Kg. Tampasak Liwan, Tambunan

Carian di GOOGLE menemukan saya kepada beberapa artikal yang ditulis berkenaan Kg Tampasak Liwan, Tambunan. Di antaranya:

  1. http://kamarularnizam.blogspot.com/p/ekspedisi-ke-kampung-tampasak-liwan.html
  2. http://pustakaalghazali.wordpress.com/2009/09/11/ihya-ramadhan-di-surau-kg-tampasak-liwan-tambunan/
  3. http://pustakaalghazali.wordpress.com/2009/09/22/lagenda-bumi-tampasak-tambunan/

Saya pernah menulis artikal pendek yang ada sedikit kaitan dengan Kg Tampasak Liwan, Tambunan. Tulisan saya itu dapat dibaca melalui link berikut:

  1. https://edu4u.edublogs.org/2009/10/25/raya-tugas-dan-balik-kampung/
  2. https://edu4u.edublogs.org/2009/01/03/syoknya-balik-kampung-%E2%80%93-memancing-belut-sungai/
  3. https://edu4u.edublogs.org/2008/08/03/syoknya-balik-kampung-menjala-di-sungai/

Terdapat beberapa portal dan laman photo yang ditulis dan dihasilkan oleh penduduk Kg Tampasak Liwan. Contohnya di pautan ini:

  1. http://www.arvishstudio.com/
  2. https://www.flickr.com/photos/needyalee

Carian di YOUTUBE juga menemukan saya beberapa video yang berhubungkait dengan Kg Tampasak Liwan, Tambunan.

Di antara video Youtube tersebut ialah seperti berikut:

Rupanya Kg. Tampasak Liwan juga melahirkan artis yang turut mewarnai bidang seni hiburan tempatan di Negeri Sabah ini.

Melihat fakta-fakta di atas, saya semakin teruja. Nama kampung ini  tidaklah begitu asing jika memerlukan pencarian maklumat di hujung jari di laman maya. Hati saya riang, semakin berkobar untuk menukilkan sedikit sebanyak tentang kampung ini buat tatapan anda.

Wehh…apa istimewanya kampung ini di mata saya? Hmm..merenung….berfikir….dan garu kepala… apa ya?

……..
Sekadar ingin menelusuri sejarah penduduk Kg. Tampasak Liwan, penduduk awal yang pernah saya lihat dengan mata sendiri adalah seperti orang-orang tua Danjal, Gemisi, Kundiko, Sorudin, Sipai dan beberapa orang lagi yang saya tidak ingat nama mereka. Semua yang saya sebutkan ini sudah meninggal dunia.

Generasi berikutnya, sekadar menyebut beberapa nama yang saya ingat…. Soliun @ Sulaiman, Melisin, Jamil, Jouti, Jani @ Hamzani, Jasrin, Jamaludin, Marasin dan …???

Garu kepala lagi… Itu dalam kalangan lelaki. Wanita pula, …. wehhhh tak ingat!!

Jaidah, Jouyah, ….hekek…nantilah update apabila saya ingat

Tak apa…orang dulu-dulu bilang, nanti tumbuh tanduk di lutut kalau sebut sembarangan nama orang-orang tua ….eh eh eh…karut tu… boleh jatuh syirik!

Allah menjadikan tanah-tanih di perbukitan Tampasak Liwan ini subur. Kesuburannya tanah itu membolehkan penduduk kampung bercucuk tanam sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayuran tanah tinggi seperti kobis, tomato, sayuran kekacang dan lain-lain sangat subur di kampung ini. Hari ini, tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan koko sudah mula diusahakan oleh sebilangan kecil penduduk kampung Tampasak Liwan.

Sayur-sayuran tumbuh subur di Kg Tampasak Liwan, Tambunan

Sayur-sayuran tumbuh subur di Kg Tampasak Liwan, Tambunan

Sejarah
Menurut orang tua-tua, nama Kg.Tampasak Liwan diambil daripada sejenis tumbuhan bernama ‘Tampasak’ yang banyak didapati di kawasan perkampungan Kg Tampasak Liwan. ‘Liwan’ pula bermaksud keadaan suatu tempat yang berada di sebalik perbukitan. Kg. Tampasak Liwan sememangnya berada sedikit tersorok di kawasan perbukitan berhampiran Kg. Melout dan Kg. Kerokot, Tambunan, Sabah. Jaraknya dari Pekan Tambunan ialah sejauh 30KM.

Menurut orang tua-tua lagi, penduduk kampung Tampasak Liwan berasal dari Karanaan dan Sungoi. Karanaan dan Sungoi terletak tidak jauh dari perkampungan yang ada sekarang. Sebenarnya, saya tidak begitu pasti di manakah letaknya kedua-dua penempatan lama itu. Sebab-sebab penduduk kampung berpindah ialah kerana adanya kemudahan jalan raya yang dibina pada awalnya oleh syarikat pembalakan.

Menurut versi lain cerita yang saya pernah dengar, wujudnya penempatan di Kg Tampasak Liwan ini bermula apabila Koperasi Pembangunan Desa (KPD) yang ingin membantu memajukan penduduk petani di desa-desa. Program tersebut bermula apabila sebuah jalan raya dibina sekitar tahun 1980-an. Disebabkan kemajuan tersebut yang ingin dikecapi oleh penduduk kampung, mereka mula mendirikan rumah-rumah di perkampungan Tampasak Liwan berdekatan jalan raya.

Melalui jalan raya yang dibina, memudahkan pergerakan penduduk kampung berurusan di pekan atau memasarkan hasil-hasil pertanian mereka ke pasar tamu terdekat iaitu di pekan Tambunan pada hari khamis dan tamu di Toboh, Tambunan pada hari minggu.

Ibu bapa saya
Ibu bapa saya bukan penduduk asal kampung Tampasak Liwan. Bapa saya berasal dari Kg Luanti, Ranau. Ibu saya pula dari Kg Widu. Bapa saya tidak pernah memberitahu mengapa mereka berpindah ke kampung ini. Hemat saya, mereka berpindah kerana lebih dekat dengan jarak pekan terdekat untuk menjual sigup (tembakau) pada masa dahulu.

Pada masa dahulu (1960-an), pekan terdekat untuk menjual tembakau ialah di Donggongon. Sewaktu kecil, saya selalu mendengar bapa saya menyebut dalam bahasa Dusun, “Mongoi Sondot”, bermaksud pergi ke Sondot. Sondot ialah nama lain bagi Donggongon pada masa dahulu. Donggongon ialah sebuah pekan yang sangat terkenal  sebagai salah sebuah pusat perniagaan sejak dahulu. Pekan ini terletak di Daerah Penampang. Pada masa dahulu tidak ada jalan raya, melainkan jalan denai yang perlu melalui hutan belantara di Banjaran Crocker. Menurut bapa saya, perjalanan dari Luanti, Ranau memerlukan masa hampir seminggu untuk sampai ke Sondot dengan berjalan kaki. Sigup atau tembakau yang sudah di”gorib’ disusun berlupi-lupi dan disikut menggunakan ‘wakid’ atau ‘basung’. Seingat saya, sewaktu kecil saya pernah nampak bapa saya menyikut wakid atau basung yang besar dan tinggi. Tinggi wakid atau basung tersebut melebihi ketinggian bapa saya.

Menurut bapa saya lagi, terdapat beberapa stesen di mana menjadi tempat mereka untuk bermalam.

Dari cerita-cerita yang pernah diceritakan oleh bapa saya, saya dapat simpulkan bahawa bapa saya adalah seorang ahli perniagaan. Mungkin…mungkin saja laaa… disebabkan jarak yang terlalu jauh untuk memasarkan hasil sigup di Sondot, mereka pun berpindah ke kampung yang lebih dekat, iaitu di Tandiran, berhampiran Rambakon, Pawon, Lokusop, sebelum berpindah ke Tampasak Liwan.

hik hik…mula sedih…di sini banyak sejarahnya…inshaa Allah, jika ada masa…saya akan tuliskan.

Begitu jauh dan mencabar perjalanan bapa saya untuk menjual sigup. Yang lucunya, urusniaga dahulu tidak menggunakan wang. Yang dibawanya pulang bukannya wang bertimbun, tetap ikan masin, garam, ajinomoto, gula dan ikan sardin dalam tin.

Penduduk Kg Tampasak Liwan, Tambunan
Majoriti penduduk Kg Tampasak Liwan berbangsa Dusun dan bertutur dalam Bahasa Dusun. Pekerjaan penduduknya pula ialah petani tanah tinggi. Mereka berkebun sayur dan menanam buah-buahan. Tanaman bermusimnya ialah  padi bukit. Padi bukit hanya ditanam pada musim-musim menanam padi bukit dan dilakukan secara ‘mitatabang’ atau bergotong-royong.

Terdapat juga dalam kalangan generasi baharunya yang bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Kg Tampasak Liwan sebenarnya amat berbangga kerana terdapat seorang anak petani tulen dari kampung ini yang telah mempunyai pekerjaan di dalam bidang  industri perkapalan sebagai kapten kapal.

Hummm…menarikkan cerita ni..??…jika ada ruang dan masa, saya akan tuliskan siapakah kapten kapal ini.

Bilangan penduduk kampung ini tidaklah terlalu ramai. Jumlah keluarga hanya belasan sahaja dengan bilangan penduduk yang tidak pun mencecah 200 orang. Namun semangat setiap penduduknya untuk memajukan diri dan keluarga sangat tinggi.

Dari segi anutan agama, majoriti penduduk di kampung ini beragama Islam. Pada masa ini hanya terdapat satu keluarga yang beragama Kristian, iaitu pak tua saya sendiri (pakcik).

Anak-anak penduduk kampung bersekolah SK Kerokot, Tambunan. Di sekolah inilah saya pernah bersekolah dahulu, tetapi hanya di darjah satu hingga darjah dua sahaja. Selepas itu, saya dihantar ke asrama Sekolah Ugama Islam Sabah, Tambunan (SUIS) oleh ibu bapa saya.

Sungai Molout
Berhampiran Kg Tampasak Liwan, terdapat sebatang sungai yang dinamai Sungai Molout. Di sungai inilah penduduk kampung mencari ikan sebagai sumber makanan berprotin.

Buah asam. Sedap dimakan bersama garam.

Buah kayu ‘Tungou’. Rasanya asam dan sedap dimakan bersama garam.

Cara menangkap ikan ialah dengan menggunakan rambat atau jala, ‘magasak’ yang bermaksud mengalih aliran air dan mengeringkan air, memanah, menyiud menggunakan ‘siud’ dan memancing. Ikan-ikan yang ditangkap ialah ikan pelian, ikan rokot, turongou, payuntung, gipan, rolou, serawi, manahu dan lain-lain.

Sudah lihat video di atas? Siokkannn…?

Aktiviti merambat ikan di sungai

Aktiviti merambat ikan di sungai

Bagi saya, setiap peristiwa semasa menangkap ikan di sungai Molout merupakan peristiwa yang sangat membahagiakan. Sebenarnya bukan pasal menangkap ikan sahaja. Sepanjang menelusuri sungai sambil menangkap ikan, itu dapat merapatkan hubungan kemesraan dalam kalangan keluarga.

Watang (kayu) besar yang dihanyutkan air sungai Molout.

Watang (kayu) besar yang dihanyutkan air sungai Molout.

SubhanAllah…di sepanjang sungai terdapat pemandangan-pemandangan alam, flora dan fauna ciptaan Allah yang sangat cantik dan menarik untuk dilawati. Terdapat tiga air terjun yang terdapat di sungai ini iaitu air terjun Maraiguang, Kipungit dan …..air terjun Hatob.

Maraiguang 1

Salah satu air terjun di Maraiguang

P/S: Ini bukan iklan arrr…nanti suka-suka pula orang luar pigi mencari ikan di Sungai Molout. Sekarang ini, Sungai Molout sudah disytiharkan tagal. Tagal bermaksud larangan menangkap ikan. Jika kedapatan, alamat kena denda atau sogit. Jaga-jaga kamurang….

Tagal Sungai Molout, Kg. Tampasak Liwan, Tambunan
Istilah ‘Tagal’ dalam bahasa Dusun bermaksud larangan menangkap sebarang jenis hidupan di satu tempat seperti di sungai atau hutan.

Penduduk kampung berkumpul sebelum menangkap ikan.

Penduduk kampung berkumpul sebelum mula menangkap ikan.

Di negeri Sabah, ‘Tagal’ telah diiktiraf oleh kerajaan negeri untuk menjaga habitat hidupan di sungai. Istimewanya program tagal ini ialah dari aspek pelaksanaannya yang dilaksanakan sepenuhnya oleh Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK diberi kebebasan untuk menggubal peraturan-peraturan yang harus diikuti oleh penduduk kampung. Jika seseorang didapati melanggar peraturan-peraturan tersebut, JKKK juga diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman.

Berehat di tepi sungai setelah kepenatan menangkap ikan.

Berehat di tepi sungai setelah kepenatan menangkap ikan.

Di Kg. Tampasak Liwan, Tagal sudah bermula pada tahun 2003. Pada masa itu, peraturan yang perlu diikuti ialah larangan menangkap ikan selama 2 (dua) tahun. Jika sesiapa didapati menangkap ikan, maka peralatan akan dirampas dan sejumlah denda berbentuk wang akan dikenakan. Selama tempoh itu, orang kampung akan bersama-sama mengawasi sungai daripada sebarang pencerobohan.

Ikan yang berjaya ditangkap akan diserahkan kepada peserta yang menjadi ‘tukang barait’. ‘Tukang barait’ bertugas sebagai pengumpul ikan yang ditangkap. Mereka hanya berjalan sepanjang sungai sambil menyikut ‘barait’ iaitu sejenis bekas yang diperbuat daripada rotan. ‘Barait’ tersebut akan disikut di bahagian belakang ‘tukang barait’.

Keadaan riuh rendah menangkap ikan sebenarnya suatu kenangan indah. Pada masa itu, orang kampung tidak kira tua atau muda, lelaki atau wanita sama-sama turun ke sungai. Bagi sebahagian kecil orang kampung yang bekerja dengan kerajaan atau swasta, mereka akan mengambil peluang ini untuk bercuti semata-mata untuk bersama masyarakat kampung menangkap ikan.

En Francis menunjukkan ikan pelian yang berjaya ditangkap.

En Francis menunjukkan ikan pelian yang berjaya ditangkap.

Mengumpul hasil tangkapan ikan di sungai Molout, Kg Tampasak Liwan

Mengumpul hasil tangkapan ikan di sungai Molout, Kg Tampasak Liwan

Pada tahun 2005, tagal sungai Molout di Kg Tampasak Liwan telah dibuka selama beberapa hari. Keizinan menangkap ikan biasanya dilakukan pada musim kemarau kerana pada masa ini paras air sungai cetek dan memudahkan pergerakan untuk menangkap ikan. Pelbagai cara digunakan, iaitu menggunakan jala, siud, memanah atau menangkap menggunakan tangan. Menangkap menggunakan tangan dipanggil ‘mogkuot’ dalam bahasa Dusun. Sebaik tagal dibuka, orang kampung keluar beramai-ramai untuk menangkap ikan.

Sebahagian ikan yang ditangkap dikumpul sebelum dibahagikan kepada penduduk Kg. Tampasak Liwan

Sebahagian ikan yang ditangkap dikumpul sebelum dibahagikan kepada penduduk Kg. Tampasak Liwan

Kawasan yang yang terlibat di dalam tagal sahaja yang akan dibuat acara menangkap ikan iaitu bermula dari Rambakon, sehinggalah ke air terjun Maraiguang. Jarak sungai yang ditagal lebih kurang 7KM. Seharian menangkap ikan di sungai sememangnya sesuatu yang amat memenatkan, namun situasi itu tidak dihiraukan akibat keseronokan memungut hasil ikan yang dipelihara selama 2 tahun.

Setelah menangkap ikan, maka orang kampung akan berkumpul beramai-ramai di suatu tempat yang ditetapkan. Semua ikan yang berjaya ditangkap akan dikumpulkan di atas satu hamparan. Beberapa orang akan ditugaskan untuk mengasing dan menggred ikan-ikan yang ditangkap mengikut jenis dan saiz ikan.

Selepas digred, akhirnya ikan-ikan itu diagih-agihkan kepada penduduk kampung sama rata mengikut ketua keluarga.

Bagi anak-anak muda, masa yang ditunggu-tunggu ialah pada waktu malam. Sungai Melout sememangnya amat sejuk pada waktu malam. Jangkaan saya, suhunya boleh mencecah 16 hingga 18 darjah celcius. Bagaimanapun, suhu yang sesejuk itu tidak menghalang mereka untuk menangkap ikan. Pengalaman saya, ikan pada waktu malam tidak liar berbanding waktu siang. Hal ini memudahkan anak-anak muda Kg Tampasak Liwan menangkap ikan menggunakan panah. Ikan yang hanya berenang-renang tanpa melarikan diri pada waktu malam menyebabkan anak panah lebih mudah dihala dan dilepaskan. Biasanya ikan yang ditangkap ialah ikan kelah atau ‘pelian’ dalam bahasa tempatan Sabah. Hanya ikan bersaiz sesuai sahaja yang akan ditangkap. Ikan pelian yang masih kecil dibiarkan sahaja demi kesinambungan habitat hidupan ikan tersebut terus terpelihara di Sungai Melout, Kg Tampasak Liwan. Ikan yang berjaya ditangkap oleh kumpulan anak-anak muda tersebut biasanya akan dibahagikan dalam kalangan mereka sahaja.

Memburu binatang di hutan Kg. Tampasak Liwan

Tanah subur di Kg. Tampasak Liwan

Bersambung…mata mengantuk bah…

Bacalah: Allah jamin semua manusia pasti BOLEH MEMBACA

Sempena sambutan Hari Buku Sedunia, masyarakat Malaysia juga digalakkan membaca buku. Yang terbaharu, seluruh rakyat Malaysia termasuk anak-anak kita di sekolah diminta supaya membaca buku selama 10 minit dalam program JOM MEMBACA 10 MINIT pada 22 April 2014 yang lalu.

Sehubungan itu, sebagai renungan kita bersama di pagi Jumaat yang mulia ini marilah merenungi bersama tentang seruan Allah SWT di dalam al-Quran; surah al’Alaq, iaitu Iqra’.

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah,
4. yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,
5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
al-‘Alaq : 1-5

Allah SWT menurunkan ayat pertama Iqra’ (dalam surah al-‘Alaq), yang bermaksud, “bacalah”.
Di dalam ayat ke 2 surah ini, Allah SWT mengingatkan kita bahawa manusia dijadikan dari sehina-hina ciptaan-Nya iaitu ‘alaq yang bermaksud ‘segumpal darah’.

Membaca dalam erti kata yang mendalam: bacalah, fahamilah, telitilah, cermatilah, sampaikanlah, telaah-lah, dalami-lah, renungkan-lah – segala sumber dan kejadian di alam semesta ini. Jika kita belum fahami, maka Allah SWT memerintahkan kita agar mengulanginya lagi (membaca) sebagaimana ayat ke 3 dalam surah ini, sehinggalah betul-betul faham bahawa segala ilmu pengetahuan yang ada di dunia ini adalah bersumber daripada ketinggiaan dan kemuliaan Allah SWT yang Maha Berkuasa.

Selepas manusia melalui proses membaca tersebut, bermula dari peringkat yang tidak berpengetahuan, kita dimuliakan oleh-Nya melalui ilmu pengetahuan yang kita perolehi, iaitu puncak segala yang terpuji dalam kalangan makhluk. Daripada ilmu pengetahuan tersebut ramai manusia yang berjaya serta hidup dengan penuh kemewahan. Namun ramai juga yang menemui kegagalan. Kejayaan dan kegagalan makhluk bernama manusia ketika hidup didunia ini hanyalah ujian Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud:
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan mengujimu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” al-Anbiya: 35

Ada manusia yang bersyukur lantas sentiasa menjaga batas dan akhlaknya terhadap yang Maha Pencipta dengan penuh sabar. Namun tidak kurang juga manusia yang gagal lalu tergolonglah mereka dalam kalangan orang-orang yang rugi.

Siapakah manusia-manusia yang rugi itu? Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan’. Surah al-Kahfi, ayat 103 & 104,

Ayat selanjutnya merupakan balasan Allah SWT terhadap orang-orang yang rugi Firman Allah yang bermaksud:
“Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan”. surah al-Kahfi, ayat 105 & 106

Setiap amalan manusia akan dicatat oleh Allah SWT melalui malaikatnya di kiri dan kanan. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” Qaaf: 16-18

SubahanaAllah…Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu. Pada hari pengadilan nanti, semua manusia akan diberi catatan amalan masing-masing. Kala itu, sekalian manusia dijamin BOLEH MEMBACA oleh Allah SWT walaupun semasa di dunia dahulu buta huruf.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“(Lalu Kami perintahkan kepadanya): “Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)”. al-Isra: 14

“Ingatlah suatu hari yang saat itu Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya, dan barang siapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitab itu, dan mereka tidak dianiaya sedikitpun.” al-Isra ayat 71.

“Maka adapun orang yang diberi kitabnya dari arah kanannya, akan diperhitungkan amal perbuatannya dengan mudah, dan kembali kepada ahlinya riang gembira. Adapun orang yang diberikan kitab amalannya dari arah kirinya dia akan mengalami kesengsaraan, dan dimasukkan ke dalam Neraka Sa’ir.” al- Insyiqaq ayat 7 – 12.

Kitab suci Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW yang ‘Ummi’ (buta huruf), di dalam bahasa Arab, bahasanya yang sungguh indah dan sempurna… tidak kira latar belakangnya samada celik huruf atau buta huruf semasa di dunia dahulu, di akhirat kelak pasti dijamin oleh Allah SWT boleh membaca kitab amalan masing-masing. Kitab amalan tersebut diterima melalui tangan kiri atau tangan kanan.

Ya Allah …sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah. Engkau kurniakanlah kepada ku kekuatan untuk melaksanakan segala perintah-Mu dan janganlah hendaknya segala kekuatan yang Engkau kurniakan ini untukku lalai , malas dan alpa sehingga aku meninggalkan segala perintah-Mu. Amin yaa Rabbal ‘Aalamiin.

Menangislah, Agar Kelak Tidak Menangis Lagi

Sejak detik kelahiran lagi, seorang bayi telah menangis. Tangisan pertama itu pelbagai tafsiran. Pakar perubatan menyatakan itu cara jantung untuk mengepam lebih banyak oksigen. Tangisan itu hakikatnya satu sunnatullah demi kelangsungan hidup.

Manakala ahli-ahli sufi pula mentafsirkan tangisan pertama itu tanda protes manusia kepada godaan syaitan yang mula berusaha untuk menyesatkannya. Sebab itu tangisan pertama mesti diikuti oleh laungan azan di telinga kanan pada detik seorang bayi dilahirkan.

Tangisan pertama seorang bayi juga nikmat atau hadiah buat ibu selepas bertarung nyawa untuk melahirkannya. Bayangkan kesakitan dan kesusahan ibu dalam proses bersalin. Namun Allah Maha Pengasih, sebaik mendengar bayi yang baru dilahirkan menangis, kesakitan ibu terasa lega.

Rasa gembira seorang ibu mendengar tangisan bayi yang baru dilahirkan tidak dapat dibayangkan nikmat dan rahmat daripada Allah; yang berkuasa memberi kegembiraan buat hamba-Nya sekalipun dengan hanya sebuah tangisan!

Menangis Itu Fitrah 
Air mata sentiasa mengiringi seorang manusia ketika mengharungi kehidupan. Justeru, ahli hikmah pernah mengungkapkan: “hidup dimulakan dengan tangisan, dicelah oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan.”

Hidup hakikatnya ujian daripada Allah. Manusia akan sentiasa diuji dengan sesuatu yang berlawanan dengan kehendaknya. Kesakitan, kegagalan, kemiskinan, kekurangan dan kematian ialah basahan hidup yang tidak akan mampu dielak oleh sesiapa. Pada ketika itulah air mata seorang hamba mengalir kerana kesedihan. Episod hidup yang mengalirkan air mata inilah yang dimaksudkan dengan tamsilan; life is like an onion, you peel it layer by layer…. sometime you cry.

Hidup diakhiri oleh tangisan. Ya, apabila kematian menjemput, akan ada hal lagi tangisan yang bergema apabila kasih terputus dan cinta terpisah. Kehidupan akan diakhiri oleh tangisan. Lebih-lebih lagi sekiranya yang meninggal dunia itu seorang yang baik, maka lebih ramai yang menangisi kematiannya.

Justeru pesan hukama, “Ketika dilahirkan ke dunia, kau menangis, orang lain ketawa. Namun biarlah ketika kau meninggal dunia; kau ketawa, orang lain yang akan menangis.” Maksudnya, biarlah mati dengan membawa amal kebaikan yang melimpah. Kita akan gembira bertemu Allah dan orang lain akan menangis kerana masih inginkan kebaikan daripada kita.

Menangis Juga Ibadah
Oleh sebab menangis itu fitrah dan tidak dapat dielakkan dalam kehidupan, maka Islam mengatur fitrah itu dengan syariat. Agar dengan tangisan itu, manusia mendapat pahala dan kebaikan, serta terhindar daripada dosa dan kejahatan. Jika kena pada sebab serta ketika, tangisan akan menjana kebaikan yang melimpah.

Allah menyatakan dalam al-Quran: “Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” (Surah al-Isra’ 17: 109)

Bahkan pada ayat yang lain, Allah menegur manusia yang tidak mahu menangis: “Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberian ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis?” (Surah al-Najm 53: 59-60)

Rasulullah mengingatkan: “Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka, iaitu mata yang menangis kerana takut Allah dan mata yang berjaga ketika berjihad pada jalan Allah.” (Riwayat al-Tarmizi)

Menangis itu terpuji dan dikira sebagai amal bakti apabila betul niat, cara dan natijahnya. Ertinya, menangis juga boleh dijadikan satu ibadah dan dikira sebagai amal ketaatan kepada Allah.

Oleh: Roslan Yasnain (Majalah Solusi: Isu 62)

Dr. Baskaran: Doktor Yang Membedah Lutut Saya Meninggal Dunia

Beberapa hari lalu salah seorang pengunjung blog menuliskan komennya di dalam tulisan berkenaan pengalaman saya semasa lutut dibedah. Katanya Dr. Balakrishnan sudah meninggal dunia. Saya keliru lalu meminta kepastian daripada pengunjung itu kerana nama doktor yang disebutkan adalah berlainan. Seterusnya ada pengunjung blog lain mengesahkan bahawa memang benar Dr. Baskaran telah meninggal dunia. Lihat tulisan dan komen pengunjung di sini: PENGALAMAN PEMBEDAHAN LUTUT

Pada pagi hari ini, 19 Mac 2013, sewaktu saya membelek-belek akhbar Harian Express lalu ternampak tulisan ini.

Harian Express 19 Mac 2013

Harian Express 19 Mac 2013

Saya termenung sejenak.

Jika demikian, saya dalam kalangan bekas pesakitnya berasa amat kehilangan di atas pemergiannya. Suara Dr Baskaran pada saat-saat sebelum terlena di atas katil bedah masih terngiang-ngiang di telinga saya. Katanya, “….ayoyoo… Bonis, you punya ACL dan PCL…dua-dua sudah putus laa…!”. Beliau sambil menunjukkan kecederaan tersebut melalui skrin televisyen. Pada masa siri temu janji sebelum pembedahan lutut dilakukan ternyata beliau sangat profesional. Suasana di unit Ortopedik QEH tidak ubah seperti di dalam rancangan televisyen yang mengisahkan tugas dan tanggungjawab seorang doktor dengan kesibukannya berhadapan dan melayani setiap pesakit. Sekejap ke bilik sebelah…. sebentar kemudian muncul semula sambil bertanyakan sesuatu ke atas pesakit-pesakitnya satu persatu. Di situ saya dapat menilai kredibeliti, tanggungjawab dan sikap beliau yang sangat komited terhadap tugasnya.

Beliau nampaknya turut menjadi rujukan kepada doktor-doktor yang lain. Saya akui beliau merupakan seorang doktor pakar yang sangat dedikasi. Di dalam komen-komen pengunjung di blog saya, nampak benar perbezaan yang amat ketara dari segi kos untuk melakukan pembedahan lutut yang dilakukan oleh Dr. Baskaran (QEH) berbanding hospital-hospital lain. Bukan hanya saya seorang, malah rakyat Sabah sangat terhutang budi dengan Dr Baskaran.

Sebagai seorang yang beragama Islam, tidak menjadi kesalahan jika saya akan terus mengenang jasa beliau kerana jasa beliau yang paling besar terhadap saya ialah berjaya melakukan pembedahan lutut saya dengan kos yang sangat murah. Selagi kaki ini dapat melangkah, selagi itu jasa Dr Baskaran akan dikenang. Takziah buat seluruh ahli keluarga mendiang Dr. Baskaran.

Terima Kasih Wahai Guru – Ustaz Haji Ahmad Darbi bin Lubis

Terima Kasih Wahai Guru –  Ustaz Haji Ahmad Darbi bin Lubis
Guru belahan jiwa, Kekasih yang sempurna, Akhlaqmu mempesona, Duhai bulan purnama

Bunga-bunga bersemi di atas tanah suci, Mekar indah nan wangi cintamu kan abadi, Ke seluruh penjuru kau tegakkan agama, Jagad raya gempita menyambut akhlaq mulia

Kunyanyikan lagumu dengan senandung rindu, Kekasih yang ditunggu wahai kau maha guru, Berlimpahnya cintamu mulianya ajaranmu, Tumbuh subur di qolbu jantung darah dagingku

Guru jalan hidupku hingga akhir hayatku, Ku ikut agamamu jangan tinggalkan daku

Maju bangkit lah jiwa hati penuhi cinta, Maju bangkit lah jiwa hati penuhi cinta, Janganlah kau tergoda oleh syurga dunia, Karena tujuan kita hanya Dia semata

Wahai para perindu tetapkanlah langkahmu, Menuju sang petunjuk jalan lautan biru, Tuk menggapai fitrahmu makna kesucianmu, Tuk menggapai fitrahmu makna kesucianmu

Guru belahan jiwa, Kekasih yang sempurna, Akhlaqmu mempesona, Duhai bulan purnama

 

Almarhum Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Darbi Lubis

Nota:
Kepada penulis dan pencipta lagu ini, saya dengan rendah hati mohon izin untuk menjadikan lagu ini sebagai latar video klip susunan saya ini. Mohon maaf dan diucapkan jutaan penghargaan serta terima kasih. Saya merasakan lirik lagu ini sangat sesuai sekadar untuk mengingatkan kami semula terhadap guru kami yang telah banyak mendidik dan mengajarkan kami menjadi insan yang mengenal Allah.
………..
Demikian juga gambar-gambar yang saya telah salin dari sumber-sumber yang telah disebutkan atau tidak pernah disebutkan. Saya mohon izin.
………..
Setelah menghayati bait demi bait  lirik lagu ini, ternyata lagu ini bukan untuk sebarangan guru. Ianya  lagu istimewa dedikasi untuk seorang guru yang juga murabbi ummat.
………..
Tujuan video klip ini hanyalah untuk mengembalikan semula ingatan rakan-rakan serta kepada sesiapa juga yang pernah mendapat tunjuk ajar tuan guru ini. Semoga memori itu dan segala ilmu yang dicurah akan terus segar dalam ingatan dan sentiasa diamalkan sehingga ke akhir hayat.

Ekspedisi – XPDC – Pensiangan, 2005


Satu lagi catatan peristiwa yang saya rakamkan dalam bentuk video. Peristiwa ini ialah Program Gerak Jangkau Pendidikan ke sekolah-sekolah di kawasan pedalaman Sabah (Keningau dan Nabawan, Pensiangan) pada tahun 2005. Program tersebut diketuai oleh Dr. Amin Senin, mantan Pegawai Pelajaran Bahagian Keningau. Perjalanan/XPDC bersejarah dan sangat mencabar ini mengambil masa selama 5 hari iaitu pada 8 – 12 Ogos 2005. Sekolah-sekolah yang dilawati ialah SK Bonor, SK Pohon Batu, SK Pangaraan, SK Salarom (Lama), SK Sibangali, SK Pensiangan, SK Salinatan, SK Tinanduk, SK Pegalungan/Logongon dan SK Salong. Semua sekolah tersebut terletak di kawasan Daerah Nabawan, Pensiangan, Sabah.

Ranjau perjalanan di sepanjang sungai di kawasan Pensiangan

Ahli rombongan telah diuji secara mental dan fizikal dengan laluan jalan raya yang berbahaya, berjalan kaki, menaiki perahu, mendaki dan menuruni bukit, berjalan di atas batuan sungai serta bermalam di hutan. Sudah tentu laluan tersebut itulah antara cabaran besar yang perlu dihadapi oleh pendidik di kawasan pedalaman. P/S: Paparan peristiwa yang dihasilkan pada ketika baru belajar membuat suntingan berbentuk dokumentari video. Penggambaran dan suntingan video dilakukan sepenuhnya oleh saya. Manakala suara latar peristiwa ini ialah En. Rosdi Aspar (Telah bersara sebagai Guru Besar).

Pertemuan Pertama dan Terakhir – Almarhum Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Darbi Lubis

Pada hari itu, tanggal 12 Jun 2009, terasa berat hati hendak melangkah ke rumah tuan guru Almarhum Ustaz Haji Ahmad Darbi Lubis. Rumah itu berhampiran Masjid Nurul Iman, Tambunan. Rumah yang dihuninya sejak puluhan tahun lalu. Namun atas permintaan adik, saya menghubunginya terlebih dahulu melalui telefon. Kebetulan minggu lepas saya ada menziarahi tuan guru. Di antara topik perbincangan kami pada hari itu tentulah masalah kesihatan yang dihidapinya. Pada masa itu, tuan guru baharu sahajau keluar dari hospital Tambunan. Tuan guru juga beria-ia bercerita tentang khasiat madu asli sebagai salah satu ramuan tradisional untuk penyembuhan.

“Ustaz tak berapa sihat. Sekarang dia sedang berehat.” Suara kakak Sharifah, isteri tuan guru kedengaran dari corong telefon bimbit saya. Isteri tuan guru itu kami panggil kakak. Saya faham, jika dalam keadaan sebegini kakak keberatan untuk menerima tetamu.

Gambar ini diambil oleh adik saya Mardiah Melisin pada 7 Jun 2009.

“Kakak, minggu lepas saya ada datang melawat ustaz. Hari ini saya cuma menghantar sebotol madu.” Ujar saya menjelaskan tanpa memberitahu kehadiran adik lelaki saya. Isteri tuan guru juga ada bersama dan mendengar perbualan kami minggu lepas.

Hati saya lega apabila kakak akhirnya bersedia menyambut kedatangan kami.

Adik kedua saya, Musa bekerja di Johor Bahru sejak tahun 1992. Jika tidak silap, ini kali ke tiga atau ke empat sejak bekerja di sana dia pulang bercuti selama dua minggu di Kg. Tampasak Liwan, Tambunan. Pada kali ini, dia pulang bersama keluarga. Petang nanti, selepas berziarah ke rumah tuan guru, penerbangan Airasia menanti mereka balik ke Johor.

“Assalamu’alaikum!” Ucapan salam saya lontarkan.

“Wa’alaikum salam…” Suara kakak kedengaran dari dalam rumah. Kakak keluar membuka penghadang beranda rumahnya.

“Topa…..masuklah…” Pelawanya lagi. Tuan guru selalu menyebut nama ringkas saya Topa. Huruf “Tho” dan “Fa” mengikut ejaan nama saya menggunakan huruf jawi. Isteri tuan guru terikut-ikut menyebut nama saya sedemikian.

“Ini siapa?” Tanya kakak apabila terpandang Musa dan isterinya Harnani.

“Adik saya Musa… ini isteri dan dua orang anaknya.” Saya menjawab.

“Oooo…Muso!” Spontan saya tersenyum. Tuan guru selalu memanggil nama adik saya Muso! Tentulah terikut-ikut sebutan tuan guru juga.

Saya menghulurkan sebotol madu asli kepada kakak. Madu itu saya dapatkan sendiri di kampung. Kebetulan pada masa itu beberapa kotak kayu yang saya gantung berhampiran rumah di kampung di huni oleh lebah madu. Madu itu saya ambil sendiri dan masukkan ke dalam botol.

“Ustaz ada di dalam. Sebentar ya….”. Ujar kakak Sharifah. Tutur dialek bahasa ibundanya masih tebal. Tuan guru dan isterinya berasal dari Sumatera Utara, Indonesia.

Sebentar kemudian, tuan guru muncul. Direnungnya wajah kami satu persatu. Tuan guru tersenyum. Senyumannya manis. Namun jelas jua kesakitan yang ditanggungnya di mata saya.

Pertemuan pertama dan terakhir

“Ustaz masih kenal saya…?” Tanya adik saya kepada tuan guru sambil melemparkan senyuman manisnya.

“Muso! Apa khabar kamu…!?” Ternyata wajah adik saya dan senyuman manisnya belum luput dari ingatan tuan guru. Mereka berpelukan. Kulihat di dada adikku ada sedikit sebak. Pertemuan pertama adik saya dengan gurunya selepas 17 tahun di perantauan.

Kemesraan tak lekang dari wajah tuan guru walaupun fizikalnya menanggung sakit.

Buah bicara tuan guru dengan adik saya pada masa itu hanyalah berkisar tentang keadaan semasa kesihatan tuan guru. Memang itulah tujuan asalnya iaitu ziarah ringkas dan bertanya khabar. Ketika kunjungan kali ini, saya hanya menjadi pemerhati. Lagipun tujuan asal saya sudah langsai. Sengaja saya beri peluang kepada adik saya berbual dengan tuan guru kerana saya sudah mengunjunginya minggu lepas. Saya juga sudah menetapkan tempoh masa yang pendek untuk kunjungan ini. Ada beberapa kali saya mengambil gambar detik pertemuan ini menggunakan telefon bimbit berjenama Nokia N73 kepunyaan saya.

Namun apa yang saya kagumi tentang tuan guru ialah apabila berbicara tentang anak-anak muridnya. Saya lihat tuan guru begitu bersemangat dan bangga memperihalkan bekas anak-anak muridnya. Disebutnya nama mereka satu persatu, pekerjannya, nama isteri dan anak-anak juga. Demikianlah, betapa mendalam kasih sayang tuan guru kepada anak-anak muridnya. Sekali-sekala cerita peristiwa lama juga terselit, diikuti ketawa kecil tuan guru dan adik saya.

Sedar-sedar pertemuan ini sudah berlarutan sedikit melewati waktu Zohor. Kami mengakhiri pertemuan dengan harapan dapat bertemu lagi pada masa akan datang.

Namun tidak siapa menjangka, detik itu merupakan pertemuan pertama dan terakhir adik saya dengan tuan guru. Genap sebulan selepas itu, iaitu 14 Julai 2009, Almarhum Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Darbi Lubis pergi menyahut seruan Ilahi. Peristiwa itu, dan komen adik saya dinukilkannya di dalam ruangan di blog Abu Nuha seperti berikut:


Al-Fatihah.

Prasangka buruk makan diri

Oleh: Mohd. Zawawi Yusoh
Harian Metro, 9 Mac 2012 (Halaman 31)

HATI manusia tidak dapat dikawal untuk mereka fikir, kata dan tuduh apa saja. Itu semua di luar jangkaan kita. Ilmu dan kehendak mereka itu kemudian akan menghasilkan tindakan dan pelbagai tindak-tanduk.

Jika baik hati mereka, maka baiklah cakap mereka, baiklah layanan dan sangkaan mereka. Tetapi jika hati kotor, apa lagi tindakan akan diterjemahkan segala hitam yang bersarang di hati itu.

Sebenarnya yang mengukur baik dan buruk seseorang bukannya manusia kerana mereka tidak mempunyai kuasa melakukannya.

Yang paling mengetahui apa yang ada dalam hati kita ialah Allah. Dialah yang menilai kebaikan kita, memberi rezeki serta memberi kehidupan kepada kita.

Manusia memang suka bersangka-sangka. Apa lagi sangkaan yang buruk. Hati, akal dan mata selalunya tidak seiring.
Mata melihat, otak memproses manakala hati mentafsir. Contohnya, jika hati yang berbaur dosa dan dengki akan mentafsir kecantikan seseorang, dia akan kata perempuan itu memakai susuk.

Demikian juga apabila bercakap banyak dikata hendak tunjuk pandai. Apabila diam tidak bercakap pula dikatanya sombong.

Memang manusia punya hak untuk bersangka. Jika yang baik punya sangka empunya diri yang untung. Hati tenang, minda damai, jiwa harmoni, disenangi dan mudah mendapat kawan.

Jika sangkaan itu buruk, jiwa pastinya akan sengsara. Banyak fikir mengenai orang, darah pun naik. Pendek kata semua tidak kena.

Sebab semua hal orang dia hendak fikir dan tafsir, sedangkan diri sendiri tidak difikirkan. Tabiat bersangka buruk terkena pada semua golongan tidak kira orang tua dengan cara dan kepakarannya manakala orang muda dengan kehangatannya.

Jika kita hendak layan semua sangka buruk orang dan semua hati kita hendak jaga, alamatnya makan hatilah kita.

Lihatlah kisah dan sejarah Luqman al-Hakim dengan anaknya yang menaiki seekor keldai. Dalam perjalanan orang kata: “Ada ke patut dua beranak naik keldai, kesian keldai tu.” Selepas itu, Luqman duduk di atas keldai dan anaknya tarik dari bawah. Orang kata juga: “Ada ke patut bapa biarkan anaknya menarik dari bawah.”

Kemudian mereka bertukar posisi lain pula, anak naik keldai manakala Luqman pula yang tarik dari bawah.

Orang mengata juga, anak macam itu buat ayahnya macam hamba. Justeru, cara terbaik ialah merawat kembali penyakit buruk sangka.

Berubahlah dengan memperbaiki diri sendiri. Membaiki diri bersungguh-sungguh dengan membersihkan hati daripada sifat keji (mazmumah) kepada sifat terpuji (mahmudah).

Perhatikan juga siapa kawan di sekeliling kita. Adakah kawan kita itu mendorong ke arah kebaikan atau keburukan?

Jika kita dapat menewaskan nafsu jahat dalam diri sendiri, nescaya kemenangan hidup pasti berpihak kepada diri kita.

Proses berubah jadi baik mungkin tidak semudah disangka, namun sekiranya hati dan akal sudah bertekad dan ada kesungguhan, Allah pasti permudahkan jalannya.

Ruang untuk perbaiki diri sentiasa ada dan terbuka. Justeru, tepuk dada tanya diri. Mahu berubah atau tidak?

Beberapa cadangan diutarakan. Di antaranya:

  • Berbaik sangka dengan semua orang. Tafsirkan segala yang kita lihat secara positif.
  • Tanamkan rasa takut pada kemurkaan dan azab Allah apabila anda berprasangka buruk.
  • Sucikan hati dengan banyakkan berzikir.
  • Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.
  • Luangkan masa untuk banyak melakukan muhasabah diri

p/s: Tulisan ini amat berkesan dan menginsafkan saya. Mohon kawan-kawan ‘share’ ke FB masing-masing yerr…dengan menekan mana-mana butang Share ke FB di ruangan ini. Mari kita sebarkan perkara-perkara yang baik. InsyaAllah…ganjaran dari NYA pasti

 

Koleksi Video Klip Bikinan Saya

Penerbitan sesuatu rancangan berbentuk video memerlukan satu pasukan produksi. Pasukan produksi itu memerlukan ahli yang agak ramai. Mereka terdiri daripada individu yang pakar dalam bidang masing-masing. Di antaranya produser/penerbit, pengarah, penulis skrip, jurukamera, penyunting, juru audio, juru mekap dan banyak lagi. Setiap ahli mempunyai tugasan masing-masing. Contohnya jurukamera berperanan mengambil rakaman video menggunakan kamera. Penyunting akan melaksanakan kerja-kerja suntingan video, kerana tidak semua video yang dirakam akan diguna dan ditayang.

Pengarah pula akan mengarah kru penggambaran di dalam satu sesi atau babak penggambaran. Begitu juga dengan ahli kru yang lain, masing-masing dengan peranan dan tugas mereka.

Namun menghasilkan satu video klip atau video pendek secara berseorangan agak sukar. Ini bermaksud, semua tugas dan kerja-kerja pasukan/kru di atas dipikul sendiri. Hebat.

Sila lihat koleksi Video melalui laman di atas.

Kemeriahan Majlis Tilawah Al-Quran Kanak-Kanak PDRM Keningau 2011

Buat julung kalinya Majlis Ujian Tilawah kanak-kanak anggota dan kakitangan awam PDRM Daerah Keningau telah diadakan. Majlis berlangsung pada 18 November 2011, selepas sembahyang Maghrib di perkarangan surau Nur Iman, Kompleks Polis Keningau. Ujian tilawah terbahagi kepada dua kategori iaitu lelaki dan perempuan 12 tahun ke bawah.

Majlis tersebut dihadiri oleh Tuan Zahari Mohammed, Ketua Polis, Daerah Keningau.

 

Barisan juri terdiri daripada Ust Ghazali, Ust Syukur dan Ust Haripuddin.

 

Selesai ujian tilawah, majlis telah diserikan dengan dua persembahan kumpulan nasyid iaitu anak-anak dan anggota Polis.

 

Di dalam ucapannya Tuan Zahari menjelaskan tujuan majlis tersebut adalah untuk menguji sejauh mana pencapaian pendidikan agama, khususnya pendidikan Al-Quran dipelajari olah anak-anak, di samping dapat beramah mesra di kalangan anggota. Beliau seterusnya menyeru setiap anggota Polis dapat menitik beratkan pembelajaran Al-Quran di kalangan ahli keluarga.

Tahniah kepada semua peserta yang menyertai ujian tilawah tersebut.

Tahniah juga kepada adik Farihah Mustafa kerana berjaya menjadi johan kategori perempuan.

Perhatikan gelagat anak-anak warga polis semasa majlis ujian tilawah berlangsung.

Akhir sekali, tahniah kepada semua yang telah menjayakan program murni ini.

Sekitar Bengkel Mengoptimum dan Pengintegrasian TMK dalam P&P Zon Pedalaman

Bengkel yang berlangsung di Hotel Perkasa, Keningau dari 14 – 16 November 2011 ini dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Seramai 75 orang Guru Penyelaras Bestari, Guru ICT, Guru Perpustakaan dan Media dan Guru Pusat Sumber Sekolah dari Zon Pedalaman (Tambunan, Tenom, Nabawan dan Keningau) terlibat di dalam bengkel ini.

Penceramah terdiri daripada En. Samion Salleh, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, BTPN Sabah, En. Suhaili Hj Ahmad, Penolong Pengarah, Unit Pengurusan PTPB/PKG, BTPN Sabah, En. Azhar Ballon, PTP BTPN Sabah, En. Aidey Duli, PTP BTPN Sabah dan En. Mustafa Malisin, PTP PKG Keningau.

Urusetia bengkel diketuai oleh Cikgu Syamsiah Angkaus, PTP PTPB Keningau, dibantu oleh En Mildred Bianus (PKG Tenom) dan Pn Amsiah (PKG Keningau)

Yang mana satu penulis asal?

Menulis artikel sesuatu yang meletihkan minda. Tumpuan harus diberi terhadap isu atau mesej yang hendak disampaikan. Mesej harus pula diolah menggunakan ayat-ayat yang mudah difahami. Artikel akan lebih menarik jika penulis mahir dan bijak menggunakan perkataan-perkataan serta lenggok bahasa yang tersusun indah.

Ada ketika, sesuatu artikel mengambil masa begitu lama untuk disiapkan dan diterbitkan hanya kerana memikirkan perkara-perkara di atas. Ringkasnya, memerah otak menghasilkan karya bukan sesuatu tugas yang mudah. Kadangkala, disebabkan kesukaran itu, jalan mudah diambil. Mencedok bulat-bulat karya dan hasil tulisan orang lain. Mungkin ditambah dan diubahsuai  sedikit agar kelihatan lebih menarik. Saya turut tidak terkecuali sedemikian. Namun saya tetap akan menghormati penulis asal artikel berkenaan dengan memohon keizinan terlebih dahulu atau menyatakan dengan jelas nama pengkarya atau sumber asal artikel tersebut.

Saya bukanlah penulis yang berkemahiran tinggi. Namun saya berasa sangat bangga dan teruja jika ada orang lain yang sanggup menggunakan tulisan saya walau tidak sebaik mana.

Sila baca artikel berkenaan pengalaman saya di sini.

Dan sila baca artikel bertajuk sama di sini.

Mengambil kata-kata seorang blogger dan wartawan terkenal tanahair. “Rasanya, nukilan dipaparkan terbabit dicetak semula dari blog ini tetapi kelihatan bak dihasilkan oleh penulis lain. Keliru.” Nukilan Mazidul Akmal Sidik. Baca artikel berkaitan di blog beliau di sini.

Guru perlu hadir awal ke sekolah

Sumber: Akhbar Utusan (23 Mei 2011)

PENSIANGAN 22 Mei – Semua guru di negeri ini perlu memastikan kehadiran awal mereka pada setiap sesi persekolahan sama ada di bandar ataupun di luar bandar.

Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk Dr. Muhiddin Yusin berkata, langkah itu penting bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran pada setiap sesi persekolahan.

“Guru-guru perlu memastikan kehadiran mereka lebih awal di sekolah kerana mereka adalah fasilitator atau pemudah cara kepada pelajar.

“Kehadiran awal guru ini amat penting dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Pelajaran Negeri di Dewan Serbaguna Nabawan, di sini semalam.

Turut hadir, Pegawai Pelajaran Daerah, Osman Aganduk.

Menurutnya, komitmen tinggi guru amat penting dalam usaha melahirkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang.

Jelasnya, selain kehadiran murid di sekolah, kehadiran guru pada setiap sesi persekolahan merupakan komponen penting bagi memperkasakan pendidikan negeri.

“Ini kerana jika murid hadir tetapi guru tidak hadir sudah tentu proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu Muhiddin mengingatkan para guru dan kakitangan sokongan sekolah supaya tidak mengamalkan sikap menangguh kerja.

“Amalan ini menyebabkan banyak kerja atau tugasan tertangguh dan tidak boleh diselesaikan dalam tempoh yang dikehendaki,” ujarnya.

Pengalaman Pembedahan Lutut (UPDATED)


Bagi anda yang pernah atau bakal mengalami kecedaraan lutut dan pembedahan lutut, mungkin tulisan saya ini boleh dijadikan panduan. Ya…siapa tahu, malang tak berbau, seperti saya. Kecedaraan lutut saya alami sewaktu masih sekolah menengah lagi semasa bermain bola. Sewaktu membuat pusingan badan, entah bagaimana tiba-tiba sahaja saya terdengar bunyi ‘pop’ di lutut saya. Saya terhenti dan jatuh serta merta. Kaki tak boleh bergerak seolah-olah terlekat pada tanah. Kawan-kawan mengusung saya keluar padang. Selepas itu hampir dua minggu tak dapat berjalan. Beberapa tahun kemudian, perkara yang sama berlaku kali kedua. Kejadian kedua berlaku ketika awal karier sebagai pendidik, bertugas di sebuah sekolah pedalaman, Sabah. Cuma kecedaraan kali ini benar-benar telah membuatkan saya berhenti daripada bergiat secara aktif dalam bidang sukan. Puncanya ialah kaki saya (yang sama) terhempas ke tanah secara tidak normal. Sejak itu, saya berasa sesuatu yang tidak kena pada lutut saya. Selain bengkak pada awalnya, lutut saya sering ‘terlepas’ secara tiba-tiba. Apabila keadaan ini berlaku, saya tidak boleh berjalan malah terasa sangat sakit seolah-olah tulang lutut terkehel. Kadangkala mengambil masa yang lama untuk membetulkannya. Setelah rasa sakit pada bahagian lutut reda, keadaan lutut ‘terlepas’ secara tiba-tiba masih berlaku. Kadangkala dalam keadaan duduk bersila, dan apabila berdiri lutut boleh ‘terlepas’. Ia juga boleh berlaku ketika berjalan, terutama apabila terpijak bahagian permukaan yang tidak rata.Dipendekkan cerita, akhirnya saya mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan lutut pada penghujung tahun 2010. Mungkin disebabkan faktor usia, kesakitan pada bahagian lutut yang tercedera itu mula dirasai dan sering berlaku.

Saya ke Hospital Besar Daerah Keningau, Sabah, lalu diperkenalkan dengan seorang doktor pakar tulang. Akhirnya saya dirujuk ke seorang lagi doktor pakar tulang. Kali ini bukan di Hospital Keningau tetapi di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu (HQE). Tanggal 13 Januari 2011 saya diperkenalkan dengan Dr. Baskaran (DRB), seorang doktor pakar bedah yang saya kira sangat terkenal di Sabah. DRB mengatakan lutut selalu ‘terlepas’ disebabkan oleh ligamen penyambung antara tulang peha dengan tulang kaki telah terputus. Istilah perubatan dipanggil kerosakan PCL. DRB mencadangkan pembedahan perlu dilakukan, iaitu penggantian fungsi ligamen menggunakan Pin/Graft Wire. Pin/Graft Wire tersebut perlu dipasang secara kekal menggunakan dua jenis skru (Transfix Screw dan Interference Screw). Tanpa berfikir panjang saya bersetuju kerana risau rasa sakit semakin menjadi-jadi. Terkejut kerana tarikh yang dicadangkan oleh DRB ialah pada bulan Jun 2011. Enam bulan menunggu sesuatu tempoh yang sangat lama. Lantas saya mohon dipercepatkan. Nasib baiklah, setelah semakan dibuat, akhirnya ketetapan dibuat iaitu 16 Mac 2011, kerana kebetulan salah seorang pesakit yang sepatutnya dibedah pada masa itu menarikk diri.

Secara ringkas:
Tarikh masuk wad: 14 Mac 2011
Tarikh pembedahan: 16 Mac 2011
Kos pembedahan: RM3,500.00
Tempat pembedahan: SMC/HQE 2

Pengalaman dan prosedur:
Banyak perkara yang ditanya dan diperiksa oleh doktor. Antaranya pengalaman pembedahan, sejarah penyakit keluarga, pemeriksaan jantung, pemeriksaan sampel darah dan sebagainya. Pesakit juga perlu menandatangani borang-borang tertentu. Kalau tak silap tiga kali.

Bius separuh badan
Bab ini yang agak menyakitkan. Semasa di dewan bedah, saya diminta duduk membongkok lalu bius pertama dimasukkan. Saya kira bius pertama jarumnya agak halus dan bertujuan untuk membuatkan kebas setempat supaya bius berjarum besar dapat dimasukkan tanpa kesan sakit yang kuat. Ketika bius kedua dimasukkan, terasa jarum agak besar menembusi antara sendi tulang belakang. Terkeluar juga air mata dibuatnya. Sebentar kemudian, paras pinggang sehingga ke bawah tidak terasa apa-apa lagi. Ketika itu saya nampak skrin televisyen di tayang dan saya boleh nampak secara sedar bagaimana DRB melakukan pembedahan. Saya terperanjat apabila DRB memaklumkan kecedaraan saya bukan satu. Kecedaraan ACL dan PCL.

Kesan Bius
Alhamdulillah, pembedahan lutut saya berjaya. Saya dimasukkan semula ke wad. Doktor memaklumkan, saya tidak boleh bangun selama enam jam selepas pembedahan. Oleh kerana terasa hendak buang air kecil, saya cuba bangun. Tetapi baru tak sampai seminit terasa pening dan muntah. Segera baring semula. Masa itu, hanya Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana siksa menahan air kencing. Doktor memaklumkan itu adalah kesan bius. Ada pesakit lain yang tak boleh kencing langsung, lalu doktor memasukan hos kecil supaya air kencing dapat dibuang keluar. Saya berusaha untuk kencing…setitik demi setitik dan akhirnya dalam tempoh 24 jam saya boleh membuang air kecil secara normal.

Bagi saya, pengalaman dibedah tidaklah menyakitkan. Kesan bius itulah yang lebih membuatkan saya sangat tidak selesa. Mungkin kesan itu berbeza-beza bagi orang lain. Kesan bius yang lain ialah pangkal leher hingga ke bahu kiri dan kanan terasa sangat berat seolah-olah dipaku sehinggakan saya menoleh dengan memusingkan seluruh badan. Kepala pula terasa pening seperti ‘migrain’ yang amat sangat. Keadaan ini saya rasai sehingga dua minggu. Mujur ada seorang doktor semasa ditahan di wad HQE menyatakan ubat bius itu akan keluar melalui sistem perpeluhan. Saya tak tahu sejauh mana keberkesanannya, tetapi saya cuba-cuba bertangas (mandi wap) menggunakan air panas. Alhamdulillah, dengan sekali cuba sahaja rasa berat pada bahagian pangkal leher dan bahu berkurangan serta merta.

Peralatan tambahan
Selepas pembedahan, pesakit akan dinasihati supaya menggunakan peralatan sokongan seperti tongkat, compress dan pendekap kaki. Tetapi kesemuanya tidak dibekalkan oleh hospital. Peralatan tersebut perlu dibeli sendiri:
1. Tongkat: RM200.00 (bergantung kepada kualiti/jenis)
2. Compress (pembalut ais atau jelly): RM180.00
3. Pendekap kaki: RM1,800.00

Cuti sakit
Jika anda seorang kakitangan kerajaan, doktor pakar akan memberikan anda rehat yang secukupnya untuk pulih iaitu cuti sakit selama enam minggu. Selama tempoh masa tersebut, hendaklah sentiasa mengikuti rawatan fisioterapi dan senaman ringan sebagaimana yang diajarkan oleh doktor. Sekian.

UPDATED – 24 Oktober 2011
Penulis blog ini mendakwa tulisan atau artikel ini tulisan olehnya, seperti dakwaan: “…..mungkin tulisan saya ini boleh dijadikan panduan”.

Penulis blog ini turut mendakwa demikian.

Hakikatnya, entri ini saya masukkan pada 8 April 2011. Artikel serupa terpampang diblog mereka bertarikh 10 Mei 2011 dan 27 Oktober 2011.

Komen saya, sila baca di sini.

Faedah Membaca

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH
Membaca buku akan membuka wawasan kalbu, menghasilkan berbagai pelajaran dan nasihat. Membaca buku akan memberikan berbagai bekalan hikmah, dapat melancarkan lisan, meningkatkan kemampuan berfikir, mengukuhkan pengetahuan tentang beraneka ragam hakikat dan akan menghilangkan yang syubhat. Membaca buku merupakan hiburan bagi yang menyendiri, bisikan bagi hatinya, teman bicara bagi yang berjaga malam. Setiap kali pengetahuan yang telah dibaca diulang kaji, dikuasai dan disaingi, maka akan semakin membuahkan hasilnya yang siap dipetik kerana telah matang di pokoknya dan menghasilkan buahnya setiap saat dengan izin Tuhannya apabila diperlukan, kerana pengetahuan telah dikuasai dan telah menetap di tempat kediamannya (di hati).

Sebaliknya keengganan untuk membaca dan meninggalkan pemikiran terhadap kitab-kitab serta tidak mahu mentelaahnya sendiri, sama dengan mengekang kelancaran lisan, membatasi pembentukan perwatakan, membuat fikiran menjadi beku, aqal pun mnejadi tegang, watak menjadi mati dan modal pengetahuan menjadi layu, serta fikiran menjadi gersang. Mengapa demikian? Kerana buku selalu mengandungi faedah, perumpamaan, hal yang baru, cerita, konsep atau perkara yang jarang ditemui.

Demikian faedah membaca yang sememangnya sangat banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya. Oleh itu, marilah memohon perlindungan dari Allah dari pupusnya cita-cita, lemahnya tekad di dalam jiwa dan bekunya semangat jiwa, kerana sesungguhnya hal ini merupakan musibah yang paling besar.

Nota:

Artikel ini dipetik terus daripada buku bertajuk ‘Jangan Bersedih’ tulisan Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni terjemahan Noraine Abu, muka surat 431.

Cerita Menarik: Hari ini hari yang indah…

A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet. He held up a sign which said: “I am blind, please help.” There were only a few coins in the hat.
Imej1
A man was walking by. He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat. He then took the sign, turned it around, and wrote some words. He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.

Imej2
Soon the hat began to fill up. A lot more people were giving money to the blind boy. That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were. The boy recognized his footsteps and asked, “Were you the one who changed my sign this morning? What did you write?”

Imej3

The man said, “I only wrote the truth. I said what you said but in a different way.” I wrote: “Today is a beautiful day but I cannot see it.”
Both signs told people that the boy was blind. But the first sign simply said the boy was blind. The second sign told people that they were so lucky that they were not blind. Should we be surprised that the second sign was more effective?

Moral of the Story: Be thankful for what you have.. Be creative. Be innovative. Think differently and positively.
When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile. Face your past without regret.
Handle your present with confidence. Prepare for the future without fear. Keep the faith and drop the fear.

The most beautiful thing is to see a person smiling…
And even more beautiful, is knowing that you are the reason behind it!!!

Kepentingan Membaca

Tidak ada sesiapa menafikan peri pentingnya aktiviti membaca di dalam kehidupan. Membaca menjadi akar tunjang kekuatan seseorang individu, malah sesuatu bangsa dan sesebuah negara. Dikatakan bahawa betapa kuat pun sistem ketenteraan atau sistem ekonomi sesebuah negara, pasti akan tumbang jua akhirnya jika tidak didasari oleh ketinggian ilmu pengetahuan. Di peringkat awal, sudah tentu ilmu pengetahuan diperoleh melalui proses pembacaan.

Menyedari akan hal ini, pada tahun 1989, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil daya usaha untuk memperkenalkan Program NILAM melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/1998: Program Membina Tabiat Membaca. Arahan tersebut menghendaki setiap sekolah melaksanakan Program Galakan Membaca NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) secara terancang dan teratur.PS041Di peringkat sekolah, telah terbukti bahawa amalan dan tabiat membaca di kalangan pelajar telah melahirkan individu yang menyerlah dalam pelbagai aspek. Kecemerlangan mereka tidak khusus kepada bidang akademik sahaja, malah memberi kesan langsung terhadap keterampilan, peribadi mulia, sahsiah dan tingkah laku. Pada ketika sama, sekolah yang memberi keutamaan terhadap aspek pembacaan di kalangan pelajarnya turut meraih kecemerlangan.

Tidak hairanlah pihak Kementerian Dalam Negeri juga turut mengambil pendekatan yang sama apabila mewajibkan semua kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan pelatih Pusat Serenti mengikuti Kempen Galakan Membaca melalui Pekeliling Pentadbiran AADK/KP/2/2008: Pekeliling Kempen Galakan Membaca Agensi Antidadah Kebangsaan. Apa yang diharapkan, melalui program membaca pegawai AADK akan lebih berwibawa di dalam menjalankan tugas mereka serta memberikan maklumat dan keyakinan kepada pelatih Pusat Serenti apabila kembali berhadapan dengan masyarakat.

Terbaharu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan arahan kaedah latihan secara pembacaan menggantikan hari berkursus. Surat ini menghendaki setiap penjawat awam mempertingkatkan kemahiran mereka melalui pembacaan buku. Setiap pegawai dan kakitangan dikehendaki membaca, merekod dan mempersembahkan dapatan mereka. Pemilihan buku perlu ada hubung-kaitnya dengan bidang tugas sedia ada. Program membaca buku ini bertujuan memenuhi dasar latihan sekurang-kurangnya 7 hari kursus dalam setahun bagi setiap kakitangan kerajaan.

Ceramah ‘Kepentingan Membaca’ di SMK Keningau II, Keningau, Sabah
Catatan saya pada kali ini berkaitan kepentingan membaca. Catatan ini dibuat setelah saya dijemput oleh Pengetua SMK Keningau II, Keningau untuk memberi penjelasan kepada pelajar-pelajarnya tentang kepentingan membaca pada 13 Mei 2010 lepas. Catatan ini saya sediakan dalam tempoh yang sangat singkat kerana kekangan tugasan lain. Mujurlah rakan saya Sdra Losinin Johalin dari PKG Ranau, Cik Morelance Stanza dan Cik Florina yang kebetulan sedang menjalani Latihan Industri di PKG Keningau telah membantu saya menyediakan bahan. Selain itu rujukan saya yang lain ialah maklumat yang boleh didapati dari internet serta buku Penjelasan Budaya Ilmu oleh Wan Mohd. Nor Wan Daud. Catatan ini berbentuk poin-poin ringkas sahaja dan boleh disampaikan selama sejam.

Sebagai panduan dan memudahkan penyampaian kepada pelajar serta untuk mengelakkan kekeliruan, beberapa istilah perlu difahami iaitu membaca, literasi (literasi maklumat), ilmu serta budaya ilmu. Hal ini kerana ia saling berkaitan antara satu sama lain. Catatan ini juga hanyalah berkenaan Kepentingan Membaca sahaja tanpa menyentuh aspek lain yang berkaitan seperti kemahiran membaca, teknik-teknik membaca, literasi maklumat, jenis-jenis buku dan sebagainya. Selain itu, saya amat mengharapkan input tambahan dari pembaca agar catatan ini kelak akan lebih mantap dan boleh digunakan.

Sila klik: Kepentingan Membaca.

Sila rujuk artikel berkaitan topik perbincangan di entri lain blog ini.

Catatan:
Anda boleh menggunakan bahan ini. Jika ada penambahbaikan, jangan lupa email kepada saya bahan tersebut agar dapat dimanfaatkan bersama. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PN Enun (GPM SMK Keningau II). Tanpa puan, bahan ini mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Orang Bukit

Mitatabang

Berehat - 'Mitatabang' penduduk Kg Tampasak Liwan, Tambunan

Berehat - 'Mitatabang' penduduk Kg Tampasak Liwan, Tambunan

‘Mitatabang’, berasal dari istilah bahasa Dusun. Kadangkala istilah ini disebut juga sebagai ‘Mitabang’, ‘Mintabang’ atau ‘Mantabang’ mengikut beberapa dialek suku kaum Dusun di Sabah. Dalam Bahasa Melayu istilah ‘Mitatabang’ bermaksud bergotong-royong secara bergilir. ‘Mitatabang’ telah diamalkan oleh suku kaum Dusun di Sabah, khususnya di Kg Tampasak Liwan, Tambunan sejak dahulu lagi. ‘Mitatabang’ menjadi lambang keutuhan semangat bekerjasama dan bersatu padu di kalangan penduduk di kampung saya. Biasanya amalan ini dilakukan secara bergilir-gilir oleh penduduk kampung ketika membuka sesuatu kawasan hutan untuk dijadikan kebun atau untuk tanaman padi huma. Sebelum melakukan aktiviti ‘Mitatabang’ penduduk akan berbincang terlebih dahulu untuk menentukan giliran. Selepas itu, kerja-kerja bergotong-royong akan dilakukan mengikut giliran hari yang telah ditetapkan. Istimewanya amalan turun temurun ini ialah, tuan rumah tidak perlu risau tentang penyediaan makanan dan minuman kerana sudah menjadi kelaziman setiap penduduk kampung akan membawa bekalan makanan dan minuman sendiri.

Pada zaman awal sebelum agam Islam menjadi pegangan kebanyakan penduduk di kampung saya, selepas upacara ‘mitatabang’ dilakukan biasanya diikuti dengan majlis keramaian dengan minum minuman keras seperti ‘tapai’. Tetapi pada hari ini amalan tersebut sudah tidak dilakukan lagi. Semoga amalan ‘mitatabang’ akan terus kekal menjadi wadah penyatu hati dan semangat perpaduan di kalangan penduduk di kampung saya.

Air Terjun Maraiguang

Jika anda peminat air terjun, datanglah ke Kg. Tampasak Liwan, Tambunan. Di situ letaknya air terjun yang cantik. Uniknya air terjun ini kerana terdapat dua buah air terjun yang berhampiran antara satu sama lain. Jika ingin menguji kekuatan fizikal, maka air terjun Maraiguang sesuai untuk dikunjungi. Perjalanan ke air terjun Maraiguang mengambil masa selama 2 hingga 3 jam dari kampung saya. Perjalanan akan melalui bekas jalan raya balak dan menyusur ke hulu sungai Molout sejauh lebih kurang 5 hingga 7 kilometer. Perjalanan ke air terjun ini memang mencabar kerana terpaksa melalui batu-batan sungai yang licin selain pacat yang sentiasa dahagakan darah sesiapa juga pengunjung yang sudi datang.