Lawatan Saya Kali ke-2 di SK Saliliran, Nabawan, Pensiangan

Lakaran laluan ke SK Saliliran dari Kuala Salung, Pensiangan

Lakaran laluan ke SK Saliliran dari Kuala Salung, Pensiangan

Saya pernah sekali melawat ke SK Saliliran, Nabawan, Pensiangan pada tahun 2006. Tugasan saya ketika itu ialah membantu kerja-kerja penggambaran guru-guru yang mengajar nun jauh di pedalaman. Walaupun tidak ada ‘nama’, namun klip video berkenaan guru tersebut telah berjaya diterbitkan oleh pihak BTP KPM dengan tajuk “Permata Belantara”. Pada hemat saya, penerbitan beberapa siri video klip yang menceritakan tentang pengalaman dan realiti hidup guru-guru yang mengajar di kawasan pulau dan pedalaman telah mendorong pihak kerajaan untuk memberikan elaun khas kepada guru-guru tersebut.

Saya berpeluang sekali lagi melawat ke sekolah itu pada 22 hingga 24 Februari 2010. Tugasan saya kali ini ialah membantu krew BTP KPM membuat penggambaran video sempena lawatan kerja YB Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia ke sekolah SK Saliliran.

Berikut ialah tempoh masa perjalanan yang diambil untuk sampai ke SK Saliliran, Nabawan, Pensiangan:

22 Februari 2010
2.00pm: Bertolak dari Keningau ke SK Kuala Salung
5.00pm: Sampai di SK Kuala Salung, Nabawan
8.00pm: Majlis sambutan oleh pihak sekolah SK Kuala Salung berlangsung dan berakhir pada jam 11.00 malam. Rombongan berehat dan tidur di SK Kuala Salung.

23 Februari 2010
7.00am: Rombongan bertolak dari Pangkalan Salung menggunakan bot
8.15am: Rombongan singgah di SK Logongon
9.45am: Rombongan singgah di SK Tinanduk
12.30pm: Rombongan sampai dan singgah makan tengahari di Pensiangan
1.50pm: Rombongan singgah di SK Sibangali
Nota: Sibangali ialah sebuah penempatan di kuala Sungai Salilir dan Sungai Tagol. Pada 8 -12 Ogos 2005, saya pernah melalui sungai Tagol dari Kg. Salarom (Perkampungan kini telah ditinggalkan) menuju ke Pensiangan dan Salinatan. Masa itu, kami bertolak seawal jam 6 pagi dari Kg Salarom dan sampai di SK Salinatan pada jam 9 malam.

2.00pm: Bertolak dari SK Sibangali menuju Kg. Sinapar
Nota: Masa perjalanan tertakluk kepada keadaan sungai. Jika banjir besar, perjalanan mengambil masa singkat. Perjalanan akan menjadi lambat jika musim kemarau kerana air cetek. Juru bot  dan juru batu terpaksalah turun untuk menarik atau menyorong bot mereka jika air terlalu cetek. Ada kalanya penumpang perlu turun membantu menyorong dan menarik perahu, atau hanya berjalan kaki sahaja di tebingan sungai yang berbatu. Satu hal jika tidak biasa berjalan di tepi sungai yang berbatu, kerana batu licin serta sering menyeberang sungai sesuatu yang amat memenatkan.

5.30pm: Sampai di Kg. Sinapar, tempat terakhir bot boleh sampai. Rombongan memulakan episod dengan berjalan kaki merentas bukit, belantara dan sungai menuju ke SK Saliliran. Perjalanan biasa bagi penduduk kampung mengambil masa empat hingga lima jam untuk sampai jarak sejauh tujuh batu dari Kg. Sinapar ke SK Saliliran.
11.45pm: Rombongan sampai di SK Saliliran. Tidur dan berehat di SK Saliliran.

24 Februari 2010
8.30 – 10.30am: Majlis sambutan rasmi YB. Dr Mohd Puad bin Zarkashi dan rombongan di Bangsal Kg. Saliliran.
11.00am: Bertolak dari SK Saliliran
4.00pm: Sampai dan singgah makan/rehat di Bangsal, Pensiangan
5.30pm: Bertolak pulang dari Pensiangan ikut jalan darat menggunakan kereta pacuan 4 roda.
Nota: Perjalanan saya dari Pensiangan menerusi jalan raya adalah pengalaman pertama. Perjalanannya amat mencabar dan amat berbahaya terutama ketika hujan. Perjalanan dari Pensiangan ke Sepulut mengambil masa kira-kira dua hingga 3 jam.

Ringkasan:
1.    “Tidak ada dalam sejarah seorang Murut tulen melakukan perjalanan dari Kuala Salung terus ke Kg Saliliran dalam satu hari”. Cikgu Osman Aganduk, Pegawai Pelajaran Daerah Nabawan.
2.    “Inilah pertama kali dalam hidup saya berjalan di dalam hutan belantara pada waktu malam”. YB Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
3.    Terdapat beberapa orang ahli rombongan tidak sampai ke SK Saliliran. Mereka tidur di hutan (2 jam perjalanan dari SK Saliliran) dengan membuat khemah, manakala bekalan makanan dihantar oleh penduduk kampung serta anggota tentera yang berpangkalan hampir dengan Kg Saliliran.
4.    Perjalanan menggunakan bot/perahu dari Pangkalan Kuala Salung hingga SK Sibangali mengambil masa enam hingga tujuh jam, bergantung kepada keadaan sungai dan kekerapan singgah di perkampungan/sekolah.
5.    Perjalanan menggunakan bot/perahu dari SK Sibangali hingga Kg Sinapar (turun/naik bot, berjalan kaki, menolak/menarik bot) mengambil masa lima hingga enam jam.
6.    Perjalanan meredah hutan belantara, bukit bukau dan sungai dari Kg Sinapar ke SK Saliliran mengambil masa tujuh hingga lapan jam.
7.    “Saya datang melawat ke SK Saliliran setelah Cikgu Hamzah menulis di dalam Facebook saya”. YB Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi.
8.    “Saya merasakan tugas saya sebagai Timbalan Menteri Pelajaran telah lengkap setelah melawat ke SK Saliliran”. YB Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi.
9.    Saya sampai ke SK Saliliran pada pukul 8.45 malam pada lawatan kedua berbanding jam 10.00 malam pada lawatan pertama 2006.

Isu dan masalah:
1.    Keperluan rumah guru yang agak kritikal kerana terdapat beberapa guru yang terpaksa bersesak di dalam sebuah rumah yang agak sempit dan tiada ruang untuk menyimpan pakaian sehingga pakaian disimpan di dalam stor.
2.    Keperluan asrama desa. Iaitu merujuk kepada keadaan asrama yang agak daif yang disediakan oleh orang kampung di SK Saliliran. Terdapat 13 orang pelajar dari Kg Kabu (7 jam berjalan kaki) tinggal di asrama tersebut. Manakala SK Sikalabaan (sekolah cawangan SK Pensiangan) telah ditutup kerana masalah pengangkutan guru dari SK Pensiangan. Keadaan ini menyebabkan 34 orang murid yang bersekolah di sekolah cawangan berkenaan kini tidak bersekolah.
3.    Keperluan air bersih.
4.    Keperluan penambahan bilik darjah.
5.    Keperluan sekolah menengah

About mzurs006

Salam perkenalan dari saya. Saya seorang guru dan kini bertugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan, di PKG. Keningau, Sabah. Saya amat berminat berkaitan hal-hal pendidikan. Seboleh mungkin, saya akan cuba membantu meningkatkan mutu pendidikan di tempat saya mengikut kemampuan yang ada. Salah satu caranya ialah melalui webblog ini. Semoga blog ini akan bermanfaat kepada warga pendidik khususnya di Pedalaman Sabah.
Bookmark the permalink.

25 Comments

  1. syabas mus….aku dah tengok semua video …cukup mencabar dan nice shot….tabik pada mus,mali,azhar dan neng

  2. Tkasih sdra Bob..baru sebentar tadi tengok Buletin TV3…rasa bangga juga sbb beberapa shot saya telah disiarkan ttg saliliran. Tkasih

  3. Rasa bangga jugak dapat tengok hasil tangan Gaman itu di TV3……Kiranya YAB Fuad jugak berjiwa besar dapat datang melawat tempat yang nun jauh itu. Pengalamannya itu tentu akan menguatkan azamnya memertabatkan pendidikan di pedalaman….BRAVoooo semua yang terlibat….

  4. Tkasih komen membina aman landoy

  5. Tahniah Mus krn berjaya dtg lg ke Saliliran..
    Kerja yg hebat.Tahniah.

  6. Sama2…tahniah juga utk sdra Azhar…thanks

  7. Tahniah Mus, kami d Trg seronok tengok hasil kembara u. Cuma sy nak u email semua gambar lwt Tim Menteri yg ada muka bodyguard dia. Budak tu mintak dgn sy.

    Awang Terengganu.
    Mertuaku Org Apin-Apin

  8. Tkasih tuan Awang..apa khabar n bila mo balik apin2, keningau… ok, sya tengah tunggu copy semua gambar dari en Mali di PKG Nabawan…harap2 ptg ini atau esok dapat, insyaallah saya akan email…

  9. tahniah kerana berjaya sampai ke sk saliliran…
    kami dari sk tinanduk mengucapkan terima kasih kerana sudi datang melawat kami.. lain kali, datang la lagi.. heheheee..~

  10. Insyaallah…akan datang jika ada kesempatan…tkasih aniza

  11. Tahniah kepada pejuang-pejuang di barisan hadapan di sekolah- sekolah di pendalaman.

    Anda patut diberi ganjaran selepas beberapa tahun di sana. SAMBUNG BELAJAR ! BIASISWA & LAIN -LAIN

    Bukan sekadar mengkagumi semangat cigu cikgu sahaja. Berikan penghargaan yang bermakna dan berkesan, barulah lain kali ada lagi guru baru yang bersedia/semangat ke pendalaman

    NGAM ???

    ‘Pernah bertugas di pendalaman’
    (LEPAS HAMPIR 20 THN BARU NAIK PANGKAT SEKALI)

  12. Setuju sangat dengan pandangan tuan…tkasih kerana sudi singgah di laman blog ini

  13. tahniah mus kerana lebih dulu sampai ke Saliliran pada malam tu…saya sampai bersama Pengarah Pelajaran Sabah pada jam 11.30 malam. Sebagai perkongsian, di Saliliran inilah saya pernah mengalirkan airmata ketika bertakbir bersama anggota tentera yang berpangkalan di saliliran kerana tidak dapat bersama keluarga menyambut hari raya. Saya pernah bertugas sebagai Guru Besar di sekolah ini pada tahun 1999 hingga 2001.

  14. Bukan apa tuan, mo cepat sbb plan awal nak standby shooting timbalan menteri bila sampai sahaja di Saliliran, sambil2 nak ambil sedikit video persiapan pnduduk saliliran menyambut rombongan. Bila tiba lebih awal, tau2 rombongan kena hantar makanan sejauh 2 jam perjalanan dari saliliran sbb kelaparan n kehabisan tenaga. Malam pula tu…. Dalam hati waktu tu…memang tidak dpt sebab lama menunggu. so, saya mandi dan berehat….n terus terlelap, sbb terlalu letih….. Boleh tuan…insyaallah, mana2 gambar yg ada tu boleh di copy sj dan boleh didapati dari sdra azhar d PKG Nbn. Saya tidak ada tangkap gambar pegun masa tu sbb beri tumpuan utk rakaman video…tapi tape untuk penggambaran video semuanya telah dibawa KL..untuk makluman banyak shot video saliliran telah disiarkan di RTM, TV3 dan terbaharu Awani…Pegawai BTP, En Bob dari BTP KL dah janji akan bagi copy selepas mereka siap edit nanti….lpas dah ada tu, baru kita cerita lagi ya tuan…. Tkasih n tahniah Cikgu Rosdi…lagu dan lirik lagu ‘Pensiangan’ gubahan tuan sentiasa diingati..

  15. hamzah abdul kadir

    salam hormat kepasa semua yang hadir si SK Saliliran semasa lawatan YB timbalan menteri pelajaran II.

    Terima Kasih kepada semua,tujuan utama saya menjemput YB ke Saliliran ialah:-

    * Membaiki kemudahan untuk murid di SK Saliliran, biarpun ia mungkin mengambil masa, tapi at least kementerian tahu ttg saliliran
    * Semua guru-guru pakar dan berpengalaman boleh memberi idea kepada kami guru2 baru dalam mendidik anak bangsa untuk mencapai kecemerlangan akademik dan jasmani
    * Mengingatkan pihak yang berwajib, tentang kekangan yang perlu sama2 di atasi dalam mendidik anak2 bangsa di pedalaman.
    ……..berkembanganya sesuatu tamadun dengan adanya masyarakatnya berilmu dan mempunyai nilai-nilai murni dalam diri….

    sekian terima kasih

  16. Tahniah cikgu Hamzah…setju dengan cikgu, tempat2 seperti saliliran bukan sahaja perlu diberi perhatian, malah perlu dibantu dalam pelbagai aspek: insfrastruktur, fizikal sekolah, kemudahan asas…malah guru2 dan pelajarnya juga perlu diangkat ke suatu tahap yg sewajarnya. Tkasih kerana memberi respons terhadap catatan saya di blog ini…

  17. Tahniah kerana sampai kat Saliliran,,,,jauh gak tu.kalau naik hely makan masa dalam 45 minit..salarom tu adik beradik gak dengan seliliran…sya selalu gak p sana..tepi naik helly la…tak perna jalan kaki…so tahniah la…

  18. Tkasih sdra Saidun…Salarom Lama dan Saliliran saya dah sampai…memang jauh perjalanannya. Cuma kg. Salarom dan penduduknya sudah berpindah ke perkampungan baharu di jalan Sepulot ke Kalabakan…saya dan kawan2 pun baharu juga balik dari sekolah d Salarom…thanks sudi berkunjung

  19. ya..Tuan makasih atas info…sepulut sya tahu tpt tu kalau jalan terus akan jumpa Tibau dan kalu ikut jlan kiri akan sampai ke seliku sebelum sampai ke silungai dan pensiangan tpt lahirnya pahlawan murut kerom dan garing..

  20. USAHA CIKGU MEMANG BAIK . TANPA PAPARAN MAKLUMAT BERKAITAN GURU DI PEDALAMAN, MUSTAHIL MEREKA DAPAT TAHU PERITNYA MERANTAU KE PEDALAMAN MENCURAHKAN BAKTI. HARAPAN SAYA SEMOGA CIKGU SENENTIASA TERUS BERSEMANGAT MEMBUAT SESUATU YANG BARU DI SANA DEMI MEMBANTU WARGA MALAYSIA….. TAHNIAH

  21. Terima kasih sdra Hashimme

  22. tuan…kalau ada kesempatan jangan lupa melawat SK Babalitan…

  23. Saya pernah pernah sampai ke SK Babalitan sebanyak 3 atau 4 kali… tapi sebelum kewujudan blog saya… Terima kasih Sungking_cup…

  24. ruly sibat masiga

    Assalammaualikum dan salam 1Malaysia.

    Saya amat tertarik dengan pengalaman tuan / puan tentang sekolah2 di pendalaman ini. Mohon dikongsi program pada masa hadapan agar dapat menjalankan program bersama demi anak bangsa.

    ruly sibat masiga
    0146588833

  25. ruly sibat masiga

    asalammualaikum dan salam 1Malaysia.

    Saya amat tertarik dengan pengalaman tuan / puan tentang sekolah2 di pendalaman ini. Mohon dikongsi program pada masa hadapan agar dapat menjalankan program bersama demi anak bangsa.

    Tahniah dan salute pada guru2 yg berkhidmat di pendalaman sebegini, U all memang terbaik dan amat wajar untuk mendapat biasiswa belajar dan sumbangan yg sewajarnya.

    ruly sibat masiga
    0146588833

    Read more: http://edu4u.edublogs.org/2010/02/25/lawatan-kali-saya-ke-2-di-sk-saliliran-nabawan-pensiangan/#ixzz339fVitBg

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *