About mzurs006

Salam perkenalan dari saya. Saya seorang guru dan kini bertugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan, di PKG. Keningau, Sabah. Saya amat berminat berkaitan hal-hal pendidikan. Seboleh mungkin, saya akan cuba membantu meningkatkan mutu pendidikan di tempat saya mengikut kemampuan yang ada. Salah satu caranya ialah melalui webblog ini. Semoga blog ini akan bermanfaat kepada warga pendidik khususnya di Pedalaman Sabah.

Kg. Tampasak Liwan, Tambunan

Carian di GOOGLE menemukan saya kepada beberapa artikal yang ditulis berkenaan Kg Tampasak Liwan, Tambunan. Di antaranya:

  1. http://kamarularnizam.blogspot.com/p/ekspedisi-ke-kampung-tampasak-liwan.html
  2. http://pustakaalghazali.wordpress.com/2009/09/11/ihya-ramadhan-di-surau-kg-tampasak-liwan-tambunan/
  3. http://pustakaalghazali.wordpress.com/2009/09/22/lagenda-bumi-tampasak-tambunan/

Saya pernah menulis artikal pendek yang ada sedikit kaitan dengan Kg Tampasak Liwan, Tambunan. Tulisan saya itu dapat dibaca melalui link berikut:

  1. http://edu4u.edublogs.org/2009/10/25/raya-tugas-dan-balik-kampung/
  2. http://edu4u.edublogs.org/2009/01/03/syoknya-balik-kampung-%E2%80%93-memancing-belut-sungai/
  3. http://edu4u.edublogs.org/2008/08/03/syoknya-balik-kampung-menjala-di-sungai/

Terdapat beberapa portal dan laman photo yang ditulis dan dihasilkan oleh penduduk Kg Tampasak Liwan. Contohnya di pautan ini:

  1. http://www.arvishstudio.com/
  2. https://www.flickr.com/photos/needyalee

Carian di YOUTUBE juga menemukan saya beberapa video yang berhubungkait dengan Kg Tampasak Liwan, Tambunan.

Di antara video Youtube tersebut ialah seperti berikut:

Rupanya Kg. Tampasak Liwan juga melahirkan artis yang turut mewarnai bidang seni hiburan tempatan di Negeri Sabah ini.

Melihat fakta-fakta di atas, saya semakin teruja. Nama kampung ini  tidaklah begitu asing jika memerlukan pencarian maklumat di hujung jari di laman maya. Hati saya riang, semakin berkobar untuk menukilkan sedikit sebanyak tentang kampung ini buat tatapan anda.

Wehh…apa istimewanya kampung ini di mata saya? Hmm..merenung….berfikir….dan garu kepala… apa ya?

……..
Sekadar ingin menelusuri sejarah penduduk Kg. Tampasak Liwan, penduduk awal yang pernah saya lihat dengan mata sendiri adalah seperti orang-orang tua Danjal, Gemisi, Kundiko, Sorudin, Sipai dan beberapa orang lagi yang saya tidak ingat nama mereka. Semua yang saya sebutkan ini sudah meninggal dunia.

Generasi berikutnya, sekadar menyebut beberapa nama yang saya ingat…. Soliun @ Sulaiman, Melisin, Jamil, Jouti, Jani @ Hamzani, Jasrin, Jamaludin, Marasin dan …???

Garu kepala lagi… Itu dalam kalangan lelaki. Wanita pula, …. wehhhh tak ingat!!

Jaidah, Jouyah, ….hekek…nantilah update apabila saya ingat

Tak apa…orang dulu-dulu bilang, nanti tumbuh tanduk di lutut kalau sebut sembarangan nama orang-orang tua ….eh eh eh…karut tu… boleh jatuh syirik!

Allah menjadikan tanah-tanih di perbukitan Tampasak Liwan ini subur. Kesuburannya tanah itu membolehkan penduduk kampung bercucuk tanam sayur-sayuran dan buah-buahan. Sayuran tanah tinggi seperti kobis, tomato, sayuran kekacang dan lain-lain sangat subur di kampung ini. Hari ini, tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan koko sudah mula diusahakan oleh sebilangan kecil penduduk kampung Tampasak Liwan.

Sayur-sayuran tumbuh subur di Kg Tampasak Liwan, Tambunan

Sayur-sayuran tumbuh subur di Kg Tampasak Liwan, Tambunan

Sejarah
Menurut orang tua-tua, nama Kg.Tampasak Liwan diambil daripada sejenis tumbuhan bernama ‘Tampasak’ yang banyak didapati di kawasan perkampungan Kg Tampasak Liwan. ‘Liwan’ pula bermaksud keadaan suatu tempat yang berada di sebalik perbukitan. Kg. Tampasak Liwan sememangnya berada sedikit tersorok di kawasan perbukitan berhampiran Kg. Melout dan Kg. Kerokot, Tambunan, Sabah. Jaraknya dari Pekan Tambunan ialah sejauh 30KM.

Menurut orang tua-tua lagi, penduduk kampung Tampasak Liwan berasal dari Karanaan dan Sungoi. Karanaan dan Sungoi terletak tidak jauh dari perkampungan yang ada sekarang. Sebenarnya, saya tidak begitu pasti di manakah letaknya kedua-dua penempatan lama itu. Sebab-sebab penduduk kampung berpindah ialah kerana adanya kemudahan jalan raya yang dibina pada awalnya oleh syarikat pembalakan.

Menurut versi lain cerita yang saya pernah dengar, wujudnya penempatan di Kg Tampasak Liwan ini bermula apabila Koperasi Pembangunan Desa (KPD) yang ingin membantu memajukan penduduk petani di desa-desa. Program tersebut bermula apabila sebuah jalan raya dibina sekitar tahun 1980-an. Disebabkan kemajuan tersebut yang ingin dikecapi oleh penduduk kampung, mereka mula mendirikan rumah-rumah di perkampungan Tampasak Liwan berdekatan jalan raya.

Melalui jalan raya yang dibina, memudahkan pergerakan penduduk kampung berurusan di pekan atau memasarkan hasil-hasil pertanian mereka ke pasar tamu terdekat iaitu di pekan Tambunan pada hari khamis dan tamu di Toboh, Tambunan pada hari minggu.

Ibu bapa saya
Ibu bapa saya bukan penduduk asal kampung Tampasak Liwan. Bapa saya berasal dari Kg Luanti, Ranau. Ibu saya pula dari Kg Widu. Bapa saya tidak pernah memberitahu mengapa mereka berpindah ke kampung ini. Hemat saya, mereka berpindah kerana lebih dekat dengan jarak pekan terdekat untuk menjual sigup (tembakau) pada masa dahulu.

Pada masa dahulu (1960-an), pekan terdekat untuk menjual tembakau ialah di Donggongon. Sewaktu kecil, saya selalu mendengar bapa saya menyebut dalam bahasa Dusun, “Mongoi Sondot”, bermaksud pergi ke Sondot. Sondot ialah nama lain bagi Donggongon pada masa dahulu. Donggongon ialah sebuah pekan yang sangat terkenal  sebagai salah sebuah pusat perniagaan sejak dahulu. Pekan ini terletak di Daerah Penampang. Pada masa dahulu tidak ada jalan raya, melainkan jalan denai yang perlu melalui hutan belantara di Banjaran Crocker. Menurut bapa saya, perjalanan dari Luanti, Ranau memerlukan masa hampir seminggu untuk sampai ke Sondot dengan berjalan kaki. Sigup atau tembakau yang sudah di”gorib’ disusun berlupi-lupi dan disikut menggunakan ‘wakid’ atau ‘basung’. Seingat saya, sewaktu kecil saya pernah nampak bapa saya menyikut wakid atau basung yang besar dan tinggi. Tinggi wakid atau basung tersebut melebihi ketinggian bapa saya.

Menurut bapa saya lagi, terdapat beberapa stesen di mana menjadi tempat mereka untuk bermalam.

Dari cerita-cerita yang pernah diceritakan oleh bapa saya, saya dapat simpulkan bahawa bapa saya adalah seorang ahli perniagaan. Mungkin…mungkin saja laaa… disebabkan jarak yang terlalu jauh untuk memasarkan hasil sigup di Sondot, mereka pun berpindah ke kampung yang lebih dekat, iaitu di Tandiran, berhampiran Rambakon, Pawon, Lokusop, sebelum berpindah ke Tampasak Liwan.

hik hik…mula sedih…di sini banyak sejarahnya…inshaa Allah, jika ada masa…saya akan tuliskan.

Begitu jauh dan mencabar perjalanan bapa saya untuk menjual sigup. Yang lucunya, urusniaga dahulu tidak menggunakan wang. Yang dibawanya pulang bukannya wang bertimbun, tetap ikan masin, garam, ajinomoto, gula dan ikan sardin dalam tin.

Penduduk Kg Tampasak Liwan, Tambunan
Majoriti penduduk Kg Tampasak Liwan berbangsa Dusun dan bertutur dalam Bahasa Dusun. Pekerjaan penduduknya pula ialah petani tanah tinggi. Mereka berkebun sayur dan menanam buah-buahan. Tanaman bermusimnya ialah  padi bukit. Padi bukit hanya ditanam pada musim-musim menanam padi bukit dan dilakukan secara ‘mitatabang’ atau bergotong-royong.

Terdapat juga dalam kalangan generasi baharunya yang bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Kg Tampasak Liwan sebenarnya amat berbangga kerana terdapat seorang anak petani tulen dari kampung ini yang telah mempunyai pekerjaan di dalam bidang  industri perkapalan sebagai kapten kapal.

Hummm…menarikkan cerita ni..??…jika ada ruang dan masa, saya akan tuliskan siapakah kapten kapal ini.

Bilangan penduduk kampung ini tidaklah terlalu ramai. Jumlah keluarga hanya belasan sahaja dengan bilangan penduduk yang tidak pun mencecah 200 orang. Namun semangat setiap penduduknya untuk memajukan diri dan keluarga sangat tinggi.

Dari segi anutan agama, majoriti penduduk di kampung ini beragama Islam. Pada masa ini hanya terdapat satu keluarga yang beragama Kristian, iaitu pak tua saya sendiri (pakcik).

Anak-anak penduduk kampung bersekolah SK Kerokot, Tambunan. Di sekolah inilah saya pernah bersekolah dahulu, tetapi hanya di darjah satu hingga darjah dua sahaja. Selepas itu, saya dihantar ke asrama Sekolah Ugama Islam Sabah, Tambunan (SUIS) oleh ibu bapa saya.

Sungai Molout
Berhampiran Kg Tampasak Liwan, terdapat sebatang sungai yang dinamai Sungai Molout. Di sungai inilah penduduk kampung mencari ikan sebagai sumber makanan berprotin.

Buah asam. Sedap dimakan bersama garam.

Buah kayu ‘Tungou’. Rasanya asam dan sedap dimakan bersama garam.

Cara menangkap ikan ialah dengan menggunakan rambat atau jala, ‘magasak’ yang bermaksud mengalih aliran air dan mengeringkan air, memanah, menyiud menggunakan ‘siud’ dan memancing. Ikan-ikan yang ditangkap ialah ikan pelian, ikan rokot, turongou, payuntung, gipan, rolou, serawi, manahu dan lain-lain.

Sudah lihat video di atas? Siokkannn…?

Aktiviti merambat ikan di sungai

Aktiviti merambat ikan di sungai

Bagi saya, setiap peristiwa semasa menangkap ikan di sungai Molout merupakan peristiwa yang sangat membahagiakan. Sebenarnya bukan pasal menangkap ikan sahaja. Sepanjang menelusuri sungai sambil menangkap ikan, itu dapat merapatkan hubungan kemesraan dalam kalangan keluarga.

Watang (kayu) besar yang dihanyutkan air sungai Molout.

Watang (kayu) besar yang dihanyutkan air sungai Molout.

SubhanAllah…di sepanjang sungai terdapat pemandangan-pemandangan alam, flora dan fauna ciptaan Allah yang sangat cantik dan menarik untuk dilawati. Terdapat tiga air terjun yang terdapat di sungai ini iaitu air terjun Maraiguang, Kipungit dan …..air terjun Hatob.

Maraiguang 1

Salah satu air terjun di Maraiguang

P/S: Ini bukan iklan arrr…nanti suka-suka pula orang luar pigi mencari ikan di Sungai Molout. Sekarang ini, Sungai Molout sudah disytiharkan tagal. Tagal bermaksud larangan menangkap ikan. Jika kedapatan, alamat kena denda atau sogit. Jaga-jaga kamurang….

Tagal Sungai Molout, Kg. Tampasak Liwan, Tambunan
Istilah ‘Tagal’ dalam bahasa Dusun bermaksud larangan menangkap sebarang jenis hidupan di satu tempat seperti di sungai atau hutan.

Penduduk kampung berkumpul sebelum menangkap ikan.

Penduduk kampung berkumpul sebelum mula menangkap ikan.

Di negeri Sabah, ‘Tagal’ telah diiktiraf oleh kerajaan negeri untuk menjaga habitat hidupan di sungai. Istimewanya program tagal ini ialah dari aspek pelaksanaannya yang dilaksanakan sepenuhnya oleh Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). JKKK diberi kebebasan untuk menggubal peraturan-peraturan yang harus diikuti oleh penduduk kampung. Jika seseorang didapati melanggar peraturan-peraturan tersebut, JKKK juga diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman.

Berehat di tepi sungai setelah kepenatan menangkap ikan.

Berehat di tepi sungai setelah kepenatan menangkap ikan.

Di Kg. Tampasak Liwan, Tagal sudah bermula pada tahun 2003. Pada masa itu, peraturan yang perlu diikuti ialah larangan menangkap ikan selama 2 (dua) tahun. Jika sesiapa didapati menangkap ikan, maka peralatan akan dirampas dan sejumlah denda berbentuk wang akan dikenakan. Selama tempoh itu, orang kampung akan bersama-sama mengawasi sungai daripada sebarang pencerobohan.

Ikan yang berjaya ditangkap akan diserahkan kepada peserta yang menjadi ‘tukang barait’. ‘Tukang barait’ bertugas sebagai pengumpul ikan yang ditangkap. Mereka hanya berjalan sepanjang sungai sambil menyikut ‘barait’ iaitu sejenis bekas yang diperbuat daripada rotan. ‘Barait’ tersebut akan disikut di bahagian belakang ‘tukang barait’.

Keadaan riuh rendah menangkap ikan sebenarnya suatu kenangan indah. Pada masa itu, orang kampung tidak kira tua atau muda, lelaki atau wanita sama-sama turun ke sungai. Bagi sebahagian kecil orang kampung yang bekerja dengan kerajaan atau swasta, mereka akan mengambil peluang ini untuk bercuti semata-mata untuk bersama masyarakat kampung menangkap ikan.

En Francis menunjukkan ikan pelian yang berjaya ditangkap.

En Francis menunjukkan ikan pelian yang berjaya ditangkap.

Mengumpul hasil tangkapan ikan di sungai Molout, Kg Tampasak Liwan

Mengumpul hasil tangkapan ikan di sungai Molout, Kg Tampasak Liwan

Pada tahun 2005, tagal sungai Molout di Kg Tampasak Liwan telah dibuka selama beberapa hari. Keizinan menangkap ikan biasanya dilakukan pada musim kemarau kerana pada masa ini paras air sungai cetek dan memudahkan pergerakan untuk menangkap ikan. Pelbagai cara digunakan, iaitu menggunakan jala, siud, memanah atau menangkap menggunakan tangan. Menangkap menggunakan tangan dipanggil ‘mogkuot’ dalam bahasa Dusun. Sebaik tagal dibuka, orang kampung keluar beramai-ramai untuk menangkap ikan.

Sebahagian ikan yang ditangkap dikumpul sebelum dibahagikan kepada penduduk Kg. Tampasak Liwan

Sebahagian ikan yang ditangkap dikumpul sebelum dibahagikan kepada penduduk Kg. Tampasak Liwan

Kawasan yang yang terlibat di dalam tagal sahaja yang akan dibuat acara menangkap ikan iaitu bermula dari Rambakon, sehinggalah ke air terjun Maraiguang. Jarak sungai yang ditagal lebih kurang 7KM. Seharian menangkap ikan di sungai sememangnya sesuatu yang amat memenatkan, namun situasi itu tidak dihiraukan akibat keseronokan memungut hasil ikan yang dipelihara selama 2 tahun.

Setelah menangkap ikan, maka orang kampung akan berkumpul beramai-ramai di suatu tempat yang ditetapkan. Semua ikan yang berjaya ditangkap akan dikumpulkan di atas satu hamparan. Beberapa orang akan ditugaskan untuk mengasing dan menggred ikan-ikan yang ditangkap mengikut jenis dan saiz ikan.

Selepas digred, akhirnya ikan-ikan itu diagih-agihkan kepada penduduk kampung sama rata mengikut ketua keluarga.

Bagi anak-anak muda, masa yang ditunggu-tunggu ialah pada waktu malam. Sungai Melout sememangnya amat sejuk pada waktu malam. Jangkaan saya, suhunya boleh mencecah 16 hingga 18 darjah celcius. Bagaimanapun, suhu yang sesejuk itu tidak menghalang mereka untuk menangkap ikan. Pengalaman saya, ikan pada waktu malam tidak liar berbanding waktu siang. Hal ini memudahkan anak-anak muda Kg Tampasak Liwan menangkap ikan menggunakan panah. Ikan yang hanya berenang-renang tanpa melarikan diri pada waktu malam menyebabkan anak panah lebih mudah dihala dan dilepaskan. Biasanya ikan yang ditangkap ialah ikan kelah atau ‘pelian’ dalam bahasa tempatan Sabah. Hanya ikan bersaiz sesuai sahaja yang akan ditangkap. Ikan pelian yang masih kecil dibiarkan sahaja demi kesinambungan habitat hidupan ikan tersebut terus terpelihara di Sungai Melout, Kg Tampasak Liwan. Ikan yang berjaya ditangkap oleh kumpulan anak-anak muda tersebut biasanya akan dibahagikan dalam kalangan mereka sahaja.

Memburu binatang di hutan Kg. Tampasak Liwan

Tanah subur di Kg. Tampasak Liwan

PS041p/s: Apakah benda Sharing Profit SHOP ni…tiba-tiba saja muncul… kacau daun betullah. Orang bercerita lain ko pula pigi menyelit-nyelit sana….eheh….kalau kamu inginkan pendapatan tambahan, klik gambar di atas….lepas tu daftar. Modal tak banyak… hanya serendah RM10, RM50 atau RM100 mengikut kemampuan…boleh sudah memulakan bisnes ini. Bisnes ini saya rekomen untuk tuan/puan…yang lain-lain, tak berani.

Bersambung…mata mengantuk bah…

Bacalah: Allah jamin semua manusia pasti BOLEH MEMBACA

Sempena sambutan Hari Buku Sedunia, masyarakat Malaysia juga digalakkan membaca buku. Yang terbaharu, seluruh rakyat Malaysia termasuk anak-anak kita di sekolah diminta supaya membaca buku selama 10 minit dalam program JOM MEMBACA 10 MINIT pada 22 April 2014 yang lalu.

Sehubungan itu, sebagai renungan kita bersama di pagi Jumaat yang mulia ini marilah merenungi bersama tentang seruan Allah SWT di dalam al-Quran; surah al’Alaq, iaitu Iqra’.

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah,
4. yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,
5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
al-‘Alaq : 1-5

Allah SWT menurunkan ayat pertama Iqra’ (dalam surah al-‘Alaq), yang bermaksud, “bacalah”.
Di dalam ayat ke 2 surah ini, Allah SWT mengingatkan kita bahawa manusia dijadikan dari sehina-hina ciptaan-Nya iaitu ‘alaq yang bermaksud ‘segumpal darah’.

Membaca dalam erti kata yang mendalam: bacalah, fahamilah, telitilah, cermatilah, sampaikanlah, telaah-lah, dalami-lah, renungkan-lah – segala sumber dan kejadian di alam semesta ini. Jika kita belum fahami, maka Allah SWT memerintahkan kita agar mengulanginya lagi (membaca) sebagaimana ayat ke 3 dalam surah ini, sehinggalah betul-betul faham bahawa segala ilmu pengetahuan yang ada di dunia ini adalah bersumber daripada ketinggiaan dan kemuliaan Allah SWT yang Maha Berkuasa.

Selepas manusia melalui proses membaca tersebut, bermula dari peringkat yang tidak berpengetahuan, kita dimuliakan oleh-Nya melalui ilmu pengetahuan yang kita perolehi, iaitu puncak segala yang terpuji dalam kalangan makhluk. Daripada ilmu pengetahuan tersebut ramai manusia yang berjaya serta hidup dengan penuh kemewahan. Namun ramai juga yang menemui kegagalan. Kejayaan dan kegagalan makhluk bernama manusia ketika hidup didunia ini hanyalah ujian Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud:
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan mengujimu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” al-Anbiya: 35

Ada manusia yang bersyukur lantas sentiasa menjaga batas dan akhlaknya terhadap yang Maha Pencipta dengan penuh sabar. Namun tidak kurang juga manusia yang gagal lalu tergolonglah mereka dalam kalangan orang-orang yang rugi.

Siapakah manusia-manusia yang rugi itu? Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang rugi serugi-ruginya amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan’. Surah al-Kahfi, ayat 103 & 104,

Ayat selanjutnya merupakan balasan Allah SWT terhadap orang-orang yang rugi Firman Allah yang bermaksud:
“Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan”. surah al-Kahfi, ayat 105 & 106

Setiap amalan manusia akan dicatat oleh Allah SWT melalui malaikatnya di kiri dan kanan. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” Qaaf: 16-18

SubahanaAllah…Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu. Pada hari pengadilan nanti, semua manusia akan diberi catatan amalan masing-masing. Kala itu, sekalian manusia dijamin BOLEH MEMBACA oleh Allah SWT walaupun semasa di dunia dahulu buta huruf.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“(Lalu Kami perintahkan kepadanya): “Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)”. al-Isra: 14

“Ingatlah suatu hari yang saat itu Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya, dan barang siapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitab itu, dan mereka tidak dianiaya sedikitpun.” al-Isra ayat 71.

“Maka adapun orang yang diberi kitabnya dari arah kanannya, akan diperhitungkan amal perbuatannya dengan mudah, dan kembali kepada ahlinya riang gembira. Adapun orang yang diberikan kitab amalannya dari arah kirinya dia akan mengalami kesengsaraan, dan dimasukkan ke dalam Neraka Sa’ir.” al- Insyiqaq ayat 7 – 12.

Kitab suci Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT melalui Nabi Muhammad SAW yang ‘Ummi’ (buta huruf), di dalam bahasa Arab, bahasanya yang sungguh indah dan sempurna… tidak kira latar belakangnya samada celik huruf atau buta huruf semasa di dunia dahulu, di akhirat kelak pasti dijamin oleh Allah SWT boleh membaca kitab amalan masing-masing. Kitab amalan tersebut diterima melalui tangan kiri atau tangan kanan.

Ya Allah …sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah. Engkau kurniakanlah kepada ku kekuatan untuk melaksanakan segala perintah-Mu dan janganlah hendaknya segala kekuatan yang Engkau kurniakan ini untukku lalai , malas dan alpa sehingga aku meninggalkan segala perintah-Mu. Amin yaa Rabbal ‘Aalamiin.PS041

Falsafah Iqra’ : Bacalah

Firman Allah SWT :

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,

2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.

3. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah,

4. yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam,

5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-‘alaq : 1-5)

Surah ini disepakati turun di Mekah sebelum Nabi berhijrah ke Madinah, bahkan hampir semua ulama sepakat bahawa wahyu al-Qur’an pertama yang diterima Nabi Muhammad SAW adalah lima ayat pertama surat al-‘Alaq. Thabathaba’i menulis bahawa dari konteks uraian ayat-ayatnya tidak mustahil bahawa keseluruhan ayat-ayat surat ini turun sekaligus. Sedang Thahir Ibn ‘Asyur menyatakan bahawa lima ayatnya yang pertama turun pada tanggal tujuh belas Ramadhan. Pendapat ini dianuti oleh banyak ulama.

ASBABUN NUZUL :

Untuk lima ayat wahyu pertama ini, kami telah berusaha untuk mendapatkan asbabun nuzulnya, namun kerana terbatasnya literatur, kami tidak menemui asbabun nuzulnya.

TAFSIR MUFRADAT :

1. Kata iqra’ yang terambil dari kata qara’a pada mulanya bererti “menghimpun”.  Apabila seseorang merangkai huruf atau kata kemudian seseorang itu mengucapkan rangkaian tersebut, seseorang tersebut telah menghimpunnya atau, dalam bahasa Al-Quran, qara’tahu qiratan. Erti asal kata ini menunjukan bahawa iqra’, yang diterjemahkan dengan “bacalah”. Di dalam kamus-kamus bahasa, beraneka ragam erti dari kata tersebut antara lain menyampaikan, menelaah, membaca, mendalami, meneliti, mengetahui cirri-cirinya, dan sebagainya, yang kesemuanya dapat dikembalikan kepada hakikat “menghimpun” yang merupakan erti akar tersebut.

2. Iqra’ bismi Rabbik, huruf ba’ pada kata bismi dapat difahami berfungsi penyertaan atau mulabasah sehingga dengan demikian ayat tersebut bererti “bacalah disertai dengan nama Tuhanmu”. Dengan kalimat tersebut, Alqur’an tidak sekadar memerintahkan untuk membaca, tetapi membaca adalah lambang dari segala apa yang dilakukan oleh manusia, baik yang sifatnya aktif mahu pun pasif.

3. Kata al-insan bererti manusia, kata ini menggambarkan manusia dengan berbagai keragaman sifatnya. Kata ini berbeza dengan kata basyar yang juga diterjemahkan dengan manusia, tetapi mengandung makna yang lebih banyak iaitu mengacu kepada manusia dari segi  fizik serta nalurinya yang tidak berbeza antara seseorang manusia dengan manusia lain.

4. Kata ‘alaq, dalam kamus bahasa Arab diertikan sebagai segumpal darah, tetapi ada juga yang memahaminya dalam erti sesuatu yang tergantung di dinding rahim. Dari erti yang ini kata ‘alaq difahami sebagai berbicara tentang sifat manusia sebagai makhluk sosial yang tidak dapat hidup sendiri tetapi selalu bergantung dengan yang lain.

5. Kata al-akram, bisa diterjemahkan dengan yang mahal, paling pemurah atau semulia-mulia. Kata ini terambil dari kata karama yang antara lain bererti : memberikan dengan mudah dan tanpa perlu dibalasi, bernilai tinggi, terhormat, mulia, setia dan sifat kebangsawanan.

6. Kata al-qalam terambil dari kata kerja qalama yang bererti memotong ujung sesuatu. Kata qalam di sini dapat bererti hasil dari penggunaan alat yang berupa pena, iaitu tulisan.

TAFSIR AYAT :

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ

Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dinyatakan bahkan Nabi SAW. datang ke gua Hira’, suatu gua yang terletak di atas sebuah bukit di pinggir kota Mekah untuk berkhalwat beberapa malam. Kemudian sekembali beliau pulang mengambil bekal dari rumah isteri beliau, Khadijah, datanglah jibril kepada beliau dan menyuruhnya membaca.

Nabi menjawab: “Aku tidak bisa membaca” Jibril merangkulnya sehingga Nabi merasa sesak nafas. Jibril melepaskannya; sambil berkata: “Bacalah”. Nabi menjawab: “Aku tidak bisa membaca”. Lalu. dirangkulnya lagi dan dilepaskannya sambil berkata: “Bacalah”. Nabi menjawab: “Aku tidak bisa membaca”, sehingga Nabi merasa payah, maka Jibril membacakan ayat 1 sampai ayat 5 surah Al `Alaq.

Lalu Nabi SAW. dengan gemetar dan ketakutan pulang menemui isteri beliau dan mengatakan: “Selimutilah aku! Selimutilah aku!”. Nabi terus diselimuti sehingga hilanglah kegelisahannya. Lalu beliau menceritakan kepada Khadijah apa yang terjadi dan beliau menambahkan: “Aku sangat khuatir apa yang akan terjadi atas diriku” Khadijah berkata: “Tak usah khuatir; malah seharusnya engkau gembira; demi Allah, sekali-kali Tuhan tidak akan menyusahkanmu. Engkau menghubungkan silaturrahmi, berbicara benar, membantu orang-orang yang tidak mampu, menghormati tamu dan meringankan kesulitan-kesulitan penderita”.

Kemudian Khadijah membawa Nabi SAW. menemui Waraqah bin Naufal (anak paman Khadijah). Waraqah bin Naufal adalah seorang beragama Nasrani. Ia banyak menulis buku yang berbahasa Arab dan bahasa Ibrani yang berasal dari Injil. Ia adalah seorang tua lagi buta.

Khadijah berkata kepadanya: “Wahai anak pamanku, dengarlah cerita dari anak saudaramu ini!”. Lalu Waraqah bertanya: “Apakah yang ingin engkau ketahui wahai anak saudaraku?”. Lalu Nabi SAW. menceritakan kepadanya apa yang telah terjadi di gua Hira’. Kemudian Waraqah berkata: “Itu adalah Jibril yang pernah datang menemui Isa A.S.; sekiranya saya ini seorang pemuda yang tangkas dan kiranya saya masih hidup ketika kaummu mengusirmu”, maka Nabi bertanya: “Apakah mereka akan mengusir aku?”. Jawab Waraqah: “Ya! hanya sedikit yang mengemban apa yang engkau bawa ini dan banyak yang memusuhinya, maka jika aku masih kuat hidup di waktu itu pasti aku akan membantumu sekuat-kuatnya”. Tidak lama sesudah itu Waraqah pun meninggal dunia. (HR. Imam Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan hadis tersebut jelaslah bahawa lima ayat pertama surah Al `Alaq ini adalah ayat-ayat Al-Quran yang pertama kali diturunkan sebagai rahmat dan panggilan Allah yang pertama kali yang dihadapkan kepada Nabi SAW. Allah menyuruh Nabi agar membaca sedang beliau tidak pandai membaca dan menulis, maka dengan kekuasaan Allah ini beliau dapat mengikuti ucapan Jibril. Dan Allah akan menurunkan kepadanya suatu Kitab yang akan menjadi petunjuk bagi manusia. Maksudnya, bahawa Allah yang menjadikan dan menciptakan seluruh makhluk Nya dari tidak ada kepada ada, sanggup menjadikan Nabi-Nya pandai membaca tanpa belajar.

Iqra’ atau perintah membaca, adalah kata pertama dari wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad saw. Kata ini sedemikian pentingnya sehingga diulang dua kali dalam rangkaian wahyu pertama. Mungkin menghairankan bahawa perintah tersebut ditujukan pertama kali kepada seseorang yang tidak pernah membaca suatu kitab sebelum turunnya Al-Quran, bahkan seorang yang tidak pandai membaca suatu tulisan sampai akhir hayatnya, sebagaimana firman Allah :

“dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (Al Quran) sesuatu Kitabpun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu kitab dengan tangan kananmu; andaikata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang mengingkari (mu). (QS 29:48),

Namun, kehairanan ini akan sirna jika disedari erti iqra’ dan disedari pula bahawa perintah ini tidak hanya ditujukan kepada peribadi Nabi Muhammad saw semata-mata, tetapi juga untuk ummat manusia sepanjang sejarah kemanusiaan, kerana realisasi perintah tersebut merupakan kunci pembuka jalan kebahagiaan hidup duniawi dan ukhrawi.

Iqra’ demikian perintah Tuhan yang disampaikan oleh Jibril. Tetapi apa yang harus dibacanya? “Ma aqra?” demikian pertanyaan Nabi- dalam suatu riwayat- setelah berulang-ulang kali Jibril menyampaikan perintah tersebut sambil merangkul beliau, sebagaimana cerita dalam hadith di atas.

Kita tidak menemui penjelasan tentang objek perintah membaca tersebut dari redaksi wahyu pertama ini, dan kerana itu ditemukan beraneka ragam pendapat para ahli tafsir.

Erti kata Qara’a dan pentingnya Membaca:

Di dalam Al-Quran erti kata Qara’a terulang tiga kali, masing-masing pada:

“Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu”. (Q.S. 17 : 14)

“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan” (Q.S. 96 : 1)

“Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah” (Q.S. 96 : 3)

Sedangkan kata jadian dari kata dasar tersebut, dalam berbagai bentuknya, terulang sebanyak 17 kali selain kata Al-Quran yang terulang sebanyak 70 kali.

Jika diamati, objek membaca pada ayat-ayat yang menggunakan kata dasar qara’a ditemukan bahawa ia kadangkala berhubungkait suatu bacaan yang bersumber dari Tuhan (QS 17:45 dan 10:94) dan terkadang juga objeknya adalah suatu kitab yang merupakan himpunan karya manusia atau dengan kata lain bukan bersumber dari Allah (QS 17:14).

Di sini, terdapat perbezaan antara membaca yang menggunakan kata dasar qara’a dengan membaca yang menggunakan kata dasar tala tilawatan, di mana kata terakhir ini digunakan untuk bacaan-bacaan yang sifatnya suci dan pasti benar (QS 2: 252 dan 5:27).

Di lain segi, dapat dikemukakan suatu kaedah bahawa suatu kata dalam susunan redaksi yang tidak disebutkan objeknya, maka objek yang dimaksud bersifat umum, mencakup segala sesuatu yang dapat dijangkau oleh kata tersebut. Dari sini dapat disimpulkan bahawa kerana kata qara’a digunakan dalam erti membaca, menelaah, menyampaikan dan sebagainya, dan kerana objeknya tidak disebut sehingga bersifat umum, maka objek kata tersebut mencakup segala yang dapat terjangkau baik bacaan yang suci yang bersumber dari Tuhan mahu pun yang bukan, baik yang menyangkut ayat-ayat yang tertulis mahu pun yang tidak tertulis, sehingga mencakup telaah terhadap alam-raya, masyarakat dan diri sendiri, ayat suci Al-Quran, majalah, surat khabar, dan sebagainya.

Objek qira’at yang sedemikian luas itu, memang dapat sedikit menyempit apabila hanya dilihat dari dirangkaikannya perintah membaca dengan qalam, baik pada ayat ke empat wahyu pertama mahu pun pada ayat  ke dua wahyu  ke dua yang menggunakan salah satu huruf alpabet (Surah Al-Qalam). Namun, harus diingat bahawa sekian pakar tafsir kontemporari memahami kata qalam sebagai segala macam alat tulis-menulis sehingga kepada mesin-mesin tulis dan cetak yang canggih, dan juga harus diingat bahawa qalam bukan satu-satunya alat atau cara untuk membaca atau memperoleh pengetahuan.

Perintah membaca, menelaah, meneliti, menghimpun, dan sebagainya dikaitkan dengan “bi ismi rabbika” (“dengan nama Tuhanmu”). Perkaitan ini merupakan syarat sehingga menuntut dari si pembaca bukan saja sekadar melakukan bacaan dengan ikhlas, tetapi juga antara lain memilih bahan-bahan bacaan yang tidak membawanya kepada hal-hal yang bertentangan dengan “nama Allah” itu.

Demikianlah, Al-Quran secara dari awal menekankan pentingnya “membaca” dan keharusan adanya keikhlasan serta kepandaian memilih bahan-bahan bacaan yang tepat.

خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ

Dalam ayat ini Allah mengungkapkan cara bagaimana ia menjadikan manusia, iaitu manusia sebagai makhluk yang mulia dijadikan Allah dari sesuatu yang melekat dan diberinya kesanggupan untuk menguasai segala sesuatu yang ada di bumi ini serta menundukkannya untuk keperluan hidupnya dengan ilmu yang diberikan Allah kepadanya. Dan Dia berkuasa pula menjadikan insan kamil di antara manusia, seperti Nabi SAW. yang pandai membaca walaupun tanpa belajar.

اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ

Perintah membaca  ke dua ditemukan sekali lagi dalam wahyu pertama. Tetapi kali ini, perintah tersebut dirangkaikan dengan wa rabbuka al-akram. Ayat ini antara lain merupakan dorongan untuk meningkatkan minat baca.

Dalam Al-Quran hanya dua kali ditemukan kata al-akram iaitu pada ayat ke-3 surah Al-A’laq dan pada ayat ke-13 surah Al-Hujarat, iaitu “Inna akramakum ‘ind Allah atqakum”. Kata akram biasanya diterjemahkan dengan “Maha Pemurah” atau “Semulia-mulianya”. Untuk memahami lebih jauh erti yang sebenarnya dari kata akram, sewajarnya kita kembali kepada kata dasarnya iaitu karama yang menurut kamus-kamus bahasa Arab antara lain bererti memberikan dengan mudah dan tanpa pamrih, bernilai tinggi, terhormat, mulia, setia, dan kebangsawanan.

Dalam Al-Quran ditemukan kata karim terulang sebanyak 27 kali. Kata tersebut menyifati 13 hal yang berbeza-beza, seperti qawl (ucapan), rizq (rezeki), zawj (pasangan), malak (malaikat), zhil (naungan), kitab (surat), dan sebagainya. Tentunya, pengertian yang dikandung oleh sifat karim dalam ayat yang berbeza-beza di atas harus disesuaikan dengan subjek yang disifatinya. Kata karim pada qawl mengandung maksud ucapan yang baik, indah terdengar, benar susunan dan kandungannya, mudah difahami serta menggambarkan segala sesuatu yang ingin disampaikan pembicara. Sedangkan kata karim dan akram digunakan oleh Al-Quran untuk menggambarkan segala sesuatu yang terpuji menyangkut subjek yang disifatinya.

Kembali kepada “Rabbuka Al-Akram”, yang disifati di sini adalah “Rabb” Tuhan Pemelihara. Apakah kata akram yang berbentuk superlative ini akan dibatasi pengertiannya dalam suatu hal tertentu? Jawabannya adalah tidak. Apalagi ayat ini adalah satu-satunya ayat di dalam Al-Quran yang menyifati Tuhan dalam bentuk tersebut dari kata karim. “Wa Rabbuka al-akram” mengandung pengertian bahawa Dia (Tuhan) dapat menganugerahkan puncak dari segala yang terpuji bagi segala hambanya yang membaca. Tentunya, kita sebagai mahluk tidak dapat menjangkau betapa besar “Karam” Tuhan. Bagaimanakah mahluk yang terbatas ini dapat menjangkau sifat Tuhan Yang Maha Mutlak dan tidak terbatas itu? Namun demikian, sebagian darinya dapat diungkapkan sebagai berikut:

“Bacalah, Tuhanmu akan menagugerahkan dengan karam-Nya (kemurahan-Nya) pengetahuan tentang apa yang engkau tidak ketahui.”

Bacalah dan ulangi bacaan tersebut walaupun objek bacaan sama, nescaya Tuhanmu dengan karam-Nya akan memberikan pandangan/ pengertian baharu yang tadinya engkau belum peroleh pada bacaan pertama dalam objek tersebut.”

Bacalah dan ulangi bacaan, Tuhanmu akan memberikan kepadamu manfaat yang banyak yang tidak terhingga kerana Dia Akram (memiliki segala macam kesempurnaan).”

Di sini kita dapat melihat perbezaan antara perintah membaca pada ayat ketiga. Yakni, yang pertama menjelaskan syarat yang harus dipenuhi seseorang ketika membaca, sedangkan perintah ke dua menjanjikan manfaat yang diperoleh dari bacaan tersebut.

Allah dalam ayat ketiga ini menjanjikan bahawa pada saat seseorang membaca ”demi kerana Allah”, maka Allah akan menganugerahkan kepadanya ilmu pengetahuan, pemahaman-pemahaman, wawasan-wawasan baharu walaupun yang dibacanya itu-itu juga. Apa yang dijanjikan ini terbukti secara sangat jelas dalam “membaca” ayat Al-Quran iaitu dengan adanya penafsiran-penafsiran baharu atau pengembangan-pengembangan pelbagai pendapat dari yang telah pernah dikemukakan. Hal ini terbukti pula dengan sangat jelasnya dalam “pembacaan” alam raya ini, dengan bermunculannya penemuan-penemuan baharu yang membuka rahasia-rahasia alam.

الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَم

Kemudian dengan ayat ini Allah menerangkan bahawa Dia menyediakan kalam sebagai alat untuk menulis, sehingga tulisan itu menjadi penghubung antar manusia walaupun mereka berjauhan tempat. sebagaimana mereka berhubungan dengan perantaraan lisan. Kalam sebagai benda padat yang tidak dapat bergerak dijadikan alat informasi dan komunikasi, maka apakah sulitnya bagi Allah menjadi Nabi-Nya sebagai manusia pilihan-Nya bisa membaca, berorientasi dan dapat pula mengajar.

Allah menyatakan bahawa Dia menjadikan manusia dari ‘Alaq lalu diajarinya berkomunikasi dengan perantaraan kalam. Pernyataan ini menyatakan bahawa manusia diciptakan dari sesuatu bahan hina dengan melalui proses, sampai kepada kesempurnaan sebagai manusia sehingga dapat mengetahui segala rahasia sesuatu, maka seakan-akan dikatakan kepada mereka, “Perhatikanlah hai manusia bahawa engkau telah berubah dari tingkat yang paling rendah hingga tingkat yang paling mulia, hal mana tidak mungkin terjadi kecuali dengan kehendak Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Bijaksana menciptakan segala sesuatu sesuai dengan kehendak-Nya.

عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

Kemudian dalam ayat ini Allah menambahkan keterangan tentang limpahan kurnia-Nya yang tidak terhingga kepada manusia, bahawa Allah yang menjadikan Nabi-Nya yang tidak terhingga kepada manusia, bahawa Allah yang menjadikan Nabi-Nya pandai membaca. Dialah Tuhan yang mengajar manusia bermacam-macam ilmu pengetahuan yang bermanfaat baginya yang menyebabkan dia lebih utama dari pada binatang-binatang, sedangkan manusia pada permulaan hidupnya tidak mengetahui apa-apa. Oleh sebab itu apakah menjadi suatu keanehan bahawa Dia mengajar Nabi-Nya pandai membaca dan mengetahui bermacam-macam ilmu pengetahuan serta Nabi SAW. sanggup menerimanya.

KAJIAN AYAT :

Dari uraian tersebut di atas, terdapat empat pertanyaan yang dapat diajukan sehubungan dengan penurunan surat al-‘alaq ayat 1-5 yang merupakan wahyu pertama kepada Rasulullah SAW.

Pertama, kenapa digunakan lafal iqra’ untuk memerintahkan membaca, padahal di dalam tata bahasa Arab terdapat derivasi lain (seperti utlu/tilawah);

Ke dua, diperintahkan untuk membaca tetapi tidak ditemukan informasi mengenai objek yang akan dijadikan bahan bacaan;

Ketiga, kenapa perintah membaca perlu diulang sebanyak dua kali (ayat 1 dan 3); dan

Keempat, kenapa ajaran Islam diperkenalkan pertama kali dengan iqra’ bukan hal-hal yang langsung tentang ajarannya;

Pertanyaaan pertama, sangat berhubungam dengan khazanah kekayaan satera bahasa Arab sebagai bahasa al-quran. Satu pengertian dalam bahasa Arab sering ditemukan dalam bentukan kata yang berbeza. Masing-masing bentukan itu memiliki makna yang juga berbeza. Hal inilah yang menjadi keunggulan bahasa Arab dari bahasa lainnya. Para ahi satera dan bahasa menyatakan kalau anda akan mengarang dan ingin karya tersebut dibaca oleh masyarakat seratus bahkan seribu tahun lagi maka gunakanlah bahasa Arab. Buktinya, kitab-kitab klasik di berbagai bidang ilmu yang dikarang ratusan tahun yang lalu masih digunakan sebagai referensi oleh para pakar saat ini, disebabkan bahasanya tahan uji dengan perjalanan waktu, tetap kaya makna bila dikaji, menakjubkan!

Perintah membaca pada ayat tersebut menggunakan kata imperatif/amar (iqra’: bacalah olehmu) yang berasal dari kata dasar qara’a. Bila dirujuk berbagai mu’jam/kamus bahasa, kata membaca yang berasal dari qara’a secara etimologi bererti mengumpulkan, kerana proses yang dilakukan adalah mengumpulkan beberapa huruf lalu menjadi beberapa kata dan terangkai dalam untaian kalimat, setelah itu diucapkan. Berdasarkan pengertian mengumpulkan tersebut, perintah iqra mencakup makna yang sangat luas, iaitu: bacalah, fahamilah, telitilah, cermatilah, sampaikanlah, telaah-lah, dalami-lah, renungkanlah yang dilakukan secara tajam dan mendalam. Terjemahan “bacalah” dalam bahasa Malaysia sebenarnya “terlalu kurus” untuk memuat makna luas yang dimiliki kata “iqra’” tersebut.

Dalam pengertian membaca lainnya juga digunakan kata tala-yatlu-tilawah. Pemakaian kata ini di dalam bahasa al-Quran bersifat khusus hanya kepada sesuatu yang sudah pasti, sesuatu yang benar dan bersumber dari Allah SWT. Seperti Q.S al-Baqarah:252, Q.S al-Maidah: 27, menyatakan segala yang dibacakan (dengan kata dasar tala-tilawah) adalah al-haq (informasi yang bersumber dari Allah SWT). Berbeza halnya dengan kata iqra’ digunakan untuk informasi yang bersumber dari Allah, manusia, alam, dan lainnya. Kata tala-tilawah juga digunakan untuk membaca sesuatu yang sudah pasti (kongkrit/teks) sedangkan kata qara’a-qiraah menjangkau pengertian yang sangat luas meliputi segala hal yang kongkrit dan abstrak, tajam dan mendalam dengan sasaran pemahaman terhadap berbagai hal. Di Nusantara dikenal musabaqah tilawatil quran bukan musabaqah qiraatil quran, kerana kata qiraat sasarannya lebih luas dibandingkan tilawah.

Pertanyaan  ke dua, ayat tersebut memerintahkan iqra’ yang bererti bacalah, telitilah, fahamilah, cermatilah, dalamilah, akan tetapi tidak dijelaskan apa yang mesti dibaca dan difahami (objek iqra’). Dalam kaedah bahasa apabila suatu rangkaian kalimat tidak disebutkan objeknya, hanya disampaikan secara mutlak, bererti objeknya bersifat umum sejauh jangkauan kemutlakan “kata kunci”nya. Kata kunci yang dimaksud adalah “iqra” yang memiliki cakupan makna luas. Dalam hal ini bisa disimpulkan bahawa objek iqra’ pada ayat tersebut sangat umum dan luas.

Yang dijelaskan di dalam ayat hanya gambaran tentang cara membaca iaitu bismi rabbika (dengan nama Tuhanmu). Ada dua kesimpulan cara membaca dalam hal ini, pertama melakukan kegiatan iqra’ dengan ikhlash ingin menggapai redha Allah kerana hakikat ilmu adalah milik-Nya, dan perkara-perkara berkaitan iqra’ tidak boleh bertentangan dengan aturan dan norma Allah.

Dalam hal objek iqra’ ini, pakar tafsir Muhammad Abduh berpendapat bahawa objek yang harus dibaca adalah ayat-ayat Allah. Ayat-ayat Allah tersebut dapat dikategorikan dalam dua bentuk: pertama, ayat-ayat yang tertulis dan diturunkan yang dikenal dengan ayat munazzalah dan inilah wahyu yang diturunkan kepada Rasul berupa al-Quran dan Sunnah.  ke dua, ayat-ayat yang tercipta yang dikenal dengan ayat kauniah (fenomena alam) berupa alam semesta serta segala isinya serta semua peristiwa yang terjadi di dalamnya. Dengan demikian setiap pencarian pemahaman dan penelitian teradap apa saja merupakan manifestasi perintah iqra yang dituju ayat. Tidak disebutkan objek dan batasan iqra’ mengisyaratkan betapa luasnya perkara-perkara berkaitan iqra’ yang sudah dipersiapkan Tuhan bagi manusia untuk dibezah dan digali setiap zaman.

Pertanyaan ketiga, berhubungan dengan perulangan perintah iqra’ sebanyak dua kali ayat pertama dan ketiga yang memiliki keterkaitan yang erat. Pemahaman bahasa memberikan kesimpulan bahawa perulangan kata bererti menegaskan kata yang pertama atau menyatakan pengertian kata yang  ke dua berbeza dengan dengan yang pertama. Sehingga ayat ketiga dapat difahami pengertiannya sebagai berikut:

1. Teruslah membaca, nescaya Tuhanmu akan menganugerahkan ilmu pengetahuan yang selama ini belum pernah diketahui manusia;

2. Bacalah, dan ulangilah membaca bacaan tersebut (walaupun objeknya sama), nescaya Tuhanmu akan memberikan anugerah-Nya dengan memberikan pemahaman yang baharu yang belum diperoleh pada kegiatan iqra’ pertama.

Pertanyaan keempat, berhubungan dengan perkenalan Islam terhadap umatnya diawali dengan perintah iqra’ (telitilah, bacalah, fahamilah, dan lainnya) bukan dengan prinsip atau pun ajaran-ajaran dogmatis. Tujuannya tidak lain adalah untuk menyentuh potensi-potensi yang dimilik oleh manusia seperti akal, kalbu, hawas (media indrawi) agar menemui ayat-ayat Allah bila dan dimanapun. Sehingga dengan penemuan pemahaman yang benar terhadap objek iqra’ tersebut akan menjadikan manusia mencari iman dan menerima Islam secara logis, argumentatif, kuat dan mendasar. Hal inilah yang dikhuatirkan oleh para pemikir di luar Islam bahawa apabila peradaban manusia makin maju maka konsep ajaran Islam akan semakin bersinar dan terbukti kebenarannya. Beberapa tokoh cendikiawan abad moden ini telah menemui pemahaman ayat-ayat Allah melalaui proses iqra’ tersebut, seperti Dr. Rosyad Khalifah, seorang doktor biokimia Mesir yang menetap di Amerika, Dr. Syauki al-Fataki, dokter di salah satu rumah sakit di kota Tokyo, Jepang, Dr. Murice Buchaille, ahli bezah di salah sebuah hospital terbesar di kota Paris, Perancis. Pemahaman dan penelitian mendalam yang mereka lakukan berakhir dengan menemui kebenaran Islam. Kemudian dengan Islam berasaskan iqra’ yang selalu dikembangkan telah membawa ratusan ribu masyarakat di persekitaran mereka juga memeluk agama Islam

KESIMPULAN:

Setelah ditinjau dari pengertian kata iqra’, objek kajiannya, pengulangan dalam redaksi ayat serta latar belakang pemilihan iqra’ sebagai ayat pertama turun, dapat disimpulkan, bahawa iqra’ adalah kata kunci untuk mencapai kejayaan dan keberhasilan manusia menuju peradaban tinggi dan bermartabat. Sehingga tidak menghairankan apabila tuntutan pertama kepada umat Islam adalah iqra’, yang menyimpan dorongan kuat untuk menjadi umat terbaik dari segi peradaban, mulia dalam hal martabat, bertauhid dalam mengkaji ayat-ayat Ilahi.

Perintah iqra’ juga memberi isyarat bahawa masyarakat yang maju dan berkembang adalah masyarakat yang memiliki nilai baca yang tinggi terhadap berbagai hal. Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat moden hari ini diawali dengan proses iqra’. Semakin banyak kegiatan iqra’ akan selalu menciptakan peradaban baharu dan kemajuan, begitu pula sebaliknya semakin sedikit usaha iqra’ akan membawa kemiskinan peradaban, sukar untuk maju dan lamban menggapai perkembangan.

Demikianlah, perintah membaca merupakan perintah yang paling berharga yang dapat diberikan kepada ummat manusia. Kerana, membaca merupakan jalan yang mengantar manusia mencapai darjat kemanusiaannya yang sempurna. Sehingga, tidak berlebihan bila dikatakan bahawa membaca adalah syarat utama untuk membangun peradaban. Dan apabila diakui bahawa semakin luas pembacaan semakin tinggi peradaban, demikian pula sebaliknya. Maka, tidak mustahil jika pada suatu ketika, manusia akan didefinisikan sebagai ”Makhluk Membaca”, suatu definisi yang tidak kurang nilai kebenarannya dari definisi-definisi lainnya semacam makhluk sosial atau mahluk berfikir. Kata seorang ahli falsafah, orang yang selalu membaca ibarat minum air laut, semakin diminum akan semakin membuat kering kerongkongannya kerana semakin banyak membaca akan merasakan kekurangan diri yang tidak sebanding dengan luasnya ayat-ayat Allah di alam jagad raya ini.

Kredit: Ahmad Widayat (http://ahmadwidayat.wordpress.com/2009/12/17/35/)

The Importance and The Good of Reading Books

Books are people’s best friend. Well, for some people, dogs may be their bestfriend. But for people like me, who does not speak too much and are less socialize, books have been my favorite thing in this whole world. This is because books are always around us, there is always something new to read or write about. There are lots of importance in reading books. Let me elaborate some for you, dear readers.

First and foremost, books are important in studies. Ever since our people had education, books are the most used media up until now. Surely nowadays, there are more advanced technologies for us to gain knowledge from without even opening a book like ebook on handphones. But do you your remember your first book? The feeling of happiness and the excitement to finally be owning a book? Well, I do. And here I state that education will never be complete without the usage of books.

Next, it is better if we read books rather than hanging around with our laptops, handphones or tablets all the time. The long term effects of the rays might cause us regrets later. For example, impaired eye – sightedness. The rays from the light of all those gadgets could caused impaired eye – sightedness. Studies have proved this fact. So now, can you guess which is better for us? I bet you can. Books, of course!

It is also really good to read books because we can get the feeling of the old days. Specifically, in the 20th century. The old days are always the best. That is when we started to develop, right?

And here is another benefits of reading books. They do not get broken. Unless you purposely do it, of course. Yes, they get old, looks like rags, but if you do not mess with books and keep them very clean and neatly, they could last for years. And as for me, I just love the smell of old books. It is so good and fascinating. Don’t you think so too?

Well, wrapping it up here, books are great because they are our long term bestfriend. And we can carry them around with us where ever we go, and at anytime, anywhere, Hurray for books!

Nota:
Artikel ini merupakan hasil tulisan NUR SYAHERRA BINTI LAINDON (gambar atas), pelajar Tingkatan 5, SM St Francis Xavier, Keningau, Sabah, sempena pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Keningau 2014.

Nur Syaherra merupakan pemenang (Johan) bagi Kategori Bahasa Inggeris (Sekolah Menengah) di dalam pemilihan tersebut. Nur Syaherra akan mewakili Daerah Keningau ke Peringkat Zon Pedalaman, dimana melibatkan 4 buah daerah iaitu Keningau, Tenom, Nabawan dan Tambunan. Jika terpilih, beliau akan mewakili Zon Pedalaman ke pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sabah.

Updated: Nur Syaherra Laindon telah berjaya terpilih mewakili Zon Pedalaman ke pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung pada 2 – 6 Mac 2014. Tahniah dan semoga berjaya!

Membaca: Sekadar Hobi?

Apakah hobi anda? Beraneka jawapan yang anda akan perolehi; memancing, menanam pokok bunga, memelihara kucing dan sebagainya. Namun, perkara yang mungkin mengejutkan apabila orang mengatakan: “Hobi saya membaca.”

Adakah betul jika ada orang mengatakan: “Hobi saya minum air?” Walhal minum air ialah suatu keperluan. Bukankah pelik jika ada orang menyatakan hobinya ialah makan tengah hari dan tidur pada waktu malam? Sebagaimana makan, minum dan tidur itu merupakan keperluan, begitu juga membaca.

Dari sudut lain pula, adakah Allah SWT menurunkan wahyu pertama dengan arahan “Iqra” (bacalah) itu hanya berfungsi sebagai satu hobi? Jika begitu, membaca dilakukan pada masa lapang sahaja. Maka jadilah amalan membaca setaraf dan boleh ditukar dengan hobi lain seperti memancing, menanam pokok bunga atau mengumpul setem.

Islam Agama Membaca
Membaca sewajarnya diletakkan sebagai satu keutamaan, bukannya bertaraf hobi. Membaca tidak terhad kepada satu atau dua buah buku. Bukan juga membaca sehari dalam seminggu atau sebulan dalam setahun. Seharusnya membaca menjadi “makanan harian” dalam kehidupan. Maka usah biarkan hari-hari berlalui tanpa membaca.

Bahan bacaan juga mestilah bukan yang kosong dan sia-sia. Sebaliknya yang berguna dan bermanfaat. Bacalah dengan hasrat membina bukan memusnahkan, dan untuk memperoleh kebaikan bukan merosakkan.

Sejarah penurunan al-Quran membawa mesej bahawa membaca sangat penting. Jika tidak, masakan wahyu pertama berupa perintah “bacalah”.

Ayat al-Quran yang pertama meletakkan satu batu asas penting dalam konteks keimanan yang luas. Dalam erti kata lain, setiap urusan, gerak geri, langkah dan tindakan hendaklah dimulakan dengan menyebut nama Allah SWT. Allah yang menciptakan makhluk, maka Dialah yang mengajar kita.

Wahyu sulung ini menunjukkan bahawa pembinaan tamadun manusia yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW berasaskan ilmu pengetahuan. Jalannya tidak lain iaitu melalui pembacaan.

Tidak dinafikan bahawa tradisi menulis dan membaca sudah wujud sebelum kelahiran Islam lagi. Namu perkembangan ilmu pengetahuan hanya berkembang pesat sejurus selepas kebangkitan Islam.

Buktinya, ribuan jilid kitab Islam dalam pelbagai bidang ilmu terhasil. Inti pati maklumat kesemua kitab tersebut berasal dari al-Quran. Ini merupakan satu kesan mukjizat yang sangat menakjubkan. Sekaligus membuktikan bahawa Islam agama berasaskan pembacaan dan penulisan.

Kuasa Membaca
Kesan tulisan yang dibaca lebih berpengaruh berbanding suara yang didengar. Asasnya, pembacaan mewujudkan interaksi di antara pembaca dan bahan yang dibaca. Hal ini berlainan dengan suara yang hanya didengar. Bahan yang didengar tidak semestinya wujud secara fizikal. Mungkin inilah di antara hikmah di sebalik nama al-Quran. Al-Quran bermaksud yang dibaca, bukan didengar.

Kita tidak menafikan kesan baik cara pembelajaran lain seperti berteraskan multimedia audio-visual, uji kaji dan pengamatan. Kesemua cara tersebut mempunyai kekuatan tersendiri. Di antaranya kepupayaan merangsang minda melalui pendengaran dan penglihatan secara lebih optimum. Namun, membaca kekal sebagai cara utama memperolehi ilmu. Sseolah-olah Allah mengajar kita bahawa betapa banyakpun teknologi pengajaran dan pembelajaran sekalipun, kita tetap perlu membaca.

Keupayaan membaca dan menulis amat penting bagi mana-mana negara yang mahu memacu kemajuan dan kemakmuran. Keadaan ini jelas pada awal perkembangan Islam dan semasa proses membentuk negara Islam. Tawanan perang Badar dikehendaki mengajar orang Islam membaca sebagai syarat penebusan diri. Ini satu strategi penting yang Rasulullah lakukan dalam proses membina negara Islam yang bersepadu dan maju.

Jambatan Ilmu
Mebaca bukan sahaja bermanfaat untuk si pembaca, bahkan kesannya meluas. Ilmu yang ada dapat digunakan untuk faedah dan manfaat banyak pihak. Secara tidak langsung, warga yang membaca akan membantu memajukan masyarakat dan negaranya.

membaca_bukuSebaliknya tanpa ilmu pengetahuan, seseorang itu amat sukar untuk mengubah keadaan diri, apatah lagi mengubah masyarakat dan negaranya.

Sama-samalah kita berpegang kepada ungkapan emas “membaca jambatan ilmu”. Budaya membaca amat penting kepada masyarakat dan negara kita yang sedang menuju pembentukan negara maju pada masa akan datang.

Ringkasnya, kemajuan sesebuah negara tidak dapat dipisahkan daripada tabiat membaca dalam kalangan rakyatnya.

Membaca dapat menyuburkan akal seperti hujan menyuburkan tanaman. Membaca menjadi penghubung antara manusia dan ilmu. Ilmu itulah yang membentuk keperibadian. Ambillah manfaat daripada apa-apa yang dibaca. Kita ialah apa yang kita baca. Namun jika tidak diambil manfaatnya, kita masih orang yang sama walaupun bahan yang kita baca setinggi gunung. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah. Apa-apa pun hasil pembacaan, paling penting kita dapat mengenal Allah, Tuhan Penguasa Alam. Lalu kita mengakui keagungan dan tunduk patuh kepada-Nya. Bukan menderhaka, ingkar dan kufur terhadap-Nya.

“Buku” Wajib Dibaca
Al-Quran ialah “buku” yang mesti dibaca kerana ia manual kehidupan mahluk Allah. Namun amat mendukacitakan kerana realiti tidak menyokong hakikat ini. Kita berjaya melahirkan jurutera, doktor dan ilmuwan yang hebat dalam setiap bidang. Ramai antara mereka yang dangkal terhadap asas-asas agama, buta al-Quran dan kosong jiwanya tanpa ilmu-ilmu Islam.

Bacalah al-Quran secara istiqamah walaupun sebaris ayat sehari. Perkara yang penting, mesej ayat yang dibaca itu hendaklah difahami dan dihayati. Seterusnya diterjemahkan prinsipnya dalam kehidupan.

Sebaris ayat sehari lebih baik berbanding bertadarus sekali setahun hanya pada bulan Ramadan. Mari kita jadikan al-Quran bahan bacaan harian bukannya hiasan.

Sumber: Ustaz Roslan Yasnain (Solusi: Isu 54)

Menangislah Supaya Tidak Menangis

Sejak detik kelahiran lagi, seorang bayi telah menangis. Tangisan pertama itu pelbagai tafsiran. Pakar perubatan menyatakan itu cara jantung untuk mengepam lebih banyak oksigen. Tangisan itu hakikatnya satu sunnatullah demi kelangsungan hidup.

Manakala ahli-ahli sufi pula mentafsirkan tangisan pertama itu tanda protes manusia kepada godaan syaitan yang mula berusaha untuk menyesatkannya. Sebab itu tangisan pertama mesti diikuti oleh laungan azan di telinga kanan pada detik seorang bayi dilahirkan.

Tangisan pertama seorang bayi juga nikmat atau hadiah buat ibu selepas bertarung nyawa untuk melahirkannya. Bayangkan kesakitan dan kesusahan ibu dalam proses bersalin. Namun Allah Maha Pengasih, sebaik mendengar bayi yang baru dilahirkan menangis, kesakitan ibu terasa lega.

Rasa gembira seorang ibu mendengar tangisan bayi yang baru dilahirkan tidak dapat dibayangkan nikmat dan rahmat daripada Allah; yang berkuasa memberi kegembiraan buat hamba-Nya sekalipun dengan hanya sebuah tangisan!

Menangis Itu Fitrah
Air mata sentiasa mengiringi seorang manusia ketika mengharungi kehidupan. Justeru, ahli hikmah pernah mengungkapkan: “hidup dimulakan dengan tangisan, dicelah oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan.”

Hidup hakikatnya ujian daripada Allah. Manusia akan sentiasa diuji dengan sesuatu yang berlawanan dengan kehendaknya. Kesakitan, kegagalan, kemiskinan, kekurangan dan kematian ialah basahan hidup yang tidak akan mampu dielak oleh sesiapa. Pada ketika itulah air mata seorang hamba mengalir kerana kesedihan. Episod hidup yang mengalirkan air mata inilah yang dimaksudkan dengan tamsilan; life is like an onion, you peel it layer by layer…. sometime you cry.

Hidup diakhiri oleh tangisan. Ya, apabila kematian menjemput, akan ada hal lagi tangisan yang bergema apabila kasih terputus dan cinta terpisah. Kehidupan akan diakhiri oleh tangisan. Lebih-lebih lagi sekiranya yang meninggal dunia itu seorang yang baik, maka lebih ramai yang menangisi kematiannya.

Justeru pesan hukama, “Ketika dilahirkan ke dunia, kau menangis, orang lain ketawa. Namun biarlah ketika kau meninggal dunia; kau ketawa, orang lain yang akan menangis.” Maksudnya, biarlah mati dengan membawa amal kebaikan yang melimpah. Kita akan gembira bertemu Allah dan orang lain akan menangis kerana masih inginkan kebaikan daripada kita.

Menangis Juga Ibadah
Oleh sebab menangis itu fitrah dan tidak dapat dielakkan dalam kehidupan, maka Islam mengatur fitrah itu dengan syariat. Agar dengan tangisan itu, manusia mendapat pahala dan kebaikan, serta terhindar daripada dosa dan kejahatan. Jika kena pada sebab serta ketika, tangisan akan menjana kebaikan yang melimpah.

Allah menyatakan dalam al-Quran: “Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” (Surah al-Isra’ 17: 109)

Bahkan pada ayat yang lain, Allah menegur manusia yang tidak mahu menangis: “Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberian ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis?” (Surah al-Najm 53: 59-60)

Rasulullah mengingatkan: “Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka, iaitu mata yang menangis kerana takut Allah dan mata yang berjaga ketika berjihad pada jalan Allah.” (Riwayat al-Tarmizi)

Menangis itu terpuji dan dikira sebagai amal bakti apabila betul niat, cara dan natijahnya. Ertinya, menangis juga boleh dijadikan satu ibadah dan dikira sebagai amal ketaatan kepada Allah.

Oleh: Roslan Yasnain (Majalah Solusi: Isu 62)

Permainan Komputer Boleh Menjadi ‘Racun’ Kepada Anak-anak

Alat-alat gajet dan konsul permainan kini boleh didapati mudah dengan harga yang murah dan rupa bentuk yang pelbagai. Kebelakangan ini pula, ibu bapa suka menghadiahkan anak-anak mereka telefon bimbit…siap dengan akses internet.

Tidak dinafikan bahan-bahan yang banyak terdapat di alam siber sememangnya boleh menjadi sumber pembelajaran yang berguna kepada anak-anak. Bagaimanapun, jika tiada kawalan oleh ibu bapa sudah pasti penggunaan peralatan tersebut akan hanya membawa mala petaka kepada kanak-kanak tersebut. Keadaan mungkin boleh menjadi parah jika ibu bapa sendiri masih ‘buta ICT’. Sedangkan anak-anak akan terus dibuai oleh keseronokan meneroka alam siber yang sumber dan bahannya bercampur aduk antara yang boleh membina atau memusnahkannya.

Dr. Baskaran: Doktor Yang Membedah Lutut Saya Meninggal Dunia

Beberapa hari lalu salah seorang pengunjung blog menuliskan komennya di dalam tulisan berkenaan pengalaman saya semasa lutut dibedah. Katanya Dr. Balakrishnan sudah meninggal dunia. Saya keliru lalu meminta kepastian daripada pengunjung itu kerana nama doktor yang disebutkan adalah berlainan. Seterusnya ada pengunjung blog lain mengesahkan bahawa memang benar Dr. Baskaran telah meninggal dunia. Lihat tulisan dan komen pengunjung di sini: PENGALAMAN PEMBEDAHAN LUTUT

Pada pagi hari ini, 19 Mac 2013, sewaktu saya membelek-belek akhbar Harian Express lalu ternampak tulisan ini.

Harian Express 19 Mac 2013

Harian Express 19 Mac 2013

Saya termenung sejenak.

Jika demikian, saya dalam kalangan bekas pesakitnya berasa amat kehilangan di atas pemergiannya. Suara Dr Baskaran pada saat-saat sebelum terlena di atas katil bedah masih terngiang-ngiang di telinga saya. Katanya, “….ayoyoo… Bonis, you punya ACL dan PCL…dua-dua sudah putus laa…!”. Beliau sambil menunjukkan kecederaan tersebut melalui skrin televisyen. Pada masa siri temu janji sebelum pembedahan lutut dilakukan ternyata beliau sangat profesional. Suasana di unit Ortopedik QEH tidak ubah seperti di dalam rancangan televisyen yang mengisahkan tugas dan tanggungjawab seorang doktor dengan kesibukannya berhadapan dan melayani setiap pesakit. Sekejap ke bilik sebelah…. sebentar kemudian muncul semula sambil bertanyakan sesuatu ke atas pesakit-pesakitnya satu persatu. Di situ saya dapat menilai kredibeliti, tanggungjawab dan sikap beliau yang sangat komited terhadap tugasnya.

Beliau nampaknya turut menjadi rujukan kepada doktor-doktor yang lain. Saya akui beliau merupakan seorang doktor pakar yang sangat dedikasi. Di dalam komen-komen pengunjung di blog saya, nampak benar perbezaan yang amat ketara dari segi kos untuk melakukan pembedahan lutut yang dilakukan oleh Dr. Baskaran (QEH) berbanding hospital-hospital lain. Bukan hanya saya seorang, malah rakyat Sabah sangat terhutang budi dengan Dr Baskaran.

Sebagai seorang yang beragama Islam, tidak menjadi kesalahan jika saya akan terus mengenang jasa beliau kerana jasa beliau yang paling besar terhadap saya ialah berjaya melakukan pembedahan lutut saya dengan kos yang sangat murah. Selagi kaki ini dapat melangkah, selagi itu jasa Dr Baskaran akan dikenang. Takziah buat seluruh ahli keluarga mendiang Dr. Baskaran.

Terima Kasih Wahai Guru

Terima Kasih Wahai Guru
Guru belahan jiwa, Kekasih yang sempurna, Akhlaqmu mempesona, Duhai bulan purnama

Bunga-bunga bersemi di atas tanah suci, Mekar indah nan wangi cintamu kan abadi, Ke seluruh penjuru kau tegakkan agama, Jagad raya gempita menyambut akhlaq mulia

Kunyanyikan lagumu dengan senandung rindu, Kekasih yang ditunggu wahai kau maha guru, Berlimpahnya cintamu mulianya ajaranmu, Tumbuh subur di qolbu jantung darah dagingku

Guru jalan hidupku hingga akhir hayatku, Ku ikut agamamu jangan tinggalkan daku

Maju bangkit lah jiwa hati penuhi cinta, Maju bangkit lah jiwa hati penuhi cinta, Janganlah kau tergoda oleh syurga dunia, Karena tujuan kita hanya Dia semata

Wahai para perindu tetapkanlah langkahmu, Menuju sang petunjuk jalan lautan biru, Tuk menggapai fitrahmu makna kesucianmu, Tuk menggapai fitrahmu makna kesucianmu

Guru belahan jiwa, Kekasih yang sempurna, Akhlaqmu mempesona, Duhai bulan purnama

 

Almarhum Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Darbi Lubis

Nota:
Kepada penulis dan pencipta lagu ini, saya dengan rendah hati mohon izin untuk menjadikan lagu ini sebagai latar video klip susunan saya ini. Mohon maaf dan diucapkan jutaan penghargaan serta terima kasih. Saya merasakan lirik lagu ini sangat sesuai sekadar untuk mengingatkan kami semula terhadap guru kami yang telah banyak mendidik dan mengajarkan kami menjadi insan yang mengenal Allah.
………..
Demikian juga gambar-gambar yang saya telah salin dari sumber-sumber yang telah disebutkan atau tidak pernah disebutkan. Saya mohon izin.
………..
Setelah menghayati bait demi bait  lirik lagu ini, ternyata lagu ini bukan untuk sebarangan guru. Ianya  lagu istimewa dedikasi untuk seorang guru yang juga murabbi ummat.
………..
Tujuan video klip ini hanyalah untuk mengembalikan semula ingatan rakan-rakan serta kepada sesiapa juga yang pernah mendapat tunjuk ajar tuan guru ini. Semoga memori itu dan segala ilmu yang dicurah akan terus segar dalam ingatan dan sentiasa diamalkan sehingga ke akhir hayat.

Ekspedisi – XPDC – Pensiangan, 2005


Satu lagi catatan peristiwa yang saya rakamkan dalam bentuk video. Peristiwa ini ialah Program Gerak Jangkau Pendidikan ke sekolah-sekolah di kawasan pedalaman Sabah (Keningau dan Nabawan, Pensiangan) pada tahun 2005. Program tersebut diketuai oleh Dr. Amin Senin, mantan Pegawai Pelajaran Bahagian Keningau. Perjalanan/XPDC bersejarah dan sangat mencabar ini mengambil masa selama 5 hari iaitu pada 8 – 12 Ogos 2005. Sekolah-sekolah yang dilawati ialah SK Bonor, SK Pohon Batu, SK Pangaraan, SK Salarom (Lama), SK Sibangali, SK Pensiangan, SK Salinatan, SK Tinanduk, SK Pegalungan/Logongon dan SK Salong. Semua sekolah tersebut terletak di kawasan Daerah Nabawan, Pensiangan, Sabah.

Ranjau perjalanan di sepanjang sungai di kawasan Pensiangan

Ahli rombongan telah diuji secara mental dan fizikal dengan laluan jalan raya yang berbahaya, berjalan kaki, menaiki perahu, mendaki dan menuruni bukit, berjalan di atas batuan sungai serta bermalam di hutan. Sudah tentu laluan tersebut itulah antara cabaran besar yang perlu dihadapi oleh pendidik di kawasan pedalaman. P/S: Paparan peristiwa yang dihasilkan pada ketika baru belajar membuat suntingan berbentuk dokumentari video. Penggambaran dan suntingan video dilakukan sepenuhnya oleh saya. Manakala suara latar peristiwa ini ialah En. Rosdi Aspar (Telah bersara sebagai Guru Besar).

Pertemuan Pertama dan Terakhir – Almarhum Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Darbi Lubis

Pada hari itu, tanggal 12 Jun 2009, terasa berat hati hendak melangkah ke rumah tuan guru Almarhum Ustaz Haji Ahmad Darbi Lubis. Rumah itu berhampiran Masjid Nurul Iman, Tambunan. Rumah yang dihuninya sejak puluhan tahun lalu. Namun atas permintaan adik, saya menghubunginya terlebih dahulu melalui telefon. Kebetulan minggu lepas saya ada menziarahi tuan guru. Di antara topik perbincangan kami pada hari itu tentulah masalah kesihatan yang dihidapinya. Pada masa itu, tuan guru baharu sahajau keluar dari hospital Tambunan. Tuan guru juga beria-ia bercerita tentang khasiat madu asli sebagai salah satu ramuan tradisional untuk penyembuhan.

“Ustaz tak berapa sihat. Sekarang dia sedang berehat.” Suara kakak Sharifah, isteri tuan guru kedengaran dari corong telefon bimbit saya. Isteri tuan guru itu kami panggil kakak. Saya faham, jika dalam keadaan sebegini kakak keberatan untuk menerima tetamu.

Gambar ini diambil oleh adik saya Mardiah Melisin pada 7 Jun 2009.

“Kakak, minggu lepas saya ada datang melawat ustaz. Hari ini saya cuma menghantar sebotol madu.” Ujar saya menjelaskan tanpa memberitahu kehadiran adik lelaki saya. Isteri tuan guru juga ada bersama dan mendengar perbualan kami minggu lepas.

Hati saya lega apabila kakak akhirnya bersedia menyambut kedatangan kami.

Adik kedua saya, Musa bekerja di Johor Bahru sejak tahun 1992. Jika tidak silap, ini kali ke tiga atau ke empat sejak bekerja di sana dia pulang bercuti selama dua minggu di Kg. Tampasak Liwan, Tambunan. Pada kali ini, dia pulang bersama keluarga. Petang nanti, selepas berziarah ke rumah tuan guru, penerbangan Airasia menanti mereka balik ke Johor.

“Assalamu’alaikum!” Ucapan salam saya lontarkan.

“Wa’alaikum salam…” Suara kakak kedengaran dari dalam rumah. Kakak keluar membuka penghadang beranda rumahnya.

“Topa…..masuklah…” Pelawanya lagi. Tuan guru selalu menyebut nama ringkas saya Topa. Huruf “Tho” dan “Fa” mengikut ejaan nama saya menggunakan huruf jawi. Isteri tuan guru terikut-ikut menyebut nama saya sedemikian.

“Ini siapa?” Tanya kakak apabila terpandang Musa dan isterinya Harnani.

“Adik saya Musa… ini isteri dan dua orang anaknya.” Saya menjawab.

“Oooo…Muso!” Spontan saya tersenyum. Tuan guru selalu memanggil nama adik saya Muso! Tentulah terikut-ikut sebutan tuan guru juga.

Saya menghulurkan sebotol madu asli kepada kakak. Madu itu saya dapatkan sendiri di kampung. Kebetulan pada masa itu beberapa kotak kayu yang saya gantung berhampiran rumah di kampung di huni oleh lebah madu. Madu itu saya ambil sendiri dan masukkan ke dalam botol.

“Ustaz ada di dalam. Sebentar ya….”. Ujar kakak Sharifah. Tutur dialek bahasa ibundanya masih tebal. Tuan guru dan isterinya berasal dari Sumatera Utara, Indonesia.

Sebentar kemudian, tuan guru muncul. Direnungnya wajah kami satu persatu. Tuan guru tersenyum. Senyumannya manis. Namun jelas jua kesakitan yang ditanggungnya di mata saya.

Pertemuan pertama dan terakhir

“Ustaz masih kenal saya…?” Tanya adik saya kepada tuan guru sambil melemparkan senyuman manisnya.

“Muso! Apa khabar kamu…!?” Ternyata wajah adik saya dan senyuman manisnya belum luput dari ingatan tuan guru. Mereka berpelukan. Kulihat di dada adikku ada sedikit sebak. Pertemuan pertama adik saya dengan gurunya selepas 17 tahun di perantauan.

Kemesraan tak lekang dari wajah tuan guru walaupun fizikalnya menanggung sakit.

Buah bicara tuan guru dengan adik saya pada masa itu hanyalah berkisar tentang keadaan semasa kesihatan tuan guru. Memang itulah tujuan asalnya iaitu ziarah ringkas dan bertanya khabar. Ketika kunjungan kali ini, saya hanya menjadi pemerhati. Lagipun tujuan asal saya sudah langsai. Sengaja saya beri peluang kepada adik saya berbual dengan tuan guru kerana saya sudah mengunjunginya minggu lepas. Saya juga sudah menetapkan tempoh masa yang pendek untuk kunjungan ini. Ada beberapa kali saya mengambil gambar detik pertemuan ini menggunakan telefon bimbit berjenama Nokia N73 kepunyaan saya.

Namun apa yang saya kagumi tentang tuan guru ialah apabila berbicara tentang anak-anak muridnya. Saya lihat tuan guru begitu bersemangat dan bangga memperihalkan bekas anak-anak muridnya. Disebutnya nama mereka satu persatu, pekerjannya, nama isteri dan anak-anak juga. Demikianlah, betapa mendalam kasih sayang tuan guru kepada anak-anak muridnya. Sekali-sekala cerita peristiwa lama juga terselit, diikuti ketawa kecil tuan guru dan adik saya.

Sedar-sedar pertemuan ini sudah berlarutan sedikit melewati waktu Zohor. Kami mengakhiri pertemuan dengan harapan dapat bertemu lagi pada masa akan datang.

Namun tidak siapa menjangka, detik itu merupakan pertemuan pertama dan terakhir adik saya dengan tuan guru. Genap sebulan selepas itu, iaitu 14 Julai 2009, Almarhum Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Darbi Lubis pergi menyahut seruan Ilahi. Peristiwa itu, dan komen adik saya dinukilkannya di dalam ruangan di blog Abu Nuha seperti berikut:


Al-Fatihah.

Sumber Pengajaran & Pembelajaran: Learning Management System (LMS)

Alamat URL Learning Management System: http://spp.moe.edu.my/

Pengenalan
Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau lebih dikenali sebagai Learning Management System (LMS) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Contoh paparan Sumber P&P dalam LMS

LMS yang sedang dilaksanakan ini merupakan sebuah projek kerjasama di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM ) dan MAMPU. Pada tahun 2004, MAMPU telah merintis Learning Management System (LMS) di bawah Inisiatif Open Source Software (OSS). Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), KPM ialah penyelaras projek rintis tersebut di tiga (3) buah sekolah, iaitu:

  • SMK Aminuddin Baki
  • SMK Seri Titiwangsa
  • SK Putrajaya Presint 9 (1)

Pihak MAMPU telah menjalankan Post Implementation Review (PIR) pada tahun 2007. Berdasarkan hasil dapatan dari PIR tersebut, MAMPU telah mencadangkan penambahbaikan ke atas sistem yang telah dirintiskan. Rentetan itu, pada tahun 2009, satu tender untuk menambahbaik LMS dan memperluaskan ke 50 buah sekolah telah dikeluarkan.

Objektif
Menyediakan kemudahan e-learning kepada sekolah.
Memudahkan capaian dan penggunaan bahan-bahan P&P KPM kepada sekolah.
Menyokong hasrat kerajaan memperluaskan penggunaan Open Source Software(OSS) di kalangan agensi Kerajaan.

Skop Projek

  • 50 sekolah (rendah & menengah);
  • Penambahbaikan LMS sedia ada;
  • Pembekalan dan pemasangan LMS ;
  • Pembekalan dan pemasangan 20 PC, 1 server, 1 pencetak, dan 1 scanner;
  • Pembekalan dan pemasangan Content Server di Pusat Data KPM;
  • Pemindahan teknologi dan latihan;
  • Perkhidmatan Meja Bantuan LMS;
  • Waranti dan penyenggaraan.

Tempoh pelaksanaan projek ini (25 Mac 2009-24 Mac 2013):

  • Dua (2) tahun pelaksanaan
  • Dua (2) tahun penyenggaraan

Catatan:
Terdapat berbagai sumber pembelajaran yang terdapat di dalam LMS. Ia meliputi kandungan kurikulum dari tahap prasekolah sehinggalah ke sekolah menengah. Topik-topik pembelajaran disampaikan atau dicapai melalui akses terus ke internet. Cara ini agak berbeza sebelum ini dimana guru perlu menggunakan CD Coursware yang dibekalkan ke setiap sekolah.

Pengajaran dan pembelajaran melalui LMS masih masih lagi memberi penekanan terhadap pendekatan penggunaan multimedia, dimana ia merupakan proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Salah satu unsur yang penting di dalam P&P bersumberkan LMS ialah capaian internet.

Sumber Pendidikan

Pengenalan
Kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat ditingkatkan melalui penggunaan sumber pendidikan yang baik, memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid.  Penggunaan sumber pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan, membantu guru menerangkan sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta membantu murid memahami perkara yang dipelajari dan seterusnya berkemahiran mengurus pembelajaran mereka secara proaktif dan bertanggungjawab.

Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai sumber pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan P&P. Teknologi Pendidikan merupakan satu bidang dan amalan etika yang praktikal untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber pendidikan dan proses teknologi yang sesuai.

Ciri-ciri  Sumber Pendidikan yang Berkesan

  • Membantu guru dan murid  menjalani proses P&P dengan lebih berkesan
  • Penggunaan  sumber pendidikan dirancang dalam tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas.
  • Sumber pendidikan memenuhi keperluan kurikulum untuk mencapai objektif dan peringkat perkembangan P&P
  • Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kos,  masa dan teknologi yang sesuai untuk mengoptimum P&P
  • Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik dan objektif P&P, latar belakang dan strategi pembelajaran murid, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.
  • Sumber pendidikan yang dipilih menarik minat murid serta mengayakan pengetahuan dan pengalaman murid.

Kepentingan Sumber Pendidikan dalam P&P
Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) oleh Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences) merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi. Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung – seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.

Pengurusan Sumber Pendidikan
Secara umumnya, Sumber Pendidikan terdiri daripada dua jenis media iaitu bahan cetak dan bukan cetak. Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan sejumlah wang bagi meningkatkan koleksi Sumber Pendidikan melalui per capita grant (PCG) dan sumber kewangan tambahan setiap tahun. Justeru, Sumber Pendidikan ini perlu diurus dengan baik, efisien dan sistematik bagi memudahkan akses dan penggunaan oleh guru dan murid dalam mempertingkatkan kualiti P&P.

Kemudahan bagi menempatkan pelbagai jenis dan format Sumber Pendidikan turut diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, antaranya:

  • Pusat Sumber Sekolah (Bilik Perpustakaan, Bilik Media, Bilik Bahan Bantu Mengajar)
  • Pusat Akses Sekolah
  • Makmal Komputer

Selain itu, sekolah-sekolah yang proaktif mewujudkan kemudahan dan Sumber Pendidikan tambahan seperti Bilik Sumber Mata Pelajaran, Bilik / Ruang Akses Kendiri, Laluan Ilmu, Taman Ilmu dan sebagainya yang dapat menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif, menarik dan bermakna kepada murid.

Sumber Pendidikan Berteknologi Tinggi
Menjelang abad ke-21, perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mengubah lanskap pendidikan di Malaysia. Dengan wujudnya Sekolah Bestari pada tahun 1997, penekanan diberikan kepada Sumber Pendidikan berteknologi tinggi agar pengetahuan dan kemahiran murid adalah seiring dengan perkembangan teknologi semasa dalam usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing (k-economy).

Pembelajaran berasaskan Sumber Pendidikan berteknologi tinggi merujuk kepada pewujudan dan penyediaan kemudahan resos dan peralatan seperti perkakasan, perisian, dan rangkaian Internet kepada semua warga sekolah yang ingin mendapatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai sama ada melalui proses P&P secara formal atau secara kendiri. Pembelajaran berasaskan sumber pendidikan berteknologi tinggi pada dasarnya dapat dilaksanakan merentas sempadan dan masa dengan adanya peralatan digital berbentuk maya.

Perkembangan pesat berbilion-bilion maklumat dan Sumber Pendidikan di Internet menyukarkan carian dan penilaian Sumber Pendidikan yang  berkualiti dan sesuai dengan murid. Pengurusan Sumber Pendidikan yang berkesan, sistematik dan efisien perlu dititik berat dan ditingkatkan. Murid juga perlu diberi pendedahan Kemahiran Abad Ke-21 (21st Century Skills) dan Literasi Maklumat (Information Literacy) supaya mereka mampu mengenal pasti, mencari, menilai dan mengguna maklumat secara berkesan dan efisien.

Sumber pendidikan yang pelbagai.

Ditulis oleh: Fadzliaton Zainudin

Prasangka buruk makan diri

Oleh: Mohd. Zawawi Yusoh
Harian Metro, 9 Mac 2012 (Halaman 31)

HATI manusia tidak dapat dikawal untuk mereka fikir, kata dan tuduh apa saja. Itu semua di luar jangkaan kita. Ilmu dan kehendak mereka itu kemudian akan menghasilkan tindakan dan pelbagai tindak-tanduk.

Jika baik hati mereka, maka baiklah cakap mereka, baiklah layanan dan sangkaan mereka. Tetapi jika hati kotor, apa lagi tindakan akan diterjemahkan segala hitam yang bersarang di hati itu.

Sebenarnya yang mengukur baik dan buruk seseorang bukannya manusia kerana mereka tidak mempunyai kuasa melakukannya.

Yang paling mengetahui apa yang ada dalam hati kita ialah Allah. Dialah yang menilai kebaikan kita, memberi rezeki serta memberi kehidupan kepada kita.

Manusia memang suka bersangka-sangka. Apa lagi sangkaan yang buruk. Hati, akal dan mata selalunya tidak seiring.
Mata melihat, otak memproses manakala hati mentafsir. Contohnya, jika hati yang berbaur dosa dan dengki akan mentafsir kecantikan seseorang, dia akan kata perempuan itu memakai susuk.

Demikian juga apabila bercakap banyak dikata hendak tunjuk pandai. Apabila diam tidak bercakap pula dikatanya sombong.

Memang manusia punya hak untuk bersangka. Jika yang baik punya sangka empunya diri yang untung. Hati tenang, minda damai, jiwa harmoni, disenangi dan mudah mendapat kawan.

Jika sangkaan itu buruk, jiwa pastinya akan sengsara. Banyak fikir mengenai orang, darah pun naik. Pendek kata semua tidak kena.

Sebab semua hal orang dia hendak fikir dan tafsir, sedangkan diri sendiri tidak difikirkan. Tabiat bersangka buruk terkena pada semua golongan tidak kira orang tua dengan cara dan kepakarannya manakala orang muda dengan kehangatannya.

Jika kita hendak layan semua sangka buruk orang dan semua hati kita hendak jaga, alamatnya makan hatilah kita.

Lihatlah kisah dan sejarah Luqman al-Hakim dengan anaknya yang menaiki seekor keldai. Dalam perjalanan orang kata: “Ada ke patut dua beranak naik keldai, kesian keldai tu.” Selepas itu, Luqman duduk di atas keldai dan anaknya tarik dari bawah. Orang kata juga: “Ada ke patut bapa biarkan anaknya menarik dari bawah.”

Kemudian mereka bertukar posisi lain pula, anak naik keldai manakala Luqman pula yang tarik dari bawah.

Orang mengata juga, anak macam itu buat ayahnya macam hamba. Justeru, cara terbaik ialah merawat kembali penyakit buruk sangka.

Berubahlah dengan memperbaiki diri sendiri. Membaiki diri bersungguh-sungguh dengan membersihkan hati daripada sifat keji (mazmumah) kepada sifat terpuji (mahmudah).

Perhatikan juga siapa kawan di sekeliling kita. Adakah kawan kita itu mendorong ke arah kebaikan atau keburukan?

Jika kita dapat menewaskan nafsu jahat dalam diri sendiri, nescaya kemenangan hidup pasti berpihak kepada diri kita.

Proses berubah jadi baik mungkin tidak semudah disangka, namun sekiranya hati dan akal sudah bertekad dan ada kesungguhan, Allah pasti permudahkan jalannya.

Ruang untuk perbaiki diri sentiasa ada dan terbuka. Justeru, tepuk dada tanya diri. Mahu berubah atau tidak?

Beberapa cadangan diutarakan. Di antaranya:

  • Berbaik sangka dengan semua orang. Tafsirkan segala yang kita lihat secara positif.
  • Tanamkan rasa takut pada kemurkaan dan azab Allah apabila anda berprasangka buruk.
  • Sucikan hati dengan banyakkan berzikir.
  • Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.
  • Luangkan masa untuk banyak melakukan muhasabah diri

p/s: Tulisan ini amat berkesan dan menginsafkan saya. Mohon kawan-kawan ‘share’ ke FB masing-masing yerr…dengan menekan mana-mana butang Share ke FB di ruangan ini. Mari kita sebarkan perkara-perkara yang baik. InsyaAllah…ganjaran dari NYA pasti

 

“Jom baca buku”, kata Mina

Tajuk blog beliau ringkas. “Jom baca buku”. Blog ini dimiliki oleh seorang pencinta buku bernama Mina dari Johor Bahru, Johor. Di dalam catatannya, beliau menulis, “…., Saya bukanlah sesiapa. Tetapi saya sangat cintakan buku. Buku sangat berpengaruh dalam kehidupan saya. Seringkali saya terfikir, di dalam kehidupan ini kita selalu pentingkan kereta, rumah, pakaian, keluarga dan sahabat handai. Namun kita kurang pentingkan buku!. Sungguh malang hidup kita. Sesungguhnya kawan-kawan, buku mampu membakar semangat, mempertajam lidah dan mengasah fikiran. ‘Jom Baca Buku’ sentiasa bersama anda untuk mengembara dalam dunia buku”.

Di setiap entri, Mina berkongsi ilmu dan pengalaman dari koleksi buku yang dibacanya. Amat menarik perhatian saya, kerana di setiap penghujung catatannya diselit dengan kata-kata motivasi tentang membaca. Di antara kata-kata motivasi itu ialah:

  1. Membaca buku yang baik boleh meningkatkan jati diri seseorang.
  2. Bacalah buku dan kitab karya ulama kerana di dalamnya terdapat banyak mutiara ilmu yang boleh kita manfaatkan di dalam kehidupan kita seharian.
  3. Novel yang baik bukan picisan, malah isinya bisa membakar semangat, mempertajam minda dan mencetus idea.
  4. Timbunan kitab dan buku merupakan terapi minda dan mata buat si pencinta buku.
  5. Buku yang isinya menarik dan menepati citarasa akan menyebabkan si pembaca tersenyum puas hingga mahu mengulangi bacaan buku tersebut .
  6. Orang barat cenderung mengisi masa dengan membaca ketika dalam perjalanan jauh.
  7. Leaders are readers!
  8. Orang yang berjaya adalah orang yang suka membaca!
  9. Buku menyimpan rahsia hati. Dengan membacanya kita dapat menyingkap rahsia itu.
  10. Berapa ramai orang yang hanya memiliki sepuluh buah buku sahaja, namun mereka tekun membaca dan mengkajinya hingga suatu hari mereka pun berjaya.
  11. Rugilah manusia yang hanya mengetahui satu bahasa kerana terdapat banyak buku yang ditulis di dalam bahasa yang berbeza.

“Saya ingin anda membaca buku dan terus mengulangi dan mengulanginya sehinggalah buku itu lusuh”, kata Mina lagi memberi suntikan semangat kepada kita semua.

Silalah berkunjung ke blog Mina: “Jom Baca Buku”.

Koleksi Video Klip Bikinan Saya

Penerbitan sesuatu rancangan berbentuk video memerlukan satu pasukan produksi. Pasukan produksi itu memerlukan ahli yang agak ramai. Mereka terdiri daripada individu yang pakar dalam bidang masing-masing. Di antaranya produser/penerbit, pengarah, penulis skrip, jurukamera, penyunting, juru audio, juru mekap dan banyak lagi. Setiap ahli mempunyai tugasan masing-masing. Contohnya jurukamera berperanan mengambil rakaman video menggunakan kamera. Penyunting akan melaksanakan kerja-kerja suntingan video, kerana tidak semua video yang dirakam akan diguna dan ditayang.

Pengarah pula akan mengarah kru penggambaran di dalam satu sesi atau babak penggambaran. Begitu juga dengan ahli kru yang lain, masing-masing dengan peranan dan tugas mereka.

Namun menghasilkan satu video klip atau video pendek secara berseorangan agak sukar. Ini bermaksud, semua tugas dan kerja-kerja pasukan/kru di atas dipikul sendiri. Hebat.

Sila lihat koleksi Video melalui laman di atas.

Perancangan Bulanan PSS – Cadangan Sahaja (Sila ubah suai)

JANUARI
Orientasi PSS, Mesyuarat AJK Induk PSS, Mesyuarat AJK Kerja PSS, Mesyuarat AJK NILAM, Taklimat PSS dan Taklimat Program NILAM dan Rakan Pembaca

FEBUARI
Lantikan Pengawas PSS, Kursus Pengawas PSS, Pelancaran Kempen Membaca, Pemantauan Kelas Berilmu, Ceria dan Berinformasi, Tayangan Gambar 1, Sumbangan Dana Buku Bersama PIBG, Anugerah Murid dan Kelas paling Aktif Meminjam Buku, Pameran Bulanan dan aktiviti (berkaitan isu semasa), Pertandingan Bercerita BM/BI dan Bengkel Pembinaan laman Web/blog Panitia/Unit

MAC
Peningkatan sudut ilmu bersama panitia, Kursus Memproses bahan buku dan bahan bukan buku, Pemantauan Kelas Berilmu Ceria dan Berinformasi, Pameran Bulanan dan aktiviti (berkaitan isu semasa), Anugerah Murid dan Kelas aktif Meminjam Buku, Tayangan Filem 2, Pertandingan story Telling & Choral Speaking, Bengkel Penjilidan Buku, Lawatan Penanda Aras

APRIL
Kuiz Dunia Kita, Pemantauan Kelas Berilmu Ceria dan Berinformasi, Pameran Bulanan dan aktiviti (berkaitan isu semasa), Anugerah Murid dan Kelas aktif Meminjam Buku, Tayangan Filem 3, Mesyuarat AJK Kerja PSS, Induk dan NILAM Kali ke 2, Pertandingan Mereka Bentuk Kereta F1

MEI
Bengkel Adap dan Mewarna Bersama Utusan Malaysia, Pemantauan Kelas Berilmu Ceria dan Berinformasi, Pameran Bulanan dan aktiviti (berkaitan isu semasa), Anugerah Murid dan Kelas aktif Meminjam Buku, Tayangan Filem 4, Pertandingan Menulis Esei, Jogathon NILAM/PIBG, Pertandingan Spell It Right (BM/BI), Pertandingan Mereka Cipta Kad Ucapan Hari Guru.PS041

JUN
Pertandingan power point (Sejarah), Lawatan Sambil Belajar, Pemantauan Kelas Berilmu Ceria dan Berinformasi, Pameran Bulanan dan aktiviti (berkaitan isu semasa), Anugerah Murid dan Kelas aktif Meminjam Buku, Tayangan Filem 5,Bengkel Penulis Muda, Teka Silangkata

JULAI
Pertandingan Buku Skrap, Pemantauan Kelas Berilmu Ceria dan Berinformasi, Pameran Bulanan dan aktiviti (berkaitan isu semasa), Anugerah Murid dan Kelas aktif Meminjam Buku, Tayangan Filem 6,

OGOS
Pertandingan Melukis Poster Hari Kebangsaan, Pemantauan Kelas Berilmu Ceria dan Berinformasi, Pameran Bulanan dan aktiviti (berkaitan isu semasa), Anugerah Murid dan Kelas aktif Meminjam Buku, Tayangan Filem 7,

SEPTEMBER
Aktiviti Jejak Maklumat, Pemantauan Kelas Berilmu Ceria dan Berinformasi, Pameran Bulanan dan aktiviti (berkaitan isu semasa), Anugerah Murid dan Kelas aktif Meminjam Buku, Tayangan Filem 8, Mesyuarat AJK Kerja, Induk dan NILAM kali ke 3

OKTOBER
Pertandingan Mereka Cipta Kad Ucapan, Pemantauan Kelas Berilmu Ceria dan Berinformasi, Pameran Bulanan dan aktiviti (berkaitan isu semasa), Anugerah Murid dan Kelas aktif Meminjam Buku, Tayangan Filem 9

NOVEMBER
Anugerah Tokoh NILAM, Pemantauan Kelas Berilmu Ceria dan Berinformasi, Pameran Bulanan dan aktiviti (berkaitan isu semasa), Anugerah Murid dan Kelas aktif Meminjam Buku, Tayangan Filem 10, Penyampaian Sijil Pengawas Tahun 6/Tingkatan 5, Jamuan Akhir Tahun

NOVEMBER/DISEMBER
CUTI

Nota penting:

  • Sentiasa kemaskini iQPSS dan iNILAM
  • Pemilihan Tokoh NILAM peringkat Daerah berlangsung pada Januari atau Februari
  • Pemilihan/penilaian Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri berlangsung antara Februari-April.
  • Kem Membaca 1 Malaysia berlangsung antara penghujung September sehingga November.
  • Aktiviti Tambahan:
    Pertandingan Digital Story Telling (DST)
    ‘Sekolah Pusat Sumber’
    Project Based Learning (PBL)

Pengisian Pusat Sumber Digital – Literasi Maklumat

Dalam kepesatan dunia teknologi, setiap individu perlu mempunyai kemahiran untuk melalui arus perubahan, globalisasi dan kemajuan komunikasi. Justeru, keperluan melahirkan rakyat Malaysia yang bermaklumat dan bertanggungjawab, tidak cukup hanya dengan menyediakan perkhidmatan komputer dan sumber pendidikan. Program Literasi Maklumat yang terancang mampu menjadi pemangkin kepada perubahan dalam masyarakat bermaklumat hari ini kepada masyarakat berpengetahuan pada masa hadapan.

Program Literasi Maklumat sebenarnya telah bermula pada tahun 1982 dengan pengenalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kemahiran Literasi Maklumat digabungjalin dalam semua mata pelajaran yang diajar di sekolah. Penubuhan Sekolah Bestari telah menjadikan pembelajaran lebih dinamik dan interaktif dengan penggunaan teknologi multimedia dan rangkaian. Pembelajaran berasaskan pojek diberi penekanan memandangkan pendekatan ini dapat membina kemahiran murid dalam kehidupan berasaskan maklumat dan masyarakat yang berteknologi tinggi. Namun demikian, tanpa kemahiran dalam Literasi Maklumat, pembelajaran berasaskan projek tidak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Kemahiran Literasi Maklumat meliputi lima kemahiran utama seperti berikut:
• Kemahiran Sains Perpustakaan / Kemahiran Maklumat
• Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
• Kemahiran Belajar
• Kemahiran Komunikasi
• Kemahiran ICT

Program Literasi Maklumat boleh diajar melalui strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti berikut:
• Kerja kursus
• Projek
• Aktiviti dalam kelas
• Aktiviti Ko-kurikulum
• Pembelajaran Kendiri
• Program Pusat Sumber Sekolah
• Program Bacaan (NILAM)
• Akitiviti penyelesaian masalah

Adalah dicadangkan Program Literasi Maklumat diajar secara terancang dan berstruktur dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang melibatkan kolaborasi antara guru dan mata pelajaran yang meliputi lima kemahiran utama seperti di atas. Untuk itu, satu piawaian pencapaian pembelajaran murid perlu dibina bagi memastikan kemahiran-kemahiran dalam Program Literasi Maklumat secara berkesan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang bermaklumat dan bertanggungjawab iaitu:
• Keupayaan mengetahui bila maklumat diperlukan
• Keupayaan mengenal pasti bentuk maklumat yang diperlukan
• Keupayaan mengenal pasti sumber maklumat
• Keupayaan mencari maklumat secara efisyen dan berkesan
• Keupayaan mengakses maklumat secara efisyen dan berkesan
• Keupayaan menilai maklumat secara kritis
• Keupayaan mengetahui dan mengintegrasi maklumat sedia ada kepada maklumat baru
• Keupayaan menggunakan maklumat secara beretika dan mematuhi undang-undang
• Keupayaan berkomunikasi
• Keupayaan melaksanakan semua aktiviti di atas secara berkesan

Cadangan pelaksanaan Program Literasi Maklumat di Sekolah Bestari adalah seperti berikut:
• Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan modul
• Penilaian dilaksanakan dalam dua bentuk:
– berterusan
– berdasarkan kepada hasil kerja murid
• Hasil kerja terbaik murid akan dipamerkan, dikongsi bersama dan dikatalog secara berpusat dalam Pusat Sumber Sekolah / Pusat Sumber Digital
• Sijil akan diberikan setelah murid mencapai kemahiran berdasarkan piawaian / tahap yang telah ditetapkan

PENUTUP
Pusat Sumber Digital amat diperlukan bagi menyokong usaha menaik taraf PSS dari segi kemudahan fizikal, alatan dan bahan, pengurusan dan pengelolaan, serta penggunaan PSS dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini. Usaha sebegini menyokong kecemerlangan pendidikan selaras dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sumber asal: PENGISIAN PUSAT SUMBER DIGITAL – LITERASI MAKLUMAT

Pusat Sumber Digital

Sumber: http://bibliografi.moe.edu.my/

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2000 bertarikh 20 April 2000, menyarankan agar semua pihak mempertingkatkan usaha bagi menaikkan taraf Pusat Sumber Sekolah (PSS) dari segi kemudahan fizikal, alatan, bahan serta penggunaan PSS dalam pengajaran dan pembelajaran.

PSS perlu menyediakan pelbagai sumber maklumat dan perkhidmatan bagi menyokong aktiviti pembestarian pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi mencapai objektif berikut:

  • Menyediakan perkhidmatan dan sumber pembelajaran dalam pelbagai format bagi membolehkan semua warga sekolah menjadi pengguna maklumat yang efektif dan pemikir yang kritis.
  • Menyediakan perkhidmatan secara bertanggungjawab, adil dan saksama kepada semua warga sekolah.
  • Meningkatkan tahap pencapaian murid dalam pembacaan, literasi maklumat, pembelajaran, penyelesaian masalah dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
  • Melahirkan individu bestari yang mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini telah membawa arus perubahan terhadap pengurusan dan pentadbiran PSS. Peranan PSS perlu dikaji dan ditambah baik dari semasa ke semasa agar kekal relevan dengan perkembangan pembelajaran murid abad ke-21.

Justeru, penubuhan Pusat Sumber Digital amat penting dan diperlukan bagi memenuhi keperluan masa kini. Dengan adanya Pusat Sumber Digital, hasrat untuk menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat / nadi ilmu di sekolah akan tercapai dan lebih bermakna tanpa sebarang batasan waktu atau ruang. Murid-murid boleh menggunakan kemudahan Pusat Sumber Digital ini pada bila-bila masa. Ini bermakna perkhidmatan PSS dapat diberikan secara optimum.

Pusat Sumber Digital bukan menggantikan Pusat Sumber Sekolah malah perlu dilihat sebagai nilai tambah (added value) kepada Pusat Sumber Sekolah Induk dan rangkaiannya.

Penubuhan Pusat Sumber Digital perlu mengambil kira aspek berikut:

• Teknologi
• Kepakaran
• Kewangan

Peningkatan sumber pendidikan dalam bentuk digital termasuk daripada BTP (Contoh: e-bahan, perisian kursus, web TV, audio digital, e-book, dll) memerlukan satu pengurusan koleksi yang teratur dan komprehensif.

Dengan wujudnya Pusat Sumber Digital, semua koleksi teks, imej, bunyi dan video dalam bentuk digital, dapat diuruskan secara teratur, maklumat dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui konsep rangkaian komunikasi global serta penggunaan teknologi maklumat yang optimum.

Bahan sumber pendidikan dalam bentuk digital ini perlu diuruskan secara sistematik, teratur dan berpusat bagi memudahkan akses dan memudahkan rujukan dan dikenali sebagai Pusat Sumber Digital.

Pusat Sumber Digital perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

• Infrastruktur
– Capaian internet jalur lebar
– Infrastruktur ICT dan perkakasan dirangkaikan

• Aplikasi
– Komuniti sekolah mendapat akses kepada maklumat atas talian
– Pusat Sumber mempunyai laman webnya sendiri
– Portal Perpustakaan Digital

• Pengajaran dan Pembelajaran
– Menyediakan sumber pelbagai media (Contoh: e-book, langganan database, audio, video CD)
– Menyediakan modul P&P yang mengintegrasikan ICT
– Menyediakan bantuan / kemudahan kepada murid menggunakan ICT untuk menyiapkan tugasan
– Memberi kemahiran dan latihan dalam Literasi Maklumat kepada murid

• Pengurusan
– Menggunakan sistem pengautomasian bersepadu (berasaskan web)

    • Perolehan
    • Pengkatalogan
    • Sirkulasi
    • OPAC, dan lain-lain

Peralatan ICT sedia ada di sekolah (contoh: Makmal Komputer, Pusat Akses) dijadikan komponen Pusat Sumber Digital. Pusat Sumber Sekolah perlu menyelaras semua program dan aktiviti pengisian Pusat Sumber Digital secara terancang terutamanya Literasi Maklumat.

1Bestari.net dan Kebenaran Melanggan ISP

Berikutan perlaksanaan projek 1Bestari.net pada tahun 2012, setiap sekolah akan dipasang dengan teknologi baru 4G secara berperingkat-peringkat oleh pihak pembekal iaitu YTL.

Walaubagaiamanapun dalam tempoh tersebut, pihak sekolah boleh memasang atau menggunakan ISP sedia ada secara interim sehingga 1Bestari.net siap dipasang di sekolah masing-masing mengikut peraturan yang telah ditetapkan sebelum ini. (Sila rujuk ke PPD kerana mereka yang akan menguruskan bayaran bill seperti sebelum ini)

Sila baca pekeliling KPM berkaitan di sini.

Baca juga maklumat berkaitan 1Bestari.net di sini.

Peranan Pusat Sumber Sekolah di Dalam KSSR

Persoalan dikemukakan oleh rakan saya, salah seorang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) di daerah Keningau. Kekeliruannya timbul apabila terdapat guru yang mengatakan waktu penggunaan (jadual) Pusat Sumber Sekolah (PSS) berubah berikutan pelaksanaan KSSR yang akan bermula awal tahun 2012.

Jawapan saya ialah:
1. Saya telah meneliti kesemua dokumen dasar pelaksanaan (konsep dan pekeliling) KSSR. Saya dapati, tidak ada satupun perkara yang menyebut secara langsung tentang PSS apatah lagi kenyataan perubahan penggunaan atau fungsi PSS.

2. Oleh itu, pelaksanaan dasar KSSR tidak mengubah fungsi dan perananan PSS.

Kesimpulan:
PSS harus berfungsi menyediakan sumber rujukan pembelajaran secara terancang dan berterusan kepada komuniti sekolah seperti biasa. GPM/GPSS juga boleh menyusun jadual penggunaan PSS seperti biasa berdasarkan jadual waktu induk sekolah dan setelah dibincang serta dipersetujui bersama di dalam mesyuarat AJK Kurikulum atau PSS di sekolah.

Cadangan:
GPM/GPB (melalui persetujuan AJK Kurikulum/PSS) perlu menyusun jadual penggunaan dan menyediakan sumber rujukan pembelajaran berdasarkan kepada modul-modul teras asas, teras tema dan elektif di dalam KSSR.

p/s: Mohon pandangan dan pendapat dari yang lebih arif.