Pengalaman Pembedahan Lutut (UPDATED)


Bagi anda yang pernah atau bakal mengalami kecedaraan lutut dan pembedahan lutut, mungkin tulisan saya ini boleh dijadikan panduan. Ya…siapa tahu, malang tak berbau, seperti saya. Kecedaraan lutut saya alami sewaktu masih sekolah menengah lagi semasa bermain bola. Sewaktu membuat pusingan badan, entah bagaimana tiba-tiba sahaja saya terdengar bunyi ‘pop’ di lutut saya. Saya terhenti dan jatuh serta merta. Kaki tak boleh bergerak seolah-olah terlekat pada tanah. Kawan-kawan mengusung saya keluar padang. Selepas itu hampir dua minggu tak dapat berjalan. Beberapa tahun kemudian, perkara yang sama berlaku kali kedua. Kejadian kedua berlaku ketika awal karier sebagai pendidik, bertugas di sebuah sekolah pedalaman, Sabah. Cuma kecedaraan kali ini benar-benar telah membuatkan saya berhenti daripada bergiat secara aktif dalam bidang sukan. Puncanya ialah kaki saya (yang sama) terhempas ke tanah secara tidak normal. Sejak itu, saya berasa sesuatu yang tidak kena pada lutut saya. Selain bengkak pada awalnya, lutut saya sering ‘terlepas’ secara tiba-tiba. Apabila keadaan ini berlaku, saya tidak boleh berjalan malah terasa sangat sakit seolah-olah tulang lutut terkehel. Kadangkala mengambil masa yang lama untuk membetulkannya. Setelah rasa sakit pada bahagian lutut reda, keadaan lutut ‘terlepas’ secara tiba-tiba masih berlaku. Kadangkala dalam keadaan duduk bersila, dan apabila berdiri lutut boleh ‘terlepas’. Ia juga boleh berlaku ketika berjalan, terutama apabila terpijak bahagian permukaan yang tidak rata.Dipendekkan cerita, akhirnya saya mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan lutut pada penghujung tahun 2010. Mungkin disebabkan faktor usia, kesakitan pada bahagian lutut yang tercedera itu mula dirasai dan sering berlaku.

Saya ke Hospital Besar Daerah Keningau, Sabah, lalu diperkenalkan dengan seorang doktor pakar tulang. Akhirnya saya dirujuk ke seorang lagi doktor pakar tulang. Kali ini bukan di Hospital Keningau tetapi di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu (HQE). Tanggal 13 Januari 2011 saya diperkenalkan dengan Dr. Baskaran (DRB), seorang doktor pakar bedah yang saya kira sangat terkenal di Sabah. DRB mengatakan lutut selalu ‘terlepas’ disebabkan oleh ligamen penyambung antara tulang peha dengan tulang kaki telah terputus. Istilah perubatan dipanggil kerosakan PCL. DRB mencadangkan pembedahan perlu dilakukan, iaitu penggantian fungsi ligamen menggunakan Pin/Graft Wire. Pin/Graft Wire tersebut perlu dipasang secara kekal menggunakan dua jenis skru (Transfix Screw dan Interference Screw). Tanpa berfikir panjang saya bersetuju kerana risau rasa sakit semakin menjadi-jadi. Terkejut kerana tarikh yang dicadangkan oleh DRB ialah pada bulan Jun 2011. Enam bulan menunggu sesuatu tempoh yang sangat lama. Lantas saya mohon dipercepatkan. Nasib baiklah, setelah semakan dibuat, akhirnya ketetapan dibuat iaitu 16 Mac 2011, kerana kebetulan salah seorang pesakit yang sepatutnya dibedah pada masa itu menarikk diri.

Secara ringkas:
Tarikh masuk wad: 14 Mac 2011
Tarikh pembedahan: 16 Mac 2011
Kos pembedahan: RM3,500.00
Tempat pembedahan: SMC/HQE 2

Pengalaman dan prosedur:
Banyak perkara yang ditanya dan diperiksa oleh doktor. Antaranya pengalaman pembedahan, sejarah penyakit keluarga, pemeriksaan jantung, pemeriksaan sampel darah dan sebagainya. Pesakit juga perlu menandatangani borang-borang tertentu. Kalau tak silap tiga kali.

Bius separuh badan
Bab ini yang agak menyakitkan. Semasa di dewan bedah, saya diminta duduk membongkok lalu bius pertama dimasukkan. Saya kira bius pertama jarumnya agak halus dan bertujuan untuk membuatkan kebas setempat supaya bius berjarum besar dapat dimasukkan tanpa kesan sakit yang kuat. Ketika bius kedua dimasukkan, terasa jarum agak besar menembusi antara sendi tulang belakang. Terkeluar juga air mata dibuatnya. Sebentar kemudian, paras pinggang sehingga ke bawah tidak terasa apa-apa lagi. Ketika itu saya nampak skrin televisyen di tayang dan saya boleh nampak secara sedar bagaimana DRB melakukan pembedahan. Saya terperanjat apabila DRB memaklumkan kecedaraan saya bukan satu. Kecedaraan ACL dan PCL.

Kesan Bius
Alhamdulillah, pembedahan lutut saya berjaya. Saya dimasukkan semula ke wad. Doktor memaklumkan, saya tidak boleh bangun selama enam jam selepas pembedahan. Oleh kerana terasa hendak buang air kecil, saya cuba bangun. Tetapi baru tak sampai seminit terasa pening dan muntah. Segera baring semula. Masa itu, hanya Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana siksa menahan air kencing. Doktor memaklumkan itu adalah kesan bius. Ada pesakit lain yang tak boleh kencing langsung, lalu doktor memasukan hos kecil supaya air kencing dapat dibuang keluar. Saya berusaha untuk kencing…setitik demi setitik dan akhirnya dalam tempoh 24 jam saya boleh membuang air kecil secara normal.

Bagi saya, pengalaman dibedah tidaklah menyakitkan. Kesan bius itulah yang lebih membuatkan saya sangat tidak selesa. Mungkin kesan itu berbeza-beza bagi orang lain. Kesan bius yang lain ialah pangkal leher hingga ke bahu kiri dan kanan terasa sangat berat seolah-olah dipaku sehinggakan saya menoleh dengan memusingkan seluruh badan. Kepala pula terasa pening seperti ‘migrain’ yang amat sangat. Keadaan ini saya rasai sehingga dua minggu. Mujur ada seorang doktor semasa ditahan di wad HQE menyatakan ubat bius itu akan keluar melalui sistem perpeluhan. Saya tak tahu sejauh mana keberkesanannya, tetapi saya cuba-cuba bertangas (mandi wap) menggunakan air panas. Alhamdulillah, dengan sekali cuba sahaja rasa berat pada bahagian pangkal leher dan bahu berkurangan serta merta.

Peralatan tambahan
Selepas pembedahan, pesakit akan dinasihati supaya menggunakan peralatan sokongan seperti tongkat, compress dan pendekap kaki. Tetapi kesemuanya tidak dibekalkan oleh hospital. Peralatan tersebut perlu dibeli sendiri:
1. Tongkat: RM200.00 (bergantung kepada kualiti/jenis)
2. Compress (pembalut ais atau jelly): RM180.00
3. Pendekap kaki: RM1,800.00

Cuti sakit
Jika anda seorang kakitangan kerajaan, doktor pakar akan memberikan anda rehat yang secukupnya untuk pulih iaitu cuti sakit selama enam minggu. Selama tempoh masa tersebut, hendaklah sentiasa mengikuti rawatan fisioterapi dan senaman ringan sebagaimana yang diajarkan oleh doktor. Sekian.

UPDATED – 24 Oktober 2011
Penulis blog ini mendakwa tulisan atau artikel ini tulisan olehnya, seperti dakwaan: “…..mungkin tulisan saya ini boleh dijadikan panduan”.

Penulis blog ini turut mendakwa demikian.

Hakikatnya, entri ini saya masukkan pada 8 April 2011. Artikel serupa terpampang diblog mereka bertarikh 10 Mei 2011 dan 27 Oktober 2011.

Komen saya, sila baca di sini.

About mzurs006

Salam perkenalan dari saya. Saya seorang guru dan kini bertugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan, di PKG. Keningau, Sabah. Saya amat berminat berkaitan hal-hal pendidikan. Seboleh mungkin, saya akan cuba membantu meningkatkan mutu pendidikan di tempat saya mengikut kemampuan yang ada. Salah satu caranya ialah melalui webblog ini. Semoga blog ini akan bermanfaat kepada warga pendidik khususnya di Pedalaman Sabah.
Bookmark the permalink.

166 Comments

  1. Asalam mus terkejut tul2 baca cerita ini, saya tak sangka. Kiranya tahu dari awal boleh juga kongsikan sesuatu, kerana rasanya ada juga produk elken yang memungkinkan sembuh..dan kos agak kurang. Namun sesungguhnya kita manusia…apalah daya ya..semoga beransur sembuh.

  2. Betul cikgu Zali…maybe produk tu boleh membantu dari sudut lain…but, saya tak terfikir ligamen yang sudah terputus dan hancur boleh bersambung semula…thanks doa cikgu…semoga kita semua diberi kesihatan dan dijauhi kemalangan yang boleh mengganggu keselesaan sehari-hari

  3. salam…
    saya seorang kakitangan kerjaan dan bercadang utk membuat pembedahan lutut kerana masalah ACL. adakah bayaran kos pembedahan RM3500 dibayar oleh tuan atau ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan? mohon maklumat drpd tuan… terima kasih

  4. Saya juga kakitangan kerajaan tuan. Kita bayar sendiri dahulu, selepas itu buat tuntutan kepada kerajaan. Saya nasihatkan tuan supaya setiap dokumen pembayaran hendaklah disimpan untuk kegunaan semasa membuat tuntutan nanti. Surat pengesahan daripada doktor juga perlu disertakan. Terima kasih.

  5. Terima kasih tuan.

  6. saya akan menjalani pembedahan lutut pada bulan januari 2012.Soalan saya adakah semua pembedahan di hospital kerajaan akan berjaya?Adakah selepas pembedahan,anda dapat melakukan aktiviti lasak seperti biasa?

  7. Terima kasih atas kunjungan cikgu Sham. Jawapan kepada soalan pertama: Saya hanya jawab berdasarkan pengalaman saya, dimana saya melakukan pembedahan di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah (QEH). QEH adalah hospital kerajaan. Doktor pakar yang melakukan pembedahan adalah seperti mana yang saya sebutkan. Beliau, saya kira bukan doktor kerajaan kerana invois tuntutan ke atas saya adalah dari klinik swasta. Alhamdulillah, pembedahan lutut kanan saya berjaya. Jawapan soalan kedua: Soalan sama pernah saya ajukan kepada doktor pakar berkenaan. Menurutnya, boleh melakukan semula aktiviti lasak seperti bermain bola sepak dll selepas tempoh masa 6 bulan. Sepanjang tempoh itu, mestilah melakukan rawatan pemulihan seperti diarahkan oleh doktor . Bagi saya, faktor umur menyebabkan aktiviti lasak kini ditinggalkan. Setakat ini, lutut saya tidak pernah ‘terlepas’ lagi walaupun saya berlari atau melakukan aktiviti berkebun atau ‘jungle tracking’. Sakit di bahagian lutut yang dirasai selama dua bulan selepas pembedahan juga kini sudah hilang. Wassalam.

  8. salam,
    saya juga dalam proses pembedahan ACL. Skarang tengah tunggu kelulusan kewangan dari JPA. Adakah bius yang dikenakan separuh badan sahaja?

  9. Ya..separuh badan. Anda akan rasa kebas dari paras pinggang ke bahagian bawah kaki.

  10. Sy baru 3jam lepas baru selesai reconstruct acl…cost sy 22k..mcmana en blh murah je…

  11. ….mahalnya!. Klinik/hospital mana u buat? Hospital Queen Elizabeth KK Sabah…itulah kosnya. Dngan cost itu, boleh ulang alik KK KL beberapa x. Banyakkan berehat n bersabar ….semoga cepat sembuh

  12. Sy hospital pantai…tq…suka baca artikal u..jd pqnduan buat sy..

  13. Hospitan Pantai meman cekik darah….

  14. As salam semua, juga nk kongsi xperince operate acl, baru 9 hr lepas operate d hosp. KPJ kajang, kos 10k operate, 4k consultant, 2k equipment (tongkat, braises & pendakap ais). Bius separuh n dikasi ubat tidur ( x nyenyak pun). Masalahnya, saya kerap kencing lepas operate? Adakah tuan2 juga alami kesan yg sama?

  15. > < 9-10 kali sehari.. Risau juga. Dgr2 hospital pantai ampang paling handal bab operate acl, tp jauh pulak nk ulang alik. Pasrah je lah. Ade jg dgr komen2 negatif pasal buat operate ni, ade yg kata makin teruk lepas operate, tp kalu x buat, x selesai masalah juga, asyik terpeletok je lutut, nk kuarkan peluh pun x bole. Harap2 lepas ni at least dpt jog pun alhamdulillah. Lg 1 rasa x sempurna fizikal bila kena acl, nk mcm sediakala, operate lah, n jgn lupa berdoa, kita usaha, Allah yg tentukan.

  16. Terima kasih di atas perkongsian sdra Mahadzir. Setuju sangat2 dengan pandngn sdra, bagi sesiapa yg dah teruk sangat bak kata sdra Mahadzir asyik terpeletok…buatlah pembedahan. Alhamdulillah…setakat ini keadaan saya semakin bagus…berjoging, badminton dan bermain bola sepak dah boleh, tapi kena berpada2.

  17. salam. tuan, saya amat tertarik dengan post blog ini. sebab kecederaan saya rasa sama dengan saya. yang saya tahu, ligamen belakang dan tepi putus, lutut sebelah kiri. saya kena semasa tingkatan 5 2006, hampir 6 tahun lutut saya dalam keadaan ini. jadi sekarang saya baru bekerja di jabatan akauntan, kapit sarawak. bercadang untuk buat operation. bolehkah tuan email pada saya, detail mengenai kos pembedahan, dan tuntutan balik selepas pembedahan. saya bercadang untuk pergi ke hospital seperti tuan. terima kasih. email saya, jutawanjenal@yahoo.com

  18. Terima kasih sdra Zainal. Detail kos pembedahan adalah seperti di dalam tulisan saya. Pengalaman saya sebagai kakitangan awam kerajaan, kos perlu dijelaskan terlebih dahulu…selepas pembedahan. Permohonan tuntutan boleh dibuat melalui ketua jabatan menggunakan Borang Perubatan 1/09. Borang itu boleh dimuat turun dari internet. Borang permohonan itu juga perlu disahkan oleh dr yang melakukan pembedahan. Saya tak pasti di jabatan sdra, tetapi di jabatan saya…diluluskan oleh Ketua SU. Terima kasih.

  19. Salam sejahtera cikgu.. macam mana sudah perkembangan lutut Cikgu? saya juga telah menjalankan pembedahan ACL padah oct 2011 tahun lepas. Memang apa yg cikgu ceritakan memang diantara pengalaman yg telah saya lalui.
    Namun masalah yg saya hadapi sekarang ialah lutut saya kembali sakit selepas 10 bln pembedahan berlalu..ini mungkin akibat dari kurangnya fisioterapi yg saya jalankan. Memandangkan say jg seorang guru dan mengajar di pedalaman memang sukar sekali untuk berulang alik ke hospital utk menjalankan fisioterapi. Baru-baru ini fisioterapis saya memberitahu yg lutut saya berkemungkinan mendapat OA (Osteoarthritis). Keadaan ini amat merisaukan saya dan minggu depan akan ada lagi temujanji dengan DRB dan saya akan maklukan keadaan saya sekarang. Terima kasih cikgu kerana berkongsi.

  20. Salam sejahtera juga buat cikgu. Apa khabar? Cikgu mengajar di sekolah mana ya? Terima kasih kerana berkongsi di ruang blog saya. Amat simpati dengan keadaan cikgu…dan sememangnya itulah di antara cabaran guru-guru yang bertugas di pedalaman. Tentang keadaan kaki saya….rasanya tidak ada masalah berbanding sebelum buat pembedahan dahulu. bagamaimanapun tidaklah 100% seperti sediakala. Ada ketikanya terasa sedikit sakit ….tapi tidaklah lagi “terlepas”. Sejujurnya, saya tidaklah terlalu kerap sangat berjumpa fisioterapi selepas pembedahan dahulu. Apa yang dibuatnya dan diajar ….boleh kita lakukan sendiri di rumah….sama juga buat senaman-senaman ringan, dan buat secara berterusan. Saya hanya dapat mencadangkan agar cikgu buat pemeriksaan lanjut dan berjumpa semula dengan DR Bask. Terima kasih.

  21. Salam cikgu, saya mngalami masalah yang sama dengan cikgu acl tear…berapa lama tempoh yang cikgu ambik untk berjalan selepas pembedahan?? adakah cikgu masih mengalami kesakitan ketika bermain boala sepak??

  22. Salam juga buat Apix…terima kasih sudi menjenguk blog saya ini. Selepas pemebedahan, 1-2 hari berada di wad. Masa ini saya paksa diri untuk bangun dari katil dan ke tandas menggunakan tongkat. Kena berhati-hati kerana boleh terjatuh. Kalau duduk atau berdiri di atas katil, masih terasa pening dan muntah kesan dari bius. Hari ke 3 saya dibenarkan keluar hospital. Selepas seminggu berada di rumah dan rasa pening hilang, saya boleh memandu.Berjalan masih menggunakan tongkat dan pendekap kaki. Dalam tempoh 6 minggu cuti yang diberi oleh dr, saya boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat tetapi perlulah berhati-hati dan sentiasa menggunakan pendekap. Perlu juga terus mengikuti sesi fisioterapi dan amalkannya sendiri di rumah. Tentang rasa kesakitan semasa bermain bola…saya tidak rasa sakit, mungkin disebabkan posisi saya hanya penjaga gol, tidak perlu pergerakan mengelecek atau larian deras…perasaan trauma memang ada kerana takut lutut ‘terlepas’ lagi. P/S…semalam, sempat 15 minit saya join bermain futsal bersama rakan-rakan di Putatan, Kota Kinabalu. Sekian.

  23. trima kasih cikgu utk pengetahuan ini, risau juga kalau2 saya tak boleh lg bermain sukan ksukaan saya..

  24. Salam cikgu..saya ingin brtnya brapa lamakah tempoh yg diambil utk cikgu berjalan seperti biasa?? dan berapa lama cuti yg diberikan oleh dktor utk cikgu kmbli bkerja??

  25. Cuti yang diberi oleh doktor 6 minggu. Selepas pembedahan, saya boleh berjalan seperti biasa selepas sebulan atau lebih. Sebenarnya, selepas 2 atau 3 minggu saya sudah boleh berjalan dan memandu kereta, tetapi masih terasa sakit dan perlu menggunakan tongkat.

  26. ayah saya, ada penyakit Rheumatoid Arthritis.. dia sakit lutut and sometimes dia xboleh jalan.. 🙁 klau mcm ne, dia boleh sihat x klau bwat surgery ?

  27. Cassandra…terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Malangnya saya tidak ada pengalaman tentang penyakit yg anda nyatakan. Bagaimanapun, saya selalu juga mendengar cerita dari rakan-rakan…malahan ada rakan baik saya terkena penyakit Rheumatoid Arthritis. Saya bersimpati terhadap ayah cassandra …dan berharap semoga sembuh.

  28. salam..

    saya ada buat surgery ACl 5 tahun lepas d hospital biasa area kedah..selepas 2 tahun lutut terpelecok balik.(fisioterapi buat sendiri , kemudahan di hospital tu tak dak..)….masa main futsal..dan kena masuk kan semula dengan duduk antara dua sujud…seperti sebelum operate…dan sekarang kaki jadi kebas sampai ke pingang……persoalannya adakah perlu buat 2nd sergery…..???….risiko..?? please comment….

  29. Salam Nazz…sebelum tu terima kasih kerana sudi membaca dan meletakkan pertanyaan di blog saya. Selepas pembedahan lutut saya dahulu, saya ada bertanya kepada doktor (DRB) tentang keadaan seperti Nazz nyatakan iaitu kemungkinan berulang ‘terpelecok balik’. Jawapan doktor itu ialah, keadaan sama ‘mungkin’ boleh berulang sekiranya pesakit tidak berhati-hati terutama di awal proses penyembuhan, serta kurang melakukan fisioterapi. Tentang keadaan kaki jadi kebas sampai ke pinggang…maaf, saya tidak dapat komen kerana tidak ada pengetahuan atau pengalaman tentang hal itu. Tetapi menjadi persoalan saya ialah, apakah kerana kecedaraan di lutut (ACL) boleh menyebabkan kaki kebas sampai ke pinggang….?? Saya hanya dapat menasihati supaya merujuk semula kecederaan itu kepada dr yang melakukan pembedahan lutut ke atas sdra sebelum ini. Terima kasih.

  30. Salam cikgu.. saya nak tanya pendapat … saya baru menjalani pembendahan pada 26.11.12, agak2, bilakah sya bley berjalan seperti biasa dan menaiki tangga tanpa menggunakan tongkat???

  31. Salam juga buat sdr Maz…26.11.12 = 2 minggu. Ikut pengalaman saya….sebulan lebih baru boleh berjalan tanpa guna tongkat. Cepat atau lambat…mungkin bergantung juga kepada fisio dan senaman yang perlu dilakukan selalu. Perlu sentiasa berhati-hati…serta sentiasa guna pendekap lutut. Terima kasih.

  32. Siti Afizah Bt Awang

    salam…..saya juga seorg guru. Dr pakar telah mengesahkan yang saya mengalami tear ACL. Antara solusinya adalah dengan mengadakan pembedahan. Sekarang saya sedang fikir adakah saya patut menjalani pembedahan atau hanya mengadakan fisioterai sahaj. Dan adakah saya perlu membayar apa2 kos jika saya mengadakan pembedahan ini di hospital kerajaan?

  33. Salam.. Siti Afizah. Jika dr pakar telah sahkan sdri mengalami tear ACL, saya cadangkan anda melakukan pembedahan segera. Hal ini kerana berdasarkan pengalaman saya. Hal ini juga tidak tercatat di dalam tulisan saya di atas. Kecederaan lutut saya alami ketika di tingkatan 6 (1987-88) dan kali ke dua pada 1996. Saya hanya mengambil keputusan membuat pembedahan pada tahun 2011. Dalam tempoh yang agak lama itu, banyak kali juga saya mengalami kesakitan apabila lutut kanan terpelecok secara tiba-tiba. Sepanjang tempoh itu, kaki kiri saya selalu terasa sakit terutama bahagian lutut. Rasa sakit ini mungkin akibat daripada bebanan yang berpanjangan. Bagi saya, fisio dapat menghilangkan rasa sakit sementara sahaja. Tetapi tidak mungkin dapat menyembuhkan ACL yang telah tercedera atau terputus. Keadaan terpelecok secara tiba-tiba dan berulang-ulang bukan sahaja menyakitkan, malahan lambat laun… boleh menyebabkan otot yang membaluti lutut yang sedia tercedera turut mendapat kesan. Berkenaan kos yang perlu dibayar, ya…seperti di dalam catatan, saya melakukan pembedahan di hospital kerajaan….dan itulah kos yang saya kena bayar. Hal ini kerana Dr yang melakukan pembedahan ialah dari klinik swasta. Invois bayaran kos pembedahan saya dikeluarkan atas nama klinik swasta dan bukan dari hospital kerajaan. Saya beranggapan dr swasta itu dipinjam oleh hospital kerajaan, kerana hospital kerajaan seperti mana yang saya tulis tidak mempunyai dr pakar. Jangan risau…tidak ada kos sebenarnya kerana sebagai kakitangan kerajaan, sdri boleh menuntut semula semua perbelanjaan pembedahan kelak…sebagaimana saya. Diharap dapat membantu. Terima kasih.

  34. Salam, catatan pengalaman anda banyak membantu saya untuk bersedia menjalani pembedahan ACL tempoh hari. Saya telah menjalani pembedahan ACL pada 12 Disember 2012 di KPJ Seremban. Sehari lepas operate dah kena buat fisio mmg sakit, 2 hari lepas tu dah bole discharge balik rumah. Berjalan mmg bole tp perlu guna pendakap kaki. Masalahnye dah 10 hari belum bole bengkokkan lutut sampai 90 degree spt di suruh oleh doktor. Berapa lama tempoh tuan bole membengkokkan lutut?

  35. Salam juga buat sdra Md Nor. Alhamdulillah…teramat gembira saya membaca catatan tuan. Tentang membengkokkan lutut, itu memang lambat sedikit tuan. Setiap kali buat review dr akan buat pemeriksaan. Kadang2 dr sendiri akan bengkokkan kaki….memang sakit. Saya sendiri…selepas dua bulan pun tak dapat lagi tuan. Memang agak lambat. Solat, kena duduk atas kerusi. Yang penting ..teruskan fisio dan buat senaman di rumah. Mudah2an tuan cepat sembuh. Terima kasih.

  36. Terima kasih atas nasihat tuan. Di sini saya ingin kongsikan pengalaman rawatan susulan saya dengan doc pagi tadi selepas 12 hari pembedahan. Pemeriksaan beliau mendapati masih terdapat kandungan air pada bahagian atas lutut (bhg bawah paha) jadi beliau menyuntik dan menyedut keluar cecair lebih kurang 50-60 ml. Cecair tersebut antara punca kenapa bhg peha dlm keadaan bengkak dan menyebabkan kaki tidak boleh dibengkokkan. Doc juga menanggalkan jahitan pada bhg luka pbedahan serta rawatan fisio perlu diteruskan. Mmg sakit semasa doc buat prosedure tu. Cuti rehat tambahan sebulan turut diberikan.Harap info ini dapat membantu tuan/puan yg akan menjalani ACL.

  37. Semoga pengalaman tuan menjadi panduan kepada yang lain. Terima kasih.

  38. Salam, saya baru buat pembedahan ACL di hospital yg sama iaitu HQE2 oleh Dr. Baskaran pada 17 dis 12. Saya nak kongsi harga yang telah saya bayar untuk peralatan…

    1. ACL repair and reconstruction implant – RM 3200.
    2. Tongkat – RM 70
    3. Knee Brace – RM 380
    4. Ais buat sendiri taruk dlm plastik – RM free

  39. Salam sdra Arbi… perkongsian tuan sangat menarik. Ha ha….betul, ais rm free. Semoga sdra cepat sembuh. Terima kasih.

  40. Pingback: Usahawan Acai » Blog Archive » Pembedahan lutut

  41. Terima kasih usahawan Acai. Mungkin juga produk sdra boleh membantu proses penyembuhan selepas pembedahan.

  42. Saya pernah buat meniscus repair + ACL reconstruction.
    1. Saya main 1st kena masa main futsal.
    2. 2nd masa main volleyball masa nak block spike. 2nd kena terus takleh bangun 2 hari.

    Pergi jumpa doktor, masa dia main tarik-tarik kaki dia cakap ni, meniscus je ni. Kalau meniscus tear, kena repair terus. Sebab meniscus ni muscle. Jadi kalau lambat sikit repair, nanti muscle tu akan mati. Bila mati, benda tu tak berfungsi dan tak boleh diganti dgn benda lain. ACL boleh ganti dgn part yang lain dlm badan.

    Petang tu jugak buat knee arthroscopy yang suluh pakai kamera tu. Check-check ACL pun dah fully putus dah. Jahit balik meniscus tu dulu. Kena pakai knee braces 6 bulan dan tongkat 4 minggu.

    Schedule untuk buat ACL reconstruction 6 bulan lepas tu. Tak buat meniscus repair dengan ACL recontruction sekaligus sebab meniscus repair kena pakai tongkat 4 minggu. ACL repair pakai tongkat 2 minggu je. Kan susah nak buat rehab. Lagipun, ACL tak repair pun takpe asalkan jangan lebihkan force kat kaki yang ACL putus. Berbanding dengan meniscus rosak, yang tu takleh diganti.

    Saya pilih nak buat ACL reconstruction. Doktor guna urat mana ntah yg dalam badan utk ganti ACL yang dah putus tu. ACL operation lagi sakit sebab dia ada kena cucuk screw dekat tulang kita. Tapi pakai tongkat 2 minggu je. Ni untuk ACL yang baru tu fleksibel dan tidak jadi keras. Kena pakai lagi knee braces 6 bulan. Dekat setahun lar saya pakai knee braces tu. Sampai skrg knee braces tu melekat di kaki saya je.

    Kesan dari buat ACL recon tu saya rasa performance main bola tu dah kurang. Asyik nak pandang kaki tu kat bawah. Sebab kita dah pernah kena kat kaki kan. Dia macam trauma sikit lar. Tapi sekurang-kurangnya lutut saya dah kembali kuat dan tak susah nak injured dah.

  43. Terima kasih Sdra Azim. Perkongsian yang sangat brharga.

  44. salam…saya nak tanya, orang yang wt operate lutut biasanya ada pantang tuk makan papae tak…;)

  45. Selepas operate …saya tidak ada pula berpantang makan. Orang lain tak tahu la …mungkin bergantung juga kepada kesihatan masing-masing.

  46. salam cikgu. saya masih belum menjalani pembedahan. adakah kos pembedahan sama juga di semenanjung?

  47. Salam sdra Zainal. Berdasarkan maklumat rakan-rakan di awal forum ini, nampak macam kos berbeza. Rujuk Joebalok: Hospital Pantai RM22K. Deth: KPJ kajang, kos 10k operate, 4k consultant, 2k equipment (tongkat, braises & pendakap ais). Thanks

    Read more: http://edu4u.edublogs.org/2011/04/08/pengalaman-pembedahan-lutut/#ixzz2JF2bDDzC

  48. salam..bla cikgu bley jlan tnpa mggunakan tongkat n pendekap kaki????..n slapas doktor mmbengkokkan kaki, adakah ckgu try bngkokkan sndiri kaki di rumah, mknanya ada org lain tlong tolak ltut…

  49. Salam sdra anis. saya boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat dan tanpa pendekap selepas sebulan lebih. Di rumah, sememangnya saya buat senaman sendiri seperti yang diajarkan oleh dr. Saya tidak memerlukan orang lain untuk tolak atau bengkokkan kaki…semuanya kena buat sendiri. Memang sakit…tapi kena tahan. Buat sdra/i anis…buat ikut kemampuan sja…kalau tak tahan sakit, buat sekadar yg boleh…dan kerap. Terima kasih.

  50. salam saudara..sy br menjalani acl reconstruction minggu lepas..cost surgery 24k at kmc kedah medical centre..saudara buat xsampai 5k kompius pulak sy..tp xpela bkn tu yg sy nk tahu..sy nk tahu berapa lama tempoh pantang minum ais n benda sejuk?satu lg bape lama pula tempoh utk sy main sukan semula secara kompetitif?sekian terima kasih……

  51. Terima kasih Nazala…24K? Boleh tahan juga kos di di KMC. Tentang pantang minum dan makan benda sejuk…saya tak pasti pula tentang hal ini, sebab saya tidak diberitahu pun oleh doktor. Mungkin selepas rasa pening dan rasa sakit kesan dari bius hilang sepenuhnya, baharulah boleh minum atau makan benda sejuk itu. Tentang berapa lama boleh bermain semula secara kompetetif…..selepas 6 bulan sebagaimana dinasihatkan oleh doktor kepada saya. Bagaimanapun, itu bergantung juga kepada proses penyembuhan yang kita lakukan sendiri. Saya boleh melakukan lebih awal daripada itu. Terima kasih.

  52. salam cikgu…sy juga bru sudah operation acl pada 4/2/13 di hospital klang..kos ny dlm 4500++… nk tny cikgu..memang normal ke ada sedikit nanah di kesan jahit?

  53. Semasa jahitan masih ada, itu normal. Jika ada sedikit nanah selepas jahitan dibuka, juga normal…mungkin luka bekas jahit belum sembuh sepenuhnya. kena bersihkan dan cuci selalu. terima kasih Marliana.

  54. Salam cikgu..sy pon baru lepas operation acl reconstruction n miniskus repair 2 minggu lepas (18-2-2013)..skrg slps 2 minggu baru bukak jahitan n dah boleh berjalan tanpa pkai tongkat..tp ade kwn2 sy yg penah buat pesan kena pakai tongkat atleast sebulan lebih sebab takut nanti lutut jd xkuat..sy buat di columbia hospital setapak n fisio sendri je kat kg sbb rumah sewa rumah flat..susah nak turun naik tangga..total cost sy kena selepas 10 hari duduk hospital termasuk peralatan lain dalam 24k++..nasib baik company bayar..hehe tq cikgu..salam

  55. Betullah pesan kawan2 sdra itu. Terima kasih sdra Lufti.

  56. Bagus blog ni sbb berkongsi pengalaman pasal operation acl…btw esok 13.3.13 pada jam 13.00pm turn saya plak utk melalui pengalaman acl reconstruction operation….saya decide utk buat operation ni sbb saya nak kembali bersukan secara kompetitif semula selepas ni…diharap segalanya akan berjalan lancar….Btw, saya buat operation ni di kpj, penang…cost company yg tanggung..dari apa yg saya selidik, cost nya mungkin mencecah rm20k exclude physio….

  57. Salam cikgu minta sms no telefon cikgu..saya baru lepas operate ni 013938xxxx

  58. Sdra Ikhwan…smoga cepat sembuh

  59. Salam. saya telah mgalami meniskus lutut koyak pd 7.4.13. Doktor mengesyorkan saya utk buat pbedahan. Ttp saya telah keluar drp wad & bcadang utk mbuat fisioterapi shj. Adakah kcedarran ini boleh baik dgn mbuat latihan fisioterapi shj. Proses utk baik selepas pbedahan yg lama membuatkan saya tidak menjalaninya kerana perlu menjaga anak yg masih kecil.

  60. Alin…kecederaan meniskus lutut anda dengan kecederaan pcl atau acl seperti yang saya alami adalah berbeza. Saya tidak mengalami kecederaan meniskus dan tidak ada pengalaman pembedahan meniskus. Setahu saya, meniskus ialah tulang lembut yg trdapat di hujung tulang peha dan hujung tulang kaki pada bahagian sendi lutut. Fungsinya ialah menyerap hentakan atau pergeseran di antara keduanya. Jika meniskus koyak atau tercedera…fungsinya akan terganggu, dan mungkin rasa sakit atau lutut rasa seperti terkehel. Saya tidak pasti jika meniskus boleh sembuh jika dirawat secara fisio. Nasihat saya..kurangkan pergerakan yang terlalu lasak dan gunakan pendekap kaki. Terima kasih Alin.

  61. Dr Balakrishnan telah meninggal dunia petang tadi. Harap maklum.

  62. Siapa dr yg sdra maksudkan….Dr Balakrishnan atau Dr Baskaran?

  63. ArienAlferdArthur

    Ada dgr jg cerita ni..mgikut info yang boleh dipercayai Dr. Bhaskaran yg dimaksudkan oleh Kingsley… saya pun bekas patient Dr. Bhaskaran, ACL done 2007…injured time main bola juga thun 2002 & study mcmana mau buat treatment ada org ckp RM20k ke atas utk kos operation, tp tu utk kos private hospital..pas tu ada kwn ckp HQE ada buat operation lutut jg, bru minta refer jmpa pakar ortho HQE.. Saya jmpa Dr. Bhaskaran la, terus dia bgtau kos & bila admit wad untuk operation.. saya punya kos time tu RM3,400 + tongkat RM70..pengalaman dlm Operation Theater sama la, Doktor & krew busy buat operation saya berbual-bual dgn pakar bius smbil tgk dlm monitor proses pembedahan.. abis bius separuh bdn ja..kasi pendek cerita percentage operation lutut berjaya ka tidak bergantung dgn patient juga, operation cuma 10% ja.. post operation kena ikut apa nasihat doktor & pakar fisio..time di HQE saya jumpa doktor bhgn Sports Clinic, Dr. Mariam…kalau injured terus buat operation tu step paling baik, sebab muscle masih ada.. kalau mcm saya mau 5 thn ba bru operation muscle2 pun tidak fit sdh.. tapi sekarang saya sudah boleh main bola & buat aktiviti lasak.. tapi kena trainning utk build up muscle juga la..7 thn juga saya jumpa Dr. Bhaskaran & yg last 28/03/2013 dia ckp kta jmpa lg thn depan…kalau betul ni cerita memang tekejut dan terasa jg la kesannya sebab sudah biasa dgn Dr. Bhaskaran..saya search maklumat berita yg saya dengar pasal Dr. Bhaskaran tp dpt masuk ni blog saya kongsi la pengalaman ckit…

  64. Terima kasih atas perkongsian semua. Saya telah berjaya melakukan pembedahan ACL pada 7 bulan lepas. Lutut yang dibedah nampaknya lebih sihat dan kuat daripada sebelumnya. Terima kasih kepada blog ini yang berkongsi informasi kepada saya sebelum pembedahan lalu.

    Namun saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan kos pembedahan yang berbeza antara rakan-rakan semua. untuk makluman semua kos pembedahan saya adalah berjumlah RM 7,800 dan dijelaskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum saya melakukan pembedahan (saya tidak perlu menggunakan wang sendiri lansung). Bagi kes yang tidak memerlukan pembedahan segera, saya sebagai kakitangan kerajaan boleh memohon tanggungan kos pembedahan terus kepada JPA. Kos tersebut termasuklah pendakap kaki dan peralatan-peralatan lain yang digunakan kecuali tongkat.

    Untuk makluman kawan-kawan semua, pembedahan tersebut saya lakukan di hospital kerajaan. Oleh itu kos pembedahan telah ditanggung menggunakan GL kakitangan kerajaan (tidah termasuk RM 7,800 kos peralatan yang dipohon daripada JPA).

    Jika kos pembedahan tersebut dicampur dengan kos peralatan pembedahan yang digunakan, saya percaya perbezaan harga antara hospital kerajaan dan hospital swasta tidak jauh bezanya.

    Sebagai kakitangan kerajaan, saya berpendapat kemudahan yang disediakan di hospital kerajaan kini sudah hampir setanding dengan hospital swasta. Malah keseluruhan kos ditanggung kerajaan menyebabkan saya memutuskan untuk menjalankan pembedahan di hispital kerajaan dan ternyata pilihan saya tepat. Walaupun layanan yang diterima mungkin tidak sebaik hospital swasta namun saya sangat berpuas hati dengan rawatan dan kemudahan yang disediakan (peneman juga dibenarkan berada bersama-sama saya semasa berada di wad).

    Terima kasih.

  65. Terima kasih Arien dan Nazril @ xXx…maklumat anda sangat berguna.

  66. Pingback: Edu4U | Dr. Baskaran: Doktor Yang Membedah Lutut Saya Meninggal Dunia

  67. Takziah. Dia (mendiang Dr. Baskaran) juga yg lakukan pembedahan kecil memasukkan pin besi di pangkal ibu jari tangan kiri saya.(closed reduction internal fixation)..takziah.

  68. Takziah kepada keluarga mendiang… Mohon maaf kepada keluarga dan warga otopedik HQE, saya baru tau khabar sedih ini pada pagi tadi apabila buat review di HQE 2. Memang perasaan saya hari ini sangat berlainan apabila melangkah masuk ke HQE 2 pagi tadi. Saya berjumpa dengan jururawt yg selalu membantu semasa review di bilik 8. Kata nya hari ini dr.kunalan yg akan membuat pemeriksaan ya sambil tersenyum. Sampai giliran saya di pereksa.. Selepas siap pemeriksaan saya bertanya kpd dr.samsul dan jururawat tadi..Dr.Baskaran bercuti hari ini? Mereka memandang antara satu sama lain. Cikgu tidak tau ka? Ehhh dr dah berpindah ka jawab saya? (Adoiiii bikin malu la) terasa saya ni x mengikut perkembangan semasa betullah… dr.samsul memberitahu saya yg Dr.Baskaran dah meninggal pd 17April lepas… Terkejut beruk saya mendengarnya… Dan terdiam seketika macam saya tidak percaya dengan apa yg saya dengar. Lidah kelu x dapat brkata2 masa tu…sedangkan saya baru terbaca di blog ini macam ada yg menceritakan yg dia baru dibedah oleh dr.baskaran..nampaknya saya tersalah lihat x baca yg rakan ini dibedah 7 bln lepas cuma tarikh posting pada hari dr.baskaran meninggalkan kita semua..rasa bersalah pula saya tau. Sebab lambat tahu berita ini. Dan apa bila recall balik 17hb April saya memang berada di KK. Adaurusan sedikit…sedihnya hati kerana x sempat berjumpa dengan mendiang utk kali yg terakhir.

    Apa2 pun Dr.Baskaran merupakan seorang doktor yg sangat baik dan berdidekasi dalam menjalankan tuganya.. Saya masih ingat semasa saya buat temujanji dengan mendiang…
    Dr.Baskaran :Lee you saya akan bedah pada bulan Jun 2012 ya.. Boleh tak.. ?
    Saya: Saya ok saja dr….
    Dr.Baskaran: ehhh sekejap Lee..kalau 31hb oct (2011) awak boleh datang tak? Kita lakukan Pembedahan lutut awak tu.. Saya batalkan cuti saya pada hari itu kata dr.baskaran.

    Saya: boleh dr. Saya ok saja.

    Lihatlah komitmeny dr.baskaran keatas pesakit dan tuggasnya. Sanggup batalkan cutinya semata2 untuk merawat pesakit..sampai sekarang saya kagum dengan semangat kerja dr.baskaran.

    Dr.Baskaran JASAMU TAK AKAN KU LUPAKAN SEHINGGA AKHIR HAYAT. TQ FOR EVERYTHING.

  69. Assalamualaikum, cikgu, saya juga baru lepas buat pembedahan ACL reconstruction dan meniscus repair. Jumlah yg saya kena bayar adalah rm4300 sekali dgn knee brace.Saya cedera ketika bermain ragbi 2 tahun lepas. Pengalaman cikgu dgn saya lebih kurang sama. Saya cuma ingin bertanya, berapa lama cikgu ambil tempoh utk berjalan semula? Saya juga lakukan fisio di rumah 3 kali sehari, skrg sudah sebulan lebih tp masih sakit utk berjalan.

  70. Terima kasih sdra Shafiq….sila baca entri forum sebelum ini. Jwpan pertanyaan sdra sama seperti penjelasan kpd pertanyaan rakan2 sblum ini.

  71. Slm ..Saya sekarang di hospital demc shah alam utk acl recon lutut kiri saya.. Pada tahun 2005 saya dah buat utk lutut kanan..kos skrg di private memang around 20k..dulu pada 2005 around 13-15k..begitu cepat kos meningkat,another 10 years berapa lah pulak kosnye..tapi Alhamdulillah x keluar sesen pon sekarang sebab ada medikal kad prudential takaful..pada kawan2 diluar sana dapatkanlah medikal personal sendiri.. Sgt membantu terutama dlm keadaan kritikal begini..

  72. Terima kasih Sdra Ahmad…informasi yang sangat bagus untuk tatapan semua.

  73. Salam…seronok baca perkongsian maklumat di sini..
    Saya mula mengalami kecederaan pada lutut kanan ketika umur saya 22 thn semasa bermain bolasepak. Setelah dua kali mengalami kecederaan di tempat yang sama, saya rujuk doktor di Hospital Besar Kuala Terengganu (kini dikenali Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)). Pemeriksaan fizikal dan teori mengesahkan saya mengalami kecederaan ACL. Saya hampir membuat pembedahan pada tahun 2002 namun terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal di HSNZ. Oleh kerana ketika itu saya masih belajar di UiTM Dungun, saya terpaksa membatalkan terus hasrat saya untuk menjalani pembedahan kerana kekangan masa dan mahu fokus pada pengajian. Namun saya masih lagi mahu bersukan dan kedegilan saya menyebabkan saya mengalami beberapa kali kecederaan di lutut kanan sehinggalah kali terakhir pada akhir Jun 2013. Rasanya sudah lebih 6 kali saya cedera di lutut kanan. Kini umur saya sudah 34 tahun dan kesan menggunakan lutut yang cedera ini sudah mula dirasai. Saya mengalami kesakitan sepanjang masa termasuk ketika bersolat. Walaupun kesakitan itu boleh ditahan namun saya tidak sanggup untuk terus membiarkan ia mengganggu kehidupan saya. Saya mahu kembali aktif bersukan tetapi takut untuk menjalani pembedahan. Saya bimbang lutut saya tidak akan pulih seperti biasa dan mungkin keadaan menjadi lebih buruk. Saya pernah dengar ada orang yang tidak sembuh setelah pembedahan malah keadaan lebih teruk apabila lutut tidak dapat dibengkokkan. Mohon pendapat saudara. Sekarang saya bekerja dengan jabatan kerajaan dan pembedahan yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan hanya boleh dilaksanakan di hospital kerajaan….terima kasih.

  74. Pada mulanya saya juga ada perasaan seperti yang tuan alami….. takut untuk melakukan pembedahan…walaupun rasa sakit semakin tidak tertanggung serta kecederaan (terpelecok) yang berulang-ulang. Saya juga memikirkan apa akan berlaku jika saya tidak membuat pembedahan…..sudah tentu segala-galanya mengganggu urusan, pergerakaan serta fikiran…Pada waktu sama, keinginan untuk beraksi secara normal dalam sukan yang diminati nampaknya masih membara. Kerisauan akan berlakunya kegagalan pembedahan lutut …itu wajar dan normal, disebabkan cerita atau pengalaman orang lain. Tapi itu semua saya ketepikan selepas mengikuti beberapa sesi pertemuan dan perbincangan dengan doktor pakar yang membuat pembedahan. Daripada beberapa siri perbincangan itu juga saya mendapat keyakinan untuk membuat keputusan melakukan pembedahan. Buat sementara, keinginan untuk aktif bersukan saya ketepikan. Alhamdulillah…selepas melalui semua itu, saya boleh aktif semula bersukan mengikut kemampuan fizikal dan usia yang semakin meningkat. Semoga dapat membantu tuan membuat keputusan yang terbaik. Terima kasih di atas perkongsian…

  75. Info yang sangat berguna, sebelum itu, cikgu mengajar di mana?saya berasal dari keningau tapi belajar di UiTM S.Alam, jadi terpaksa buat pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR). Kos RM 5060 (acl recon & meniskus repair kit temasuk braces & crutches ). Kos ditanggung oleh pihak UiTM termasuk bil wad. Baru buat pembedahan bulan lepas 19/8/2013 oleh Dr. Peter. Semasa pembedahan, bius separuh badan paling merisaukan (lebih kurang 3 kali kena cucuk), sampai sekarang masih ada kesan. Selepas 5 minggu, saya boleh bengkokkakn kaki sehingga lebih kurang 140 darjah tapi masih bengkak.

  76. Assalamualaikum wrt wbt

    Saya surf pasal lutut lari alignment nie… ACL
    Lama dah terfikir nak buat operation tapi tetangguh tangguh…
    Insyallah 28 Okt 2013 nie kena rujuk klinik orthopedik Hospital Sultanah Nurzahirah kuala Terengganu

    Rasanya dah ready nak buat dah… bila baca info kat sini lagi LAGI POSITIF NAK BUAT… TERIMA KASIH PADA TUAN BLOG

    lutut kiri saya cedera tahun 2005 lagi…main futsal.. sekarang nak bersukan kena hati2… silap terpijak mmg jatuh terus lah… kalau lari laju je macam sendi tak stabil .. rasa mcm loose je..

    nak lompat lagi takut…

    Hari ni… lutut takleh bengkok 100% masa solat…
    kes nya… gatal-gatal terjun trak askar ( masa latihan Askar Wataniah kat Besut hari Jumaat 4 Okt 13,) hasilnya jalan terhencot- lutut bengkak.. radang…

    Sekarng dapat MC 3 hari.. duk umah… Selasa masuk mengajar kat Politeknik sekajap.. lpstu sambung balik latihan AW kat Besut ( Khidmat Bakti ngan Komuniti..Pameran dan sbgnya )

    Pengalaman tak de lagilah… tapi pernah ada sahabat lain yg buat operate… jenis cerdik dan berstartegi.. siapa ambik medical card takaful.. lps 3 bulan.. pi main futsal semula.. bila kena sekali lagi.. terus masuk hospital swasta dan buat operate 20k++.. takaful tanggung..

    kes saya.. maybe buat appointment dulu dan setkan jadualnya slps setle segala apa dokumen perlu utk serah kat JPA macam XXX tulis kat atas… ( goverment staf )

    Terima kasih cikgu..

    Insyallah giliran saya yang akan menempuhi pengalaman ini…

    Semoga Cikgu diberkati Allah dan doakan saya selamat dlm operation nanti… amin

    terima kasih sekali lagi..

  77. As salam &salam sejahtera.
    Byk sungguh info yg sy perolehi disini.

    Utk makluman, hari nie hari ke-5 sy operation utk pcl yg completely putus. Semalam br dpt discharge dr hosp pantai bt pahat. Alhamdulillah kos almost 16k ditanggung oleh insurans.

    Sblm operation tempohari, hampir 5 x sy berulankali m’baca pengalamn yg cikgu coretkn utk panduan + persediaan mental. Kiranya byk m’bantu persediaan sblm masuk ot.

    Skrg dlm proses rehab utk pulih sepenuhnya. Mungkin kalu kwn2 kt luar sana yg ada pengalaman ape bentuk senaman yg wajib dilakukn dan kekerapan yg perlu dlm sehari. Mungkin akan dpt jd panduan bg yg lain.

    Terima kasih

  78. Sya ad wat pembedahan lutut gak ACL bius separuh badan. tpi selepas selesai pembedahan sya x boleh kencing langsung ! , selama 2 hari , so kene pakai tiub , yg sya nk kongsi nie , dia masuk kan tiub ke dalam pundi kencing , dia punye sakit !! Masyallah , Allah je la tahu , nk gerak punye la ngilu , kaki yg opretion x sakit yg jd seksa anu . hahaha

  79. Assalam, sy pernah melalui pembedah ACL pada Oct 2003 pd kaki kiri di Hospital Tawakal KL, pada 2007 melakukan skop n tisu repair pd lutut kanan n PRP. Kedua-dua kecederaan berpunca dari kemalangan jatuh motor pada 1995 dan dibawa ke hospital Tawakal dan kecederaan dalaman ini tidak dikesan melalui x-ray.

    Selepas itu sy masih membuat follow-up dgn dr pakar swasta dan sy buat juga fisio di hosp k’jaan dan jumpa dr k’jaan gak dan disarankn utk suntikan pd sendi lutut PRP (sbb kes byr sendiri @ guna Insuran sendiri dan waiting list di govt hospital)

    Pada May 2013, sy jatuh motor lg walau pun tak teruk (sy boleh bangun semula dan bawa motor utk buat report dan keklinik biasa dptkn rawatan kecederaan luka-luka dan lupa pd lutut kiri). Minggu berikutnya sy bercuti (company insentif trip ke Belanda) selama 1 minggu. Memang masa tu kepala lutut sedikit bengkak, tp tidak mengalang utk bercuti.

    Di pendekkn cerite, sekembali ke M’sia dan bengkak da susut, sy ke Tawakkal (sbb sy rasa lutut lari). Dr kata munkin ACL lama berulang @ PCL dan MRI dibuat n konfirm PCL. Dr Pakar Tawakal saran operate pd Sep 2013 tp sy minta alternatif lain dan tunda.

    Minggu lepas semasa bjln dan berlari-lari anak, lutut tercedera dan tersa panas dan susah utk berjalan. Konclusinya bsok sy terpaksa juga membuat suntikan utk meredakan kesakitan.

    Pengalaman post ACL memang tidak dlupakan, Jd munkin sebagai nasihat

    1) Jgn ambil ringan kecederaan lutut dan jumpa dr secepat munkin dan ikut nasihat dr
    2) buat PERSEDIAAN MENTAL seckupnya dan sedikit research
    3) Post operation penentu samada pemulihan itu berjaya @ tidak.

  80. salam..
    saya juga telah mengalami left anterior cruciate ligament and mesisus injury dan memerlukan pembedahan..
    maaf mungin persoalan saya ini agak kurang sopan..

    saya ingin mengetahui dimanakah bahagian yang akan dibius dan masalah untuk membuang air kecil dan perlu dimasukkan tiub..
    adakah sakit ketika memasukkan tiub ke dalam ** dan bagaimana proses itu dilakukan..

    maaf sekali lagi sekiranya persoalan saya ini agak kurang sopan..

  81. Terima kasih Hj Mie…maklumat yang bagus untuk perkongsian bersama.

  82. Sdra Mamat..
    Soalan 1: Di manakah bahagian yang akan dibius?
    Jawapan: Bahagian yang dibius ialah antara sendi tulang di belakang pinggang.
    Soalan 2: Masalah membuang air kecil dan perlu dimasukkan tiub.
    Jawapan: Tidak semua menghadapi masalah ini. Mungkin bergantung juga kepada kuantiti air yang diminum sebelum pembedahan. So…kena puasa. Jika terpaksa juga, tiub kecil akan dimasukkan melalui saluran xxx menggunakan tangan secara perlahan-lahan…dilakukan oleh dr atau staf hospital. Kebetulan semasa buat pembedahan dahulu, pesakit di sebelah katil saya melalui prosedur tersebut…tiub bersambung dengan pundi plastik untuk menakung air kencing yang keluar. Thanks sdra…

  83. salam tuan…

    saya mengalami kecederaan lutut kiri pada tahun 2009 semasa main badminton..sy aksi dalam sukan2 lasak seperti ragbi dan jungle tracking..masa terkena, rs tersangat sakit dan ada bunyi ‘pop’ yang agak kuat..
    esknya trus ke Hospital ampang dan bl x-ray doktor kata xda msalah..dr beri tempoh 2 minggu dan kl masih sakit, jumpa blk slps 2 mnggu utk buat MRI

    slps smnggu sakit hilang 85% dan yang ada hanya rsa ngilu kt lutut jika bengkok msa naik tangga dan solat..msa tu sy anggap ianya biasa dan x ke hospital(sbb rs mcm dh makin sembuh)..dan tak lama lps tu sy blh aktif blk..namun rsa ngilu berterusan..lama2 ngilu hilang kemudian menjadi semakin sakit terutama masa mula2 nk lari dan masa nk henti lari..agak perit jgk rasanya..jd sy ambil kputusan utk berhenti bersukan pd usia 28thn..

    lps berhenti, masalah lain timbul..berat badan naik mendadak shingga mencecah 110++ kg dan lutut lg sakit dr dlu..
    soalan saya (a) adakah ianya tanda2 kecederaan ACL?
    (b) ada x option lain selain operation?sbb sblm ni dah 3 kali opration(2 kali clavikel patah,skali buang
    gall blader sbb pecah).pengalaman opration ni mmng perit kl blh xnak dh.

    fuhhh..pnat menaip 🙂

  84. Salam Jehe….terima kasih kerana sudi berkunjung dan berkongsi pengalaman… A) Kemungkinan sdra mengalami kecederaan ACL, tapi tidak sampai terputus….seperti kes saya terputus ACL dan PCL, menyebabkan lutut selalu terlepas/terkehel….he he mcam ada rima L pula.
    B) No komen…..mungkin ada pembaca lain yang sudi berkongsi pengalaman
    Walaupun ACL sdra tidak terputus, rasa ngilu kemungkinan disebabkan ACL kendur disebabkan kecederaan yang agak teruk…menyebabkan pertembungan antara tulang paha dan kaki = terkehel. Saya menasihatkan sdra supaya berusaha menurunkan berat badan….kerana saya sendiri mengalami kesakitan di bahagian bekas pembedahan apabila berat badan saya bertambah. Thanks.

  85. Saya dah wat operation ACL skang dalam tempoh pemulihan lagi. Mengikut pengalaman saudara berapa bulankah tempoh lutut boleh bengkok habis?? Skang sy dah 2 bulan lebih nak masuk 3 bulan, boleh bengkok 120 darjah je..
    Risau gak lutut ni jd keras. Sy wat fisio sndri je sbb dah start keje susah nk fisio kat hospital. Minta pandangan tuan. Terima kasih.

  86. Sdra Asry…saya sendiri pun tak boleh bengkokkan lutut sepenuhnya walaupun selepas 2 bulan. Sdra teruskan fisio dan senaman-senaman ringan. Smoga cepat sembuh. Thanks

  87. yusri maszani

    asallammualaikum cikgu…best bca blog nie…komen2 nya…saya nak tnya..seblum cikgu buat pembedahan ada lutut cikgu ada berbunyi…krekkkk…mkin2 waktu nak rukuk…pls…kwn2 cikgu dlam nie yg ada pgalaman yg sya maksud kan tlg komen ya….

  88. Wa’alaikumussalaam Warahmatullahi Wabarakaatuh…..sdra Yusri…sebelum pembedahan dahulu tidak ada pula berbunyi seperti itu (ketika melakukan apa juga jenis pergerakan). Tetapi hal yang selalu berlaku ialah lutut kerap terpelecok, terlepas atau terkehel. Sakitnya… ya Allah… masih trauma sehingga sekarang. Thanks sdra Yusri.

  89. Laku gak topik ni kan.. 🙂 Skang ni dah jd mcm perkara biasa je ACL injury ni..Sapa2 yg xtahu pasl injury ni bleh dikatakan mcm org yg x aktif dlm sport..hehe Sy tanya Doc. pun dia ckp tiap2 mggu ada je kne wat operation lutut..dia pun xpaham..hehe Klu dah ramai gini bleh wat persatuan dah..hehe

  90. Sdra Asry..heh he…molek juga cadangan sdra Asry…persatuan ACL/PCL Malaysia…? ada juga yg baru mengaktifkan diri dalam sport …dah terkena

  91. Assalamualaikum….

    Saya baru je jatuh Jumaat lepas. Lutut terpeletok sakit yang amat Allah je yang tau macam mana sakitnya siap pengsan lagi. Sekarang kaki bersimen akibat lutut yang tak stabil lansung kedudukannya. Seminggu lagi mungkin kena buat MRI atau jumpa pakar di hospital Selayang. Soalan saya:
    1) Kalau kaki yang tengah sakit ni memang kena biar rehat je ke untuk hilangkan bengkak? Ada yang suggest saya
    pergi urut tapi saya tak berani sebab masih terkenang kesakitan masa lutut terkeluar.
    2) Jangkamasa yang diambil untuk pulih adalah lebih kurang 6 bulan…dalam masa 6 bulan tu adakah kaki kita ni akan terasa sakit lagi…

    Terima kasih nak saya ucapkan pada tuan blog sebab dalam fikiran saya ni semua yang negatif je keluar…takut semua ada…tapi lepas baca ni timbul la sikit semangat untuk saya…

  92. Salam cik syikin n semua,

    Kalau betul cik kena ACL memang dinasihatkan buat operation tu.. sebabnye nanti bila dah berusia mungkin kesakitan akan lebih cepat terasa sebelum masanye..sy dah operate lebih kurang setahun n skrg sy dah boleh bersukan balik macam biase..yg paling penting sekali fisio tu mmg kena rajin buat..kalau malas or xdengar cakap doc mmg susah nak sembuh..sakit tu mmg xde dah lepas operation tp trauma tu tetap ade hehe..so better buat je operation n fisio dgn kerap..jangka masa utk berjalan dan kaki utk bengkok macam biasa dalam mase sebulan je.. dalam 2 bulan dah boleh jalan macam biase..cuma utk bersukan or aktiviti lasak kena rehat dalam setahun utk betul2 elok.. just my 2 cents..salam

  93. saya telah membuat pembedahan ACL dan Meniscus pada 19.02.2014 di H.Q.E.K.K 2 selama lebih kurang 4-5 jam. kos pembedahan rm5.5k, tidak termasuk bil hospital. pakar bedah Dr Tan C.W.

  94. As salam..
    Sy pn dpt rasa pengalamn mcm tuan. sy operate pd 6.05.2013 disbbkn ligamen putus dan miniscus koyak. sy buat operation slps 3 taun trjdi kecederaan ni. kini dh setaun brlalu slps operation. kini sy dh blh brlari tp x selaju mcm dulu. Dpt berlari pn dh rasa syukur sgt2 brbnding sblm operate sbb nk jog pn sakit kaki. kini sy dh blh main bola dan badmnton. soklan sy pd tuan 1) wktu melompat ada x bunyi mcm kruk2 kat lutut. sbb sy ada bunyi mcm 2 tp xlah sakit.cma da bunyi mcm 2 jela. 2) wktu bersila ada x lutut tuan mcm trlepas skrg ni? sbb sy kdg2 ada jd mcm 2. kaki sy xleh nk straight dlm 1 minit mcm 2. sy urut2 sikit pas 2 bru leh straight. sy tnya dr mgkin dsbbkn miniscus. dr pglaman tuan lak ada x jd mcm ni? sy jog n brlari xdak mslh. Skrg ni mcm sy trauma sikit nk brsila. MOhon tuan sudi brkongsi pglmn tuan. TQ

  95. salam,
    saya baru berusia 19tahun. saya mengalami kecederaan kerana jatuh dan hentakan kuat di lutut semasa saya berusia 18tahun. semasa jatuh saya hanya pergi klinik untuk mendapatkan rawatan sehinggalah 2bulan kemudian baru saya ingin follow-up ke HUSM kerana lutut saya selalu bengkak, lutut terasa give-away, lutut selalu berbunyi pop dan lutut saya akan tetiba locked.

    saya selalu berjumpa doktor pakar dan hasilnya doktor susah nak detect masalah saya kerana keadaan lutut saya kedua-duanya dapat membengkok melebihi paras yang sepatutnya. saya selalu dihantar ke fisioterapi dan berjumpa doktor pakar tetapi masih tiada hasilnya. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk melakukan MRI di hospital perdana yang mengambil kos RM850 untuk sebelah kaki. report diambil saya diagnosed mengalami medial meniscus injury. saya mengambil keputusan untuk follow-up dengan HUSM kerana kos rawatan perdana yg mahal berbanding HUSM. saya perlu menunggu 1bulan sebelum follow-up dengan doktor pakar di HUSM.

    apabila report ditunjukkan, doktor menyatakan yang saya mengalami meniscus tear dan ACL tear, kos rawatan semuanya diangarkan RM4700. Alhamdullilah saya tak perlu menunggu lama dan doktor memaklumkan untuk melakukan pembedahan seminggu kemudian, tapi kerana kekangan masa saya minta tarikh 2minggu kemudian.

    hari yang menyedihkan semasa pembedahan dilakukan saya memang separuh sedar dan mendengar bualan doktor yang menyatakan pcl saya koyak tapi pembedahan tak dapat dilakukan lagi kerana meniscus saya menutupi ligament tersebut. doktor juga menyatakan menisus saya terpaksa dibuang dan tidak dapat disembuhkan kerana keadaannya yang rosak teruk. saya akan mengalami penyakit artharitis lebih awal dari sepatutnya iaitu 2-6tahun nanti.. iaitu semasa usia saya baru menginjak 25tahun.

    lutut saya kedua-duanya bermasalah. saya masih lagi tidak mengetahui keadaan kaki saya di sebelah lagi kerana masih lagi tidak menjalankan MRI.

    sekarang saya masih menggunakan tongkat dan menunggu masa pembedahan untuk pcl dan mungkin melibatkan juga acl.

    siapa-siapa yang membaca tulisan saya ini, tolong dan tolonglah lakukan pembedahan jika diminta jangan minta tangguh supaya tidak terlambat dan tak mengalami nasib macam saya..

    :: saya ditawarkan untuk temuduga ijazah perguruan tapi saya terpaksa menipu mengatakan saya tidak mengalami masalah kesihatan kerana bimbang tidak diterima sedangkan saya betul-betul tidak boleh aktif lagi memandangkan meniscus saya sudah dibuang.. ini membuatkan saya serba salah dan tak bersemangat untuk pergi menghadiri temuduga tersebut..

    life is difficult right?

  96. Terima kasih sdra Eady….1. Semasa melompat, lutut saya tidak pula ada bunyi seperti sdra. 2. Saya akui kadang kala berlaku lutut terlepas….tetapi amat jarang…terutama sewaktu hendak berdiri dari keadaan bersila.Jadi kena berhati-hati. Tq

  97. Terimakasih yang tak terhingga kepada sdri cik gadis kerana sudi berkongsi panjang lebar pengalamannya di ruangan blog saya. Semoga sdri sentiasa tabah dan semoga cepat sembuh.

  98. sdri Syikin.. Maaf tak dapat respon…kadangkala kesibukan…adakala kemalasan menulis melanda diri. 1. Kesakitan disebabkan ligamen lutut akan surut dlm masa seminggu atau lebih. 2. Rajinkan diri sdri membaca setiap catatan pembaca …mungkin ada jawapannya…thanks .

  99. Semoga sdra Mo’s cepat sembuh….thanks.

  100. Assalam.. cikgu, terima kasih atas perkongsian di comment di atas dan saya sgt teruja membacanya.. ini kerana saya disahkan ortho surgeon dan juga radiologist MRI bahawa ada complete acl tear atau acl putus. Skarg tgu persetujuan saya utk operate bila.. Saya nak tanya adakah selepas pembedahan cikgu buat dulu, kini cikgu dah boleh duduk antara dua sujud seperti normal. Masalah mencangkung macam mana, dah normal ke.. dlm kes saya ni, dah sebulan sejak injured, saya masih boleh jalan macam biasa.. tu yg lemah semangat bila nak kene operate.. mcm xpercaya ligamen putus..

  101. Wa’alaikumussalaam…sdra Niki…sejak operat dibuat saya boleh duduk antara dua sujud semasa solat. Mencangkung juga so far ok, normal…Alhamdulillah. Thanks Niki…

  102. Just my advise to all yg akan dan sudah melakukan operation ACL, rajin2 lah buat fisioterapi sebab kwn sy yg dah wat operation 3 bulan sebelum sy masih lg belum boleh bengkokkan kaki sepenuhnya sebab lutut dah keras akibat tidak melakukan pergerakan/senaman fisio.Alhamdulillah sy tiada masalah seperti tu. Ingatlah klu nk aktif semula ataupun nk cpt kembali normal rajin2 lah fisio, di rumah pun dah ok.. 🙂
    Tq

  103. saya telah ACL recon pada 5/6/13..masih menjalani proses fisioterapi,tapi masih ada sakit..otot paha lemah,boleh bg cadangan senaman utk kuatkn otot paha. 2 minggu lepas jumpa doc..medial miniscus koyak plak

  104. Saya buat pmbdhn lutut (maniskus terkoyak) pd 26.3.2014 lepas. Sekarang dah masuk 6 minggu saya dah boleh berjalan sikit2 tp hanya boleh bengkokkan lutut 95 shj. Saya susah hati gak bila doktor ckp yg progress saya agak sedikit lmbt krn patutnya target dia skrg sy dah boleh bengkok lutut 120 drjh. Nak buat fisio 3 kali sehari mmg saya x dpt buat sbb saya terpaksa jaga anak dan rumah tangga jd byk kekangan. Bila pergi fisio, mmg selalu la fisioterapis tu ‘kepak’ lutut saya. Mmg skt sgt tp sekurang2nya berbaloi. Disebabkan ssh hati dgn progress saya, sy cari maklumat tntg org yg prnh buat pmbdhan lutut ni. Bila baca pengalaman org yg operate lutut kat sini, saya jd bersemangat utk terus buat fisio. Mmg progress setiap org x sama tp yg pntg kena kuat semangat dan sentiasa buat fisio. Saya nak tanya sampai bila bengkak tu akan ada sbb smpi skrg lutut saya masih lg bengkak esp slps fisio walaupun x seteruk slps pmbdhan.

  105. mengikut nasihat fisioterapi sy..selepas setiap buat fisio kena letak ais,nk senang bole beli dkt farmasi..simpan dalam peti ais. Fisio mmg penting..50% operate 50% fisio, insyaAllah akan berjaya. Mmg kena kuatkan semangat..sy semakin pulih hampir setahun selepas operate. Ramai kawan sy yg berjaya dan bole main bola dll aktiviti sukan.

  106. Salam cikgu. Saye cume nak bertanye, selepas operation, ade tak masalah lenguh2 sewaktu hendak tidur atau rase ngilu jike tidur dlm suhu bilik yg sejuk..?

  107. Wa’alaikumussalaam sdra Ammar…jawapan: Pengalaman saya, selepas operation… saya rasa lenguh terutama di bahagian sendi yang kena bedah…dan memang rasa tak selesa di seluruh badan. Saya tidak pula rasa ngilu jika tidur dlm suhu bilik yang sejuk. p/s: bagi saya, mungkin kena elakkan tidur di bilik yang sejuk kerana bilik sejuk menghalang badan kita mengeluarkan peluh…seperti yang doktor nasihatkan dahulu, kesan bius itu akan keluar melalui sistem perpeluhan badan. Selepas kesan bius dah hilang …mungkin boleh la…Wallahu wa’lam…

  108. Salam..cikgu..sy pon pernah buat pembedahan mcn cikgu..tp sy lagi teruk a.c.l dan p.c.l.sy bedah lutut pada 20/10/12..sekarang dah masuk setahun dah..tp kos sy 5k jee..tongkat pinjam ngan kawan..sy nak tnye cikgu bila agak2 sembuh lutut.

  109. Wa’alaikumussalaam sdra Khairul…Soalan sdra, bila agak2 sembuh lutut? Jawapan: Sdra scroll forum ini dari awal……jawapan ada di sana. Bagaimanapun untuk sembuh sepenuhnya….bergantung juga kepada sesi fisio yang mesti dilakukan sekerap mungkin oleh kita sendiri. Wassalam.

  110. mohamed jasmin

    Salam cikgu.. Saya baru jalani op. Acl recon dan meniskus koyak lutut kanan pd 14.6.2014. Skrg ni dh boleh bengkok lutut dlm 120 degree cuma masih ada bengkak sikit kt lutut.Adakah itu normal cikgu?. Ikut pengalaman cikgu berapa lama rasanya saya boleh berjalan tanpa gunakan tongkat dan menaiki tangga? Singgah di blog cikgu ni byk mmberi smgat kat saya utk sembuh..

  111. assalamualaikum..semua,
    cikgu..semua soalan n jawapan yg berguna telah pun di jawap oleh cikgu dan kwan2 yg lain terima kasih.sy nk tya ttg kos yg kita dahulukan itu.kalau kita buat tuntutan utk kos tu berapa lama tempoh kita akan mendapat kembali kos yg kita dahulukan itu.maaf cikgu sekiranya soalan ini telah dijawap oleh cikgu @ kwn2 yg lain maaf yer sekiranya sy terlepas pandang.utk pngetahuan, wife sy akan menjalani pembedahan acl ni bulan depan.jd jawpan2 yg diberikan semua amat membantu utk kami membuat persediaan.terima kasih.

  112. Sy guru mengajar do sekolah oedalaman Sabah n disahkan kna acl pd 5hb 9 2014..18 HB 10 2014 sy akan bbuat pembedahan..trim a kasih tuan punya blog byk input yg sy dpt

  113. Wa’alaikumussalaam…terima kasih sdra Rostam. Maaf kerana lewat membalas pertanyaan sdra. Tempoh mendapat semula bayaran kos pembedahan…mengikut pengalaman saya, agak lama juga iaitu lebih kurang 8 bulan. Hal ini disebabkan dokumen sokongan seperti bil pembayaran dan surat pengesahan daripada pihak hospital yang tidak lengkap dari awal penghantaran. Apabila sdra menghantar borang pastikan dokumen lengkap. Kasilapan saya ialah menghantar salinan sahaja, sedangkan dokumen yang diperlukan ialah dokumen original. Kalau tidak silap, surat yg diperlukan ialah surat pengesahan bahawa rawatan tersebut tidak disediakan oleh hospital kerajaan, surat pengesahan rawatan dan invoice serta bil bayaran. Terima kasih.

  114. Terima kasih cikgu Hus…saya doakan semoga pembedahan sdra berjalan dengan selamat dan lancar…saya juga berharap cikgu dapat kongsikan pengalaman sdra di blog ini. Saya ada membaca di artikel berita baru-baru ini bahawa ada teknologi baharu rawatan pembedahan kecedaraan ACL/PCL. Artikel itu disiarkan oleh akhbar tempatan Sabah. Saya tidak tahu teknologi itu sudah dibuat di hospital2 kita atau tidak. Terima kasih.

  115. Insyaallah tuan..skrg ni sy tgh buat fisio persediaan sebelum menjalani pembedahan..fisio untuk menguatkan otot peha penting bilang Dr supaya nnt lepas pembedahan otot peha dh kuat n proses utk sembuh tu lebih mudah n cepat..pengalaman sy pertama kali kena ialah pd bulan 3 2012 dan yg kedua kena 4hb 9 2014..sy buat keputusan utk buat pbedahan selepas dgr saranan doktor..

  116. De gk sy dgr psl teknologi baru tu.. sy tau bile berite tv 1 war2kan.. pasal technology penyemaian miniscus.. yg selebihnye x bpe jelas…

  117. Assalamualaikum semua,
    Saya dah sakit lutut sebulan lebih. MRI baru2 ni tunjuk ACL koyak, PCL separuh koyak dan juga meniscus pun sama koyak..Doc cadang inject, boleh tahan 6 bulan dulu tapi kat swasta 2K lebih..sesiapa ada experience pernah inject sebelum tunggu operation?

  118. Injection x digalakkan kalo da koyak ngn sparuh koyak tu jwbnye mg kena operate… tp kalo ligamen tuan stage 1 maksudnye x koyak… tumpukan pd fisio sana…

  119. Assalamualaikum cikgu…
    Sy akan menjalani pembedahan acl n pcl kedua2 lutut sy pd 23/11/2014 ini.. Ada jga timbul rasa bimbang dgn kesakitan semasa proses bius, pembedahan, kesan bius n seterusnya kesakitan selepas pembedahan.. Blh cikgu bg sy sedikit info utk sy mengurangkan kesakitan2 tu nnt… N pada pendapat cikgu perlu tak sy membeli kerusi roda… Bagai mna sy nk buang air kecik @ besar dlm tempoh tu nnt… Tksh cikgu..

  120. Wa’alaikumussalaam…kenapa kedua2 lutut sekali bedah…adakah sdri kemalangan? Simpati dengan ujian yg sdri hadapi…semoga semuanya berjalan dengan lancar. Saya doakan agar sdri tabah menempuhinya…Untuk mengurangkan sakit, doktor pasti akan bekalkan ubat penahan sakit. Memandangkan pmbedahan melibatkan kedua2 lutut, saya fikir lebih baik sdri menggunakan kerusi roda. Nampaknya sukar juga untuk sdri utk melakukan pergerakan…terutama ketika membuang air besar/kecil…rasany memang memerlukan bantuan dari ahli keluarga. Banyakkan bersabar…dan redha dengan ujian ini. Saya juga harap sdri akan mencoretkan pengalaman sdri apabila ada kesempatan. Terima kasih. Wassalam.

  121. Salam cikgu,,nk tmpang tanya,saya bru menjalani pembedahan acl putus dan miniscus koyak pada 2 tmpat,,saya jalani pembedahan di h.pb..ipoh..masalah saya,,bengkak diatas antara lutut dan paha saya tidak mahu surut,,bagaimana cara yg mudah saya nk hilangkan bengkak tersebut..kaki saya terasa mcm nak kejang je..

  122. Salam. Sy baru buat operation lutut pada 2.12.2014, setelah 2 mggu berlalu tetapi agak malang yg menimpa sy terjatuh pagi td tetapi selepas tu sy tak tasa sakit pada lutut, macam biasa, sy takut ligament yg baru terkoyak lg sbb dr ada pesan supaya jaga betul jgn biar jatuh, sy harap pengalaman cikgu semua?

  123. Salam cikgu…saya baru genap seminggu operate acl…19.5.2015…nak tnya cuba membengkok kan sendiri kaki perlahan2…adkah bahya kepada ligamen yg baru sambung tu
    or kena tunggu bape hari baru boleh gerakkan lutut???

  124. Salam, sy baru selesai operation ACL recontruction pada minggu lepas di Hospital raja permaisuri bainun, ipoh..
    Kos alatan pembedahan termasuk skrew , knee brace dan tongkat yg perlu dibayar rm4800..
    Malam pertama setelah operation dan kesan bius hilang mmg agak myakitkan..hingga kini masih terasa ngilu dan sengal terutamanya pasa waktu malam.. Next week start fisio dan Berharap akan sembuh seperti sediakala dalam masa 2 bulan sekurang2 kurangnya boleh berjalan..

  125. Hi apa khabar semua? Semoga sihat ye wpun majoriti sudah buat acl, meniscus repair (trim) operation.
    Saya pun ada sedikit pengalaman nak dikongsi berkenaan meniscus repair (trim).
    Baru selesai operation pd 5/11/2016 lepas di KPJ Damansara, segala bil ditanggung company sampai kos buat pysio,Alhamdulillah syukur.
    Segala proses dr admit smpai la discharge mudah sgt.. ramai kwn2 ,sanak saudara dtg melawat dan tak putus2 berdoa jauh dan dekat.
    Bagi saya masing2 pengalaman agak berbeza.
    Tapi bius epidural (separuh bdn) paling tak boleh lupa 😢 Tp smgt nk baik punya pasai kena harungi.
    Muntah2 kesan bius mmg berlaku pd sy (segan pulak dgn staff2 Kpj). Diorg baik dan sabar melayan pesakit.Tkasih juga Dr Johan Ahmad byk bagi nasihat dan dorongan pd sy dan pesakit2 di bawah orthopedic lain.
    Tkasih admin dan semua kwn2 berkongsi pengalaman di sini..
    Perkara yg selalu difikirkan bila boleh jalan tanpa bertongkat? Bila boleh jogging semula? Bila boleh “normal” semula.. rajin2 pysio tau kwn2 semua..

  126. Terima kasih di atas perkongsian dari saudari Liza.

    Semoga cepat sembuh.

  127. ASKM Semua,

    Saya baru lepas buat MRI, dapati ACL putus dan menicus horizontal tear..Persoalan disini perlukah sya buat operation or just biarkan..sbb skrg masih boleh jalan mcm biasa tp limited movementlah..

  128. Wa’alaikumussalaam warahmatullaahi wabarakaatuh…

    Bagi saya, pilihan sama ada mahu buat pembedahan atau tidak, terletak dari diri sendiri. Kalau masih boleh berjalan tanpa ‘lutut terlepas’ secara tiba2…rasanya tidak perlu. Namun lambat laun akan tiba masanya sdra akan buat pembedahan juga akhirnya. Terima kasih.

  129. salam sejahtera cikgu…sya pun bru buat pembedahan lutut pd 2/8/2017 di normah medical specialist centre, kuching, sarawak kerana kemalangan pd 6/6/2017…nak buat d GH kene tunggu sampai bulan 10 thn ni paling cepat so kene la buat d hospital swasta…kena bius separuh badan spinal cord…tp sya ok xda rasa muntah2 lepas operation….cuma yg masalahnya sekarang…kaki saya ada bengkak sedikit dan terpaksa berbaring dgn kaki beralaskan bantal setiap malam…jd soalan saya nak tanya…adakah bengkak kaki itu normal selepas pembedahan dan sekiranya cikgu juga pernah mengalaminya dahulu, apakah caranya utk mengurangkan bengkak itu? ataupun dibiarkan sehingga waktu tertentu bengkak itu akan pandai surut dgn sendirinya?…terima kasih cikgu 🙂

  130. Terima kasih sdra Kenn dari Sarawak.

    Soalan sdra Kenn, apakah bengkak kaki itu normal selepas pembedahan. Jawapan saya berdasarkan pengalaman…. ya, saya juga mengalami bengkak kaki selepas pembedahan. Bengkak itu mungkin disebabkan luka pembebdahan. Saya tidak melakukan apa2 untuk mengurangkan bengkak selain dari mengikut nasih doktor dan juga melakukan fisioterapi seperti yg disarankan. Bengkak hanya beransur pulih pada minggu yg kedua selepas pembedahan. Semoga sdra Kenn segera sembuh.

  131. assalam…
    sy selalu sakit lutut lepas jogging @ pakai kasut tumit tinggi. skrg dh 3 hari tahan sakit lutut. Nk bengkok, cangkuk & jalan sakit lutut.
    Dah pergi klnk dktr bgtau lutut bengkak & bagi ubat sapu & tahan sakit jer.

    nk tnye pendapat..perlukan sy jmpa dktr pakar?

  132. sy doc bgtau dr kptsn mri ada meniscus tear.jd brp kos pembedhnnya dan seleps pembdhn sy xkn dpt bgn n uruskn dri sndri ke

  133. boleh sy tau bdg kje cg di pkg kerana cg kan cg.dipkg byk bergrk ke mcm msk klas

  134. maaf sdr… sy tak dapat jawap soalan anda kerana pembedahan lutut sy bukan mensicus tear, tetapi acl dan pcl. Walau bagaimanapun mungkin ada pembaca lain yg boleh menjelaskan jika mempunyai pengalaman pernah buat pembedahan meniscus tear. Terima kasih.

  135. bidang tugas di pkg tak adalah masuk kelas… tetapi memantau ke sekolah2 tu biasa.

    hmm mungkin sdr mahu bertanyakan kesukaran atau kesakitan akibat kecedaraan lutut ketika bergerak??…. kalau ikut pengalaman saya sebelum pembedahan dulu… memang agak sukar dan menyakitkan apabila setiap kali bergerak, terutama di tempat2 yg tidak rata, lutut sya selalu ‘terlepas’. Setelah pmbedahan, masalah lutut ‘terlepas’ itu tidak ada lagi. Cumanya, kalau berat badan saya bertambah…. maka kesakitan pula yg saya dapat rasa kerana tekanan di bahagian lutut yg pernah dibedah. Masalah itu saya boleh kurangkan dengan cuba sedaya mungkin mengurangkan berat badan.

    Kalau kecedaraan meniscus tear…. juga, mungkin sangat menyakitkan apabila terlalu banyak melakukan pergerakan.

  136. hai mima…. masalah lutut kita tak sama. Sdri mungkin hanya bengkak menyebabkan sakit pd bahagian lutut.

    Masalah sya pula acl/pcl yg cedera/putus… menyebabkan lutut selalu ‘terlepas’.

    Rasanya tak perlu jumpa doktor pakar. Kena tengok, bengkak itu disebabkan apa?…. kadang2 disebabkan alahan makanan. Mungkin juga disebabkan kasut tumit tinggi .. 🙂

  137. mmg skrg kaki sy dua2 utk berdri un dkt apa lg utk jln.tp tula skt ni benda yg xnmpkkn.walaupun sy da bg srt dan cite mslh pd bos.tp dia stil bg tgs yg agk brt utk sy yg cct dan skt ni.

  138. *asslmualaikum n evening suka sy baca semua komen dsini. sy seorg yg aktif sukan.sepakbola futsal bdminton. plari jarak jauh..mtb.2010 injured masa men futsal.kawan tendang blkg lutut n sy terus jatuh..kaki twist n bunyi pop. Terus bawa trauma ppum scan mri result acl koyak.masa tu umur 26.since that day sy dah xblh aktif bersukan. Bdn naik mendadak. Sy xnk op.. sy usaha alternatif… tetap sy xblh bersukan lasak. Dalam 2015 sy bersetuju dgn cdgan dr pakar orto n sy dibedah tnpa dr tu rujuk mri scan yg berada direkod ppum.doc repair medial meniscus n recon acl sy..

  139. Sy ingin kongsikn pgalaman sy. Ingin jg sy nasihatkn kwn2 yg dah tahu ade acl please buat op masa muda.. sbbnye mase muda proses utk sembuh tu cepat.. otot kita masih kuat n semangat masih kuat. Masa 1st op sy jun 2015 b4 masuk OT doc bg ubat penenang.dlm ot pakar bius cucuk epidural di tulang blkg dkat pinggang.. after that sy xsedar..sedar2 op masih dlm proses.. sy dpt lihat di skrin tepi sy doc gerudi.. ketuk dgn hammer.. sedut sisa dlm lutut.. n op tu lebih dari 2jam dari yg doc inform.. kuar dr ot.. sy nak muntah.. nurse bg plastik tp sy xmuntah.. dlm wad rasa nk muntah n nk buang air besar tp xboleh sbb kesan bius/epidural tersebut. Nurse masukkn ubat than sakit cecair selama 3 hari slepas op.. bila ubat tu abes… sy akan rasa sakit teramat… rasa daging lutut mcm disiat2..sy tetap tahan.. sy dpt kencing n buang air besar day 1 after op. Kesan bius dah hilang tp kebas pada kaki kiri yg di op tu masih ada sedikit. Day 1 morning tu sy bgun..tgok darah penuh atas katil n bandange yg balut lutut sy.. nurse cpt2 tukar b4 doc pakar dtg round pagi tu.. day 1 doc pakar bedah tu dah ajar sy utk fisio muscle n lutut.. day 2 baru sy berani pijak n guna crutches.. seperti sy kata td..sy masih terasa sakit sgt pada lutut.. akibat trauma op.doc bg sy discharge day 6. Sy mc n rehab di kl. Di kl fisio d ppum. Dressing luka setiap selang beberapa hari. Buka luka 2mggu after op. Sy pergi fisio drive sendiri. Naik trun tgga n lif utk ke tmpt fisio dr parking gunakan crutches.. syukur sbb d ppum peralatan fisioterapist sgt2 membantu proses muscle sy n pcepatkn sy bjalan tnpa guna dua2 crutches..sbln slps op jumpa doc.. luka pd lutut yg dibelah tak kering n ada infection. Doc pakar suh buat pembedahan kecil utk keluarkn skru. Skru tpaksa dkeluarkn bg mgelakkn infwction lg teruk. Luka tsebut tidak djahit. Then terus dressing di ppum setiap 3 hari.. sbb luka dalam.. fisio kena restart semula.. sy kuatkn smgt n bjaya bjlan tnpa crutches dlm masa 2bulan dgn fisio secara konsisten. N paksa diri exercise di rumah. Cukup setahun..sy aktif semula tp hanya join jamboree mtb n larian jarak 5km.. jamboree pling jauh 25km.. utk pgetahuan semua sy tiada masalah utk duduk dua sujud. Rkuk..mencangkung n naik trun tgga secara laju.. tp dsbbkn sy terjatuh basikal n terlalu byk jogg dtmpt keras. Acl sy yg recon tu jadi grade 3 semula n doc syor op skali lg utk retear. Dan sy setuju utk op semula.. sy di bedah pada 29 sept 2017 dan skrg baru day 3… day 2 sy sudah dbenarkn discharge..skrg sy rehat je kat rumah.. n 1st op dgn 2nd op byk bezanya bagi sy… nnt sy smbung.. yg ada acl tu jgn tangguh2.. terus je buat op..

  140. Hi saya seorang guru..tak lah active. Sebab setiap kali turu naik tangga ke kelas terasa lutut sakit pastu jumpa dr biasa jee ..di nasihat mkn glucosamine ubat sapu.. sakit lutut semakin truk turun naik tangga, bengkak..dan tak bole bengkok. Buat mri meniscu tear & patela rupture.. saya dah jumpa dua specialist seorg nasihatkan surgery keyhole dan seorang pulak nasihatkan suntik gel dulu…selepas suntik tasa ok 3 hari pastu sakit semula..

  141. Saya dalam dilemma? Nak buat surgery…sebab ada juga kawan yg beritahu lepas surgery masih sakit jugak?

  142. Maaf sebab tak dapat memberikan apa2 cadangan… kerana masalah lutut yang kita hadapi berbeza.

    Walau bagaimanapun, terima kasih banyak kerana sudi berkunjung ke blog saya dan maninggalkan catatan…. mungkin nanti ada kawan2 yg pernah ada pengalaman masalah lutut seperti cikgu, bolehlah sharing di sini. Terima kasih.

  143. Hi cikgu.perasaan brcmpur baur bila baca komen2 disini.saya mohon cikgu pm sy di wassap no 0198156554.sy nak tnya cikgu secara personal sebab dah 4 tahun dah kena acl ni kena time tournament futsal di miri sarawak.kena time sudden turning.merangkak keluar dari padang masa tu.mohon cikgi wassap sy atau pun tinggalkan no hp cikgu disini.ada beberapa perkara yg nak ditanya.terima kasih cikgu.

  144. Hi juga…. sdra Jeffery boleh pm saya mellaui whatsapp atau telegram 0138729110. Terima kasih.

  145. salam semua

    sy br didiagnos dgn kecederaan acl n meniscus tear…tp kecederaan ni dh lama br skrg buat pemeriksaan rapi…selepas buat mri br doktor sahkan yg sy cedera acl n meniscus tear…doktor nk buat mggu depan tp sy minta tangguh dulu hihihi….mcm2 alasan sy bg tp sebenarnya sy cr info dulu psl asl ni sebelum dan selepas pembedahan… byk info yg dpt disini yg memudahkan sy tuk wat keputusan samada nk buat atau tak…peratusannya tinggi tuk wat pembedahan…cuma nk tanya disini klu umur dah 42 thn… lambat ke nak pulih dari pembedahan tu atau bergantung pd fisio yg kita lakukan.

  146. Terima kasih.Nampaknya perkongsian tulisan cikgu memberi manfaat kpd kami pembaca dah bertahun2.
    Saya baru jalani ACL recon dan pembetulan knee cap yang beralih pada 21/11/2017 di Prince court medical centre. kos RM38k. mujur insurans tanggung.Gara2 main netball sempena sukan di pejabat.

    Sekarang dah masuk minggu ke5.Tapi lutut baru bole bengkok 90°. Itupun sakit sangat.Setiap hari 3 kali saya exercise tapi lutut rase nyilu dan mencucuk2.Berjalan masih pakai tongkat sebab lutut masih bengkak dan rasa ketat(sebab masalah knee cap tadi).

    Mohon cikgu bagi kata2 semangat untuk bersabar buat fisio dan bgmn pengalaman nak paksa bengkok kaki tu. Tkasih

  147. Terima kasih atas kunjungan sdra Mohd Sharin… untuk makluman sdra, saya buat pembedahan pada tahun 2011 pada umur 41 tahun. Beza umur kita tak jauh… untuk cepat pulih bergantung kepada usaha kita sendiri. Selain fisio… kalau sudah ok sikit kena rajin buat exercise sendiri… kekalkan atau kurangkan berat badan utk mengurangkan rasa sakit pada bahagian lutut disebabkan beban. Terima kasih.

  148. Terima kasih pn Nurul… kalau minggu ke 5 lutut boleh bengkok 90% itu kira dah ok. Dalam tempoh itu, saya juga masih rasa sakit dan lutut masih sedikit bengkak… seingat saya, solat duduk atas kerusi rasanya lebih dari dua bulan. Kata2 semangat..?… pn sudah pun sebut apa yg pn perlu buat… iaitu bersabar dan teruskan exercise. Jaga pemakanan untuk kekalkan atau kurangkan berat badan bagi mengelak beban berat badan kerana dari pengalaman saya juga, berat badan boleh menyebabkan rasa sakit di bahagian yg dibedah. InsyaAllah… semoga pn cepat pulih dan terus bersabar. Terima kasih.

  149. Saya berusia 35 tahun, baru 3 hari lepas terjatuh/terkehel lutut. Bengkak, sakit sampai naik demam. Kali pertama semasam main bola, Kali kedua masa buat aktiviti jungle trekking. Itu, masa 4 tahun yang lalu.

    Sekarang dah trauma sebab sudah 3 kali jatuh. Tengah memikir dan mencari solusi yang terbaik. Nampaknya solusinya ialah bedah. Tak tahu nak pilih hospital kerajaan atau swasta. Masih buntu.

  150. saya nak tanya tuan mmg terus bekerja di pkg atau mulanya tn jadi guru kemudian bertkr ke plg,boleh beritahu sy mcmana proses pertkrnnya.sbb sy nk bertkr ke pkg tp xtau cranya

  151. dengan keadaan dri sy yg cct dan skt tlg blkg dan kedua belah lutut sy coz oa n meniscus tear, untuk mengjr ank2 skrg mmg mncbr dan berhdpn dgn pentadbir dan staf sek yg slalu mempertikaikn dri su yg skt n cct ni btl2 skt bkn dibuat2 sgt sgt mencbr fizikal dan mental sy.biarla sy keluar dr dunia sek ni.tlg beri sy tnjk ajr tn proses utk pertkrn ke pkg ye bolehkn,terima ksh

  152. Hai…cikgu….sya terasa tertarik dengan blog yg cikgu lakukan kerana kita dapat berkongsi pegalamn tentang acl yg kita alami…..sya juga baru sahaja melakukan operate acl…..d sni sya ingin kongsikn pengalaman sya semasa melakukan operate acl….sya seorang aktif sukan semasa sekolah …semasa melakuan aktiviti sukan….sya mengalami kecederaan lutut yg teramat sangat….tetapi menjelang beberapa hri saya merasakn sakit itu sudah semakin pulih beransur-ansur…..tetapi ada satu ketika selepas peristiwa lutut sya cedera…lebih kurang 7 bln yg lalu…..ketika sya berjalan seperti biasa….sya merasakn lutut sya terlepas dan sakit yg teramat…..sya cuba utk berdiri tetapi tidak boleh….dengan secara paksa sya meluruskn kaki sya …..sya merasakan ada sesuatu bunyi seperti “pek” mungkin tulang paha dengan tulang lutut bawah bergesel…..tetapi selepas kejadian itu berlaku saya merasakn keselesaan sedikit kerana boleh berjaln kembali walaupun dlm keadaan sakit….walaubagaimnapun……krjdian ini berlaku sebanyak 3 kli…tpi bkn msa yg sma…..ada hti juga nak pergi jumpa dctor tetapi sya rasa perkara tersebut mungkin terseliuh dan boleh sembuh secara normal….semasa kejadian ini berlaku sya hanya memaksa meluruskn kaki sya….hingga merasakn tulang telah berbalik semula walaupun sakit yg teramat…..dan terakhir sekali sya kena pada 7.02.2018…..semasa kejadian tersebut….sya sudah tidak dpt melakukan apa2….walaupun sya cuba utk melakukan perkara yg sama utk memulih kn kaki sya…..dlm keadaan tersebut sya mmang 100 peratus tidak boleh berjaln hanya kwn yg hntar pergi ke hospital kecemasan…tiba d hospital staff hntar sya utk x- ray kaki….selepas xray….mereka mengatkn kaki sya tda ada apa2….mereka hnya memberi suntikn dan ubatt thn sakit….mereka jga menyuruh sya dtng utk buat oppoinment dktor….mkin ada sesuatu yg berlaku….dlm keadaan yg kurang selesa di sebabkn sakit yg teramat pada mlm selepas sya blik dri hospital….pada keesokan harinya sya dtg ke hospital yg sma utk buat oppoinment doctor….kerana risau sesuatu yg berlaku pada lutut ….staff hospital bgi sya tarikh oppoinment 1 bulan….sya fikir2 blik ….mcm nie tak boleh sbab kaki sya still sakit….dan sya ambil keputusan utk pergi ke privite hospital…..kerana sya ada insuran…tpi mulanya saya takut sbab ….sekiranya mereka membuat mri sya mesti membayar dgn jumlah yg bnyk….sbab sya pernah jga tanya kwn….klau buat mri dkt privite hospital lbih kurang 1700…msa skrang…..tetapi sekiranya mereka admit sya…..insuran full akan tanggung time tu sya gna prudential insuran mmang unlimited bill laa……nasihat sya bli la insuran utk memudahkn dan mengurangkn kos perubatan kita…smbung cerita…smpai sja d privite hospital….sya register dan pergi jumpa doctor….tpi doctor yg sya jumpa nie bkn dctor tulang …hnya doctor biasa….pndek crita doctor yg sya jmpa tu rever sya kepada doctor pakar tulang…..setelah jmpa doctor pakar tulang….dia terus mengatakn sya kena acl….legamen lutut sdh putus….perlu membuat operation segera….dlm keadaan tdk ada persedian…saya terpaksa akur pendapat yg d kemukakan oleh doctor tersebut….sya admit pda msa itu jga…dan keesokan hri nya saya terus melakukan operation…..pegalaman sya semasa melakukn opera…..sya sngat tenang ….apabila sya smpai d blik operate….mereka meletakn sesuatu benda d mulut sya seperti oksigen…tanpa tidak disedari sya sdh …tidak sedar dri….tetapi sebelum sya melakukan operation doctor ada mengatkn bhawa dia akan bius full body tdak akan sedar…mkna nya…sya dlm keadaan tidak sedar diri semasa operation…..setelah sya sedar dri bius….staff hnya ckap operation kmu sdh siap…..dan sakit mulai merasa….tetapi sya tdak ada…effect lain seperti muntah dan tidak boleh buang air kecil….seperti normal sya rsa…..hnya rsa skit lutut selepas pembedahan…..pembedahan yg bru sya lalukn ….baru shaja 1 mngu…..kos 27k…..tpi insuran yg cover….dkt sunway medical centre…..boleh mnta pndapat kr cikgu….slepas pembedahan kaki kita bengkak dan sakit……tetapi…pihak hospital menyuruh kita melakukan fisio….adakh ini tdak mendatangkn effec pada lutut…kerna sya merasakn selepas buat fisio….sakit semakin bertambh..

  153. Assalamualaikum cikgu. Saya menjalani pembedahan pembinaan ACL dan Meniskus repair bahagian kiri dan kanan kaki kiri pada 23/12/17 pada usia 44 tahun. Ini merupakan pembedahan kedua saya. Yang pertama 10 tahun lepas tetapi semasa itu saya hanya melakukan meniskus repair.
    Alhamdulillah, sekarang saya berterusan menjalankan latihan fisioterapi untuk menguatkan otot kaki.
    Saya senaraikan masalah yang saya hadapi selepas pembedahan hingga minggu ke-9 sekarang.

    1. Otot kaki mengecut lebih 2 inci.
    2. Lutut ketat dan rasa sakit apabila cuba dibengkok atau diluruskan. Darjah bengkok secara paksa sekarang mencapai 130°. Kesakitan ketara semasa membengkok lutut banyak tertumpu pada bahagian belakang dipelipatan lutut.
    3. Kesakitan ketara pada bahagian kepala lutut pula berlaku terutama ketika melakukan latihan squat, leg press dan naik tangga.
    4. Saya berasa proses mendapatkan kembali keadaan lutut yang asal lebih rumit disebabkan oleh kecederaan meniskus berbanding ACL.

  154. Terima kasih kerana sudi berkunjung dan membaca tulisan saya berkenaan pengalaman pembedahan lutut. Saya mohon maaf kerana lambat respon.

    Untuk memohon bertugas di PKG perlu memohon melalui Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri di setiap negeri. Permohonan yang dihantar hendaklah melalui PGB. Kemahiran yang diperlukan sebagai pegawai PKG adalah kemahiran mengurus/mentadbir pejabat, kemahiran ICT dan juga bahan sumber pendidikan. Walau bagaimanapun, kelulusan permohonan bergantung juga kepada kekosongan perjawatan di PKG.

  155. Hai sdr Abraham…. terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman saudara.

    Untk menjawab pertanyaan di akhir tulisan sdra… sebagaimana yang saya alami, fisio tidak mendatangkan effect kerana sesi fisio hanya dilakukan secara ‘lembut’ atau perlahan-lahan. Mungkin rasa sakit itu hanya disebabkan kebengkakan akibat pembedahan. Setelah luka sembuh, rasa sakit itu akan semakin reda. Semoga sdr segera sembuh.

  156. Walaikumussalaam. Terima kasih sdr Ujang.

    Diharapkan pengalaman saudara dapat memberi panduan kepada para pembaca yang lain…. khsususnya perkara nombor 4.

    p/s Khusus kpd para pembaca tulisan pengalaman saya dan pengalaman para pengunjung blog saya…. sudi-sudikanlah melawat koleksi youtube saya dan jangan lupa SUBSCRIBE: https://www.youtube.com/user/mzurs006
    Terima kasih.

  157. Assalam cikgu..saya tertarik dengan blog ini dan menjadi tempat untuk ramai mendapat info berkenaan kecederaan lutut ini..

    Alhamdulillah, saya baru selesai lakukan pembedahan ACL ini pada 29.6.18 jumaat baru ini..Saya berumur 34thun bekerja sebagai polis..

    Saya ingin kongsikan sedikit kepada pembaca blog ini berkenaan kecederaan saya ini.

    Seingat saya, saya kena kecederaan lutut ini pada hujung tahun 2016 semasa bermain futsal. Semasa bermain, terdengar seperti bunyi pop pada lutut saya dan sakit. Saya berehat beberapa minit dan kemudian bermain kembali walaupun masih terasa sakit. Keesokan harinya bangun tidur, kaki saya bengkak. Saya fikir mungkin terseliuh dan pergi berurut shj. Lkrg 3 ke 4 hari bengkak baru surut. Pada masa itu saya tidak merujuk klinik/hospital.

    Selepas kejadian itu, setiap kali saya bermain futsal/badminton, lutut sy mesti akan alami kecederaan dan bengkak. So, 3 ke 4 hari juga bengkak akan surut.

    Pada Julai 2017, saya telah pergi membuat rawatan di PPUM, telah dirujuk ke klinik sport orthopedik. Dr telah mencadangkan untuk buat MRI. Hasil MRI, Dr telah sahkan yang ACL saya telah putus. Ada 2 cadangan yang Dr beri pada saya iaitu:
    1) tidak perlu operate, tetapi perlu lakukan fisio. Walaubgmanapun, cadangan 1 ini Dr beritahu tidak boleh terlampau aktif bersukan seperti sebelum ini.
    2) Buat operation, dan perlu buat fisio selepas operate. Dlm masa setahun, baru boleh kembali aktif bersukan.

    Mulanya saya mahu elak dari membuat operation, tapi mendengar tdk boleh aktif sukan, saya bersetuju untuk operation. Kos bagi operation ini lkrg RM12k

    Saya telah membuat permohonan bantuan perubatan dari jabatan saya PDRM pada Disember 2017 dan surat kelulusan diterima pada Mac 2018. Saya telah rujuk ke PPUM dan tarikh operation diberikan pada bulan Jun 2018 kerana mengikut kekosongan.

    Semasa di bilik bedah, saya rasa yang paling sakit ketika bius di belakang badan. Selepas itu, tiada rasa sakit semasa pembedahan dilakukan. Operation ini dlm tempoh 1 jam setengah. Alhamdulillah, semua berjalan dgn baik. Sebelum ubat bius habis, terasa peha macam kembung berair bila ditekan. Selepas pembedahan, saya dibekalkan dengan cecair antibiotik dan cecair morfin (tekan butang sekiranya rasa sakit yg tak tertahan). Selepas operation, saya rasa kerap kali kencing, tapi kencing di dalam botol yg disediakan di wad sambil berbaring.

    Pada hari kedua, Dr dari Sport Orthopedik telah memaksa sy untuk lakukan fisio dgn 6 step. Step yg seksa saya rasa dia suruh angkat kaki lurus setinggi 30darjah dgn memakai braces. Pada mulanya saya tidak boleh angkat. Tapi kerana dia bagitau kalau tidak boleh angkat, dia tidak akan ajar lagi gunakan tongkat. Sebab rasa tercabar dan keinginan untuk guna tongkat untuk ke tandas, alhamdulillah saya berjaya angkat kaki saya beberapa kali. Saya telah diajar guna tongkat.

    Hari ketiga, Dr telah check tempat jahit dan keadaan jahitan baik. Dr telah benarkan saya keluar wad juga pada hari tersebut. Alhamdulillah, perasaan gembira keluar wad macam nak balik beraya. Hahaha..

    Semalam saya telah hadir buat fisio kali pertama sekepas operate di PPUM. Sebelum itu, saya sudah buat fisio di rumah seperti diajar oleh Dr. Hari ini masuk hari ke6 selepas operate. Dirumah masa ini, sy sudah boleh guna 1 tongkat shj tetapi braces perlu dipakai untuk sokongan. Minggu hadapan akan pergi ke PPUM untuk cabut jahitan.

    Semoga kecederaan lutut ini kembali sembuh dan dapat aktif bersukan semula tanpa rasa kesakitan dan dapat kerja seperti biasa bagi tanggungjawab membanteras jenayah. Tapi Dr sarankan tunggu setahun baru boleh..hihihi..

    Sedikit perkongsian kisah dari saya.. Terima kasih cikgu kerana wujudkan ruangan ini.

  158. Wa’alaikumussalaam sdr Hafiz.
    Terima kasih di atas perkongsian sdra. Saya berdoa semoga sdr Hafiz sentiasa bersabar dan semoga cepat sembuh serta dapat meneruskan aktiviti sukan dan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anggota Polis Semoga Semoga perkongsian sdr dapat menginspirasikan sesiapa juga yang telah mengalami kecederaan lutut. Terima kasih.

  159. Assalamualaikum cikgu..saya mengalami pcl tear dan dimasukkan dua skru.. Sekarang ni dh dekat sebulan lebih tapi bengkak die masih tak surut lagi.. And mcm mne cikgu lakukan exercise yg disarankan Dr ye.. Harap dpt balas.. Terima kasih

  160. Wa’alaikumussalaam sdr Fadil. Maaf kerana lambat reply pertanyaan sdr. Kalau bengkak yang tak surut2 selepas pembedahan.. lebih baik minta pemeriksaan doktor. Tentang exercise… hanya bengkokkan bahagian lutut mengikut keupayaan.Biar pergerakan yg sedikit pun sudah memadai… dan lakukan dgn kerap, menggerak2kan, mengangkat kaki ketika baring, dll. Terima kasih.

  161. Azizul Bin Mokhtar

    Salam cikgu, saya nak tanya macam mana tahap lutut cikgu setelah beberapa tahun buat pembedahan, untuk pengetahuan cikgu saya ada acl juga tapi tak buat pembedahan, tetapi mungkin faktor usia, makin umur saya meninginjak 30 an, rasa sakit makin kuat, saya kena masa umur saya 16 tahun.

  162. Assalamualaikum cikgu!

    Saya terbaca pasal blog cikgu mengenai acl. Saya sendiri ada experience pasal lutut. Awal tahun 2018 saya mendaki gunung Kinabalu. Semua berjalan macam biasa. Tapi selepas 4 hari turun dari gunung barulah rasa sakit yang amat di lutut. Kaki saya tak boleh nak bengkok langsung.

    Saya dah jumpa GP (General Praticioner) dua kali, tapi still tak dapat detect sampailah lepas seminggu lebey saya jumpa Dr Paka Orthopedics dan MRI. Lutut saya ada 4 injuries tapi paling major adalah Meniscus.

    Since saya baru bertukar kerja dan tak nak lutut saya di operate, so saya terpaksa study banyak sket pasal meniscus tear. Sepanjang 4 – 5 bulan saya tak pernah miss pergi fisioterapi. Dua bulan pertama saya pergi 3 kali seminggu dan reduce sampailah seminggu sekali.

    Now doctor yang rawat saya dah bagi green light untuk active sports balik tapi dengan syarat kene build up muscle sekitar lutut. Kos rawatan saya selama 5 bulan ni mencecah RM9000.00. If jadi balik saya kena masuk bilik operation la.

    So the keywords, jangan miss treatment! Especially fisioterapi. Dan those yang active sukan or tak active pun silalah ada medical card. Limit rawatan murah takpe, janji ada.

  163. Wa’alaikumussalaam…. sdr Azizul. Betul sdr… kalau sudah kena ACL, maka semakin bertambah umur… maka rasa sakit makin kuat. Bahkan kalau pengalaman saya, semakin kerap pula lutut terlepas. Alhamdulillah setakat ini saya masih bermain bola di posisi penjaga gol. Cuma, kalau badan saya terlebih berat… saya akan rasa sakit lutut ketika berjalan. Terima kasih sdr Azizul.

  164. Wa’alaikumussalaam sdr Din. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya dan berkongsi pengalaman dan nasihat tentang masalah lutut.

  165. Salam saudara,
    Saya turut mengalami kecederaan pada lutut ACL & miniscus. Kecederaan pertama berlaku semasa bermain futsal tanpa ada kekasaran Dan terjatuh. Setelah membuat pemeriksaan di hospital, keputusan hanya lah diklasifikasikan sebagai kecederaan tisu lembut. X-ray dilakukan, dan tiada retakan pada tulang. Kecederaan kedua semasa saya memangkas pokok Bunga di tempat yg tidak rata. Keadaan tanah lembab Dan licin menyebakan saya tergelincir dan terjatuh, lutut yg cedera terhempas ke tanah. Keadaan menjadi semakin teruk, dan terus ke hospital untuk rawatan. Keputusan kali ini lebih teruk berbandig sebelum. Lutut telah longgar dan kurang stabil ketika berjalan. Naik turun tangga adalah part yg sangat sukar. Terasa ngilu di dalam lutut.
    Sekarang sudah 2bulan berlalu dari hari kecederaan dan menunggu masa untuk lakukan pembedahan. Kos rawatan belum ditetap Kan.
    Saya bekerja sebagai maintenance di sebuah resort kecil dengan gaji yg cukup2 makan.
    Mohon kepada sesiapa yg tahu, saya Minta info kos untuk rawatan/pembedahan bagi ACL dan Miniscus di hospital kerajaan.

  166. Salam juga buat sdr. Terima kasih kerana sudi membaca catatan pengalaman saya dan seterusnya menitipkan komen. Semoga rawatan dipermudahkan dan harap sdra kembali semula untuk berkongsi catatan pengalaman sdra. Terima kasih.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *