amerika, Dr. Syauki al-Fataki, dokter di salah satu rumah sakit di kota Tokyo, Jepang, Dr. Murice Buchaille, ahli bezah di salah sebuah hospital terbesar di kota Paris, Perancis. Pemahaman dan penelitian mendalam yang mereka lakukan berakhir dengan menemui kebenaran Islam. Kemudian dengan Islam berasaskan iqra’ yang selalu dikembangkan telah membawa ratusan ribu masyarakat di persekitaran mereka juga memeluk agama Islam
KESIMPULAN:
Setelah ditinjau dari pengertian kata iqra’, objek kajiannya, pengulangan dalam redaksi ayat serta latar belakang pemilihan iqra’ sebagai ayat pertama turun, dapat disimpulkan, bahawa iqra’ adalah kata kunci untuk mencapai kejayaan dan keberhasilan manusia menuju peradaban tinggi dan bermartabat. Sehingga tidak menghairankan apabila tuntutan pertama kepada umat Islam adalah iqra’, yang menyimpan dorongan kuat untuk menjadi umat terbaik dari segi peradaban, mulia dalam hal martabat, bertauhid dalam mengkaji ayat-ayat Ilahi.
Perintah iqra’ juga memberi isyarat bahawa masyarakat yang maju dan berkembang adalah masyarakat yang memiliki nilai baca yang tinggi terhadap berbagai hal. Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat moden hari ini diawali dengan proses iqra’. Semakin banyak kegiatan iqra’ akan selalu menciptakan peradaban baharu dan kemajuan, begitu pula sebaliknya semakin sedikit usaha iqra’ akan membawa kemiskinan peradaban, sukar untuk maju dan lamban menggapai perkembangan.
Demikianlah, perintah membaca merupakan perintah yang paling berharga yang dapat diberikan kepada ummat manusia. Kerana, membaca merupakan jalan yang mengantar manusia mencapai darjat kemanusiaannya yang sempurna. Sehingga, tidak berlebihan bila dikatakan bahawa membaca adalah syarat utama untuk membangun peradaban. Dan apabila diakui bahawa semakin luas pembacaan semakin tinggi peradaban, demikian pula sebaliknya. Maka, tidak mustahil jika pada suatu ketika, manusia akan didefinisikan sebagai ”Makhluk Membaca”, suatu definisi yang tidak kurang nilai kebenarannya dari definisi-definisi lainnya semacam makhluk sosial atau mahluk berfikir. Kata seorang ahli falsafah, orang yang selalu membaca ibarat minum air laut, semakin diminum akan semakin membuat kering kerongkongannya kerana semakin banyak membaca akan merasakan kekurangan diri yang tidak sebanding dengan luasnya ayat-ayat Allah di alam jagad raya ini.
Kredit: Ahmad Widayat (http://ahmadwidayat.wordpress.com/2009/12/17/35/)