Ihsan

IHSAN
Ihsan dari segi bahasa (احسان) bermaksud membuat baik iaitu lawan membuat jahat dan احسن pula ialah perbuatan baik.

Ihsan ditakrifkan sebagai membuat sesuatu kebaikan dengan penuh keikhlasan kepada Allah s.w.t dan melakukannya secara tekun dan terbaik. Kesempurnaan amalan seseorang itu adalah bergantung kepada sifat ihsan yang wujud di dalam diri setiap muslim. Bahkan ibadat yg dikerjakan oleh seseorang itu mungkin menjadi sia-sia dan tidak mendatangkan sebarang kesan yang baik jika tidak disertai dengan sifat ihsan.

Tegasnya, ihsan adalah merupakan asas penting untuk kesempurnaan dalam mengerjakan sesuatu ibadat kepada Allah s.w.t yang memberi nikmat dan kebaikan. Makna ihsan yang sebenar adalah lebih luas, iaitu perbuatan-perbuatan baik meliputi semua tingkah laku yang mengangkatkan taraf manusia serta mendidik jiwa seseorang dan menghampirkan dirinya kepada penciptanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *