Apa Itu Iman?

IMAN
Perkataan IMAN berasal daripada perkataan Arab (امن)  yang bermaksud aman atau membentuk keadaan aman dan tenteram.

Dari segi istilah :
الإقرار باللسان والتصديق بالجنان والعمل بالأركان
Maksudnya: Iman bermakna berikrar dengan lisan membenarkan dengan hati, dan beramal dengan ajaran-ajaran Allah s.w.t yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Untuk memenuhi pengertian beriman kepada Islam mestilah mempunyai ketiga-tiga perkara tersebut. Jika tidak, maka tidaklah sempurna keimanan seseorang itu terhadap agama Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w
ليس الايما ن با لتمني ولا با لتحلي ولكن ما وقر في القلب وصدقه العمل
Maksudnya: Iman itu bukan dengan cita-cita dan perhiasan, tetapi ialah apa yang tersemat di hati dan dibuktikan dengan perbuatan

MAKSUD IMAN
Seseorang Muslim diwajibkan beriman kepada Allah s.w.t. dan rasulNya yang bermaksud membenarkan segala apa yang datang daripada Allah s.w.t. juga dari rasulNya serta menerimanya dan tunduk, bukan hanya membenarkan (tasdiq) sahaja.

Iman itu mempunyai asas-asasnya yang kukuh iaitu; (6 Rukun Iman)

  1. Beriman kepada Allah s.w.t
  2. Beriman kepada para malaikat Allah
  3. Beriman dengan Kitab-kitab Allah
  4. Beriman dengan Rasul-rasul Allah
  5. Beriman dengan hari Akhirat
  6. Beriman dengan Qadha’ dan Qadar

Rasulullah S.A.W. bersabda:
الايمان أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الاخروتؤمن بالقدر خيره وشره
رواه مسلم
Maksudnya: Iman itu ialah bahawa kamu beriman dengan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya, hari akhirat dan engkau beriman dengan takdir baik dan buruk daripadanya. Hadis riwayat Muslim.
PS041

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *