Bahan Inovasi – TEKNIK MEMBENTUK HURUF KECIL MENGGUNAKAN KAEDAH 25 SEN

Kaedah 25sen 1Kaedah 25sen 2

Manual pengguna Teknik Membentuk Huruf Kecil Menggunakan Kaedah 25 Sen

Konsep pembelajaran membentuk huruf kecil menggunakan Kaedah 25 Sen memberi lebih banyak peluang kepada murid meneroka sendiri seni membentuk huruf kecil dan huruf besar dengan bimbingan guru.

Melalui proses pengalaman ini, diharapkan seni membentuk huruf itu akan menjadi satu kebiasaan kepada murid-murid sekaligus menjadikan tulisan mereka mudah dibaca, kemas dan menarik.

Bahan Inovasi ‘Membentuk Huruf Kecil Menggunakan Kaedah 25 Sen’ dihasilkan oleh Cikgu Hawang Eyong dari SK. Giok, Tamparuli, Sabah. Bahan inovasi ini pernah dipamerkan di Karnival Pembestarian Sekolah, Peringkat Kebangsaan – 2009, di Sandakan, Sabah. Cikgu Hawang Eyong telah dianugerahi Guru Inovatif daerah Tuaran pada tahun 2009.

About mzurs006

Salam perkenalan dari saya. Saya seorang guru dan kini bertugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan, di PKG. Keningau, Sabah. Saya amat berminat berkaitan hal-hal pendidikan. Seboleh mungkin, saya akan cuba membantu meningkatkan mutu pendidikan di tempat saya mengikut kemampuan yang ada. Salah satu caranya ialah melalui webblog ini. Semoga blog ini akan bermanfaat kepada warga pendidik khususnya di Pedalaman Sabah.
Bookmark the permalink.

2 Comments

  1. assalam..saya memohon jasa baik dan kebenaran untuk menggunakan kaedah pengajaran menggunakan 25sen ini untuk kajian kes saya. saya harap pihak tuan dapat membantu dalam berkongsi maklumat untuk tujuan yang telah saya nyatakan

  2. i would like to use your idea 4 my thesis. hope i will gt ur permission

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *