Konsep Aqidah dan Tauhid

Aqidah
Aqidah ialah asas paling utama tamadun Islam. Aqidah Islam bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah.

Definisi dari segi bahasa, Aqidah bermaksud ikatan atau simpulan. Perkataan aqidah juga mempunyai pengertian sesuatu yang menguatkan dan mengukuhkan.

Dari segi istilahnya pula ialah : Kepercayaan dan keyakinan yang teguh terhadap segala perkara yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang erat dan tersimpul kuat sehingga tidak mungkin terurai / tercerai dengan apa cara sekalipun.

Asas aqidah Islam ialah : Beriman kepada Allah s.w.t., para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, percaya pada hari Akhirat dan Qada’ dan Qadar. Aqidah Islam tidak boleh dipaksa kepada semua orang untuk mempercayainya. Firman Allah S.W.T.:

لا إِكراهَ فِى الدّينِ ۖ قَد تَبَيَّنَ الرُّشدُ مِنَ الغَىِّ ۚ فَمَن يَكفُر بِالطّٰغوتِ وَيُؤمِن بِاللَّهِ فَقَدِ استَمسَكَ بِالعُروَةِ الوُثقىٰ لَا انفِصامَ لَها ۗ وَاللَّهُ سَميعٌ عَليمٌ

Maksudnya: “Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. Surah Al-Baqrah – Ayat 256

Konsep Tauhid
Aqidah yang benar tidak wujud melainkan dalam Islam sahaja kerana ianya agama yang dijamin dan dipelihara oleh Allah s.w.t. Islam adalah agama aqidah dan syariah.

PS041

Iklan terpilih sahaja. Klik pada gambar dan REGISTER.

Penentang Islam sentiasa berusaha agar umat Islam berpisah daripada aqidah mereka agar mudah dikuasai dan dijajahi dari segi luaran dan dalaman.

Tauhid
Tauhid didefinisikan sebagai : MengEsakan Allah pada sifat Rububiyyah, Uluhiyyah dan Nama-nama serta sifat-Nya

1. Tauhid Rububiyyah
Definisi : Mentauhidkan Allah s.w.t. sebagai pencipta alam, mengurus dan mentadbir, menghidupkan, mematikan, mendatangkan manfaat, mudarat dan sebagainya.

Tauhid Rububiyyah sahaja tidak mencukupi dalam mencapai iman dan Islam kerana oang kafir juga menyedari dan mengetahui segala keupayaan Allah s.w.t tetapi tidak mahu menyerah diri kepadaNya.

Dua golongan manusia yang ingkar akan tauhid Rububiyyah iaitu :

  • Golongan yang ingkar akan wujudnya Tuhan seperti Atheis, teori Darwin, Sosialisme, Komunisme dan sebagainya.
  • Golongan yang mengakui wujudnya Tuhan tetapi mensyirikkannya seperti golongan Majusi (dua pencipta) dan Nasrani (konsep trinity : 3 tuhan).

2. Tauhid Uluhiyyah
Definisi : Mengkhususkan peribadatan/penyembahan hanya kepada Allah s.w.t kerana hanya Allah yang layak disembah dan diibadati. Tauhid ibadah iaitu tauhid Allah s.w.t. pada af’al (perbuatan) hambaNya seperti solat, puasa, zakat, haji, tawakkal, minta pertolongan, takut, harap dan sebagainya.

Orang-orang musyrikin menjadikan tuhan selain Allah s.w.t. sebagai tuhan mereka. Mereka menyembahnya, memohon pertolongan darinya.

3. Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat
Definisi : Beriman dengan semua nama-nama dan sifat-sifat Allah s.w.t. yang diberitahu oleh al-Quran dan al-Sunnah tanpa mengumpamakannya, mengingkarinya, mengubahnya atau membentukkannya dengan sesuatu, apatah lagi menyamakanNya dengan makhluk-makhluk ciptaanNya. Dialah satu-satunya yang menyandang sifat-sifat kesempurnaan tersebut dan bersih dari segala sifat kekurangan dan kelemahan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *