Air Terjun Maraiguang

Jika anda peminat air terjun, datanglah ke Kg. Tampasak Liwan, Tambunan. Di situ letaknya air terjun yang cantik. Uniknya air terjun ini kerana terdapat dua buah air terjun yang berhampiran antara satu sama lain. Jika ingin menguji kekuatan fizikal, maka air terjun Maraiguang sesuai untuk dikunjungi. Perjalanan ke air terjun Maraiguang mengambil masa selama 2 hingga 3 jam dari kampung saya. Perjalanan akan melalui bekas jalan raya balak dan menyusur ke hulu sungai Molout sejauh lebih kurang 5 hingga 7 kilometer. Perjalanan ke air terjun ini memang mencabar kerana terpaksa melalui batu-batan sungai yang licin selain pacat yang sentiasa dahagakan darah sesiapa juga pengunjung yang sudi datang.

About mzurs006

Salam perkenalan dari saya. Saya seorang guru dan kini bertugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan, di PKG. Keningau, Sabah. Saya amat berminat berkaitan hal-hal pendidikan. Seboleh mungkin, saya akan cuba membantu meningkatkan mutu pendidikan di tempat saya mengikut kemampuan yang ada. Salah satu caranya ialah melalui webblog ini. Semoga blog ini akan bermanfaat kepada warga pendidik khususnya di Pedalaman Sabah.
Bookmark the permalink.

10 Comments

  1. cantik sekali air terjun itu…om oguu kantu dupot hiti kio mus, abis nga ka di tapaku, waro nopo it liwagu id talun ka nga rumikot kaka it dupat toi ko tambang bei daa..

  2. Atukoi etuza…om otopot mah kopio iri komoyon nu…ogumu dupot hilo…tambang, palanuk, pawus, tugarang, tuntul, pungit, gawir, rimau…om turak ngawi nga haro po…ogumu po suai nga awu karati mongoroit…sorua somonu osimbayan om mitangon-tangon kito kio…pounsikou etuza

  3. aikk….. tatap bogia haro tugarang hilo.. heheheh

  4. he he he …haro mala gia nosindiran kio…siou dika Tugarang. Agayo kounsikahan kuma dika tu nokosiwat mongintong diti blog ku…

  5. Rasanya Landoy cuma dapat pergi ke air terjun tu 2 kali….. jauh baitu Gaman….odipon kopiyo rumikot hilo. Apapun ia amat berbaloi bila dah sampai kat sana…….

  6. Dengar2nya dah ada rombongan melawat ke sana…survey utk tujuan pelancongan katanya…tokeh besar dari kg kita juga.. apa2pun landoy, rokot, manahu, polian pun banyak di sana tu..he he he ….Tkasih Landoy

  7. cikgu kalau ada masa ambil gambar tu gua kipungit sana.kia sia tunggu.

  8. Kena tunggu trip lain tu musa…sya pernah ke kipungit dulu. tapi tak pandai ambil gambar..so tak ada kenangan…sekarang mo pg jugak tapi kena fikir panjang sbb jauh jugak kipungit tu. tua suda ba, nda larat mo bjalan jauh dlm hutan…lagipun gua tua kecil saja ba, sempit … tkasih musa

  9. wah, kalau mau di jadikan pusat pelancongan kenalah cepat, selagi hutannya masih hijau, selagi udaranya masih nyaman, selagi airnya masih dingin… kalau hutan2nya masih terpelihara mungkin ada harapan, boleh juga lah kita menumpang bisnes, buat homestay ka apa ka..abang pun kasi besar lah ladang strawberry…kalau di ranau ada ladang tea, di tampasak ada ladang strawberry..kan kan kan..

  10. Rasanya dah mula tu Boyod…esok 15 April 2010, ada acara 4×4 Borneo Safari di Kg Tampasak Liwan. Sayang tak dapat pigi…diurang guna trek jalan lama ke ulu sungai molout. tempat tu memang mencabar dan sesuai utk acara tu…he he strawbery blum menjadi bah, tengah buat projek lain…bagus jugak tu, bagi dorongan…ponsikou Boyod @ arvishstudio.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *