Pelaporan & Kertas Cadangan Pelaksanaan Program Presentatioan of Learning (POL), Project-Based Learning (PBL) Peringkat Gabungan Keningau 2008
Pengenalan
PROJECT-BASED LEARNING (PBL) merupakan salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang baharu diperkenalkan. Ia adalah satu model bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang berlainan daripada apa yang ada sekarang ini. Teknik pembelajaran PBL lebih tertumpu kepada murid, memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi kurikulum dan kemahiran. Perkara yang lebih ketara di sini ialah ciri-ciri teknik PBL yang memerlukan murid berinteraksi dengan amalan dunia sebenar mereka. Ini memberikan peluang kepada murid untuk memahami suatu perkara. Ini merupakan ilmu pengetahuan yang sebenar. Melalui PBL, murid menjelajah pengetahuan-pengetahuan baru, membuat pertimbangan, interpretasi serta membuat sintesis kepada semua maklumat yang telah diperoleh secara bermakna.
Pertandingan POL diadakan selepas sesi PBL yang diadakan di sekolah masing-masing. Semasa sesi POL di sekolah, murid dinilai oleh fasilitator, guru-guru lain serta murid lain. Tujuan utama POL pada tahap ini adalah untuk memperbaiki projek serta kualiti persembahan mereka. Bidang yang dinilai meliputi isi kandungan, bahasa, artifek dan juga format persembahan. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk melaporkan hasil projek yang telah mereka usahakan.
Rasional
Iklim pembelajaran yang ada di sekolah sekarang amat rigid dan dikawal oleh jadual waktu pembelajaran. Kebanyakan masa pembelajaran pula berlaku dalam bilik darjah. Ini menyebabkan ilmu yang diperoleh oleh pelajar lebih merupakan teori sahaja. Penggunaan pendekatan secara PBL dapat merungkaikan sistem ini, bukan sahaja daripada segi masa pembelajaran tetapi juga lokasi, ilmu dan kemahiran yang diperoleh.
Objektif
- Memperkenalkan pendekatan PBL di sekolah-sekolah.
- Mengenal pasti halangan dan kekangan sekolah, guru dan murid dalam melaksanakan PBL.
- Mengenal pasti pendekatan yang sesuai bagi pelaksanaan PBL di sekolah-sekolah
- Memilih wakil Gabungan Keningau ke Pertandingan PBL Peringkat Negeri Sabah
Tarikh: 27 Ogos 2008
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dewan Masyarakat, Keningau
Penyertaan
BIL
|
SEKOLAH
|
TOPIK/MATA PELAJARAN
|
ISU/TAJUK
|
1
|
SK. Luagan, Keningau |
Science (Year 5) |
Microorganism |
2
|
SK. Luagan, Keningau |
Science (Year 5) |
Microorganism |
3
|
SK. Pekan Tambunan |
Kajian Tempatan (Tahun 5) |
Sejarah Melaka |
4
|
SMK Tenom, Tenom |
Biodiversity (Science Form 2) |
The Mystery of Rafflesia |
5
|
SMK Entabuan, Tenom |
Science Form 4 |
Talasemia |
6
|
SMK Keningau, Keningau |
Chemistry |
Carbon and Germs |
7
|
SMK Keningau, Keningau |
Physics |
Volcano |
8
|
SMK. Gunsanad, Keningau |
Physic Form 4 |
Inertia And Impulsive Force |
9
|
SM Teknik, Keningau |
|
Daya Impuls |
10
|
SM Teknik, Keningau |
Physic Form 4 |
Force and Prsive |
Gambar-gambar pertandingan POL PBL Gabungan Keningau 2008




By Mzurs, 2 September 2008