Al-Qur’an dan Sains Moden – Siri 5

TERJEMAHAN BUKU

AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN

Oleh : Dr. Zakir Naik

III. GEOGRAFI

KITARAN AIR

Dalam tahun 1580, Bernard Palissy adalah orang yang pertama menerangkan konsep kitaran air yang ada pada masa kini. Dia menjelaskan bagaimana air menyejat ke udara daripada lautan dan kemudiannya menyejuk membentuk awan. Awan ini bergerak ke daratan dan naik ke atas, meluwap dan kemudiannya jatuh sebagai hujan. Air ini mengumpul menjadi tasik dan sungai, dan mengalir semula ke lautan dalam kitaran yang berterusan. Dalam Abad Ketujuh Sebelum Masehi , Thales of Miletus mempercayai bahawa renjisan air di permukaan lautan di bawa oleh angin ke daratan kemudian jatuh sebagai hujan. Pada masa dahulu manusia juga tidak mengetahui sumber bagi air bawah tanah. Mereka menganggap air dari lautan diasak masuk ke pendalaman kesan dari angin yang bertiup kencang ke arah daratan. Mereka juga percaya air kembali ke daratan melalui laluan rahsia atau ‘ Jurang Besar’(Great Abyss). Laluan ini bersambung hingga ke lautan dan dipanggil sebagai ‘Tartarus’ sejak dari zaman Plato. Sehinggakan Decartes, seorang pemikir termasyur pada Abad Kelapanbelas menerima pandangan ini. Sehingga ke Abad Kesembilanbelas, Teori Aristotle pula diketengahkan. Mengikut teori ini, air telah meluwap di dalam gua-gua di pergunungan yang sejuk dan kemudian membentuk tasik-tasik bawah tanah yang menjadi sumber air bagi mata air. Tetapi kini kita telah mengetahui bahawa air hujan yang meresap masuk ke dalam tanah melalui rekahan-rekahan tanah menjadi sumber mata air.

Kitaran air ini telah diterangkan dalam Al-Qur’an pada ayat-ayat yang berikut:

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاء مَاء فَسَلَكَهُ يَنَابِيعَ فِي الْأَرْضِ ثُمَّ يُخْرِجُ بِهِ زَرْعًا مُّخْتَلِفًا أَلْوَانُهُ

Apakah tidak kamu melihat bahawa Allah telah menurunkan dari langit air hujan lalu Dia mengalirkannya/menyimpannya (menjadi) sumber air/mata air di bumi, kemudian Dia mengeluarkan/menumbuhkan dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya…(Az-Zumar :21)

وَيُنَزِّلُ مِنَ السَّمَاء مَاء فَيُحْيِي بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Dan Dia menurunkan dari langit air (hujan) lalu Dia menghidupkan denganya bumi/tanah sesudah matinya (kering). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda/bukti bagi kaum yang mahu menggunakan akal/berfikir. (Ar-Ruum : 24)

وَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَاء مَاء بِقَدَرٍ فَأَسْكَنَّاهُ فِي الْأَرْضِ وَإِنَّا عَلَى ذَهَابٍ بِهِ لَقَادِرُونَ

Dan Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) wengan ukuran (tertentu) lalu Kami menempatkannya (air) di dalam bumi dan sesungguhnya Kami berkuasa untuk melenyapkannya (air itu) (Al-Mu’minuun: 18)

Tidak ada sebarang penulisan pada 1400 tahun yang lalu yang dapat memberi penjelasan yang tepat mengenai kitaran air, melainkan Al-Qur’an.

ANGIN YANG MEMBENIHKAN KEPULAN-KEPULAN AWAN

وَأَرْسَلْنَا الرِّيَاحَ لَوَاقِحَ فَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَاء مَاء فَأَسْقَيْنَاكُمُوهُ

Dan telah Kami kirimkan angin (untuk) mengahwinkan, lalu Kami turunkan dari langit air (hujan) , lalu Kami beri minum kalian dengannya (air itu), dan tidaklah kalian orang-orang yang menyimpan (air itu). (Al-Hijr: 22)

Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah lawaaqih, kata jama’ bagi laqih dari perkataan laqaha, yang bermaksud mengahwinkan atau membenihkan. Dalam konteks ini mengahwin/membenihkan bermaksud angin menolak bersama /menggumpal kepulan-kepulan awan sehingga meningkatkan pemeluwapan, yang mengakibatkan terjadinya kilat dan hujan. Keterangan yang sama terdapat pada ayat Al-Qur’an yang berikut:

اللَّهُ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَيَبْسُطُهُ فِي السَّمَاء كَيْفَ يَشَاء وَيَجْعَلُهُ كِسَفًا فَتَرَى الْوَدْقَ يَخْرُجُ مِنْ خِلَالِهِ فَإِذَا أَصَابَ بِهِ مَن يَشَاء مِنْ عِبَادِهِ إِذَا هُمْ يَسْتَبْشِرُونَ

Allah yang mengirimkan angin lalu ia (angin itu) menggerakkan awan, lalu Dia membentangkannya (awan) di langit sebagaimana (yang) Dia kehendaki dan Dia menjadikannya (awan) gumpalan-gumpalan, maka kamu akan melihat hujan yang keluar dari celah-celahnya, maka bila Dia menimpakan dengannya (air hujan) pada orang-orang yang Dia kehendaki dari hamba-hambaNya, maka tiba-tiba mereka bergembira. (Ar-Ruum : 48)

Keterangan Al-Qur’an adalah tepat dan jitu, dan ianya menyamai sepenuhnya dengan data-data terbaharu dalam bidang hidrologi.

Kitaran air ini juga diterangkan dalam beberapa ayat lain dalam Al-Qur’anul Karim , termasuk surah-surah Aali-Imraan:9, Al-A’raaf:57, Ar-Ra’d:17, Al-Furqaan:48-49, Yaasiin:34, Qaaf:9-11, Al-Waaqi’ah:68-70, Al-Mulk:30 dan Ath-Thaariq:11.

Sumber: Assabiel.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *