Apa itu Agama?

PS041

Iklan terpilih dari Sharing Profit Shops. Klik gambar dan REGISTER.

Agama (al-Din) dari istilah bahasa, bermaksud: Kepercayaan dan keyakinan terhadap ajaran atau fahaman tertentu. Ianya dikaitkan dgn ibadat dan hubungan dengan Tuhan.

Agama (al-Din) dari istilah Syarak bermaksud: Membenar dengan perkataan atau mengakui keEsaan Pencipta, mempercayai dan menyakini Pencipta serta apa yang disampaikannya, dengan sepenuh hati dan membuktikannya dengan amalan, di samping  melakukan apa yang diperintah serta meninggalkan apa yang dilarang. Al-Din mencakupi segenap aspek kehidupan, termasuk hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan alam.

Abu’l A’la Al-Maududi di dalam buku karangannya bertajuk “Asas-Asas Islam”, berkata:
“Ada pun bermacam-macam agama yang ada di muka bumi ini memperoleh namanya masing-masing ada kalanya dibangsakan kepada nama seorang lelaki yang khas, atau kepada ummat yang tertentu yang menumbuhkan dan menyuburkan agama yang berkenaan. Agama Masehi misalnya mengambil namanya daripada Al-Masih ‘a.s. Agama Budha diambil daripada nama pembawanya, Gautama Budha. Dan agama Zarathustra dimasyhurkan demikian kerana pendirinya dan pembawa panji-panjinya bernama Zarathustra. Demikian juga agama Yahudi muncul di atas pangkuan suatu kabilah yang dikenal dengan nama kabilah Yahuda, maka agama itupun dinamai Yahudi. Demikian seterusnya.”

“Berlainan dengan agama Islam. Ia tidak dibangsakan kepada seorang lelaki yang khas dan tidak kepada ummat yang tertentu. Nama Islam itu menunjukkan sifat yang khas yang dikandung oleh makna perkataan “Islam” itu sendiri. Nyatanya, nama ini tidak menunjukkan pembawa dan pengasasnya iaitu seorang lelaki di antara manusia. Ia bukan khas bagi ummat yang tertentu melainkan seluruh bangsa-bangsa. Ia mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat Islam. Siapa saja yang bersifat dengan sifat ini, baik manusia zaman lampau atau manusia masa kini, ia adalah Muslim: juga orang yang berhias dengannya pada masa depan adalah seorang Muslim.”

One Comment

  1. nurul husna ahmad amran

    apa hukum kalau seorang anak yang berakal dan tidak hilang akal…megata bahawa dia seorang tuhan dan juga kata nabi selalu lepak dengan dia sambil meminum arak..saya anak menakanya..kami selalu kenal pukul dengan dia dia juga suka megamuk dia dalam rumah..dan berkata bahawa islam adalah pembunuh dan islam jugak tidak wujud..dia selalu ragut orang dan jugak merompak dan selainya..dia pernah tipu saya dia kata itu sagon padahal berisi dadah…ibu dan bapa saya melapor kan diri di balai polis yang berhampiran..sepupunya pernah jugak terkena denganya

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *