Al-Qur’an dan Sains Moden – Siri 3

TERJEMAHAN BUKU
AL-QUR’AN DAN SAINS MODEN
Oleh: Zakir Naik

I. ASTRONOMI

MATAHARI BERPUTAR

Sejak sekian lama ahli falsafah dan saintis Eropah mempercayai bahawa bumi berada tetap kedudukannya di tengah alam semesta, manakala planet-planet lain termasuk matahari bergerak mengelilingi bumi. Di Negara Barat konsep geocentric alam semesta ini terkenal pada zaman Ptolemy hinggalah ke abad kedua sebelum Masehi. Pada tahun 1512M, Nicholas Copernicus mengenengahkan Teori Pergerakan Planet Heliocentric, yang menyatakan bahawa matahari berada tetap di tengah sistem solar manakala planet-planet lain bergerak mengelilingi matahari.

Pada tahun 1609M seorang saintis German, Yohannus Keppler menerbitkan bukunya ‘Astronomia Nova’ , di mana beliau menyimpulkan bahawa planet-planet bukan sahaja bergerak di atas orbit membujur mengelilingi matahari , malah planet-planet ini berputar di atas paksinya pada kelajuan yang tidak sekata. Dengan pengetahuan ini, ianya memudahkan saintis-saintis Eropah menerangkan dengan tepat banyak mekanisma sistem solar termasuk aturan silih-ganti malam dan siang.

Setelah penemuan-penemuan ini, matahari dikatakan tidak bergerak (stationary) dan tidak berputar pada paksinya sepertimana bergerak dan berputarnya bumi. Penulis sendiri pernah mempelajarinya dalam subjek Geografi semasa di bangku sekolah, yang mana sebenarnya tanggapan ini adalah salah.

Cuba perhatikan ayat Al-Qur’an yang berikut:

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, dan matahari dan bulan, masing-masing dalam garis-edarnya mereka beredar ( Al-Anbiyaa’:33 )

Perkataan Arab yang digunakan dalam ayat di atas ialah yasbahuun . Perkataan yasbahuun diperolehi dari perkataan sabaha, bermaksud pergerakan suatu objek yang sedang bergerak sendiri. Jika perkataan ini digunakan pada pergerakan manusia di atas bumi, ianya bukan bermakna manusia itu sedang bergolek, tetapi ia bermaksud sedang berjalan atau sedang berlari. Jika perkataan ini digunakan pada manusia yang berada di dalam air, ia bukan bermaksud manusia tersebut sedang timbul, tetapi bermaksud ia sedang berenang.

Sama jugalah kalau kita gunakan perkataan yasbah pada satu objek di angkasa seperti matahari, ia bukannya sahaja bermaksud matahari sedang bergerak di angkasa, tetapi juga bermaksud matahari berputar semasa is bergerak merentasi angkasa. Kebanyakan buku-buku sekolah memasukkan fakta bahawa matahari berputar pada paksinya. Putaran matahari pada paksinya ini boleh dibuktikan dengan bantuan peralatan yang menampilkan imej matahari pada permukaan meja, yang mana membolehkan kita mengkaji imej matahari tanpa merosakkan mata. Kajian ini mendapati matahari mempunyai titik-titik yang menyempurnakan satu pergerakan bulat setiap 25 hari – yang bermaksud matahari mengambil masa lebih kurang 25 hari untuk mnyempurnakan putaran pada paksinya.

Malah matahari bergerak merentasi angkasa pada kelajuan di anggarkan 150 batu sesaat, dan mengambil masa selama kira-kira 200 juta tahun untuk menyempurnakan satu pusingan di tengah-tengah Galaksi Milky Way ini.

لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

Tidaklah mungkin bagi matahari mendapati bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Masing-masing beredar pada garis edarnya. (Yaasiin:40)

Ayat di atas menyatakan fakta penting yang ditemui oleh ilmu astronomi moden, iaitu ujudnya orbit-orbit masing-masing bagi matahari dan bulan, dan peredaran kedua-duanya merentasi angkasa dengan pergerakan mereka yang tersendiri.

Tempat yang tetap di mana matahari beredar di atasnya, dan pembentukan sistem solar, telah dapat ditentukan oleh ilmu astronomi moden. Ianya dinamakan, The Solar Apex. Sistem solar ini sebenarnya sedang bergerak kearah suatu titik di Constellation Hercules (Alpha Lyrae) yang mana lokasi sebenarnya juga telah dapat ditentukan.

Bulan berputar pada paksinya dalam jangkamasa yang sama ia beredar mengelilingi bumi. Ia mengambil masa lebih kurang 29 ½ hari untuk menyempurnakan satu putaran.

Sesiapa pun akan terpegun hairan atas ketepatan dalam ayat-ayat Al-Qur’an dalam menerangkan perkara ini. Tidakkah kita terfikir dari manakah sumber pengetahuan yang ada di dalam Al-Qur’an ini?

MATAHARI AKAN TERPADAM TERUS SELEPAS SUATU MASA TERTENTU

Cahaya matahari adalah kesan dari proses kimia yang berlaku di atas permukaannya, yang mana berlaku secara berterusan sejak berbillion tahun yang lalu. Ia akan sampai ke pengakhirannya pada suatu ketika di masa depan, di mana matahari akan terpadam terus, menyebabkan kepupusan kehidupan di muka bumi. Keujudan matahari yang tidak kekal ini disebut dalam ayat Al-Qur’an di bawah ini:

وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

Dan matahari beredar pada tempat peredarannya baginya. Demikianlah ketetapan (Allah) yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui. tempat peredarannya baginya. Demikianlah ketetapan (Allah) yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui. (Yaasiin : 38)

Perkataan Arab yang digunakan di sini ialah mustaqarr, yang bermaksud suatu tempat atau waktu yang ditentukan. Oleh itu Al-Qur’an menyatakan bahawa matahari beredar menuju ke arah tempat yang ditentukan, dan peredaran matahari ini hanya akan berlaku untuk suatu jangkamasa telah ditentukan sahaja – yang mana ianya akan berakhir atau terpadam.

(Nota: Keterangan yang sama dinyatakan dalam Al-Qur’an dalam surah Ar-Ra’d : 2, Faathir : 13, Az-Zumar : 5)

اللّهُ الَّذِي رَفَعَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لأَجَلٍ مُّسَمًّى

Allah yang meninggikan langit tanpa tiang sepertimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy, dan Dia menundukkan matahari dan bulan , masing-masing beredar sampai pada waktu (yang) ditentukan….. (Ar-Ra’d: 2)

يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى

Dia memasukkan malam pada siang dan Dia memasukkan siang pada malam, dan Dia menundukkan matahari dan bulanmasing-masing beredar sampai /waktu yang telah ditentukan… (Faathir : 13)

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى

Dia telah menciptakan langit dan bumi dengan benar, Dia memasukkan malam atas siang dan Dia memasukkan siang atas malam, dan Dia tundukkan matahari dan bulan masing-masing beredar pada menurut waktu (yang telah) ditentukan… (Az-Zumar : 5)

Sumber: Assabiel.com

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *