Mempertingkatkan Kemahiran Membaca di Kalangan Pelajar Tahun 2 Menggunakan Kaedah Stesen

Guru-guru seringkali berhadapan dengan pelajar yang agak lemah dari segi penguasaan membaca. Fenomena ini sering berlaku di kalangan pelajar tahap 1 dan berlanjutan ke tahap 2. Justeru adalah menjadi tangungjawab guru untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran agar dapat membantu menyampaikannya dengan lebih berkesan.

Pada kali ini saya paparkan klip video seorang guru yang telah berjaya menghasilkan satu inovasi di mana kaedah tersebut telah dapat membantunya mempertingkatkan kemahiran membaca di kalangan pelajar-pelajarnya.

Video ini saya telah rakam semasa Pembentangan Kertas Penyelidikan Tindakan sempena program Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan ke XIII pada 22 November 2006 di Palace Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Pembentangan bertajuk “Mempertingkatkan Kemahiran Membaca di Kalangan Murid-murid Tahun 2 Menggunakan Kaedah Stesen“, oleh Sharifah Azura Syed Hassan dari SK Taman Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan. Saya telah menyerahkan salinan video ini kepada pihak yang bertanggungjawab terhadap program ini pada masa itu, namun sehingga kini, saya masih belum melihatnya di edar ke sekolah-sekolah sebagai panduan atau rujukan.

Saya merasakan video klip ini perlu dikongsi dengan guru-guru. Oleh itu, saya mohon keizinan, khususnya dari cikgu Sharifah Azura untuk memaparkan klip video ini melalui blog saya.

 

Nota: Di peringkat permulaan klip video ini hanya satu fail sahaja, iaitu sepanjang 31 minit. Bagaimanapun terpaksa dipisahkan menjadi 3 kerana youtube hanya benarkan tidak lebih dari 10 minit untuk satu klip. Harap maaf.