Teks Ucapan: Majlis Penetapan Target KPI PT3 dan SPM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan salam sejahtera.

Terima Kasih kepada pengacara majjlis.

Salutation…..

Pertamanya izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh Pihak pengurusan sekolah. Agenda yang sangat jelas dan tepat yaitu Penetapan KPI dan pernyataan Tekad bagi pelajar PT3 dan SPM 2018.

Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan lancar dan teratur.

Majlis seumpama ini amat perlu dilaksanakan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan Negara.

Saban tahun, pihak pengurusan sekolah melaksanakan program seumpama ini khusus bagi setiap pelajar yang meniti persekolahan di Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Kini, giliran anak-anak yang berada di dewan ini melalui program yang sama seperti juga yg telah dilalui oleh abang2 dan kakak2 senior.

Anak2 yang dikasihi dan disayangi sekalian…

Kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak kepada usaha perancangan sekolah dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sama2 amat sedar, bahawa para pelajar juga harus memainkan peranan dan menunjukkan kesungguhan yang bukan alang kepalang dlm banyak perkara.

Salah satu aspek yang mesti dilakukan oleh setiap pelajar adalah menetapkan matlamat dan sasarn yang jelas.

Di dalam al-Quran Allah telah menetapkan matlamat dan sasaran yang harus dicapai dan dituju oleh setiap orang Islam iaitu melaksanakan ibadah ketaatan dan penyembahan hanya kepada Allah sahaja agar mencapai ketaqwaan dan keredhaan Allah. Di samping itu, setiap individu islam hendaklah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi ini.

Di dalam permainan dan sukan bola sepak misalnya, mesti ada gol atau matlamat atau sasaran agar pemain dari kedua belah pasukan dapat mengembleng tenaga dan bekerjasama untuk menjaringkan gol ke pintu gol lawan. Dengan lain perkataan, perlu wujud satu matlamat atau objektif yang hendak dicapai oleh para pemain.

Begitu juga halnya dalam kehidupan kita yang singkat ini. Kita mesti memiliki matlamat, sasaran dan cita-cita. Cita-cita bersifat umum tetapi matlamat (goal) mempunyai ciri-ciri yang khusus agar lebih mudah tercapai dan dapat dinilai tahap pencapaiannya.

Saya percaya, ibu bapa juga mempunyai perancangan dan telah menetapkan matlamat atau hala tuju masing2 ketika menghantar anak2 sekalian ke sekolah ini.

Anak-anak yang dikasihi sekalian,

Anda bukan dari sekolah tadika dan terus melompat masuk ke tingkatan tiga atau tingkatan 5. Secara sedar atau tidak, anda sudah tahu matlamat paling asas dan paling utama apabila datang ke sekolah. Ibu bapa, guru-guru, abang, kakak, atuk dan nenek sudah menyebutnya bukan sekali, bukan dua kali bahkan berulang kali . Sekiranya anda masih terlalai ataupun terlupa akan matlamat anda, maka hidup anda di sekolah ini kelihatannya menuju kegagalan. Oleh itu, tetapkan matlamat itu sekarang. Jangan tunggu esok. Mulakan sekarang!

Matlamat yang ditetapkan mestilah ditulis dengan jelas. Matlamat yang tidak jelas, samar-samar atau terlalu umum tidak cukup kuat bagi mendorong diri anak-anak untuk maju ke depan.

Apabila anak-anak menetapkan matlamat yang hendak dicapai, ia perlulah berupaya meletakkan diri anak2 ke suatu tahap yang lebih tinggi. Matlamat ini perlu mencabar keupayaan diri tetapi masih dalam jangkauan untuk dicapai. Matlamat memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh dan kadangkala menuntut upaya yg luar biasa di luar zon selesa.

Matlamat tidak tercapai dengan sendiri. Perancangan, tindakan, usaha dan disiplin amat diperlukan dalam proses men-zahirkan matlamat ini. Matlamat jangka panjang di puncak gunung hanya dicapai dengan mendaki satu persatu mata tangga-tangga batu yang menjadi matlamat-matlamat jangka pendek.

Saya yakin dan percaya, guru-guru sudah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar serta menerangkankan kepada anak-anak sekalian bagaimana cara untuk menetapkan dan menggapai matlamat.

Demikian juga para ibu bapa anak2 seklian sedikit sebanyak telah berulang2 memberi pesanan dan  nasihat.

Justeru, adakalanya matlamat telah ditetapkan perlu direnungi kembali. Ada waktu-waktunya anak2 perlu duduk merenung diri berkenaan perjalanan hidup terutama semasa di sekolah ini. Mungkin pada peringkat awal, anak2 masih kabur2 tentang matlamat masing2, tetapi sepatutnya matlamat akan semakin jelas seiring dengan meningkatnya usia dan bertambahnya kematangan. Ambillah masa untuk menyemak semula sasaran dan matlamat yg telah ditetapkan.

Ingat kembali petua-petua, pesanan2 dan nasihat2 dari guru-guru, para ibu bapa, datuk, nenek, abang dan kakak serta adik anak2 sekalian.

Jangan lalai dan janganlah alpa dari objektif dan matlamat serta asasaran yang telah ditetapkan. Tumpukanlah fokus di dalam mencapai matlamat anda. Di samping melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah… jangan putus harap untuk sentiasa meminta dan memohon kekuatan dan keredhaan dari Allah di atas apa juga yang diusahakan kerana apa juga kita lakukan adalah atas kekuasaan dan keizinan dari Allah swt.

Di samping itu juga, anda jug semestinya perlu mempunyai tanggungjawab menghormati ibu bapa, para guru… dan jga rakan2.

Anak2 tentunya akan merasa gembira apabila matlamat yg diimpikan selama ini tercapai.  Demikian juga, kegembiraan anak2 juga pasti akan membahagiakan para ibu bapa.

Mudah2an program yang dilrancang oleh sekolah akan memberikan impak yang baik kepada sekolah dan juga anak2 sekalian.

Marilah kita sama2 berdoa agar Allah sentiasa mengiringi langkah-langkah perjalanan kita dalam menuju matlamat yang lebih jauh dan lebih besar yaitu mendapat redha dan rahmat dari Allah.

Mudah2an apa yg kita laksanakan pada hari ini akan mendapat ganjaran atau hasil tuaian yang baik sedikit msa lagi insyaAllah.

Akhir sekali… saya bagi pihak ibu bapa ingin merakamkan ucapan tahniah, syabas dan terima kasih terhadap usaha2 yang tiada henti-hentinya dari pengurusan sekolah di bawah pimpinan ….., semata2 untuk kejayaan anak2. Terima kasih juga kepada semua barisan guru yg tidak jemu2 membimbing dan mendidik anak2 kami.

Tidak lupa ucapan tahniah dan terima kasih di atas keprihatinan ibu bapa yang datang pada hari ini.

Sekian. Wabillahit Taufik Walhidayah Wassalaamu’alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.

Terima kasih.

Guru perlu hadir awal ke sekolah

Sumber: Akhbar Utusan (23 Mei 2011)

PENSIANGAN 22 Mei – Semua guru di negeri ini perlu memastikan kehadiran awal mereka pada setiap sesi persekolahan sama ada di bandar ataupun di luar bandar.

Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk Dr. Muhiddin Yusin berkata, langkah itu penting bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran pada setiap sesi persekolahan.

“Guru-guru perlu memastikan kehadiran mereka lebih awal di sekolah kerana mereka adalah fasilitator atau pemudah cara kepada pelajar.

“Kehadiran awal guru ini amat penting dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Pelajaran Negeri di Dewan Serbaguna Nabawan, di sini semalam.

Turut hadir, Pegawai Pelajaran Daerah, Osman Aganduk.

Menurutnya, komitmen tinggi guru amat penting dalam usaha melahirkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang.

Jelasnya, selain kehadiran murid di sekolah, kehadiran guru pada setiap sesi persekolahan merupakan komponen penting bagi memperkasakan pendidikan negeri.

“Ini kerana jika murid hadir tetapi guru tidak hadir sudah tentu proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu Muhiddin mengingatkan para guru dan kakitangan sokongan sekolah supaya tidak mengamalkan sikap menangguh kerja.

“Amalan ini menyebabkan banyak kerja atau tugasan tertangguh dan tidak boleh diselesaikan dalam tempoh yang dikehendaki,” ujarnya.

Pensiangan oh Pensiangan….

Satu catatan perjalanan saya berbentuk video klip sepanjang kembara pendidikan ke kawasan Pensiangan, Sabah. Anda akan menyaksikan laluan dan cara perjalanan rutin guru-guru yang bertugas di kawasan ini setiap kali ulang-alik berurusan ke Keningau atau Nabawan. Anda saksikanlah…