Penggunaan Blog Dalam Pendidikan

Hari ini, penggunaan blog sebagai media untuk menyampaikan maklumat oleh organisasi atau individu semakin popular. Didapati semakin ramai orang memiliki blog sendiri. Lihat sahaja tokoh-tokoh politik di negara kita, hampir kesemuanya memiliki blog. Penggunaan blog sebagai saluran info lebih mudah diselenggara, malah boleh didapati dengan percuma. Kesemua menu, paparan tema, wijet dan tools untuk menyelenggara blog telah tersedia. Apa yang diperlukan hanya satu alamat email untuk mengaktifkan akaun blog.

Terdapat beberapa organisasi blog yang menyediakan tapak blog secara percuma. Contohnya http://blogspot.com/ dan http://edublogs.org/. Bagi kalangan sekolah, pendidik dan pelajar, saya sarankan agar memilih edublogs.org kerana blog ini tidak disekat oleh GITN.

Untuk tujuan mempromosi dan menggalakkan sekolah menggunakan web blog sebagai saluran informasi sekolah, saya berkesempatan bersama-sama dengan guru-guru dari sekolah rendah dan menengah Daerah Tambunan di dalam Bengkel Penghasilan Blog pada 19 dan 20 Ogos 2009 bertempat di PKG Daerah Tambunan. Kepada semua peserta bengkel, selamat maju jaya di dalam menghasilkan blog sekolah mahupun blog persendirian. Klik untuk download bahan Power Point di Penggunaan Blog Dalam Pendidikan.
DSC_0238DSC_0260DSC_0224DSC_0221DSC_0215DSC_0210DSC_0203DSC_0200

About mzurs006

Salam perkenalan dari saya. Saya seorang guru dan kini bertugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan, di PKG. Keningau, Sabah. Saya amat berminat berkaitan hal-hal pendidikan. Seboleh mungkin, saya akan cuba membantu meningkatkan mutu pendidikan di tempat saya mengikut kemampuan yang ada. Salah satu caranya ialah melalui webblog ini. Semoga blog ini akan bermanfaat kepada warga pendidik khususnya di Pedalaman Sabah.
Bookmark the permalink.

3 Comments

  1. tahniah bagi warga PPD Keningau atas inisiatif mendedahkan kemudahan dan fungsi blog di kalangan warga pendidik yg selari bentuk geografi bumi Sabah ke arah perkongsian pintar kepelbagaian kemahiran sesama warga pendidik secara atas talian! walaupun isu ini telah lama dilontar kpd kepeimpinan JPN Sabah seawal 2003..namun 2008 sudah ada unsur penerimaan dan sekarang PPD Keningau mendahului PPD lain dlm usaha murni ini bagi menerap kemahiran era terkini sbg pelengkap kemahiran sedia ada warga pendidikan..teruskan usaha hingga jaya !

  2. Tkasih di atas sokongan sdra wm..

  3. agence immobiliere taroudant

    Very nice post, Thanks for this publishing. Really help me a lot.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *