Bahan Grafik Digital dalam Pengajaran & Pembelajaran

Grafik digital ialah sebarang bentuk gambar hasil reka letak, cetakan, susunan grafik atau rekaan grafik yang dihasil dan diproses menggunakan perisian serta peralatan ICT. Contoh-contoh bahan grafik digital adalah seperti berikut:

Reka letak:
Buku aturcara, Kad jemputan, banner, brocur, buku, majalah, poster, logo dll

Gambar:
Gambar pegun, pemandangan, gambar super impose dll

Kebaikan Grafik Digital:
 Peralatan mudah didapati
 Bahan grafik digital mudah disimpan & digunakan pada bila-bila masa
 Boleh diubahsuai
 Bahan grafik digital mampu menarik perhatian dan minat pelajar

Kelemahan:
 Kemahiran yang tinggi diperlukan untuk mengendalikan alat dan menggunakan software

Keperluan:
 Minat & kreatif
 Mahir menggunakan alat dan perisian
 Mengetahui jenis-jenis format grafik digital
 Mengetahui perisian yang sesuai untuk menghasilkan bahan grafik digital

Beberapa jenis contoh perisian untuk menghasilkan bahan grafik digital
 Perisian berasaskan Adobe seperti Photoshop, Indesign dan Illustrator
 Corel Draw
 Auto Cad
 Paint Shop Pro
 SmartDraw dan banyak lagi

Bagi seorang guru, pengetahuan terhadap aspek penghasilan bahan grafik digital sangat perlu. Hal ini disebabkan kehendak tugasan mengajar yang memerlukan mereka menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) atau Bahan Bantu Belajar (BBB). Kemampuan dan kemahiran guru untuk menghasilkan bahan grafik yang sesuai mampu menarik perhatian dan tumpuan pelajarnya. Bahan yang menarik dan disediakan dalam pelbagai bentuk, warna, dimensi dan komposisi mampu memberikan gambaran yang lebih jelas dan teliti tentang sesuatu topik pembelajaran yang hendak disampaikan. Dengan itu, objektif pengajaran dan pembelajaran mudah dicapai dengan bantuan bahan grafik tersebut.

Di samping itu, guru-guru juga sering diminta menyediakan tugasan lain seperti menyediakan bahan untuk sesuatu program sekolah seperti buku aturcara, brocur, kad jemputan dan sebagainya. Lakaran-lakaran dinding sekolah misalnya. Kaedah konvensional seperti lakaran atau lukisan menggunakan tangan semakin dilupakan. Begitu juga untuk menghasilkan banner atau kain rentang sesuatu majlis. Kaedah dan cara penghasilan menggunakan peralatan ICT lebih mudah, menarik dan boleh dihasilkan dalam tempoh masa yang sangat singkat.

Alangkah baiknya jika pelajar juga diberi peluang dengan memberi pendedahan asas kepada mereka cara-cara menghasilkan bahan grafik digital. Hal ini sememangnya perlu diberi perhatian kerana di sinilah guru-guru berpeluang membimbing pelajar-pelajarnya untuk menghasilkan sesuatu bahan-bahan grafik yang ‘positif’. Dengan itu, bakat dan kebolehan pelajar dapat dicungkil dan diasah lebih awal. Siapa tahu, suatu hari kela mereka akan menjadi pelukis atau pereka letak grafik digital yang berjaya. Ini kerana bidang ini turut menawarkan pendapatan yang lumayan jika benar-benar ingin menceburinya.

p/s: hmmm…menarik juga ya artikel ini… Puji diri sendiri pulak sya ni. Artikel ini sebenarnya saya telah kongsikan bersama beberapa orang guru – peserta bengkel penghasilan bahan grafik digital di PKG Tambunan bulan Ogos 2009. Sedikit pengalaman yang boleh saya kongsikan ialah…sejak saya tahu sedikit sebanyak tentang grafik digital ini…hmmm seingat saya, sejak 13 tahun yang lalu…., saya tak pernah ke kedai lagi untuk buat gambar pasport. Semuanya buat sendiri saja di rumah. Yang penting ada kamera, komputer, printer, Photo Paper dan semestinya ada perisian untuk menghasilkan grafik digital. Kalau buat di kedai…harganya boleh mencapai RM12 untuk 4 keping gambar pasport. Seluruh ahli keluarga dapat manfaatnya…sekali sekala jiran pun tumpang minta buatkan…