NextGen eContent

Laman  TREE yang boleh dicapai di alamat http://www.tree.com.my/ merupakan satu ruang bagi guru-guru berkolaborasi, berkongsi idea dan ilmu tentang pendidikan. Ia juga merupakan satu komuniti pendidikan yang berfungsi untuk  memartabatkan profesion pendidikan. Laman ini juga mempunyai bahan-bahan untuk pendidikan. Ini termasuklah bahan tutorial, Rancangan Pengajaran Harian, bahan bantu belajar, lagu-lagu dan pelbagai lagi.

Bahan Inovasi – “LET’S TRY ME”

DSC_4170

Cikgu Yap bersama pelajar-pelajarnya

Pelbagai bahan inovasi dihasilkan oleh guru-guru kreatif di sekitar Negeri Sabah pada tahun 2008 -2009. Di antaranya bahan bertajuk “Let’s Try Me” yang dihasilkan oleh Cikgu Yap Wan Fun dari SK. Sungai Anib 1, Sandakan, Sabah. Bahan inovasi ini dihasilkan melalui kajian penyelidikan dan tindakan yang telah dilakukan oleh Cikgu Yap berasaskan isu dan masalah pembelajaran Bahasa Inggeris yang dihadapi oleh pelajar-pelajarnya. Saya dan rakan-rakan krew penerbitan BTPN Sabah yang diketuai oleh En Jumaan Baharom berpeluang melakukan penggambaran video penggunaan bahan inovasi oleh guru berkenaan pada 30 November 2009. Penggambaran dilakukan pada waktu cuti persekolahan kerana jadual yang telah ditetapkan sebelum ini terpaksa diubah disebabkan masalah kesihatan yang dihadapi oleh Cikgu Yap. Budaya R&D serta penghasilan bahan inovasi melalui R&D perlu disebarluaskan dan diamalkan oleh guru-guru untuk membantu mereka menyelesaikan masalah penyampaian pengajaran dan pembelajaran pelajar.

Bahan Inovasi – TEKNIK MEMBENTUK HURUF KECIL MENGGUNAKAN KAEDAH 25 SEN

Kaedah 25sen 1Kaedah 25sen 2

Manual pengguna Teknik Membentuk Huruf Kecil Menggunakan Kaedah 25 Sen

Konsep pembelajaran membentuk huruf kecil menggunakan Kaedah 25 Sen memberi lebih banyak peluang kepada murid meneroka sendiri seni membentuk huruf kecil dan huruf besar dengan bimbingan guru.

Melalui proses pengalaman ini, diharapkan seni membentuk huruf itu akan menjadi satu kebiasaan kepada murid-murid sekaligus menjadikan tulisan mereka mudah dibaca, kemas dan menarik.

Bahan Inovasi ‘Membentuk Huruf Kecil Menggunakan Kaedah 25 Sen’ dihasilkan oleh Cikgu Hawang Eyong dari SK. Giok, Tamparuli, Sabah. Bahan inovasi ini pernah dipamerkan di Karnival Pembestarian Sekolah, Peringkat Kebangsaan – 2009, di Sandakan, Sabah. Cikgu Hawang Eyong telah dianugerahi Guru Inovatif daerah Tuaran pada tahun 2009.

Bahan Inovasi – TEKNIK ‘QnA’ DALAM PENYELESAIAN MASALAH PERSAMAAN KUADRATIK

DSC_3851

Cikgu Christina Michael bersama pelajar-pelajarnya

Penyelesaian persamaan kuadratik merupakan salah satu topik yang sukar dijawab oleh pelajar Tingkatan 4 dan 5.  Pelajar yang lemah dalam Matematik sering  membuat pemfaktoran yang tidak tepat dan seterusnya memberikan jawapan yang salah. Ini menyebabkan ada di antara pelajar  lemah yang langsung tidak mencuba soalan sebegini.  Dengan itu, Teknik  QnA diperkenalkan untuk membantu pelajar yang lemah agar dapat menyelesaikan soalan penyelesaian persamaan kuadratik.  Teknik QnA menggunakan bantuan alat kalkulator dan penulisan langkah-langkah penyelesaian secara ‘backward’.

Teknik QnA1

Muka 1: Manual 'Teknik QnA'

Teknik QnA2

Muka 2: Manual 'Teknik QnA'

Teknik QnA dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah persamaan kuadratik dengan pantas (Q-quick)   (n-dan) tepat (A-accurate) dengan bantuan kalkulator saintifik FX-570 dan teknik backward.  Teknik ini juga dapat membantu pengajaran menjadi lebih mudah dan berkesan terutamanya bagi pelajar yang lemah dalam pemfaktoran ungkapan kuadratik.

Bahan inovasi Teknik QnA dihasilkan oleh Cikgu Christina Michael dari SM St. Michael, Penampang, Sabah. Bahan ini telah pernah dipamerkan di Kebangsaan Pembestarian Sekolah, Peringkat Kebangsaan di SM Agama, Sandakan, Sabah – 2009.

Bahan Inovasi – BEARING VISUALIZER

DSC_3837

Cikgu Clarice @ Lily Mupin dan murid

Menentukan bearing sesuatu tempat dalam peta topografi  merupakan satu soalan yang sukar dijawab oleh pelajar  Tingkatan 4 dan 5. Pelajar yang lemah sering  memberi jawapan yang tidak tepat atau salah.   Bearing Visualizer  diperkenalkan untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran menentukan bearing sesuatu tempat dalam peta topografi.

Bearing Visualizer  merupakan inovasi bahan bantu mengajar yang direka melalui Geometer’s Sketchpad untuk mengatasi masalah menentukan bearing  sesuatu tempat dalam peta topografi. Ia berkonsepkan pembelajaran masteri yang dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar  dalam sesuatu perkara yang diajar.

Bearing Visualizer1

Muka 1: Bearing Visualizer

Bearing Visualizer2

Muka 2: Bearing Visualizer

Bahan inovasi Bearing Visualizer diperkenalkan oleh Cikgu Clarice @ Lily Mupin dari SM St. Michael, Penampang, Sabah. Antara kejayaan yang diraih oleh Cikgu Clarice menerusi bahan inovasi Bearing Visualizer ialah:

1.  Naib johan Pertandingan Bahan Inovasi sempena Karnival Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan – 2009
2.  Anugerah Guru Inovatif Peringkat Daerah Penampang 2009
3.  Guru Inovatif Peringkat Sekolah SM St Maichael, Penampang, Sabah – 2009
4.  Pembentang Kajian Tindakan Peringkat Negeri Sabah – 2009
5.  Pembentang – Kolokium Pendidikan anjuran IAB dan JPN di Daerah Tawau – 2009

Bahan Inovasi – PIRAMID JAWI

DSC_3782

Pemandangan Laut China Selatan dari Pekan Sipitang

Kolaborasi Ilmu berkata, “Kajian dan penyelidikan para guru amat berguna untuk memperbaiki amalan dalam bilik darjah. Tujuan kajian dan penyelidikan adalah untuk mengenal pasti keberkesanan satu-satu kaedah pengajaran dan pembelajaran serta bahan inovasi (BBM/BBB) yang digunakan. Pemilihan kaedah pengajaran dan bahan inovasi khusus untuk mengatasi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berdasarkan kepada isu persoalan merupakan salah satu daripada tugas profesionalisme sebagai seorang guru.”

“Walau bagaimanapun, guru yang berdedikasi, berakauntabiliti dan responsibiliti akan sentiasa mencari dan menguji kaedah serta bahan inovasi yang digunakan untuk mengatasi masalah pelajar. Guru akan sentiasa peka terhadap masalah pelajar dan mahu membantu mereka supaya dapat menguasai pelajaran dengan sebaik mungkin.”

Berkaitan itu, pada 3 November 2009, saya dan rakan-rakan dari BTPN/PTPB dan PKG Negeri Sabah telah mengadakan dokumentasi dan penggambaran video terhadap salah satu daripada 7 bahan inovasi pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh guru-guru di Negeri Sabah pada tahun 2009. Bahan tersebut bertajuk Piramid Jawi. Bahan ini dihasilkan oleh Ustazah Junndiah binti Majit dari SK Pekan Sipitang, Sipitang, Sabah. Melalui penggunaan bahan inovasi ini, pelajar dapat mengenal dan mengetahui huruf-huruf jawi secara pantas dan cepat. Menurut Ustazah Junndiah binti Majit, pelajar prasekolah dapat mengingat dan menghafaz 36 huruf jawi (Pendidikan Islam) dalam tempoh masa kurang daripada 8 jam. Malah, terdapat pelajar yang boleh mengingat dan menghafaz 36 huruf jawi dalam tempoh masa kurang daripada 1 jam. Untuk membolehkan pelajar mengenal dan menghafaz 36 huruf jawi dengan cepat dan pantas, 36 huruf jawi telah disusun dan diatur dalam 9 peringkat. Pelajar boleh menguasai peringkat 1 hingga 5 dalam tempoh masa 20 minit sahaja. Beberapa aktiviti telah dicadangkan dan perlu dijalankan oleh guru secara teratur agar penggunaan bahan Piramid Jawi ini dapat membantu pelajar secara lebih berkesan. Untuk menghasilkan bahan ini, tidaklah terlalu susah dan tidak mahal. Bahan asasnya diperbuat daripada manila kad yang dipotong-potong.

Piramid Jawi1

Muka 1: Manual Piramid Jawi

Piramid Jawi2

Muka 2: Manual Piramid Jawi

Penghasilan bahan inovasi Piramid Jawi oleh Ustazah Junndiah binti Majit adalah atas bimbingan yang berterusan daripada Puan Hindun, PTP PKG Daerah Sipitang dan soskongan kuat daripada pentadbir sekolah. Sehingga kini, bahan Piramid Jawi telah digunakan di 6 buah sekolah rendah di Daerah Siptang. Lebih membanggakan, bahan Piramid Jawi turut digunakan di 2 buah sekolah menengah di luar Daerah Sipitang, iaitu SMK Narinang, Kota Belud dan SMK Beaufort 2, Beaufort, Sabah.

DSC_3787

Ustazah Junndiah binti Majit

DSC_3783

Ustzh Junndiah sedang mengajar

DSC_3784

Ustzh Junndiah dan pelajar

Penghasilan Piramid Jawi telah membawa Ustazah Junndiah binti Majit memperoleh beberapa kejayaan dan penghargaan seperti:

1.  Johan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2009 sempena Karnival Pembestarian Sekolah di SMK Agama, Sandakan, Sabah.
2.  Tempat Ke 3, Penghasilan Bahan Inovasi Peringkat Negeri Sabah – 2008
3.  Membuat pembentangan Piramid Jawi sempena Kolokium Pendidikan anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah di Daerah Tawau -2009
4.  Pembentangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknologi Pendidikan TEKNOPEN Negeri Sabah.

Tahniah kepada Ustazah Junndiah binti Majit, PKG Daerah Sipitang dan SK Pekan Sipitang, Sabah.

Bahan Grafik Digital dalam Pengajaran & Pembelajaran

Grafik digital ialah sebarang bentuk gambar hasil reka letak, cetakan, susunan grafik atau rekaan grafik yang dihasil dan diproses menggunakan perisian serta peralatan ICT. Contoh-contoh bahan grafik digital adalah seperti berikut:

Reka letak:
Buku aturcara, Kad jemputan, banner, brocur, buku, majalah, poster, logo dll

Gambar:
Gambar pegun, pemandangan, gambar super impose dll

Kebaikan Grafik Digital:
 Peralatan mudah didapati
 Bahan grafik digital mudah disimpan & digunakan pada bila-bila masa
 Boleh diubahsuai
 Bahan grafik digital mampu menarik perhatian dan minat pelajar

Kelemahan:
 Kemahiran yang tinggi diperlukan untuk mengendalikan alat dan menggunakan software

Keperluan:
 Minat & kreatif
 Mahir menggunakan alat dan perisian
 Mengetahui jenis-jenis format grafik digital
 Mengetahui perisian yang sesuai untuk menghasilkan bahan grafik digital

Beberapa jenis contoh perisian untuk menghasilkan bahan grafik digital
 Perisian berasaskan Adobe seperti Photoshop, Indesign dan Illustrator
 Corel Draw
 Auto Cad
 Paint Shop Pro
 SmartDraw dan banyak lagi

Bagi seorang guru, pengetahuan terhadap aspek penghasilan bahan grafik digital sangat perlu. Hal ini disebabkan kehendak tugasan mengajar yang memerlukan mereka menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) atau Bahan Bantu Belajar (BBB). Kemampuan dan kemahiran guru untuk menghasilkan bahan grafik yang sesuai mampu menarik perhatian dan tumpuan pelajarnya. Bahan yang menarik dan disediakan dalam pelbagai bentuk, warna, dimensi dan komposisi mampu memberikan gambaran yang lebih jelas dan teliti tentang sesuatu topik pembelajaran yang hendak disampaikan. Dengan itu, objektif pengajaran dan pembelajaran mudah dicapai dengan bantuan bahan grafik tersebut.

Di samping itu, guru-guru juga sering diminta menyediakan tugasan lain seperti menyediakan bahan untuk sesuatu program sekolah seperti buku aturcara, brocur, kad jemputan dan sebagainya. Lakaran-lakaran dinding sekolah misalnya. Kaedah konvensional seperti lakaran atau lukisan menggunakan tangan semakin dilupakan. Begitu juga untuk menghasilkan banner atau kain rentang sesuatu majlis. Kaedah dan cara penghasilan menggunakan peralatan ICT lebih mudah, menarik dan boleh dihasilkan dalam tempoh masa yang sangat singkat.

Alangkah baiknya jika pelajar juga diberi peluang dengan memberi pendedahan asas kepada mereka cara-cara menghasilkan bahan grafik digital. Hal ini sememangnya perlu diberi perhatian kerana di sinilah guru-guru berpeluang membimbing pelajar-pelajarnya untuk menghasilkan sesuatu bahan-bahan grafik yang ‘positif’. Dengan itu, bakat dan kebolehan pelajar dapat dicungkil dan diasah lebih awal. Siapa tahu, suatu hari kela mereka akan menjadi pelukis atau pereka letak grafik digital yang berjaya. Ini kerana bidang ini turut menawarkan pendapatan yang lumayan jika benar-benar ingin menceburinya.

p/s: hmmm…menarik juga ya artikel ini… Puji diri sendiri pulak sya ni. Artikel ini sebenarnya saya telah kongsikan bersama beberapa orang guru – peserta bengkel penghasilan bahan grafik digital di PKG Tambunan bulan Ogos 2009. Sedikit pengalaman yang boleh saya kongsikan ialah…sejak saya tahu sedikit sebanyak tentang grafik digital ini…hmmm seingat saya, sejak 13 tahun yang lalu…., saya tak pernah ke kedai lagi untuk buat gambar pasport. Semuanya buat sendiri saja di rumah. Yang penting ada kamera, komputer, printer, Photo Paper dan semestinya ada perisian untuk menghasilkan grafik digital. Kalau buat di kedai…harganya boleh mencapai RM12 untuk 4 keping gambar pasport. Seluruh ahli keluarga dapat manfaatnya…sekali sekala jiran pun tumpang minta buatkan…

Penggunaan Blog Dalam Pendidikan

Hari ini, penggunaan blog sebagai media untuk menyampaikan maklumat oleh organisasi atau individu semakin popular. Didapati semakin ramai orang memiliki blog sendiri. Lihat sahaja tokoh-tokoh politik di negara kita, hampir kesemuanya memiliki blog. Penggunaan blog sebagai saluran info lebih mudah diselenggara, malah boleh didapati dengan percuma. Kesemua menu, paparan tema, wijet dan tools untuk menyelenggara blog telah tersedia. Apa yang diperlukan hanya satu alamat email untuk mengaktifkan akaun blog.

Terdapat beberapa organisasi blog yang menyediakan tapak blog secara percuma. Contohnya http://blogspot.com/ dan http://edublogs.org/. Bagi kalangan sekolah, pendidik dan pelajar, saya sarankan agar memilih edublogs.org kerana blog ini tidak disekat oleh GITN.

Untuk tujuan mempromosi dan menggalakkan sekolah menggunakan web blog sebagai saluran informasi sekolah, saya berkesempatan bersama-sama dengan guru-guru dari sekolah rendah dan menengah Daerah Tambunan di dalam Bengkel Penghasilan Blog pada 19 dan 20 Ogos 2009 bertempat di PKG Daerah Tambunan. Kepada semua peserta bengkel, selamat maju jaya di dalam menghasilkan blog sekolah mahupun blog persendirian. Klik untuk download bahan Power Point di Penggunaan Blog Dalam Pendidikan.
DSC_0238DSC_0260DSC_0224DSC_0221DSC_0215DSC_0210DSC_0203DSC_0200

Bengkel Digital Story Telling Sekolah Menengah Daerah Keningau

Encik Chua Guan Chee

Encik Chua Guan Chee

Satu bengkel bertajuk Bengkel Digital Story Telling telah berlangsung di PKG Daerah Keningau pada 12 hingga 15 Ogos 2009. Bengkel ini dianjurkan bersama oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah dan Unit Kemajuan IT Kerajaan Negeri Sabah. Bengkel ini melibatkan seramai 16 orang pelajar dari empat buah sekolah menengah Daerah Keningau, iaitu SMK Gunsanad 2, SM Teknik, SM St. Francis Xavier dan SMK Keningau.

Bengkel berlangsung di Bilik Pegalan PKG Keningau

Bengkel berlangsung di Bilik Pegalan PKG Keningau

Di dalam bengkel ini, para pelajar telah didedahkan dengan cara-cara mengedit video dan menghasilkan video yang berkualiti. Penghasilan video merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sangat penting kerana mempunyai elemen seperti klip gambar hidup yang diintegrasi dengan teks, gambar, bunyi dan kesan-kesan khas. Hal ini memberi pengalaman pembelajaran yang sangat menarik serta lebih berkesan. Di samping itu, program ini juga mendedahkan pelajar kepada asas penghasilan video komersial yang bernilai tinggi pada masa akan datang.

Peserta Dari SM Teknik, Keningau

Peserta Dari SM Teknik, Keningau

Sessi ceramah dan bimbingan bengkel dikendalikan oleh Encik Chua Guan Chee, Pegawai Teknologi Pendidikan, BTPN Sabah.

DSC_1180DSC_1169DSC_1168DSC_1167DSC_1165DSC_1164

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca di Kalangan Pelajar Tahun 2 Menggunakan Kaedah Stesen

Guru-guru seringkali berhadapan dengan pelajar yang agak lemah dari segi penguasaan membaca. Fenomena ini sering berlaku di kalangan pelajar tahap 1 dan berlanjutan ke tahap 2. Justeru adalah menjadi tangungjawab guru untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran agar dapat membantu menyampaikannya dengan lebih berkesan.

Pada kali ini saya paparkan klip video seorang guru yang telah berjaya menghasilkan satu inovasi di mana kaedah tersebut telah dapat membantunya mempertingkatkan kemahiran membaca di kalangan pelajar-pelajarnya.

Video ini saya telah rakam semasa Pembentangan Kertas Penyelidikan Tindakan sempena program Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan ke XIII pada 22 November 2006 di Palace Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Pembentangan bertajuk “Mempertingkatkan Kemahiran Membaca di Kalangan Murid-murid Tahun 2 Menggunakan Kaedah Stesen“, oleh Sharifah Azura Syed Hassan dari SK Taman Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan. Saya telah menyerahkan salinan video ini kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap program ini pada masa itu, namun sehingga kini, saya masih belum melihatnya di edar ke sekolah-sekolah sebagai panduan atau rujukan.

Saya merasakan video klip ini perlu dikongsi dengan guru-guru. Oleh itu, saya mohon keizinan, khususnya dari cikgu Sharifah Azura untuk memaparkan klip video ini melalui blog saya.

 

Nota: Di peringkat permulaan klip video ini hanya satu fail sahaja, iaitu sepanjang 31 minit. Bagaimanapun terpaksa dipisahkan menjadi 3 kerana youtube hanya benarkan tidak lebih dari 10 minit untuk satu klip. Harap maaf.