Rangkuman Aktiviti Pendidikan Daerah Keningau 2008
By mzurs006 on Jan 3, 2009 in Umum
Agak sukar juga untuk mengurus dan mengemaskini web blog secara bersendirian. Ini disebabkan sibuk berhadapan dengan tugasan harian dan juga terlibat secara langsung membantu aktiviti yang dianjurkan oleh PPD Daerah. Biasanya setiap kali aktiviti diadakan saya ditugaskan menyedia buku atur cara majlis dan membuat rakaman sama ada gambar pegun atau video… hmm… mungkin kita boleh berkongsi maklumat tentangnya pada masa akan datang. Itu pun jika ada kelapangan dan ada permintaan.
Dua bulan terakhir tahun 2008 dipenuhi dengan aktiviti pendidikan di Daerah Keningau. Bagaimanapun saya tak sempat memuatkan aktiviti itu lebih awal dalam blog saya kerana bercuti balik kampung. Selepas bercuti barulah ada kesempatan untuk menulis. Kali ini saya kongsikan rangkuman aktiviti pendidikan di daerah Keningau menjelang akhir tahun 2008.
Majlis Persaraan dan Perpisahan Mantan Pegawai Pelajaran Gabungan Keningau – Puan Jimina Payus @ Doris
Majlis ini berlangsung pada 10 November 2008 di Hotel Perkasa, Keningau, Sabah.






Majlis Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat PPLD 2008, Gabungan Keningau
Tarikh: 11 November 2008
Tempat: Dewan Arked, Keningau, Sabah
Terdapat beberapa kategori kenaikan pangkat pada kali ini selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah membuka lebih banyak peluang kenaikan pangkat kepada guru-guru. Peluang kenaikan pangkat tersebut ialah:
1. Kenaikan pangkat Gred DGA29 ke DGA32 secara Time-Based
2. Guru Besar Cemerlang DGA38
3. Guru Cemerlang DGA34
4. Guru Cemerlang DGA32






Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Pesara JPN Sabah Peringkat Gabungan Keningau
Tarikh: 12 November 2008
Tempat: Hotel Juta, Keningau, Sabah
Majlis penyampaian sijil disempurnakan oleh Ybhg. Datuk Normah Gagoh, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Seramai 97 orang pesara yang terdiri daripada bekas guru dan KTBM dari Daerah Tambunan, Nabawan, Tenom dan Keningau menerima sijil penghargaan tersebut. Penyerahan sijil adalah sebagai penghargaan pihak jabatan terhadap khidmat dan sumbangan mereka semasa dalam perkhidmatan.










