Bengkel Digital Story Telling Sekolah Menengah Daerah Keningau
By mzurs006 on Ogo 11, 2009 in Inovasi Pendidikan

Encik Chua Guan Chee
Satu bengkel bertajuk Bengkel Digital Story Telling telah berlangsung di PKG Daerah Keningau pada 12 hingga 15 Ogos 2009. Bengkel ini dianjurkan bersama oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah dan Unit Kemajuan IT Kerajaan Negeri Sabah. Bengkel ini melibatkan seramai 16 orang pelajar dari empat buah sekolah menengah Daerah Keningau, iaitu SMK Gunsanad 2, SM Teknik, SM St. Francis Xavier dan SMK Keningau.

Bengkel berlangsung di Bilik Pegalan PKG Keningau
Di dalam bengkel ini, para pelajar telah didedahkan dengan cara-cara mengedit video dan menghasilkan video yang berkualiti. Penghasilan video merupakan salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sangat penting kerana mempunyai elemen seperti klip gambar hidup yang diintegrasi dengan teks, gambar, bunyi dan kesan-kesan khas. Hal ini memberi pengalaman pembelajaran yang sangat menarik serta lebih berkesan. Di samping itu, program ini juga mendedahkan pelajar kepada asas penghasilan video komersial yang bernilai tinggi pada masa akan datang.

Peserta Dari SM Teknik, Keningau
Sessi ceramah dan bimbingan bengkel dikendalikan oleh Encik Chua Guan Chee, Pegawai Teknologi Pendidikan, BTPN Sabah.







