Terima Kasih Wahai Guru – Ustaz Haji Ahmad Darbi bin Lubis

Terima Kasih Wahai Guru –  Ustaz Haji Ahmad Darbi bin Lubis
Guru belahan jiwa, Kekasih yang sempurna, Akhlaqmu mempesona, Duhai bulan purnama

Bunga-bunga bersemi di atas tanah suci, Mekar indah nan wangi cintamu kan abadi, Ke seluruh penjuru kau tegakkan agama, Jagad raya gempita menyambut akhlaq mulia

Kunyanyikan lagumu dengan senandung rindu, Kekasih yang ditunggu wahai kau maha guru, Berlimpahnya cintamu mulianya ajaranmu, Tumbuh subur di qolbu jantung darah dagingku

Guru jalan hidupku hingga akhir hayatku, Ku ikut agamamu jangan tinggalkan daku

Maju bangkit lah jiwa hati penuhi cinta, Maju bangkit lah jiwa hati penuhi cinta, Janganlah kau tergoda oleh syurga dunia, Karena tujuan kita hanya Dia semata

Wahai para perindu tetapkanlah langkahmu, Menuju sang petunjuk jalan lautan biru, Tuk menggapai fitrahmu makna kesucianmu, Tuk menggapai fitrahmu makna kesucianmu

Guru belahan jiwa, Kekasih yang sempurna, Akhlaqmu mempesona, Duhai bulan purnama

 

Almarhum Tuan Guru Ustaz Haji Ahmad Darbi Lubis

Nota:
Kepada penulis dan pencipta lagu ini, saya dengan rendah hati mohon izin untuk menjadikan lagu ini sebagai latar video klip susunan saya ini. Mohon maaf dan diucapkan jutaan penghargaan serta terima kasih. Saya merasakan lirik lagu ini sangat sesuai sekadar untuk mengingatkan kami semula terhadap guru kami yang telah banyak mendidik dan mengajarkan kami menjadi insan yang mengenal Allah.
………..
Demikian juga gambar-gambar yang saya telah salin dari sumber-sumber yang telah disebutkan atau tidak pernah disebutkan. Saya mohon izin.
………..
Setelah menghayati bait demi bait  lirik lagu ini, ternyata lagu ini bukan untuk sebarangan guru. Ianya  lagu istimewa dedikasi untuk seorang guru yang juga murabbi ummat.
………..
Tujuan video klip ini hanyalah untuk mengembalikan semula ingatan rakan-rakan serta kepada sesiapa juga yang pernah mendapat tunjuk ajar tuan guru ini. Semoga memori itu dan segala ilmu yang dicurah akan terus segar dalam ingatan dan sentiasa diamalkan sehingga ke akhir hayat.

About mzurs006

Salam perkenalan dari saya. Saya seorang guru dan kini bertugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan, di PKG. Keningau, Sabah. Saya amat berminat berkaitan hal-hal pendidikan. Seboleh mungkin, saya akan cuba membantu meningkatkan mutu pendidikan di tempat saya mengikut kemampuan yang ada. Salah satu caranya ialah melalui webblog ini. Semoga blog ini akan bermanfaat kepada warga pendidik khususnya di Pedalaman Sabah.
Bookmark the permalink.

3 Comments

  1. Alfatihah..beliau pernah mengajar sy.. smoga dtempatkan dlm kalangan org2 beriman.. Amin

  2. Beliau juga pernah memgajar sy..Al-fatihah buat ustaz..semoga d tempatkan d kalangan org2 yg beriman..Amin

  3. Isaac De Harris

    Beliau tidak pernah mengajar saya. Tertapi pernah mendidik ayah saya. Semasa pertama kali SUI dibuka. Dan juga pernah mendidik wanita yg saya sayangi. Terima kasih ulama yg dirindui

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *