Tentang Saya


Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera.

Nama saya Bonis @ Mustafa Malisin, berkerjaya sebagai seorang pendidik. Saya amat meminati bidang pendidikan dan berharap dapat membantu meningkatkan bidang ini khususnya di daerah pedalaman Sabah melalui perkongsian dan kolaborasi ilmu yang terdapat di dalam web blog ini. Sebarang teguran membina dan perkongsian amatlah dialu-alukan demi kebaikan kita bersama. Sila hantar komen dan perkongsian anda ke mzurs006@yahoo.com.

p/s: Selamat datang. Blog ini memaparkan informasi pendidikan semasa, khususnya di Pedalaman Sabah untuk tatapan dan perkongsian kepada semua. Sebarang saranan, perkongsian ilmu dan juga komen yang membina amatlah dialu-alukan untuk kebaikan bersama. Semoga segala kandungan web blog ini juga akan memberikan kebaikan kepada pengamal pendidikan di seluruh negara.

Terima kasih

31 Comments

  1. Selamat berkenalan cikgu

  2. Selamat berkenalan bro.. kan kita sama2 cikgu? Mcam mana pun, tkasih la sudi menjenguk blog saya yang tak seberapa ni..

  3. AKUM.. MUS.. CANTIK WEB NI.. SIAP ADA TEMPAT CHAT LAGI.. AMACAM KALAU BUKA RUANGAN FORUM.. UNTUK KITA TUKAR2 PENDAPAT.. ATAU DAH ADA TAPI SAYA YANG TAK JUMPA…

  4. Salam syiema2000…tkasih berkunjung ke blog edu4u…stakat ni yg ada cuma chat sj…forum blum ada lagi. tkasih sekali lagi

  5. di sinipun kita boleh forum. Buka satu topik. Contohnya berkaitan dengan cara-cara mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan kita boleh tukar-tukar fikiran. Tahniah sdra atas usaha menerbitkan blog ini. Banyak manafaatnya.

  6. Salam muhibah buat saudara Mzurs, tahniah kerana blog saudara pada saya banyak menfaatnya khasnya kepada warga pendidik di pdlaman Sabah. Banyak info yang saya perolhi dari plog saudara ini. tq. Saya ada satu pdapt aja bukan cdgan. Bagaimana jika saudara buat link untuk PKG di seluruh sabah khasnya yang terletak di pedlman? Dengan itu pengunjung blog saudara dapat info aktivit dari PKG2 lain di Negeri Di Bawah Bayu ini.Sory mgkin jga saya blum jumpa linknya dalam bglog saudara ini.tq.

  7. Tkasih ocoi kerana berkunjung ke blog saya…cadangan ocoi memang baik dan akan dipertimbangkan…saya akan link juga ocoi punya blog ya…Tkasih banyak2..bye

  8. congratulations.keep it up. give me more info about your place ..interesting.

  9. thanks SDILA…saya akan cuba sebaik mungkin

  10. Salam perkenalan cikgu.
    Selamat berkongsi ilmu dan cerita.

    Frisco @ Kengkaru
    Christchurch, NZ

  11. Pounsikou Kong…osodu ko mala kopio mr kong. Teruskan perjuangan

  12. Saya salah seorang peserta bengkel pembinaan blog yang diadakan di PKG Tambunan. Terima kasih kerana sudi mengkongsikan ilmu yang bagi saya boleh memberi menafaat. Walaupun belum mahir membuat blog tapi sekarang saya sedang mencuba-cuba membina blog.Harap=harap usaha saya berjaya.

  13. Tahniah…teruskan. Buat penerokaan sendiri sehingga dapat menguasai selok belok mengurus blog dengan baik. Paling penting, info harus positif dan berterusan…..thanks

  14. Macam mana mau letak gambar sendiri di blog sendiri. Maksud saya di sebelah atas tepi kiri skrin?

  15. Gambar tepi tu ialah Avatar atau pengenalan diri bagi pemilik blog….sering terdapat di dlm wijet…so cari wijet avatar, aktifkan n upload gambar…tq vera

  16. Sudah aktifkan tapi saya tidak tau macam mana mana upload gambar untuk avatar. Maaflah baru mau belajar.

  17. di ruangan setting..ada avatar. boleh download dari sana…bila aktifkan wijet, otomatik gambar anda keluar. Kalau blogspot.com tak pasti..tapi ia lebih kurang dengan edublogs.org..harap dapat membantu. Thanks

  18. Sudah dapat t.kasih. Macam mau publish kita punya blog? Ada ada cuba buat pencarian blog saya di enjin pencarian google tapi tiada dalam senarai. Macam mau buat agar blog saya tersenarai dalam enjin pencarian seperti google dan sebagainya?

  19. Memang pada mulanya blog kita tidak dikenali oleh orang atau mana2 enjin carian seperti google, yahoo dll. Apa yg perlu dibuat ialah mendaftarkan diri sebagai pembaca google, yahoo dll. Alamat blog kita boleh didaftar sekali semasa mendaftar…sya sendiri tidak mendaftar, tetapi apa yg sya buat ialah rajin promosi blog kita kepada rakan2, sentiasa beri informasi yg boleh jadikan panduan dan rujukan kpd pembaca…kalau cerita2 peribadi org tak minat sangat, kecualilah jika ada unsur2 motivasi atau lain2 yg org boleh tertarik utk membacanya. Macam menyusur di jln ke suatu destinasi ba, mula2 org tak tahu…bila orang sudah tahu dan tempat tu memang menarik, maka berduyun2lah org datang. Kadang2 org kwan2 kita tlg promot lagi dgn buat pautan dll. Di samping itu, sentiasa update blog kita dengan isu2 atau cerita2 baru…jadi org tak jemu2 datang…dgn cara itu, secara otomatik org lain n termasuklah mesin carian akan mengenali alamat blog kita…selamat mencuba..thanks.

    p/s: Vera..apa alamat blog anda?

  20. Baru mau cuba2. Belum ada isu yang terfikir untuk dimasukkan. Blog saya http://vera72.edublogs.org/.

  21. Katakan limit blog kira telah penuh, apakah yang perlu kita akan buat?

  22. Tak apa vera…pelan2. Inilah ujian sebenar bagi seorang blogger…fikirkan isu yg sesuai, bermanfaat kpd orang lain, positif….bukan stakat tu sja, susunan bahasa juga perlu dijaga dan diberi perhatian..jika ada gambar, gambar yg ssuai n komposisi yg betul..gambar jangan terlalu berat kerana boleh melambatkan apabila org buka blog kita…thanks vera. jumpa lagi

  23. Blogspot tiada limit…tapi edublogs limit 20mb sahaja. Ada bebrapa cara stakat yg sya tahu:
    1. Upgrade blog (berbayar) – edublogs
    2. Masukkan hanya teks sahja di edublogs…tetapi gambar boleh letak di mana2. Cth: letak gambar di flickr.com…kemudian buat link sharing supaya gambar tu dapat dilihat di blog kita
    3. Teroka blog wordpress…yg ini saya pun baru mau belajar
    Harap dapat membantu..thanks

  24. katakan kita mau kumpul sukatan pelajaran dan rancangan pengajaran tahunan yang ada di laman-lama web, lepas tu kita mau kongsi dengan orang lain tentang penemuan kita. Bagaimanakah caranya, adakah kita terbit melalui copy dan paste atau melalui link? Kalau kita copy semuanya mungkin akan memenuhkan blog kita. Adakah untuk caranya mengurus bahan-bahan yang kita temui dan boleh dikongsi bersama dengan pengunjung blog.

  25. Cara link lebih baik…pastikan alamat url tepat. Cara ini lebih cepat n menjimatkan ruang..kita cuma pandu pengunjung untuk mendapatkan bahan tersebut di tempat yg betul. Kecuali bahan itu kita sendiri yg hasilkan, maka perlu upload…sebenarnya ada website yg menyediakan perkhidmatan penyimpanan data secara percuma n org lain boleh download…sya pun tak ingat lagi…cari dulu. tq bertjay…

  26. Apa kegunaan tu “traffic feeds” dan macam mana mau buat?

  27. kenapa wijet tidak boleh diheret atau dipindah-pindahkan, ada setting yang saya tertekan hingga jadi mcm tu?

  28. Thanks bertjay…sory lambat respon. ‘Traffic feeds’ adalah masukan traffic pengunjung blog kita…dia akan rekod url pengunjung blog kita. Traffic ni juga rekod mana2 url yg dikunjungi dari pautan blog kita. Cara nak buat…wijet traffic ni third party ..so kena jadi log member n dia akan bagi code…lepas tu masukkan code ‘copy n paste’ dalam wijet TEKS blog kita..tk. PS…semua penjelasan sya dalam ruangan forum ini tak semestinya tepat…mungkin ada rakan2 yg boleh membantu dengan memberi input tamban…

  29. Soaan ini saya tak pasti…saya sendiri tak pernah mengalami mslah ini…mohon bantuan rakan2. Thanks

  30. Salam,

    Cikgu, saya sudah melawat-lawat sekitar rumah cikgu ni. Tahniah! ini antara rumah yang baik pernah saya lawat. Cukup informatif dan mesra tetamu. Semoga cikgu diberi kekuatan oleh Allah untuk terus menyalurkan info2 bermanfaat kepada masyarakat. Terimakasih juga kerana menziarahi rumah saya sejak beberapa hari yang lalu. Lain kali, kalau ada makanan di situ, ambil sajalah. itu semua untuk dikongsi sama-sama.

    Terimakasih,

    Wassalam.

  31. Terima kasih Erakita. Antara komen terbaik yang pernah saya terima…ya, semoga Allah memberi kita semua kekuatan untuk sentiasa memberi informasi yang positif..tkasih. Wassalam

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *