Buat blog dengan EDUBLOGS

Dalam laman ini, saya akan berkongsi dengan anda cara-cara menyediakan blog menggunakan EDUBLOGS.

Sebelum itu, jika anda seorang pelajar atau seorang guru, saya sangat mengesyorkan anda supaya menggunakan EDUBLOGS sebagai tempat untuk berwacana hal-hal yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Hal ini kerana EDUBLOGS mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tersendiri serta elemen-elemen seperti papan pemuka (dashboard), wijet, tema serta ‘tools’ yang sangat menarik.

Untuk menjadi blogger, adalah penting bagi anda memilih dan menggunakan ‘peralatan’ tersedia yang mudah dan pantas digunakan. Justeru, EDUBLOGS menawarkan perkhidmatan penyedia hamparan media penulisan (khususnya dalam dunia pendidikan) yang efisien dan dipercayai.

EDUBLOGS merupakan platfom penulisan blog yang sangat terkenal dalam kalangan sekolah-sekolah mahupun universiti di seluruh dunia pada masa kini. Ia akan terus berkembang seiring dengan arus perubahan dunia pendidikan yang terkini.

Kemudahan pengguna:
1. Pengguna PERCUMA EDUBLOGS (Terhad 32MB sahaja)
2. Pengguna EDUBLOG PRO (10GB dengan pelbagai pilihan tema, wijet, ‘tools’ dan pelbagai bahan yang sangat menarik)

Keperluan sebelum menjadi penulis blog (blogger):
1. Mempunyai emel
2. Kemahiran mencari bahan penulisan
3. Kemahiran menulis
4. Kemahiran menggambar

Seseorang seperti anda yang ingin berkecimpung di dalam penulisan blog merupakan seorang manusia istimewa kerana anda didorong oleh semangat dan motivasi yang tinggi untuk berkongsi sesuatu perkara dengan orang lain. Disebabkan dorongan tersebut anda seolah-olah dipaksa mempersiapkan diri dengan beberapa kemahiran lain, bukan setakat menulis perkataan demi perkataan dan ayat demi ayat di dalam blog. Hal ini disebabkan untuk membuatkan pembaca lebih yakin terhadap idea dan tulisan anda, anda perlu disokong oleh bahan atau sumber lain seperti gambar, audio, video, rajah, carta dan sebagainya. Semua keperluan ini memerlukan pertimbangan yang teliti dan kemahiran yang tinggi semasa di sediakan oleh anda.

Sebagai contoh, untuk menghasilkan satu bahan gambar, anda hendaklah memikirkan komposisi, objek, reka bentuk, warna serta dedahan cahaya gambar tersebut. Oleh itu, gambar hendaklah diedit menggunakan perisian-perisian tertentu supaya gambar kelihatan lebih sesuai, cantik serta menarik.

Jika anda seorang guru, saya juga mengesyorkan kepada anda supaya menggalakkan pelajar anda memiliki blog sendiri. Hal ini disebabkan terdapat ruangan-ruangan tertentu di dalam aktiviti blogger yang akan mengisi ruang pemikiran mereka dengan dimensi pendidikan yang baharu, pelbagai dan sangat menarik untuk diterokai. Hal ini juga sudah tentu dapat membuka minda di samping menggalakkan pelajar anda terdorong untuk menguasai kemahiran-kemahiran baharu. Percayalah, sebahagian besar daripada kemahiran tersebut tidak perlu anda ajarkan sepenuhnya kepada pelajar anda kerana dunia pendidikan berasaskan Youtube, Viddler, Vimeo, Facebook serta Veoh menawarkan sumber pembelajaran yang tidak terbatas.

Untuk mewujudkan akaun EDUBLOGS anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:

Paparan berikut akan kelihatan:

Dunia pendidikan zaman ini sangat mencabar. Sumber-sumber pendidikan yang terdapat berhampiran tidak lagi sesuai atau tidak mencukupi dijadikan rujukan atau sumber. Sumber-sumber pendidikan tersebut amat penting agar menjadikan kita benar-benar seorang yang berilmu pengetahuan Melalui laman ini, saya akan memberi panduan kepada anda

Akan dikemaskini dari masa ke semasa….

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *