Yang mana satu penulis asal?

Menulis artikel sesuatu yang meletihkan minda. Tumpuan harus diberi terhadap isu atau mesej yang hendak disampaikan. Mesej harus pula diolah menggunakan ayat-ayat yang mudah difahami. Artikel akan lebih menarik jika penulis mahir dan bijak menggunakan perkataan-perkataan serta lenggok bahasa yang tersusun indah.

Ada ketika, sesuatu artikel mengambil masa begitu lama untuk disiapkan dan diterbitkan hanya kerana memikirkan perkara-perkara di atas. Ringkasnya, memerah otak menghasilkan karya bukan sesuatu tugas yang mudah. Kadangkala, disebabkan kesukaran itu, jalan mudah diambil. Mencedok bulat-bulat karya dan hasil tulisan orang lain. Mungkin ditambah dan diubahsuai  sedikit agar kelihatan lebih menarik. Saya turut tidak terkecuali sedemikian. Namun saya tetap akan menghormati penulis asal artikel berkenaan dengan memohon keizinan terlebih dahulu atau menyatakan dengan jelas nama pengkarya atau sumber asal artikel tersebut.

Saya bukanlah penulis yang berkemahiran tinggi. Namun saya berasa sangat bangga dan teruja jika ada orang lain yang sanggup menggunakan tulisan saya walau tidak sebaik mana.

Sila baca artikel berkenaan pengalaman saya di sini.

Dan sila baca artikel bertajuk sama di sini.

Mengambil kata-kata seorang blogger dan wartawan terkenal tanahair. “Rasanya, nukilan dipaparkan terbabit dicetak semula dari blog ini tetapi kelihatan bak dihasilkan oleh penulis lain. Keliru.” Nukilan Mazidul Akmal Sidik. Baca artikel berkaitan di blog beliau di sini.

About mzurs006

Salam perkenalan dari saya. Saya seorang guru dan kini bertugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan, di PKG. Keningau, Sabah. Saya amat berminat berkaitan hal-hal pendidikan. Seboleh mungkin, saya akan cuba membantu meningkatkan mutu pendidikan di tempat saya mengikut kemampuan yang ada. Salah satu caranya ialah melalui webblog ini. Semoga blog ini akan bermanfaat kepada warga pendidik khususnya di Pedalaman Sabah.
Bookmark the permalink.

2 Comments

  1. setelah membaca blog saudara tentang Pembedahan Lutut saya juga pernah mengalami perkara yang mmg serupa dengan apa yg saudara rasa.Saya mengalami 2 kecedraan iaitu patah tulang dibawah lutut dan ACL.pembedahan untuk Patah telah dibuat tetapi ACL belum dibuat lagi..pembedahan tulang patah ialah memasukan besi dan dipasang skru..kesakitan mmg terasa..tidak diketahui adakah pembedahan memasang plate adalah sama dengan pembedahan ACL..kerana ia meninggalkan kesan trauma pada diri yang memungkinkan kita membatalkan niat untuk membuat pembedahan..

  2. Terima kasih Sdra Zack…jelas, berasaskan pengalaman sdra…ternyata pembedahan memasang plate tidak sama dengan pembedahan ACL.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *