Pengertian Ilmu Fiqah

Pengertian Ilmu Fiqah

Apakah pengertian Ilmu Fiqah?
Ilmu Fiqah ialah ilmu pengetahuan yang membicarakan hukum-hukum Islam tentang perbuatan manusia.

Apakah bahagian-bahagian yang terkandung di dalam Ilmu Fiqah?
Ilmu Fiqah mengandungi empat (4) bahagian yang besar, iaitu:

  1. Bahagian ibadat:Bahagian ini membicarakan hukum-hukum berhubung amal ibadat manusia terhadap Allah SWT, seperti sembahyang, puasa dan zakat.
  2. Bahagian Muamalat:Bahagian ini membicarakan hukum-hukum berhubung perbuatan sesama manusia dalam kehidupan sehari-hari tentang harta, seperti berjual-beli, upah mengupah dan hadiah.
  3. Bahagian Munakahat: Bahagian ini membicarakan hukum-hukum berhubung perbuatan manusia dalam hal ehwal berkeluarga, seperti nikah, cerai dan kewajipan suami isteri.
  4. Bahagian Jinayat: Bahagian ini membicarakan hukum-hukum berhubung perbuatan manusia dalam keadilan dan kehakiman, seperti bunuh, curi dan saksi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *