RSS Feed for This PostCurrent Article

Selamat Datang PPD Daerah Keningau

Selamat datang kepada Encik Raisin bin Saidin ke Daerah Keningau.

Semasa ucapan sulung di dalam mesyuarat bersama ketua-ketua unit Pejabat Pelajaran Daerah Keningau pada 2 Januari 2009, beliau telah menjelaskan beberapa perkara yang akan menjadi landasan untuk memartabat pendidikan di Daerah Keningau. Di antaranya ialah memantapkan jaringan di kalangan unit-unit yang terdapat di PPD Keningau melalui:

1.  Mengadakan perjumpaan “Morning Prayer” bersama semua unit di PPD Keningau pada setiap hari Jumaat. Pada peringkat awal, program ini akan diadakan pada setiap minggu. Tujuannya ialah supaya setiap unit dapat melaporkan perkembangan kerja sepanjang minggu sebelum dan seterusnya dapat melapor perancangan tugas minggu berikutnya.

2.  Memastikan bahawa Guru Besar dan Pengetua sekolah tidak kerap meninggalkan sekolah. Di antara pendekatan ialah mengadakan mesyuarat mengikut Zon Kurikulum. PPD dan semua pegawai yang terlibat akan “turun padang” ke pusat mesyuarat yang dipilih di setiap zon. Mesyuarat hendaklah dilaksanakan pada waktu petang sahaja. Tujuannya ialah supaya Guru Besar dan Pengetua dapat menumpukan perhatian terhadap tugas dan tanggungjawab mengurus sekolah. Dengan cara ini juga pihak sekolah berpeluang mengemukakan masalah yang dihadapi berbanding bilangan ahli mesyuarat yang terlalu banyak sebagaimana amalan sebelum ini.

3.  Melaporkan setiap perkembangan tugas melalui Laporan Eksekutif. Laporan tersebut perlu disediakan setiap kali perjumpaan atau mesyuarat. Tujuan laporan adalah untuk memastikan tindak susul dilakukan bagi hal-hal yang perlu diambil tindakan.

4.  Surat-menyurat pejabat mestilah ditandatangani dan diaudit sendiri oleh pegawai (PPD).

5.  Setiap pegawai mestilah melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara berfokus dan matlamat yang jelas iaitu membantu melonjakkan kurikulum di Daerah Keningau.

Trackback URL

Create a free edublog to get your own comment avatar (and more!)

  1. 2 Comment(s)

  2.   By sudaryadi on Apr 17, 2009 | Reply

    salam kenal, saya dari kalimantan indonesia
    kunjungi blog saya

    [Reply]

  3.   By mzurs006 on Apr 20, 2009 | Reply

    Terima kasih atas kunjungan sdra Sudaryadi…salam perkenalan juga

    [Reply]

Post a Comment

*
To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
Anti-Spam Image