Al-Qur’an dan Sains Moden – Siri 13

TERJEMAHAN BUKU
AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN
Oleh : Dr. Zakir Naik

XI. EMBRIOLOGI

MANUSIA DIJADIKAN DARI ALAQ-BAHAN SEPERTI PACAT
tahun yang lepas sekumpulan orang Arab telah mengumpulkan semua maklumat mengenai embriologi daripada Al-Qur’an, dan mengikuti arahan seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur’an iaitu:

فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Maka kamu tanyakan (kepada) ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui  ( An-Nahl : 43 & Al-Anbiyaa’ : 7 )

Maklumat daripada Al-Qur’an yang dikumpulkan ini kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan dibentangkan kepada Prof.(Dr) Keith Moore, seorang profesor embriologi dan Pengerusi Jabatan Anatomi Universiti Toronto di Kanada. Pada masakini beliau adalah salah seorang pakar rujuk tersohor dalam bidang embriologi.

Beliau telah diminta memberikan pandangan mengenai maklumat yang terdapat dalam Al-Qur’an berkaitan bidang embriologi.Setelah mengkaji dengan teliti terjemahan ayat-ayat Al-Qur’an yang telah dibentang kepadanya, Dr. Moore menyatakan bahawa sebahagian besar maklumat mengenai embriologi yang terdapat dalam Al-Qur’an adalah menepati penemuan-penemuan moden dalam bidang embriologi dan tidak ada percanggahan langsung.Tambah beliau terdapat beberapa ayat di mana ketepatan saintifiknya belau tidak dapat memberi sebarang komen. Beliau tidak dapat mengesahkan sama ada penyataan tersebut benar atau tidak kerana beliau sendiri tidak menyedari kandungan maklumat tersebut. Juga maklumat ini tidak terdapat dalam penulisan-penulisan dan kajian-kajian moden di bidang embriologi.

Salah satunya ialah ayat Al-Qur’an yang berikut:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ . خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan kamu yang telah menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah  (Al-‘Alaq : 1 -2 )

Perkataan ‘alaq yang bermaksud segumpal darah, juga mempunyai maksud sesuatu yang menyangkut,  menyerupai seekor pacat.

Dr. Keith Moore tidak mengetahui sama ada pada peringkat awal embrio menyerupai seekor pacat. Untuk memeriksa perkara ini beliau telah membuat kajian mengenai peringkat awal embrio dengan menggunakan mikroskop berkuasa tinggi  dalam makmalnya dan membanding pemerhatian beliau dengan gambarajah seekor pacat, dan beliau merasa hairan bila mendapati bentuk kedua-keduanya menyerupai antara satu sama lain.

Dengan cara yang sama, beliau telah memperolehi lebih banyak maklumat mengenai embriologi yang tidak pernah beliau ketahui sebelum ini, daripada Al-Qur’an.

Dr. Keith Mooretelah berhasil menjawab kira-kira lapanpuluh soalan berkaitan data embriologi yang diterangkan dalam Al-Qur’an dan Hadis. Setelah mendapati maklumat-maklumat dalam Al-Qur’an dan Hadis ini menyamai sepenuhnya dengan penemuan-penemuan terkini dalam bidang embriologi, Prof. Moore menyatakan, “ Jika saya ditanya soalan-soalan ini tigapuluh tahun yang lalu, saya tidak akan berupaya menjawabnya sebahagian daripadanya kerana kekurangan maklumat saintifik”.

Dr, Keith Moore dahulunya pernah mengarang sebuah buku bertajuk ‘The Developing Human’. Setelah memperolehi pengetahuan baru dari Al-Qur’an, beliau telah menulis dalam tahun 1982 edisi ketiga buku yang sama. Buku ini telah menerima anugerah sebagai buku perubatan  terbaik yang ditulis oleh hanya seorang pengarang.  Buku ini telah diterjemah ke dalam beberapa bahasa utama di dunia dan ianya digunakan sebagai buku rujukan embriologi dalam pengajian tahun pertama bidang perubatan.

Dalam tahun 1981, ketika Persidangan Perubatan Ketujuh  di Dammam, Arab Saudi, Dr. Moore berkata, “ Adalah satu penghormatan kepada saya kerana dapat membantu menerangkan penyataan-penyataan dalam Al-Qur’an mengenai pertumbuhan manusia. Adalah sahih pada saya bahawa penyataan-penyataan ini disampaikan kepada Muhammad S.A.W daripada Tuhannya iaitu Allah., kerana hampir kesemua pengetahuan ini telah tidak dapat ditemui sehinggalah ke beberapa abad selepas itu.Ini telah membuktikan kepada saya bahawa Muhammad S.A.W adalah seorang Rasul Tuhannya, iaitu Allah”. ( Penyataan beliau ini boleh dirujuk dalam pita video bertajuk ‘This is the Truth’. Salinan video ini boleh diperolehi daripada Islamic Research Foundation).

Dr. Joe Leigh Simpson, Pengerusi Jabatan Obstretrik dan Ginekologi, Kolej Perubatan Baylor, Houston, Amerika Syarikat, telah mengisytiharkan: “….Hadis-Hadis ini, yang disampaikan oleh Muhammad S.A.W tidak mungkin diperolehi dengan berdasarkan pengetahuan saintifik yang ada pada zaman penulisnya ( Abad Ketujuh). Malah bukan sahaja sahaja tidak terdapat sebarang percanggahan di anatar genetic dan agama (Islam) tetapi juga agama (Islam) boleh menjadi panduan kepada ilmu sains dengan adanya pendedahan-pendedahan kepada sebahagian pendekatan-pendekatan saintifik tradisional……terdapatnya penyataan-penyataan dalam Al-Qur’an yang telah dibuktikan kebenarannya beberapa abad selepas itu, yang mana ini membuktikan bahawa pengetahuan dalam Al-Qur’an sebenarnya datang dari Tuhan.”

Sumber: Assabiel.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *