Bahan Inovasi – PIRAMID JAWI

DSC_3782

Pemandangan Laut China Selatan dari Pekan Sipitang

Kolaborasi Ilmu berkata, “Kajian dan penyelidikan para guru amat berguna untuk memperbaiki amalan dalam bilik darjah. Tujuan kajian dan penyelidikan adalah untuk mengenal pasti keberkesanan satu-satu kaedah pengajaran dan pembelajaran serta bahan inovasi (BBM/BBB) yang digunakan. Pemilihan kaedah pengajaran dan bahan inovasi khusus untuk mengatasi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berdasarkan kepada isu persoalan merupakan salah satu daripada tugas profesionalisme sebagai seorang guru.”

“Walau bagaimanapun, guru yang berdedikasi, berakauntabiliti dan responsibiliti akan sentiasa mencari dan menguji kaedah serta bahan inovasi yang digunakan untuk mengatasi masalah pelajar. Guru akan sentiasa peka terhadap masalah pelajar dan mahu membantu mereka supaya dapat menguasai pelajaran dengan sebaik mungkin.”

Berkaitan itu, pada 3 November 2009, saya dan rakan-rakan dari BTPN/PTPB dan PKG Negeri Sabah telah mengadakan dokumentasi dan penggambaran video terhadap salah satu daripada 7 bahan inovasi pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh guru-guru di Negeri Sabah pada tahun 2009. Bahan tersebut bertajuk Piramid Jawi. Bahan ini dihasilkan oleh Ustazah Junndiah binti Majit dari SK Pekan Sipitang, Sipitang, Sabah. Melalui penggunaan bahan inovasi ini, pelajar dapat mengenal dan mengetahui huruf-huruf jawi secara pantas dan cepat. Menurut Ustazah Junndiah binti Majit, pelajar prasekolah dapat mengingat dan menghafaz 36 huruf jawi (Pendidikan Islam) dalam tempoh masa kurang daripada 8 jam. Malah, terdapat pelajar yang boleh mengingat dan menghafaz 36 huruf jawi dalam tempoh masa kurang daripada 1 jam. Untuk membolehkan pelajar mengenal dan menghafaz 36 huruf jawi dengan cepat dan pantas, 36 huruf jawi telah disusun dan diatur dalam 9 peringkat. Pelajar boleh menguasai peringkat 1 hingga 5 dalam tempoh masa 20 minit sahaja. Beberapa aktiviti telah dicadangkan dan perlu dijalankan oleh guru secara teratur agar penggunaan bahan Piramid Jawi ini dapat membantu pelajar secara lebih berkesan. Untuk menghasilkan bahan ini, tidaklah terlalu susah dan tidak mahal. Bahan asasnya diperbuat daripada manila kad yang dipotong-potong.

Piramid Jawi1

Muka 1: Manual Piramid Jawi

Piramid Jawi2

Muka 2: Manual Piramid Jawi

Penghasilan bahan inovasi Piramid Jawi oleh Ustazah Junndiah binti Majit adalah atas bimbingan yang berterusan daripada Puan Hindun, PTP PKG Daerah Sipitang dan soskongan kuat daripada pentadbir sekolah. Sehingga kini, bahan Piramid Jawi telah digunakan di 6 buah sekolah rendah di Daerah Siptang. Lebih membanggakan, bahan Piramid Jawi turut digunakan di 2 buah sekolah menengah di luar Daerah Sipitang, iaitu SMK Narinang, Kota Belud dan SMK Beaufort 2, Beaufort, Sabah.

DSC_3787

Ustazah Junndiah binti Majit

DSC_3783

Ustzh Junndiah sedang mengajar

DSC_3784

Ustzh Junndiah dan pelajar

Penghasilan Piramid Jawi telah membawa Ustazah Junndiah binti Majit memperoleh beberapa kejayaan dan penghargaan seperti:

1.  Johan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2009 sempena Karnival Pembestarian Sekolah di SMK Agama, Sandakan, Sabah.
2.  Tempat Ke 3, Penghasilan Bahan Inovasi Peringkat Negeri Sabah – 2008
3.  Membuat pembentangan Piramid Jawi sempena Kolokium Pendidikan anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah di Daerah Tawau -2009
4.  Pembentangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknologi Pendidikan TEKNOPEN Negeri Sabah.

Tahniah kepada Ustazah Junndiah binti Majit, PKG Daerah Sipitang dan SK Pekan Sipitang, Sabah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>