Mukallaf

Mukallaf

Apakah maksud Mukallaf?
Mukallaf ialah orang yang dituntut supaya melaksanakan ajaran-ajaran agama Islam.

Apakah syarat-syarat Mukallaf?
Terdapat tiga (3) syarat Mukallaf iaitu baligh, berakal dan sampai seruan Islam kepadanya.

Apa itu baligh?
Baligh ialah orang yang sudah sampai umur untuk menanggung kewajipan agama.

Apakah tanda-tanda seseorang yang sudah baligh?
Tanda-tanda baligh ialah:

Bagi lelaki:

  • Telah keluar air mani setelah berumur sembilan tahun.
  • Telah berumur lima belas tahun.

Bagi perempuan:

  • Telah keluar air mani setelah berumur sembilan tahun.
  • Telah datang darah haid atau mengandung setelah berumur sembilan tahun.
  • Telah berumur lima belas tahun.

Apa itu Mumayyiz?
Mumayyiz ialah kanak-kanak yang sudah dapat mengerjakan tugas-tugas dirinya sendiri seperti makan dan minum serta tahu membezakan di antara perkara baik dan buruk sesuatu perkara.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *