Bengkel Penyelarasan Pengurusan PSS 2010

Bengkel Penyelarasan Pengurusan PSS 2010 telah berlangsung pada 17 November 2009. Bengkel ini dianjurkan oleh PKG Daerah Keningau dan diadakan di Bilik Trus Madi, PKG Keningau. Di dalam bengkel ini, seramai 50 orang guru GPM dan PSS sekolah-sekolah rendah dan menengah Daerah Keningau telah didedahkan dengan persiapan dan persediaan yang harus mereka lakukan menjelang sesi persekolahan pada tahun 2010. Di antara persiapan yang perlu dilakukan ialah:
Pengurusan PSS:
-Carta organisasi PSS
-Carta organisasi PGM
-Sistem fail
-Fail kuasa
-Takwim tahunan
-Kewangan
-Memastikan peralatan PSS mencukupi
Aktiviti PSS 2010:
-Program Galakan Membaca (PGM):
-NILAM – Sepanjang tahun
-NILAM – Penghantaran Laporan 2 kali setahun (Jun dan Oktober)
-PGM (Kem Membaca 1 Malaysia) – Laporan
-Aktiviti Panitia Mata Pelajaran (Teras)
-PGM – Pengisian selepas peperiksaan UPSR dan PMR
-Anugerah NILAM peringkat sekolah

Lagi tentang bengkel ini: di sini