Al-Qur’an dan Sains Moden – Siri 2

TERJEMAHAN BUKU
AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN
Oleh: Dr. Zakir Naik

I. ASTRONOMI

PEMBENTUKAN ALAM : LETUPAN BESAR

Penciptaan alam ini seperti diperjelaskan oleh ahli astrofizik adalah melalui fenomena yang diterima secara meluas, dikenali dengan panggilan Letupan Besar (The Big Bang). Ianya disokong oleh data-data pemerhatian dan ujikaji yang telah dikumpulkan oleh ahli astronomi dan astrofizik sejak beberapa abad.yang lalu. Berdasarkan fenomena Letupan Besar, seluruh alam ini pada asalnya adalah suatu jisim yang besar (Primary Nebula). Kemudian terjadi suatu Letupan Besar (Secondary Separation) yang menyebabkan terbentuknya Galaksi-Galaksi, yang mana dibahagi-bahagikan pula untuk membentuk bintang-bintang, planet-planet, matahari, bulan dsbnya. Asal pembentukan alam ini adalah unik dan keberangkalian ianya terjadi secara kebetulan adalah mustahil.

Al-Qur’an memperjelaskan asal kejadian alam ini dalam surah yang berikut

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا

Dan tidakkah orang-orang kafir itu melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi ini , kedua-duanya pada asalnya bercantum (dalam bentuk yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya?…(Al-Anbiyaa’:30)

Ini menunjukkan persamaan yang jelas di antara ayat Al-Qur’an di atas dengan fenomena Letupan Besar. Bagaimana sebuah kitab yang muncul di padang pasir Semenjung Arab 1400 tahun yang lalu boleh mengandungi kebenaran saintifik yang terbukti ini?

PADA MULANYA TERDAPAT SUATU KEPULAN GAS SEBELUM PEMBENTUKAN GALAKSI-GALAKSI

Para saintis menyatakan sebelum galaksi-galaksi dalam alam ini terbentuk, kandungan angkasa (celestial) pada asalnya adalah dalam bentuk gas. Kepulan gas atau awan yang besar ini terjadi sebelum pembentukan galaksi-galaksi. Untuk memperjelaskan bentuk semesta yang asal ini, penggunaan perkataan ‘asap’ lebih bersesuaian jika dibandingkan dengan perkataan gas. Ayat Al-Qur’an di bawah ini merujuk kepada keadaan alam semesta pada masa tersebut dengan perkataan dhukhan , bermakna asap.

ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاء وَهِيَ دُخَانٌ فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ اِئْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِي

Kemudian Dia menuju kepada langit dan (saat itu) ia(langit) (masih berupa) asap lalu Dia berfirman pada langit dan pada bumi “Datanglah kalian berdua(menuruti perintahKu) (dalam keadaan)sukarela atau terpaksa” (lalu) mereka pun berkata “kami berdua datang (kepadaMu) (dengan) sukarela/patuh”. (Al_Fussilat :11)

Sekali lagi kenyataan ini bersamaan dengan fenomena Letupan Besar, yang mana tidak ada dalam pengetahuan bangsa Arab pada zaman Nabi Muhammad (SAW). Jadi dari manakah sumber asal pengetahuan ini?

BENTUK DUNIA YANG BULAT

Pada zaman dahulu manusia mempercayai bahawa dunia ini rata/mendatar. Selama beberapa abad manusia takut untuk menerokai atau mengembara jauh kerana bimbang akan terjatuh dipenghujungnya. Sir Francis Drake adalah manusia pertama yang membuktikan dunia ini bulat apabila ia berjaya belayar mengelilingi dunia pada tahun 1597M.

Lihat ayat Al-Qur’an berikut yang menerangkan kejadian silihganti pertukaran siang dan malam:

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِفِجُ النَّهَارَ ي اللَّيْلِ

Tidakkah kamu lihat Allah memasukkan malam ke dalam siang dan Dia memasukkan siang ke dalam malam?….( Luqman:29)

Memasukkan di sini bererti malam berubah secara perlahan dan berperingkat kepada siang dan begitu juga sebaliknya. Fenomena ini hanya boleh berlaku jika bumi ini berbentuk bulat Jika bumi ini rata/mendatar nescaya pertukaran malam kepada siang dan siang kepada malam berlaku secara mengejut.

Ayat Al-Qur’an berikut juga menyebut secara tidak langsung tentang bentuk dunia yang bulat:

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ

Dia telah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dia memasukkan malam atas siang dan Dia memasukkan siang atas malam…(Saad:5)

Perkataan Arab yang digunakan disini ialah Kawwara, bererti ditindih/tindan atau digelung- seumpama serban yang dililit di atas kepala. Pertindihan atau pergelungan siang dan malam ini hanya boleh berlaku jika dunia ini berbentuk bulat.

Bentuk dunia tidak bulat yang sempurna seperti sebiji bola, tetapi membujur (geo-spherical), ianya mendatar pada bahagian kedua-dua paksinya. Ayat Al-Qur’an berikut mengandungi keterangan bentuk bumi:

وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا

Dan setelah itu bumi ini Dia jadikan berbentuk telur. (An-Naazi’aat:30)

Perkataan Arab bagi telur di sini ialah dahaha, yang bermakna sebiji telur burung kasawari.. Bentuk sebiji telur burung kasawari menyerupai bentuk bumi yang membujur..

(Nota:Perkataan Arab dahaha telah diterjemahkan oleh A.Yusuf Ali sebagai hamparan, yang mana juga betul. Perkataan dahaha juga bermaksud sebiji telur burung kasawari).

Oleh itu Al-Qur’an menerangkan dengan tepat bentuk bumi yang sebenar, walaupun ketika Al-Qur’an itu diturunkan manusia masih beranggapan bahawa bumi adalah rata/mendatar.

CAHAYA BULAN ADALAH CAHAYA PANTULAN

Menjadi kepercayaan manusia dalam tamaddun terawal bahawa bulan mengeluarkan cahayanya tersendiri. Sains kini menerangkan kepada kita bahawa cahaya pada bulan itu sebenarnya adalah cahaya pantulan.Walhal fakta ini telah dinyatakan dalam Al-Qur’an 1,400 tahun dahulu dalam ayat yang berikut:,/p>

تَبَارَكَ الَّذِي جَعَلَ فِي السَّمَاء بُرُوجًا وَجَعَلَ فِيهَا سِرَاجًا وَقَمَرًا مُّنِيرً

Maha Suci (Zat) yang telah menjadikan di langit gugusan bintang (duabelas) dan Dia (juga) menjadikan di sana (langit) matahari dan bulan (yang) bersinar. (Al-Furqan: 61)

Perkataan Arab bagi matahari dalam Al-Qur’an ialah shams. Ianya dipanggil dengan sebutan siraaj, bermaksud suatu suluhan, atau dengan sebutan wahhaaj bermaksud lampu yang menyala-nyala, atau dengan sebutan diya bermaksud pancaran gemerlapan. Ketiga-tiga sebutan ini sangat bersesuaian untuk matahari, kerana ianya mengeluarkan kepanasan yang tinggi dan cahaya dari pembakaran dalamannya. Manakala perkataan Arab bagi bulan ialah qamar dan ia disebut dalam Al-Qur’an sebagai muneer, bermaksud suatu objek yang memberikan nur iaitu bersinar. Sebutan dalam Al-Qur’an ini sangat tepat sekali dalam menerangkan sifat sebenar bulan yang secara tersendiri tidak mengeluarkan cahaya tetapi adalah suatu objek yang memantulkan cahaya daripada matahari. Di dalam Al-Qur’an sama sekali tidak pernah disebut bulan sebagai siraaj, wahhaaj atau diya, dan matahari sebagai nur atau muneer. Ini membuktikan Al-Qur’an mengenal perbedaan di antara sifat cahaya matahari dan cahaya bulan.

Cuba lihat ayat-ayat Al-Qur’an di bawah ini yang menerangkan sifat cahaya dari matahari dan bulan:

هُوَ الَّذِي جَعَلَ الشَّمْسَ ضِيَاء وَالْقَمَرَ نُورًا

Dia (adalah) Zat yang telah menjadikan matahari bercahaya dan bulan bersinar..(Yunus: 5)

.أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا

.وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا

Apakah tidak kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit(dengan) bertingkat-tingkat.○ dan Dia telah menciptakan bulan di dalam (tujuh langit)(sebagai) cahaya dan Dia telah menciptakan matahari (sebagai) pelita yang menerangi○ ( Nuh: 15-16).

Sumber: Assabiel.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *